KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 5 April 2012

Laporan : Kelantan Kutip Tiga Mata Pertama.


Kelantan menang mudah 3-0 keatas Arema FC dalam saingan Piala AFC 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Terima kasih dengan ledakan hatrik penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar untuk memberikan kemenangan pertama buat The Red Warriors di saingan peringkat Asia.

Permulaan babak pertama menyerlahkan penguasaan penuh Kelantan dengan beberapa gerakan menarik yang disusun melalui gandingan Ghaddar dan Antwi.

Bermula dengan percubaan tersasar Danny Antwi pada minit ke-11, Kelantan terus mengasak dengan sepakan lemah Chanturu kepada penjaga gol Arema, dua minit kemudian.

Pada minit ke-19, Arema mempunyai kesempatan terbaik untuk memecahkan kebuntuan tetapi sepakan kencang Talaohu Abdul Musafri tepat kepada Shahrizan Ismail.

Tidak sampai seminit, giliran Chanturu mengancam kubu Arema melalui gerakan dari sebelah kanan namun percubaan pemain ini tersasar walaupun hanya berdepan Dennis Romanovs.

Usaha berterusan The Red Warriors akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan solo Mohamad Ghaddar berhasil menewaskan pertahanan Arema sebelum melepaskan satu rembatan melepasi jangkauan Romanovs untuk gol pertama pada minit ke-23.


Selepas jaringan tersebut, perlawanan berubah tegang dengan beberapa insiden tidak sepatutnya berlaku menyebabkan pemain Arema, Hermawan dilayangkan kad kuning.

Bersambung babak, Arema terlebih dahulu melakukan percubaan merbahaya apabila sentuhan Andrew Barisic didepan pintu gol Sang Kijang hanya mengenai tiang gol.

Tersentak dengan cubaan pelawat, Kelantan melancarkan serangan balas dan berhasil menambah jaringan selepas sepakan penjuru Mohd Badri Radzi tepat kepada Ghaddar untuk tandukan terus menerjah jaring pada minit ke-47.

Arema bagaimanapun tidak berputus asa untuk merapatkan kedudukan dan hampir melakukan jaringan pada minit ke-50 tetapi mujur tiada pemain mereka menyambar hantaran lintang Barisizc didepan pintu gol tuan rumah.

Kelantan turut hampir menambah jaringan selepas sepakan percuma Badri Radzi mudah ke dakapan Romanovs pada minit ke-52.

Sepakan separa volley Talouhu Abdul Mushafri hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan pada minit ke-56 pula hanya melewati palang gol.

Tidak beberapa lama kemudian, percubaan pemain gantian, Ahmad Amiruddin berjaya diselamatkan Shahrizan Ismail.

Keghairahan pelawat melakukan serangan hampir mengundang padah apabila serangan balas Kelantan pada minit ke-70 bagaimanapun gagal menembusi gawang mereka selepas Ghaddar lambat melakukan percubaan biarpun penjaga gol sudah meninggalkan posisi.

Percubaan pemain gantian Sang Kijang, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-82 pula terus ke dakapan penjaga gol Arema.

Marco Krasic hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-89 tetapi cubaan pemain tengah Arema ini hanya menyinggahi palang sebelum dikeluarkan pemain Kelantan dari kawasan bahaya.

Seminit kemudian, Ghaddar akhirnya melengkapkan hatrik selepas serangan balas dari sebelah kanan hasil hantaran Nik Shahrul Azim disudahkan dengan satu rembatan rendah gagal diselamatkan Romanovs untuk gol ketiga dan terakhir perlawanan.

Kesebelasan Pemain

Kelantan : Bojan Hodak
Shahrizan Ismail (Gk), S.Subramaniam, Daudsu Jamaludin (Nik Shahrul Azim), Obinna Nwaneri, Rizal Fahmi Rosid, Mohd Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya (Indra Putra Mahayuddin), S. Chanturu, Danny Antwi dan Mohamad Ghaddar (Faizol Nazlin Sayuti).

