KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 11 November 2012

9 Pemain Terima Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

Kelantan FA


KOTA BHARU – Sembilan pemain bola sepak Kelantan terpilih selaku penerima anugerah Pingat Bakti sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-43.
Mengetuai senarai ialah penjaring terbanyak Kelantan dalam saingan Liga Super, Mohammad Ghaddar, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Turut terpilih, pemain tengah Kelantan dan kebangsaan, Mohd Shakir Shaari, S Chanturu, Muhammad Ramzul Zahini Adenan serta tonggak pertahanan, Mohd Farisham Ismail.

Sementara itu, pemain sayap lincah, Mohd Nurul Azwan Roya yang mengesahkan menyertai pasukan Johor dalam saingan Liga Malaysia musim depan juga turut terpilih menerima pingat tersebut.

Ini merupakan kali kedua Sultan Muhammad V berkenan mengurniakan pingat kepada pemain bola sepak Kelantan setelah turut berbuat demikian pada perayaan ulang tahun keputeraan baginda tahun lalu.

Pemilihan sembilan pemain tersebut sebagai menghargai sumbangan mereka kerana membantu Kelantan meraih kejuaraan treble buat pertama kali dengan memenangi tiga trofi iaitu Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia dalam kancah Liga Malaysia pada musim ini.

Malah Kelantan menjadi pasukan negeri kedua mencipta treble selepas Kedah di bawah bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah memenanginya sebanyak dua kali pada tahun 2007 dan 2008.
Pada tahun lalu, Pengurus Pasukan, Azman Ibrahim dan bekas Ketua Jurulatih, B Sathianathan dikurniakan pingat Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) oleh Sultan Muhammad V.

Selain itu, empat pemain diketuai Kapten, Mohd Badhri Radzi, Mohd Daudsu Jamaluddin, Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid turut dianugerahkan Pingat Setia pada majlis sama tahun lalu.
Kesemua mereka dipilih di atas kejayaan membawa The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali pada tahun 2010 sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun untuk merangkul piala bola sepak paling berprestij di negara ini.

Jumaat, 9 November 2012

KAFA Akan Urus Permasalahan Secara Kolektif dan Cermat – TSAM.

                                          486361_406476526091345_1022532827_n

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan menguruskan segala permasalahan berbangkit secara kolektif dan cermat.

Menurut Penasihat, Tan Sri Haji Annuar Musa dalam laman sosial Facebook, KAFA akan selesaikan semua perkara itu demi kebaikan bola sepak Kelantan.

Buat masa ini, berikan saya sedikit masa untuk buat konsultansi dengan semua pihak.
Beliau sejurus tiba dari Kuala Lumpur telah dihujani pelbagai pertanyaan dari pihak wartawan akan beberapa isu yang melanda kem Kijang.

KAFA dilanda pelbagai masalah apabila beberapa pemain milik mereka cuba dipancing oleh pasukan yang mempunyai sumber kewangan yang lebih kukuh.

Persatuan itu turut terpaksa menghadapi karenah media yang dilihat cuba memperbesarkan isu keinginan Norshahrul Idlan Talaha untuk berhijrah ke Harimau Selatan.

Malah, isu itu terus panas sekali lagi setelah pemain penyerang Kelantan tersebut membalas beberapa kenyataan yang diberikan Annuar melalui saluran media

Pemain tak setia tak dapat bonus'




KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayangkan untuk tidak memberikan bonus kejuaraan tiga piala kepada mana-mana pemain yang 'berkeras' untuk berhijrah tanpa mendapat persetujuan daripada persatuan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar musa berkata, bonus tersebut hanya akan hanya diberikan kepada pemain yang setia kepada pasukan Kelantan.

"Berjasa sahaja tidak cukup, kita mahu pemain berjasa dan setia bersama pasukan.

"Bonus adalah hak persatuan seratus peratus dan pemain yang memilih untuk keluar tanpa persetujuan persatuan tidak akan mendapat bonus tersebut.

"Asasnya bonus untuk pemain kerana apabila kita hendak dia beraksi dengan Kelantan dan setia bersama Kelantan, mereka berhak untuk mendapatnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis kesyukuran menyambut kepulangannya dari menunaikan ibadat haji di Seri Puri, Bukit Marak di sini kelmarin.

Kelantan bakal kehilangan kelibat pemain sayap lincah, Nurul Azwan Roya selepas pemain itu memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor pada musim depan.

Selain Nurul Azwan, Red Warriors turut dikhabarkan bakal kehilangan penyerang sensasinya Norshahrul Idlan Tahala yang dilaporkan mahu meninggalkan pasukan tersebut juga untuk menyarung jersi Johor.
Mengulas mengenai isu melibatkan Nurul Azuan yang meninggalkan pasukan selepas kontraknya tamat, Annuar memberitahu ia akan diputuskan oleh jawatankuasa pengurusan.

"Perkara ini akan dibincangkan oleh jawatankuasa pengurusan dan mereka akan membuat keputusan berhubung perkara berkenaan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar menjelaskan KAFA tidak terkejut sekiranya ada pihak yang akan menjadikan agihan bonus tersebut sebagai isu.

