KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 16 Ogos 2012

Ghaddar Digantung 1 Perlawanan, Denda RM2000.

The Red Warriors kehilangan khidmat penyerang import berbisa mereka pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia setelah Mohamad Ghaddar dijatuhkan hukuman gantung satu perlawanan akibat kontroversi dengan Bunyamin Omar.


Selain digantung, Ghaddar turut didenda RM2000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pagi tadi di Wisma FAM.

Pemain ini turut perlu membayar kos persidangan seperti yang digariskan oleh badan induk bola sepak Malaysia tersebut.

Menurut pengurus pasukan Sang Kijang, Haji Azman Ibrahim selepas mesyuarat tatatertib itu, beliau bersyukur Ghaddar tidak dikenakan hukuman berat oleh FAM

Laporan Perlawanan Persahabatan Pra Piala Malaysia : Kelantan 1-1 T-Team FC.

Kelantan gagal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan ujian kedua pra Piala Malaysia apabila diikat T-Team 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi di gelanggang sendiri, Kelantan bagaimanapun terlebih dahulu menerima asakan T-Team melalui gandingan Marco Tulio Silva, Fauzi Majid serta Faiz Subri.

Selepas 10 minit barulah Sang Kijang mendapat rentak melakukan serangan kearah pintu gol pasukan pelawat.

Pada minit ke-13, Kelantan didepan setelah percubaan Nurul Azwan Roya dari luar kotak ditampan Afiq Azmi untuk mengelirukan penjaga gol T-Team, Mohd Syamsuri.

Tersentak jaringan pertama tuan rumah, T-Team mengatur gerak dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-16 melalui percubaan jarak jauh Zairo Annuar Zailani.

Tekanan berterusan pasukan pelawat akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-21 selepas satu hantaran lintang yang dilakukan oleh Fadli Saari dari sebelah kanan ditampan masuk pertahanan Kelantan, Nik Shahrul Azim.

Kelantan hampir menjaringkan gol kedua pada minit ke-24 namun sepakan leret Keita Mandjou dari luar kotak penalti sempat dikuis Mohd Syamsuri.

T-Team turut mendapat peluang menambah jaringan pada minit ke-26 melalui sepakan percuma Zairo Annuar tetapi Syazwan Yusof lebih bersedia menyelamatkan keadaan.

Faiz Subri pula menyaksikan percubaannya melalui gerakan solo dari sebelah kiri terkena tiang biarpun Syazwan sudah tertewas pada minit ke-32.

Dua minit kemudian, Afiq Azmi berjaya melepaskan satu sepakan dari luar kotak penalti tetapi mudah diselamatkan.

Bersambung babak kedua, Kelantan dan T-Team melakukan pertukaran taktikal bagi mengimbangi corak permainan masing-masing.


Namun kebanyakan serangan mereka tersekat dengan kehandalan pertahanan kedua-dua pasukan menyerap asakan yang dilakukan.


Pada minit ke-78, Kelantan berpeluang melakukan jaringan kedua apabila gerakan Indra Putra gagal dipergunakan Norfarhan biarpun pintu gol pasukan pelawat sudah ternganga.

Begitu juga dengan asakan Sang Kijang pada minit ke-87 menyebabkan Norfazly Alias hampir menjaringkan gol sendiri tetapi tiang sebelah kanan menjadi penyelamat.

Percubaan Azlan Ismail pada minit ke-89 pula lemah kepada penjaga gol T-Team.

Selepas tambahan masa dua minit, keputusan kekal untuk kedua-dua pasukan berpuas hati dengan jaringan 1-1.

Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak.
Syazwan Yusoff (Pg), Nik Shahrul Azim, Mafry Balang, Aslam Najmudeen, Zairul Fitree Ishak, Daudsu Jamaluddin (Kp), Norfarhan Mohamad, Indra Putra, Nurul Azwan Roya, Afiq Azmi dan Keita Mandjou.

T-Team : Yunus Alif.
Mohd Syamsuri (Pg), Nor Fazly Alias, Tengku Hasbullah, Zairo Annuar Zailani (Kp), Marco Tulio Silva, Mohd Faiz Subri, Mohd Hisbullah, Mohd Fadli Saari, Shahrul Azhar Ture, Sumardi Hajalan dan Fauzi Majid.