Arema FC : Dojan Antonic
Dennis Romanovs (Gk), Fariz Bagus, Roman Cmelo (Aji Saka), Andrew Barisic, Hermawan, Irfan Raditya, Putut Waringin (Ahmad Amiruddin), Gunawan Dwi Cahyo, Legimin Raharjo (Kp), Talaohu Abdul Mushafri dan Marko Krasic (Anggo Yulian)

Rabu, 4 April 2012

 Cuba anda baca dan fikir
 
 
 
Sikap Pilih Kasih FAM yang terpasak di tangguh oleh Tan Sri Anuar Musa digantung 2 tahun kerana kritik skuad K.Rajagopal manakala SU FAM Azzudin yang kritik skuad Ong Kim Swee pula tidak di denda...adakah ini politik FAM atau mahu menjatuhkan skuad bola sepak Kelantan yang semakin hebat. Yang sebenarnya Azzudin ialah Pengkhianat bola sepak Malaysia kerana apa yang Azzudin cakap semua betul dan semua orang takut kerana dia bekas askar.Gara-gara Azran Khor memakai seluar jean pada latihan, dia di pecat oleh Azzudin Daripada jawatan jurulatih skuad bola sepak malaysia unde-23 patuh kew tidak..........................renung-renungkah
SEMOGA TAN SRI TIDAK KENA HUKUMAN


Piala AFC 2012 : Prebiu - Kelantan mln Arema.


Kelantan akan turun menentang Arema FC dalam saingan Piala AFC 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.


Satu perlawanan yang bakal memberi sedikit tekanan kepada kedua-dua pasukan untuk mendapatkan kemenangan selepas gagal merealisasikan pada dua perlawanan terdahulu.

Buruan mata penuh wajib direalisasikan andai kata mahu melangkah jauh di pentas Asia kerana dua lawan yang menduduki tangga teratas kumpulan pasti berusaha menjarakkan diri pada pertemuan kedua-dua pasukan petang nanti.

Setakat ini, dilaporkan kesemua pemain Kelantan berada dalam keadaan terbaik untuk mendapatkan kemenangan namun mereka masih gagal menggunakan khidmat Norshahrul Idlan Talaha yang belum cergas sepenuhnya.

Sementara itu juga, Kelantan turut menyisihkan Aziz Ismail serta S. Subramaniam yang dilanda kecederaan manakala Nwoha Onyekachi dilaporkan kembali pulih dari kesakitan ringan.

Bagi Arema Indonesia pula, mereka hadir tanpa kelibat Gunawan Dwi Cahyo yang dilayangkan kad merah pada pertemuan terdahulu manakala selebihnya adalah pemain terkuat yang dimiliki mereka.

Apa yang pasti, pengendali Arema asal Serbia, Dejan Antonic memberi khabar bakal turun "all out" dalam misi mereka untuk mencatatkan kemenangan keatas tuan rumah.

Berdasarkan rekod perlawanan kedua-dua pasukan dalam saingan domestik masing-masing, Kelantan dilihat berada pada landasan kukuh untuk membenam lawan terutamanya dengan purata 2 jaringan yang dicatatkan mungkin menjadi khabar tidak enak kepada "Singo Edan".

Arema pula dilaporkan tidak bermula baik dalam persaingan Liga Prima Indonesia dan ketika ini berada dalam keadaan tertekan kerana masih gagal untuk mendapatkan keputusan terbaik.

Senarai Kesebelasan Jangkaan Kelantan


Pada pertemuan malam ini, dijangkakan penjaga gol berpengalaman, Mohd Shahrizan Ismail bakal menggalas tugas nombor satu setelah Khairul Fahmi masih dilanda kecederaan. Pemain muda, Syazwan Yusoff pula bakal menjadi penjaga gawang simpanan.

Jentera pertahanan, kudrat Obinna Nwaneri terus ditagih oleh Bojan untuk mengukuhkan jaringan pertahanan dengan Farisham Ismail manakala Daudsu dan Zairul Fitree pula diberi peranan untuk mengawal posisi pertahanan kiri dan kanan dari menerima serangan pihak lawan.

Ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dijangka terus mengekalkan tempat selaku "playmaker" pasukan disamping rakan gandingan, Shakir Shaari. Indra Putra yang beraksi cemerlang pada saingan Liga mungkin diletakkan selaku pemain sayap kiri manakala penjaring gol terbanyak Kelantan dalam Piala FA, Norfarhan Mohamad diturunkan ke posisi sayap kanan.