"Mereka boleh buat isu, tetapi bonus adalah hak saya. Takkan awak nak bagi penghargaan kepada mereka yang tidak setia," katanya.

Khamis, 8 November 2012

KAFA sedia lepas Mat Yo


Perpindahan perlu ikut peraturan ditetapkan FAM dan FIFA








Foto
Mat Yo (kiri) dijangka menyertai skuad Johor selepas dapat lampu hijau daripada KAFA.


Kota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam memberi bayangan akan melepaskan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia (Liga M) itu.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasa persatuan itu dalam masa terdekat dan tidak menolak kemungkinan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo akan dijual.
Beliau yang dianggap sebagai Bapa Pembangunan bola sepak Kelantan bagaimanapun berkata, perpindahan penyerang itu perlu mengikut peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).


“Saya tidak menolak kemungkinan Mat Yo akan dijual kepada pasukan Johor tetapi selepas perbincangan dengan semua pihak selesai.

“Kita akan buat keputusan selepas mengambil kira semua aspek, kita bincang dengan Mat Yo dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ). Pematuhan kepada peraturan perpindahan pemain yang ditetapkan sangat penting dalam perkara ini,” katanya selepas majlis menyambut kepulangannya daripada mengerjakan haji di kediamannya di Bukit Marak, dekat sini, semalam.

Bangga ramai pemain Red Warriors dipancing

Annuar berkata, perpindahan pemain dalam bola sepak adalah satu perkara yang positif kerana ia menunjukkan dunia bola sepak sebenar dan menegaskan beliau menjadi orang pertama yang berbangga kerana berjaya melahirkan pemain yang bernilai dan cuba dibeli pasukan lain.
“Perpindahan pemain adalah perkara yang baik dalam bola sepak kerana ia menunjukkan kualiti bola sepak kita sekarang ini sudah meningkat dan semakin maju.

“Saya berbangga kerana banyak pasukan mahukan pemain yang kita lahirkan, dan ini adalah satu kejayaan buat Kelantan yang berjaya melahirkan pemain yang diingini pasukan lain.

“Bukan hanya Mat Yo, tetapi jika ada pasukan lain yang mahu mendapatkan pemain Kelantan lain, mereka boleh menghantar surat kepada KAFA. Kita akan bincang dan pertimbangkan tawaran mereka mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya.

Ahad, 4 November 2012

RM1 Juta Berbaloi Untuk Dapatkan Mat Yo

Norshahrul Idlan Talaha

KOTA BHARU – Isu bayaran perpindahan RM1 juta tidak timbul sekiranya Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berminat mendapatkan penyerang sensasi negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo.

Bagi Kelab Penyokong The Red Warriors Kota Bharu (TRW KB) bayaran tersebut setimpal dengan ‘harga’ yang dibayar oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk mengilap bakat Norshahrul sehingga menjadi penyerang yang disegani dan paling bernilai dalam Liga Malaysia.
“Bagi saya soal jumlah itu tidak menepati peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak perlu timbul. KAFA berhak meletakkan harga kerana pemain ini masih mempunyai kontrak bersama pasukan.

“Ia perkara biasa dalam bola sepak, lihat sahaja contoh di Eropah bagaimana proses ini berlaku. Bila lagi kita hendak lihat perkara yang sama berlaku dalam saingan liga tempatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Laporan akhbar kelmarin melaporkan pengurusan PBNJ tidak boleh membayar RM1 juta kepada KAFA 
untuk menebus kontrak pemain yang digelar ‘The Linesman’ itu kerana ia dikatakan menyalahi peraturan FAM.

Sebelum itu, KAFA dikatakan ‘sudah berlembut’ untuk memenuhi hasrat Norshahrul Idlan berpindah ke Johor pada musim depan.

Sementara itu, Mohd. Zainy memberitahu, walaupun TRW KB merupakan peminat setia pasukan The Red Warriors, pihaknya menerima keputusan yang dibuat oleh pemain dengan hati terbuka sekiranya mereka mahu berhijrah ke pasukan lain.

Jumaat, 2 November 2012

(PANAS) GAMBAR JERSI KELANTAN 2013 TERSEBAR ?



Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka sendiri oleh penyokong Kelantan dan tidak mustahil ianya boleh menjadi kenyataan.
Dibawah adalah jersi rekaan penyokong.Jenama Nike dan Umbro.Rekaan mana yang menjadi pilihan anda ? Komen pada ruangan dibawah.


 Jersi Kelantan 2013 NIKE

 

 Jersi Kelantan 2013 Umbro



BADDROL BAKHTIAR & KHYRIL MUHAIMEEN JADI BURUAN KELANTAN FA



Khyril Muhaimeen Kelantan FA
Khyril Muhymeen dikatakan calon paling tepat sebagai pengganti Mat Yo yang bakal sertai Johor musim depan. 


JIKA benar Norshahrul Idlan Talaha bakal tinggalkan Kelantan dan menyertai Johor musim depan, penyokong setia The Red Warriors (TRW) tidak perlu panik.