Rabu, 15 Ogos 2012

KAFA Mahu Hukum Ghaddar.

Mohamad Ghaddar bakal dihadapkan ke jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas gagal melaporkan diri pada 5 Ogos 2012.


Menurut kenyataan kepada pihak media, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa menyatakan tindakan terpaksa diambil kerana dia melanggar peraturan dengan mengambil cuti sendiri tanpa kebenaran.

Ghaddar dijangka tiba esok dan setelah tiba dia akan dihadapkan terus ke jawatankuasa disiplin seterusnya pihak KAFA akan mengeluarkan surat tunjuk sebab mengapa dia gagal hadir seperti yang telah ditetapkan.

Ghaddar perlu menjawab surat tersebut mengapa dia tidak melaporkan diri, jelasnya.

Mengulas tentang persiapan penyerang import itu dalam Piala Malaysia nanti, Annuar menjelaskan Mohamad Ghaddar bakal berdepan latihan intensif selepas berehat lebih sebulan tanpa sebarang aksi kompetetif.

Tiada istilah pemain emas, disiplin tetap disiplin dan Ghaddar tidak terkecuali dengan mengembalikan prestasinya sebelum Piala Malaysia bermula.

Selasa, 14 Ogos 2012

T-Team Ujian Kedua TRW.

Selepas mencatat kemenangan memberangsangkan keatas Pattani FC, skuad The Red Warriors bakal melalui satu lagi perlawanan ujian menentang T-Team di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, Rabu depan.


Perlawanan kedua yang diatur oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sempena persiapan mereka bagi mengharungi dua kejohanan bermula 22 Ogos ini.

Setakat ini, ketua jurulatih Sang Kijang, Bojan Hodak dilihat berpuas hati dengan persembahan pasukan biarpun masih belum mencapai sasaran prestasi seperti yang telah ditetapkan.

Para pemain beraksi baik terutamanya pada babak kedua ketika melawan Pattani sehingga menjaringkan tiga gol tetapi itu tidak bermakna kita pasukan yang bagus.

Oleh itu, pertemuan dengan T-Team merupakan ujian kedua kepada pemain untuk menunjukkan mereka telah bersiap sebaik mungkin sebelum menyertai Piala Malaysia dan Piala AFC, jelasnya.

Sementara itu, pihak KAFA mengekalkan harga tiket perlawanan seperti pertemuan dengan Pattani iaitu dengan harga Rm5 (terbuka) dan Rm10 (astaka).

Obinna Nwaner Turun Sesi Latihan Pertama.

Obinna Nwaneri akhirnya turun sesi latihan pertama bersama The Red Warriors selepas beberapa minggu pulang bercuti.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NwanerikekalpilihanKelantan/pix_gal2

Dia yang baru tiba dari Kuala Lumpur petang tadi terus turun sesi latihan dan kelihatan masih penat akibat perjalanan jauh.


Walau bagaimanapun, dia tetap ceria menjalani latihan kecergasan bersama rakan sepasukan yang lain.

Sementara itu, seorang lagi pemain import Kelantan, Mijo Dadic tidak menjalani sesi latihan kerana baru tiba dan dijangka akan turun berlatih bermula malam esok.

Mohamad Ghaddar pula masih belum kelihatan di padang latihan dan menurut sumber RedsfcNews, status kepulangan pemain penyerang ini masih tidak diketahui.

Isnin, 13 Ogos 2012

Keita Masih Ketandusan Jaringan

Perlawanan persahabatan kelab antarabangsa menentang Pattani FC yang berakhir dengan kemenangan 3-0 menyaksikan penyerang import berasal dari Guinea, Keita Mandjou masih ketandusan jaringan.


Keita yang dikontrakkan sempena Piala AFC menjadi penjaring ketiga terbanyak Liga India namun masih belum menemui sentuhan berbisa didepan gawang lawan ketika mewakili Kelantan.