Posisi serangan pula kemungkinan besar dua pemain import diberi peranan untuk mencari jaringan gol. Nwoha yang sudah kembali menemui sentuhan bakal menjadi penyerang utama manakala penyerang Lebanon, Mohamad Ghaddar akan membantu Nwoha melakar jaringan.

Senarai Kesebelasan Jangkaan Arema.


Ketua jurulatih Arema, Dejan optimis barisan pemain yang bakal diturunkan mampu untuk mengejutkan Kelantan. Beliau dijangka akan menggunakan formasi 4-3-3 bagi merealisasikan hasrat untuk mencatatkan kemenangan penting.

Dijangka pada pertemua hari ini, Dejan akan menurunkan penjaga gol import Dennis Romanovs selaku penjaga gawang utama.

Barisan pertahanan mereka pula diterajui oleh Irfan Raditya dan Hermawan di pertahanan tengah. Melengkapkan barisan pertahanan kiri dan kanan kemungkinan diberikan kepada pemain yang berpengalaman luas yang juga ketua pasukan, Legimin Raharjo serta Faris Bagus.

Jentera tengah pula, Arema bakal mempertaruhkan pemain import mereka untuk membantu posisi serangan mencari jaringan dimana Marco Krasic dan Roman Cmelo bakal mengemudi posisi "center" selain Anggo Julian pula diberi peranan lebih kepada "attacking".

Posisi penyerang, pemain import yang berpengalaman turun dalam aksi dengan Kelantan dari Persebaya, Andrew Barisic akan menjadi penyerang utama manakala Talaohu Abdul Musafri membantu Barisic serta seorang lagi, Putut Waringin mencari jaringan.

Sususan Pemain

Shahrizan Ismail (Gk)
Daudsu Jamaludin -- Obinna Nwaneri -- Farisham Ismail -- Zairul Fitree Ishak 
Norfarhan Mohamad -- Mohd Badri Radzi (Kp) -- Shakir Shaari -- Indra Putra Mahayuddin
Nwoha Onyekachi ---- Mohamad Ghaddar.

Melawan

Putut Waringin -- Andrew Barisic -- Talaohu Abdul Musafri.
Marco Krasic -- Roman Cmelo -- Anggo Julian, 
Legimin Raharjo (Kp) -- Irfan Raditya -- Hermawan --Faris Bagus, 
Dennis Romanovs (Gk)

Selasa, 3 April 2012

PIALA AFC

Piala AFC 2012 : Peluang Terbaik Kelantan.


Bojan Hodak menganggap pertemuan AFC melawan Arema di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV merupakan satu peluang terbaik buat skuadnya mencapai sesuatu.


Menurut kenyataan ketua jurulatih Kelantan pada sidang media di Kota Bharu, bermain di tempat sendiri merupakan satu peluang keemasan dan tidak wajar dilepaskan.

Saya sangat berharap dapat menggunakan dua pemain tonggak yang kini cedera, Nwoha Onyekachi dan Norshahrul Idlan Talaha untuk perlawanan pada malam esok, jelasnya.

Bojan turut mahu para penyokong The Red Warriors yang turun ke gelanggang keramat dapat memberikan sokongan padu serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Bagi ketua pasukan, Mohd Badri Radzi, kemenangan perlu dicatatkan sebagai hadiah terbaik kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang akan menghadap jawatankuasa disiplin FAM.

Beliau menyeru kepada semua rakan sepasukan supaya dapat bermain dengan baik dan tidak mudah tertekan didepan penyokong sendiri.

Menurut Pegawai Media KAFA, Wan Badri Wan Omar yang turut serta pada sidang media, para penyokong Sang Kijang dinasihatkan menonton aksi dengan semangat kesukanan yang tinggi dan tidak melakukan tindakan tidak memberi faedah.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menetapkan peraturan yang sangat ketat dan pihak persatuan bakal didenda jika para penyokong melanggar peraturan tersebut.

Oleh itu, pihak KAFA telah mengetatkan sistem kawalan keselamatan didalam dan luar stadium supaya perlawanan berstatus antarabangsa ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Piala AFC 2012 : Arema Turun Skuad Terkuat.


