KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Mei 2011


Antara Mutu Pengadilan
Yang Boleh Dipertikaikan



Kelantan lwn T-Team -
Gol dikira walau bola sudah keluar dari kawasan perlawanan.

Felda lwn Kelantan -
Sepakan Penalti Felda. Kekasaran tidak diambil tindakan.
Kedudukan offside termasuk membatalkan gol.

Felda lwn Perak -
Keputusan Pengadil

Kedah lwn Harimau Muda -
Tidak mengambil tindakan kepada pemain melakukan kekasaran berat.

Negeri Sembilan lwn Kelantan -
Gol saat akhir dikira offside walaupun tidak.

Harimau Muda A lwn Perak -
Keputusan berat sebelah pengadil.

Berikut adalah beberapa contoh perlawanan kontroversi ciptaan pengadil FAM. Apa kata pihak atasan???

Akui saja Liga Malaysia kekuarangan pengadil bertauliah yang boleh mengadili perlawanan dengan saksama tanpa ada bias pada mana-mana pasukan.

President Warriors Teruskan Rentak.


President Warriors meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Perak 2-1 di Stadium Ipoh, petang tadi.

Permulaan babak pertama menunjukkan kesungguhan pemain muda Sang Kijang untuk mencatatkan kemenangan selepas menjaringkan gol 48 saat selepas perlawanan dimulakan melalui Mohd Izuan Rosli selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol tuan rumah gagal menangkap kemas percubaan awal pemain Kelantan.

President Warriors semakin mengukuhkan kedudukan pada minit ke-35 selepas penjaga gol Seladang sekali lagi gagal menangkap kemas bola cubaan pemain Kelantan untuk memberi peluang kepada Manaf Mansor meletakkan bola kedalam jaring.

Selesa dengan kelebihan dua gol, pemain Sang Kijang mula mengendurkan asakan untuk bertahan namun Perak mengambil kesempatan untuk merapatkan jurang melalui jaringan pada minit ke-45.

Pada babak kedua, Perak terus mengandakan serangan untuk mendapatkan jaringan namun benteng pertahanan Kelantan kekal bertahan untuk mengekalkan keputusan.

Selepas berhempas pulas, Sang Kijang akhirnya berjaya mempertahankan pintu gol mereka untuk mengutip tiga lagi mata.

Dengan kemenangan tersebut, President Warriors kekal di tangga teratas kumpulan A selepas pencabar terdekat, Sabah dikejutkan Johor FC 4-0 di Pasir Gudang.
"No Way" Buat Norfarhan.



Hasrat bekas pemain Kelantan, Norfarhan Mohamad untuk kembali menyertai The Red Warriors mungkin tidak kesampaian.

Menurut Tan Sri Annuar Musa sewaktu ditemui di The Red Warriors Cafe, Kelantan Trade Center (KTC) kelmarin, hanya satu ungkapan diberikan, "No Way".

Mungkin peluang kepada pemain ini untuk kembali menyarung jersi Merah Putih sudah tertutup andai komen yang dilontarkan Presiden KAFA diambil kira.

Namun kita perlu akui, dalam era bola sepak profesional, tiada yang mustahil.

Mungkin itu hanya komen sementara bagi menamatkan spekulasi sesetengah pihak akan kembalinya bekas pemain yang telah banyak membatu Kelantan mencatatkan kejayaan bermakna sepanjang 2009/2010.

Perjalanan liga dan saingan piala masih jauh, mungkin Tan Sri Presiden KAFA akan berubah nada pada penghujung musim ini.

Siapa tahu?

Sama-sama kita nantikan sama ada tiada lagi jalan kepada Norfarhan untuk kembali ke The Red Warriors atau masih ada sedikit ruang buat pemain ini untuk menabur bakti buat kali yang kedua.