Dia yang diturunkan selama 70 minit pada perlawanan tersebut gagal menjaringkan gol walaupun mendapat beberapa peluang keemasan didepan gawang Pattani termasuk tandukan cantik yang diselamatkan penjaga gol pada separuh masa pertama.

Ini bermakna, selepas dua perlawanan Keita masih gagal memberi sumbangan seperti mana dilakukan ketika mewakili pasukan terakhirnya, Pune FC.

Bagaimanapun, pihak pengurusan pasukan tidak bimbang dengan kegagalan pemain ini melakar jaringan kerana masih terlalu awal untuk menilai ketajaman penyudah Keita.

Dia baru berlatih selama sebulan dengan pasukan The Red Warriors dan wajar terus diberikan beberapa lagi peluang dalam perlawanan persahabatan untuk melihat bagaimana dia mampu untuk menamatkan kemarau jaringan.

Bojan Pening Atur Strategi.

Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak kelihatan pening untuk mengatur strategi selepas beberapa pemain utama  masih gagal bersama skuad kerana sedang bercuti dan menyertai skuad kebangsaan.


Pada perlawanan menentang Pattani FC di Kota Bharu yang dimenenangi The Red Warriors, beliau terpaksa mengatur strategi berlainan dari biasa untuk mengimbangi pasukan pelawat.

Permulaan babak pertama menunjukkan betapa ketiadaan tonggak yang sering diturunkan menyaksikan Kelantan gagal melancarkan serangan berkesan malahan mudah dipatahkan oleh Pattani FC.

Mujurlah taktikal menjadi yang disusun sebaik babak kedua bersambung membolehkan mereka mencapai kemenangan tiga jaringan keatas pasukan kendalian Syed Bukhari Duereh tersebut.

Kecemerlangan beberapa pemain simpanan seperti Tuan Mohd Faim serta tiga pemain pinjaman turut membantu meredakan sedikit tekanan Bojan.

Tiada pilihan lain kepada jurulatih berasal dari Crotia ini selain berharap kesemua pemain yang masih tidak bersama skuad melaporkan diri secepat mungkin seterusnya mempersiapkan The Red Warriros menuju saingan Piala Malaysia dan Piala AFC tanpa sebarang masalah.

Sumber : Pemain TRW Tuntut Kenaikan Gaji.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, beberapa pemain utama menuntut kenaikan gaji sebelum menandatangani kontrak baru bersama The Red Warriors.


Ketika ini, ada beberapa pemain masih lagi tidak menurunkan tandatangan kerana mengharapkan kenaikan gaji dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Mereka bukan bersifat mata duitan tetapi mahu sedikit kenaikan kerana ada dari mereka sudah empat tahun menabur bakti untuk pasukan negeri namun tidak dinaikkan gaji seperti mana pemain luar yang menyarung jersi Kelantan.

Setakat ini tiada kata putus diberikan oleh KAFA dan pemain ini berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera, jelas sumber itu lagi. -

Ahad, 12 Ogos 2012

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN 
KELANTAN LWN PATTANI FC

KELANTAN     [3]     vs     [0]     PATTANI FC

- – - FULL TIME / TAMAT - – -

[Status Perlawanan : Bermula jam 10.00 malam | Perlawanan masih belum bermula | Untuk makluman masih belum ada pengumuman siaran live streaming dari mana-mana pihak | Perlawanan bermula | Minit 2 - percubaan pertama oleh Azwan Roya, berjaya ditangkap kemas oleh penjaga goal Pattani FC | Minit 5 - Percubaan bebas oleh Piya tinggi melewati palang gol | Minit 12 - serangan yg dilakukan oleh pattani hampir2 menghasilkan gol, namun tandukan pemain penyerang tersasar | 10 minit terakhir Pattani FC dilihat menguasai permainan| Gol Afiq Azmi minit 31 | Gol Afiq Azmi minit 33 | HT | Separuh masa kedua | Sehingga kini masih tiada perkembangan perlawanan dari beberapa sumber namun dijangkakan perlawanan kini melewati minit 55 | Afiq Azmi menjaringkan hatrik minit ke 59 | Perlawanan tamat ]

Catatan Popular