Arema akan menurunkan skuad terkuat yang dimiliki mereka untuk mengejutkan Kelantan dalam saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Menurut ketua jurulatih pasukan, Dejan Antonic, kesemua pemain pasukan Arema bebas dari masalah kecederaan dan mereka dilihat mampu untuk menjelmakan sesuatu pada perlawanan itu nanti.

Saya akan menurunkan skuad terbaik yang dimiliki untuk menghadapi perlawanna ini. Kami juga akan berkerja keras untuk perlawanan ini kerana kami mahu menang, , jelasnya.

Namun begitu, Dejan mengakui dia masih lagi belum memahami corak permainan keseluruhan pasukan The Red Warriors dan berharap beberapa pemain yang berpengalaman dalam skuad Indonesia dapat bermain tenang didepan penyokong lawan.

Kesemua pasukan dalam kumpulan H bermain sangat bagus dan kita tidak tahu dapat menang atau tidak disini.

Sementara itu, ketua pasukan Arema, Legimin Raharjo turut mengharapkan rakan sepasukan dapat memberikan aksi terbaik seterusnya menghadapi perlawanan tanpa sebarang tekanan.

Isnin, 2 April 2012

Bila Pencacai Bersuara : Penyelewengan Dalam FAK Terbongkar, Apa Kata Ahkuddin dan Sekutu..

Monday, April 2, 2012

Tajuk : FAK dan Kuasa Ahkuddin.
Durasi : Atas bacaan. Baca perlahan, lambat lah, kalau cepat, cepatlah.
Genre : Seram Ganas, Politik dan Komedi Aksi.
Kategori : Untuk bacaan kepada yang bukan buta huruf.
Penafian : Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak melibatkan sesiapa dan tidak berkenaan dengan sesiapa sama ada yang masih sihat, segar, tidak sakit serta banyak lagi. Bukan tanggungjawab penulis jika anda terguling-guling suka/sakit/panas/sejuk/seram membaca artikel yang dikeluarkan.


Adakah anda kenal dengan individu bernama Datuk ahkuddin akmat.

Beliau merupakan Setiausaha Agong Persatuan Kena Sepak Bola (*FAK) sejak beberapa tahun lepas.

Beliau bukan sahaja mampu untuk menjalankan kerja-kerja eksekutif malahan turut terbabit sama mengatur perjalanan skuad negara untuk menuju ke mercu kejayaan.

Ahkuddin ditakrifkan begitu hebat dalam FAK sehinggakan para exco-exco yang dilantik sangat takut dengan kuasa yang dimiliki oleh bekas pegawai tertinggi Tentera yang telah bersara ini.

Siapa sangka dengan watak perlahan yang ditunjukkan beliau, tetapi sebenarnya jika dilihat pada sudut halus yang diperoleh dari sumber, Ahkuddin nyata "makan dalam" sejak memegang jawatan di *FAK.

Banyak penyelewengan yang telah dilakukan oleh Ahkuddin termasuklah melibatkan kes pemecatan Azfar Khir selaku pengurus skuad bawah 23 tahun kebangsaan.

Apa yang peliknya, pada awal kemasukan Azfar, setiausaha agong tersebut ada menyatakan bekas jurulatih Liga Dun Jeddah tersebut adalah orang yang paling layak mentadbir skuad negara kerana pengalaman dan juga rekod cemerlang yang diraih.

Oleh itu, Azfar di beri tugasan untuk melatih dan mengatur satu pasukan terbaik untuk beraksi di Liga Slovakia yang dilabel bertaraf A biarpun pada sesetengah pihak merupakan satu tindakan terburu-buru Persatuan Kena Sepak Bola.

Tetapi, tidak lama kemudian ketika mahu membuang Azfar dari jawatan tersebut, Ahkuddin pula secara lantang menyatakan jurulatih tersebut dilihat tidak menepati mutu yang dikehendaki malahan secara jelas menyebut Azfar memakai jeans sewaktu mengendalikan sesi latihan.