Idea dan pandangan dari Presiden KAFA,Tan Sri Annuar Musa

Presiden KAFA memohon cadangan dari penyokong-penyokong Kelantan melalui facebooknya,antara cadangan-cadangan beliau : -

1.JUALAN TIKET DI HAD SETAKAT 18,000
2.pintu di buka mulai pukul 7.30/lepas azan
3.penjualan Makanan/minuman di haramkan
4.menggabungkan semua Kelab penyokong
5.RUANG scoreboard utk ahli Kelab saja
6.sistem harga tiket rm10/12/15 mengikut petak Tempat duduk terbuka
7.pass bermusim perlu/tidak

Ini adalah lantaran 'keganasan' dari penyokong-penyokong Kelantan serta 'kesesakan' yang berlaku pada perlawanan dengan pasukan T.Team semalam serta pasukan-pasukan lain sebelum ini.

kelatebola kurang setuju dengan idea Tan Sri Anuar Musa

Rabu, 25 Mei 2011

Indra Gegar Kota Bharu, Terengganu Berpesta Di Carta Liga


Rekod 17 perlawanan tanpa kalah Kelantan di laman sendiri lebur, apabila dikejutkan kekalahan pertama di Kota Bharu musim ini, tewas kepada T-Team 1-2, di sebalik beroleh gol penyamaan lewat menerusi Nurul Azwan Roya.

Dan pemusnah harapan Kelantan untuk sekurang-kurangnya mengutip 1 mata, tidak lain tidak bukan bekas kapten Kelantan sendiri, Indra Putra Mahyudin.

Kekalahan ini juga kekalahan kedua kepada pasukan sama musim ini sekaligus melepaskan kedudukan pendahulu kepada Terengganu yang menewaskan Pahang 5-0, di Kuala Terengganu, menerusi hatrik Abdul Hadi Yahya, serta satu gol Manaf Mamat dan Ashaari Shamsudin.

Kekalahan Kelantan di hadapan 30 ribu penyokong setia mereka, kini memberi kelebihan 3 mata buat Terengganu di tangga teratas, dengan hanya baki 4 perlawanan untuk diharungi selepas ini.

Terengganu juga kini memiliki kelebihan jaringan 2 gol berbanding Kelantan (27-25), dan ini mungkin menjadi penentu andai kedudukan mata terikat di penghujung musim.

Selangor pula, tewas buat kali ketiga berturut-turut, kali ini kepada Harimau Muda, 1-2 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan dan Syarul Azwari, meskipun cuba mengejar menerusi gol sepakan percuma cantik Safiq Rahim.
KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2011

KELANTAN 1-2 T-TEAM
AZWAN ROYA 87 BADRUL HISANI 45
INDRA PUTRA 95
Prebiu Perlawanan
Kelantan mln T-Team


Pertemuan penting Kelantan dan T-Team dalam saingan Liga Super 2011 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Kelantan memerlukan tiga mata bagi meneruskan kesinambungan penguasaan selaku pendahulu Liga Super manakala T-Team mahu meneruskan catitan kemenangan selepas menerima kritkan hebat ekoran kegagalan mengekalkan konsistensi.

Untuk rekod sepanjang tiga tahun terakhir, kedua-dua pasukan mencatatkan pertembungan seimbang dengan masing-masing memperoleh dua kemenangan, sekali kalah dan dua perlawanan seri. Bagi tahun 2011, Kelantan menang dalam perlawanan pusingan awal Piala FA manakala T-Team membalas kekalahan saingan piala dalam perlawanan liga.

Jangkaan para pengkritik terhadap perlawanan kedua-dua pasukan, pertembungan sengit akan dipertunjukkan Kelantan dan T-Team.

Ini kerana, Sang Kijang dan Young Turtle masih segar dengan isu kontroversi perpindahan pemain selain permusuhan yang tercipta sejak awal musim 2011. Bagi T-Team pula, bukan sahaja berkaitan isu pemain, malah kelab berpengkalan di Kuala Terengganu itu mahu membuktikan sesuatu kepada para penyokong mereka selepas menerima amaran keras pihak persatuan, sebelum ini.

Berbekalkan banyak faktor yang menyelubungi, tidak hairan perlawanan ini akan menjadi tumpuan seluruh peminat kedua-dua pasukan selain para penyokong pasukan lain di seluruh negara. Perlawanan ini dijangka mengundang kehadiran ramai penonton ke venue perlawanan.

Formasi dan Taktikal.

Kelantan dijangka menggunakan taktikal menyerang dan bertahan secara pantas seperti yang diterapkan Datuk M. Karathu dalam sesi latihan terakhir, petang kelmarin. Formasi 4-4-1-1 akan digunakan pengendali Sang Kijang tersebut untuk mencari jaringan keatas pasukan lawan.


