Semen Padang melengkapkan hari gemilang mereka apabila
menundukkan Kelantan 4-2 untuk mara penuh bergaya ke peringkat empat
terbaik Piala Gabenor Aceh 2012.
Perlawanan yang berlangsung di stadium Harapan Bangsa, Banda Aceh
menyaksikan Kelantan yang turun dalam misi untuk mencari gol awal
melakukan pelbagai serangan bahaya ke arah kubu tuan rumah namun gagal
menggegarkan jaring lawan.
Bagaimanapun, Semen Padang terlebih dahulu mencetak gol apabila
tendangan kaki kiri Edward Wilson Junior hasil umpanan Estivan Viscara
pada minit ke-24 berjaya menewaskan Shahrizan Ismail.
Kelantan tidak menunggu lama untuk mencetak gol setelah Mohd Badri
Radzi menyamakan kedudukan hasil serangan balas pantas seminit kemudian.
Terdesak dengan serangan demi serangan Semen Padang, Obinna Nwaneri
menghadiahkan sepakan penalti setelah menjatuhkan Titus Bonai untuk
memberikan Edward Wilson Junior jaringan kedua peribadi pada minit
ke-34.
Bersambung babak kedua, Kelantan terus tertekan setelah Edward Wilson
Junior menjarakkan kedudukan kepada 3-1 selepas menerima hantaran
cantik dari Ellie Aiboy pada minit ke-64.
Berselang dua minit selepas itu, M. Rizal terus menghukum kelalaian
pertahanan Kelantan dengan jaringan keempat menerusi satu lambungan ke
arah pintu gol menewaskan Shahrizan buat kali keempat.
Sang Kijang cuba bangkit dengan jaringan kedua melalui pemain import dari Australia, Dimi Petratos pada minit ke-68.
Pada lewat permainan, Kelantan mendapat satu sepakan penalti namun
gagal disempurnakan untuk keputusan 4-2 kekal sehingga wisel penamat.
Dengan keputusan yang diraih, The Red Warriors berkongsi kedudukan
dengan Brunei DPMM tetapi gagal melangkah ke separuh akhir selepas
undian yang dibuat pihak penganjur memihak kepada kelab tersebut.
Kesebelasan Pemain
Semen Padang : Farrurozi (Pg), Novan , Syaifulloh , Wahyu , Riky, Eli A, Yu, Mofu, Viscara, Edward dan Titus Bonai.
Kelantan : Shahrizan Ismail (Pg), Obinna
Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Zairul Fitree, Zamri Ramli, Badri Radzi
(Kp), Zairol Annuar Zailani, K. Nanthakumar, Dimi Petratos, Khairul
Izuan Rosli dan Harris Safwan.