Itulah penyebab kepada pembuangan Azfar dari jawatan jurulatih biarpun pada satu ketika mempunyai nama baik akhirnya tersungkur dek sikap angkuh seorang setiausaha yang mendapat kawan baik dari kalangan rakyat Slovakia atau sewaktu dengannya yang bernama *Aslav (bukan nama sebenar).

Selain itu, Ahkuddin juga berkuasa untuk menentukan perjalanan FAK sehinggakan Timbalan Presiden serta exco yang mahu ke luar negara atas tugasan rasmi terpaksa menggunakan duit sendiri dan duduk di kedudukan kelas ekonomi.

Malahan paling tidak dapat diterima, bilik Ahkuddin sangat luas dan sayup-sayup mata memandang, dibarisi ramai petugas dan staff yang dilabel terbaik biarpun tugasan yang dilakukan hanyalah duduk menunggu gaji tanpa cukai sehingga RM25 ribu.

Dengan wang sebanyak itu, ahkuddin telah membawa FAK ke arah kejayaan mengatur banyak perlawanan antarabangsa dengan pasukan kelab dari negeri sendiri untuk menaikkan rangking kedudukan negara sehingga menjejak ke angka sekitar 145 keatas.

Hebat benar ahkuddin ini dalam menguruskan dana FAK kerana dikhabarkan juga beberapa projek di wisma yang dibina gah adalah hak milik beliau dan sekutu.

Dari insuran pemain sampailah kepada bayaran sewa ditadbir begitu cemerlang sehinggakan persatuan yang tidak menjana kewangan mampu memiliki staff yang ramai dengan perbelanjaan mengurus dikatakan mencecah 22 juta setahun.

Dengan tidak malu juga Ahkuddin bertindak bagaikan melebihi kuasa Timbalan serta exco dimana pernah dilihat beliau berada di kedudukan kelas 1 penerbangan semata-mata ke Lundang untuk hanya mengambil tandatangan Presiden demi merealisasikan beberapa matlamat jangka pendek beliau dan sekutu.

Bersambung.

sumber: redsfc news

Bila Pencacai Bersuara : FAM dan Sekutu Merosakkan Bola Sepak Negara.

Monday, April 2, 2012

Ada agenda tersembunyi, menyembunyikan penyelewengan ataupun ingin menjatuhkan orang yang cuba membawa revolusi dalam persatuan yang dilihat sudah tidak relevan.


Itulah yang cuba dilakukan oleh beberapa kerat yang dilantik oleh perwakilan kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk menaikkan sukan nombor satu kegemaran rakyat Malaysia.

Nyata rupanya kenaikan kembali bola sepak negara telah dapat menyembunyikan seketika sikap busuk FAM namun kini ianya akan pecah dan berbau hebat di serata negara.

Bukan menyokong Tan Sri Annuar Musa seratus peratus, bukan juga ingin menunjukkan keburukan persatuan tersebut di kaca mata penyokong dan pemerhati tetapi inilah situasi yang terjadi dalam pentadbiran persatuan tersebut.

Sikap bodoh sombong, menggunakan kuasa yang ada demi kepentingan kocek selain "memilikkan" persatuan yang bukan milik mereka nyata tidak dapat diterima.

Justeru itu, penyelewengan dan pengkhianatan yang telah dilakukan segelintir pihak itu wajar diberi perhatian serius oleh pendukung bola sepak negara kerana kitalah juri yang menentukan hala tuju sukan ini di negara kita, bukan mereka yang dilantik untuk duduk selesa dalam bilik seluas mata memandang.

Biar tidak dibayar gaji tetapi demi nama baik, para penyokong perlu bangkit untuk menunjukkan kepada mereka diatas untuk berundur jika dirasakan tidak lagi sesuai memangku tugas yang diamanahkan.

Jangan mengambil gaji tanpa cukai semata-mata untuk hidup kerana duit itu lambat laun akan menjadi racun membunuh.

Pada masa sekarang, penulis belum mahu mendedahkan dengan teliti penyelewengan FAM yang diperoleh dari sumber terdekat cuma mahu memberi amaran bahawa setiap perkara yang berlaku tidak mungkin akan menutup perjuangan rakyat untuk melihat bola sepak kebangsaan kembali digeruni di peringkat antarabangsa.