Bagi T-Team, mereka datang bukan untuk mencari keputusan seri. Yunus Alif pasti akan menggunakan barisan pemain yang dimiliki ketika ini untuk memecah benteng pasukan tuan rumah. Kelebihan mempunyai pemain tengah menyerang akan dipergunakan sepenuhnya untuk mengelirukan barisan pertahanan Kelantan. Taktikal menyerang dijangka akan digunakan T-Team dengan formasi 4-3-3.


Senarai Pemain Jangkaan.


Kelantan.


Selepas tangkas mengawal kubu sehingga memecahkan rekod tanpa bolos Mohd Shahrizan, penjaga gol Kelantan ketika ini, Khairul Fahmi Che Mat terus mendapat kepercayaan pihak kejurulatihan untuk mengawal benteng terakhir. Namun, ura-ura juga kedengaran pemain ini bakal direhatkan dengan Mohd Shahrizan akan mengambil tempatnya di posisi pertama pada perlawanan malam ini.


Benteng pertahanan menyaksikan sedikit perubahan selepas Daudsu Jamaludin tidak dapat bermain ekoran pengantungan satu perlawanan. Tempat pemain ini diambil alih Farisham Ismail manakala bahagian pertahanan tengah mengandingkan Rizal Fahmi dengan S. Subramaniam. Zairul Fitree kekal di posisi pertahanan kiri.


Jentera tengah, kemungkinan Solehin Kanasian akan mendapat kembali tempatnya sayap kiri dalam kesebelasan utama selepas tersisih beberapa perlawanan. Shakir Shaari yang tidak bermain dengan baik ketika seri dengan Harimau Muda turut kekal manakala Badri Radzi selaku pemain terbaik dan harapan Sang Kijang ketika ini seperti kebiasaan akan bermain di kawasan tengah menyerang. Nurul Azwan Roya pula akan terus menggerakkan serangan di kawasan sayap kiri.


S Chanturu dan Norshahrul Idlan terus diberi peranan selaku penyerang selepas membuktikan kepada semua penyokong bahawa mereka merupakan mesin pencetak gol kepada The Red Warriors. Masing-masing mempunyai tugasan untuk merobek gawang T-Team pada perlawanan ini.


Nidzad Ayub, Ramzul, Danial, Aziz Ismail, Wan Rohaimi kekal selaku pemain simpanan untuk perlawanan pada malam ini.


T-Team.


Pihak lawan hadir dengan semangat peteh Ganu Peteh untuk mengejutkan pasukan tuan rumah. Namun, mereka terpaksa melupakan khidmat penjaga gol utama yang mengalami kecederaan. Dijangka, Mohd Zairi Hafizie bakal memulakan tempat selaku penjaga gol utama dengan Ismail Abdul Rahman diletakkan selaku penjaga gol gantian.


Benteng pertahanan pelawat pada malam ini kemungkinan diterajui dua bekas pemain Kelantan, Shahrul Ezrain dan Azizi Mat Rose. Pemain berpengalaman, Rosdi Talib turun selaku ketua pasukan manakala satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan antara Norfazly Alias, Hasbullah Awang dan Subri Sulong. Tugas berat menanti pemain di kawasan benteng kerana mereka perlu menghadapi tekanan dari Kelantan yang dilihat cenderung melakukan asakan dari segenap sudut bila bermain di gelanggang sendiri.


Posisi tengah, T-Team mempunyai senarai pemain terbaik di kawasan ini namun walaupun berjaya menjaringkan gol dalam banyak perlawanan, mereka tetap tidak mampu mengungguli lima kawasan terbaik. DIjangka, Indra dan Norfarhan akan turun selaku pemain utama manakala pakar sepakan percuma, Zairo Annuar turut diletakkan dalam kesebelasan pemain. Kamal Rodiarjat kemungkinan akan memulakan tempat di bangku simpanan dengan memberi ruang Tengku Hasbullah untuk masuk selaku pemain utama.