Apa tidaknya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kini sedang mengadakan ’projek’ khas bagi memancing dua ayam tambatan Kedah, Baddrol Bakhtiar (BB7) dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri (KM18) bagi ‘dibawa’ ke Kota Bharu.

Menurut sumber, kelibat pegawai media Kafa yang kini berada di Alor Setar bagaikan memberi petunjuk mereka serius mendapatkan tonggak Hijau Kuning itu.

“Kalau betul Mat Yo mahu meninggalkan Kelantan, apa boleh buat. Tetapi, peminat TRW jangan bimbang, dua bintang Kedah bakal sertai pasukan yang mencipta treble tahun ini.

“Faktor pasukan Kedah yang bermain dalam Liga Perdana musim depan barangkali boleh mempengaruhi fikiran mereka bagi memperkasa cabaran TRW musim 2013.

“Sekiranya berjaya, masalah ketiadaan peledak seperti digembar-gemburkan pihak luar dapat diatasi,” dedah sumber berkenaan kepada Sinar Harian, semalam.

Usaha Kafa tidak boleh dianggap perkara remeh kerana Khyril pernah ditawarkan gaji sebanyak RM22,000 sebelum ini, namun ditolak beliau atas sebab masalah keluarga.

Sementara itu, pemain Harimau Muda, Izuan Salahuddin dikatakan kembali ke pangkuan Kijang selepas gagal menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Ong Kim Swee yang beraksi dalam Liga Singapura.

Khairul Sahkan Tidak Dapat Tawaran


Khairul Fahmi Che Mat

PENJAGA Gawang Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengesahkan belum menerima tawaran daripada mana-mana pasukan dan tidak memasang impian berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia selesa bersama pasukan yang kini menjadi gergasi bola sepak negara dan mahu kekal bersama The Red Warriors (TRW) “Saya masih hormati kontrak bersama Kelantan yang masih berbaki dua tahun biarpun beberapa rakan lain kini diburu negeri lain.

“Apapun berita mengatakan saya mendapat tawaran lumayan daripada pasukan lain hanya khabar angin. Saya selesa kerana pengurusan Kafa amat efisyen, malah kami dapat bekerjasama sebagai satu pasukan dan semua itu terbukti dengan kejuaraan trebel musim ini,” katanya.

Menurutnya, jika ada pasukan lain cuba ‘memancingnya’, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dulu antara pengurusan pasukan bagi mengelakkan spekulasi negatif.

Dali Selar Tindakan Mat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjSBzb3Ija-l8X8CZ9XERM8siIY3Gs8IKkUC5bVQHwDHqD3qSSXtEV15HbLvxBIrEpsi17b642R5xY3FCRW5U20d_iW9nOHslrphbwAVLk2mrCocwG5gKOwN8khvZCLwtcpicBzz-yWJlg/s400/Dali.jpg
Dali Omar


 LEGENDA bola sepak negara, Dali Omar 66, lantang mengkritik Norshahrul Idlan Talaha apabila menasihatkan ‘pemain paling bernilai’ itu supaya sedar diri sebelum mengeluarkan kenyataan mahu mencuba angin baru bersama Johor ketika kontraknya bersama Kelantan masih berbaki setahun.

Isu perpindahan penyerang berbisa itu mendapat perhatian Dali malah beliau menyifatkan kenyataan dikeluarkan Norshahrul atau ‘Mat Yo’ mengguris perasaan penyokong dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Dali berkata, Norshahrul tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu ketika kontraknya masih berbaki setahun dan menggambarkan penyerang kebangsaan itu hanya mahu mengejar wang ringgit.

Katanya, Norshahrul perlu sedar dia berada di mana ketika namanya mula dikenali dan semakin ‘harum’.
“Saya terkilan apabila dia mengatakan mahu cuba ‘angin baru’ sedangkan kontraknya masih berbaki setahun bersama Kelantan. Dia perlu sedar di mana dia naik.

“Dia mempunyai hak untuk pindah namun biarlah tamat kontrak dulu, barulah pemergiannya mendapat penghormatan daripada peminat dan pengurusan. Kita perlu ingat penghormatan seorang pemain bola sepak tidak terletak pada wang ringgit,” katanya.

Katanya, jika Norshahrul berkeras untuk berpindah ke pasukan lain, Kafa perlu melepaskannya kerana tiada guna menyimpan pemain yang tidak mempunyai kesetiaan malah yakin Kafa mampu mencari pengganti lebih berbakat.

“Memang dia memberi sumbangan kepada Kelantan pada final Piala Malaysia tempoh hari tapi jika dia tetap berkeras untuk berpindah, Kafa perlu lepaskan. Tiada guna simpan pemain yang tidak mempunyai hati kepada pasukan.

“Kepada Kafa saya nasihatkan carilah bakat baru. Ramai lagi bakat baru berada di ceruk kampung boleh bermain bola dan saya yakin Kelantan tetap hebat biarpun tanpa Norshahrul.”
Sebelum ini, akhbar melaporkan, pasukan Johor sedia menebus kontrak setahun Norshahrul bersama Kelantan dan menawarkan gaji lumayan hingga RM80,000 sebulan bagi memancingnya menyarung jersi Harimau Selatan musim depan.

Catatan Popular