Revolusi perlu dilakukan dalam pentadbiran FAM untuk kemajuan. Penulis dan rakan-rakan tidak akan berundur dari terus memberi tekanan agar pihak yang berada didalam persatuan tersebut akhirnya mengakui bahawa mereka telah mengkhianat perjalanan sukan bola sepak sejak sekian lama.

sumber:redsfc news

Ahad, 1 April 2012

Ulasan Perlawanan : Felda Kena Ratah.


The Red Warriors terus menerajui carta Liga Super 2012 apabila mudah meratah KL Felda United 5-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Beraksi dihadapan lebih 20 000 penyokong setia, Sang Kijang pantas menjelmakan jaringan pada minit ke-2 melalui Nwoha Onyekachi setelah hantaran pendek Norfarhan disudahkan dengan sungkitan deras ke dalam gawang pelawat.

Bagaimanapun, KL Felda berjaya menyamakan kedudukan tiga minit selepas itu hasil jaringan Azrul Ahmad setelah kesilapan awal Rizal Fahmi Rosid disudahkan dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti.

Jaringan penyamaan merencatkan sedikit corak permainan Kelantan sehinggalah pada minit terakhir babak perrtama, Nwoha Onyekachi menyepak deras dari dalam kotak setelah menerima hantaran Zairul Fitree untuk gol kedua perlawanan.

Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan sepak mula dan hampir menambah jaringan melalui Nwoha namun sepakan kencang pemain ini mudah dibaca Hamsani.

Tidak lama kemudian, giliran Zairul Fitree mengamcam kubu Felda apabila sepakan percuma dari luar kotak penalti berjaya ditampan keluar Hamsani.

Usaha berterusan Sang Kijang akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-62 apabila Norfarhan Mohamad mudah menyambung masuk lantunan percubaan terkena tiang "half volley" Indra Putra Mahayuddin.

Tidak sampai seminit, giliran Indra Putra pula melakar jaringan selepas hantaran cantik S. Chanturu disudahkan dengan rembatan ke penjuru sebelah kiri pintu gol Felda.

Kelantan hampir menambah jaringan tidak lama kemudian namun dua percubaan yang diperoleh Mohd Badri Radzi dinafikan dengan aksi "super save" Hamsani Ahmad.

Bagaimanapun Badri akhirnya berhasil mencetak nama selaku penjaring setelah gerakan solo dari kawasan tengah disudahkan dengan rembatan kencang ke penjuru atas menewaskan Hamsani buat kali kelima pada minit ke-80.

Selepas jaringan tersebut, tuan rumah terus mengganas dengan beberapa percubaan menarik ke arah gawang Felda tetapi mujurlah Hamsani bijak menyelamatkan cubaan yang dilakukan Obinna dan Indra Putra pada minit-minit akhir perlawanan.

Tambahan masa tiga minit yang diberikan gagal digunakan kedua-dua pasukan untuk menambah jaringan sebelum wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan, Shamsudin Ibrahim.

Kesebelasan Pemain :

Kelantan : Bojan Hodak
Shahrizan Ismail (Gk), Obinna Nwaneri, Shakir Shaari, Norfarhan Mohamad (Shahiran Zain), Nurul Azwan (Zamri Ramli), Indra Putra, Daudsu Jamaluddin, Badri Radzi (Kp), Rizal Fahmi Rosid, Nwoha Onyekachi (S. Chanturu) dan Zairul Fitree Ishak.

Felda United : E. Eleverasan
Hamsani Ahmad (Gk), Farid Ramli, Fakri Saarani, Nazri Ahmad, Azrul Ahmad, Yong Kuong Yong, Khairan Ezuan (Mohd Lot), Abdul Ghani, S. Sivanesan, Nizad Ayub (Juzaili Samion) dan Muhamad Nizam.

Statistik

Gol
Kelantan 5-1 Felda United

Percubaan (Tepat)
Kelantan 12 (9) - (2) 4 Felda United

Sepakan Sudut
Kelantan 9-3 Felda United

Offside
Kelantan 5-3 Felda United

Kad Kuning/Merah
Kelantan 2/0-2/0 Felda Unied

Posisi Bola
Kelantan 60-40 Felda United

Catatan Popular