Jentera serangan T-Team pula mempertaruhkan Haris Safwan Kamal selaku ketua pengempur kubu. Walaupun gagal menemui sentuhan dalam kebanyakan perlawanan Liga, Haris Safwan masih diletakkan selaku pemain berbisa yang mampu meletakkan bola kedalam jaring andai kesilapan mudah dilakukan pertahanan lawan. Rakan gandingan pemain ini kemungkinan diberi kepada Khairul Izwan Khalid. Penyerang muda berasal dari Kelantan, Saufi Saadi tidak disenaraikan dalam 11 pemain utama manakala pemain simpanan lain terus memanaskan bangku simpanan.


Penyokong


Kehadiran kembali tiga nama lagenda ke Kota Bharu menggamit kehadiran puluhan ribu penyokong setia The Red Warriors. Dimomokkan dengan "pengkhianatan besar" tiga pemain ini, rata-rata penyokong begitu taksub untuk mempersalahkan pemergian mereka kepada pasukan lawan. Dijangka sambutan tidak begitu baik akan diberikan kepada pasukan lawan kerana mereka masih "panas" dengan isu yang sekian lama dilihat belum selesai.

Jangkaan Keputusan
Kelantan 2-1 T-Team FC

'Kelantan lunas hasrat balas dendam'

MISI membalas dendam jelas terpancar pada wajah Datuk M Karathu dan anak didiknya apabila Kelantan turun menentang T-Team dalam perlawanan penting Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, malam ini.

Hakikat itu terbit daripada mulut pemain sayap kiri Kelantan, Nurul Azwan Roya yang melaungkan tekad betapa dia dan rakan sepasukan The Red Warriors mahu menebus detik kecewa tewas kepada kelab dari Terengganu itu, 3-4 dalam perlawanan pusingan pertama pada 5 April lalu.

“Saya dan rakan sudah bersedia sepenuhnya menanti kunjungan T-Team yang dianggap pasukan yang kuat dan menunjukkan kebangkitan selepas pasukan itu menewaskan Selangor 2-1 di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

“Kita tidak boleh pandang mudah keupayaan T-Team walaupun beraksi di laman sendiri kerana kesilapan akan membawa padah kepada pasukan dalam mengukuhkan kedudukan takhta Liga Super,” katanya di Kota Bharu, semalam.

Sementara itu, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menganggap perlawanan berdepan T-Team akan menjadi penentu kebangkitan Red Warriors selepas terikat 2-2 dengan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

“Saya akui cabaran pasti sengit diberi T-Team tetapi saya sudah bersedia menggalas tugas sebagai penjaga gol dan harap tumpuan sepenuhnya rakan sepasukan membenam T-Team nanti,” kata pemain kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu itu

Selasa, 24 Mei 2011

President Warriors
Rampas Takhta Kumpulan.



President Warriors merampas takhta Liga Piala Presiden Kumpulan A selepas bangkit menumpaskan T-Team 3-2 di Padang C, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, sebentar tadi.

Sekalung pujian juga kepada Perak selepas mereka menumpaskan Sabah 2-1 di Ipoh untuk memberi peluang kepada Kelantan merampas takhta buat kali pertama.

Rentak kemenangan Kelantan bermula perlahan selepas T-Team terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-7.

Akhir babak pertama, Kelantan berhasil menyamakan kedudukan melalui Mohd Khairul Izuan Rosli.


Perlawanan separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan untuk mencari tambahan gol.


Selepas berhempas pulas, Aris Zaidi membuktikan sentuhan masih berbisa walaupun baru kembali dari kecederaan hasil jaringan pada minit ke-85.


Namun demikian, T-Team tidak mengalah untuk merapatkan jurang kepada 2-2 pada minit ke-89 sebelum Mohd Farhan Yaacob memusnahkan impian tuan rumah apabila jaringan pada masa kecederaan memberikan Kelantan kemenangan bermakna di tempat lawan.

Kejayaan tersebut juga mengesahkan tempat Kelantan ke saingan suku akhir Piala Presiden 2011 selepas gagal melakukan buat dua tahun berturut-turut.

Perlawanan seterusnya, President Warriors akan bertandang ke Ipoh menentang Perak pada 26 Mei sebelum sekali lagi melawan T-Team di Kota Bharu pada 30 Mei.

Kelantan akan menamatkan saingan Liga Piala Presiden dengan menentang Sekolah Sukan Bandar Penawar di Stadium Kejora Bandar Penawar pada 2 Jun 2011.

Catatan Popular