LESEN
Isnin, 12 Julai 2010
| Pengurusan Kawasan Penyokong Lemah | ||
|
Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pengurusan stadium Selangor boleh membahagikan kawasan penyokong bertentangan iaitu kawasan bersebelahan astaka diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan melalui pintu masuk A dan melalui pintu masuk B iaitu satu kawasan pintu masuk sebelah TESCO diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan. Sikap mengambil remeh perkara ini telah menyebabkan imej penyokong Kelantan sedikit tercemar dengan liputan media yang memandang serong tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan bukannya pada kelemahan pembahagian kawasan tempat duduk penyokong yang membiarkan penyokong Kelantan duduk di kawasan basah manakala penyokong Selangor selesa dengan ruang kosong yang kering dan banyak dikawasan berbumbung.
Sikap pengulas sukan siaran tv berbayar yang sering memberi ulasan memandang lekeh Namun ada juga penyokong Kelantan dari Kota Bharu tergamam dan terkejut dengan sikap penyokong Kelantan sendiri yang jauh berbeza dengan penyokong Kelantan di Kota Bharu yang lebih berdisplin seperti tidak bermain mercun dan sudah boleh mengawal emosi ketika hadir ke stadium. Insiden mencabut kerusi stadium, letupan mercun, pergaduhan kecil diluar stadium dan yang terburuk seupamanya telah kembali mencemar imej KAFA yang sentiasa berusaha mengurangkan insiden-insiden berlaku dari penyokong Kelantan. Ada penyokong Kelantan berpendapat mereka yang masih lagi bermain mercun dan menimbulkan kekecohan adalah golongan yang jarang ke stadium dan tidak mendapat info tentang perkembangan kesedaran penyokong Kelantan di Kota Bharu malah lebih menyakinkan pendapat ini apabila ada penyokong Selangor yang sanggup memotong jarinya memberi pendapat yang sama dan menganggap golongan yang sering ke stadium membawa masalah ialah golongan yang buta internet dan teknologi maklumat. "Orang Kelantan ni kurang hiburan dan ada yang menganggap membelasah orang sebagai satu hiburan bagi mereka" keluh seorang penyokong Kelantan setelah melihat seorang remaja lembik dibelasah dan ada yang pecah cermin kereta akibat berlebihan menekan pedal minyak sehingga dianggap cuba memanaskan keadaan. Sikap ini mungkin sukar diubah dan memerlukan usaha seluruh penyokong untuk mengambil tanggungjawab bersama menasihati rakan-rakan yang terlalu emosional ini. Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang telah berjaya membuktikan sokongan Kelantan lebih ramai di stadium Shah Alam sekaligus berjaya menundukkan keangkuhan penyokong Selangor yang sentiasa beranggapan sokongnya lebih ramai. Jangan lupa perlawanan sabtu ini menentang Kuala Lumpur juga penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Ayuh!! dari Shah Alam kita meramaikan stadium bolasepak Cheras pula. Ayuh teruskan gelora dan gelombang ombak merah putih di Kuala Lumpur pula. GAMBAR INSIDEN YANG TIDAK BIASA DILIHAT KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
| Prebiu dan Analisis- Selangor VS Kelantan | ||
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Kelantan dan Selangor membuktikan status mereka selaku dua pesaing terhebat Liga Super 2010 apabila terikat 1-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Mengimbau pertemuan sebelum ini, keputusan perlawanan pasti berpihak kepada Merah Kuning kerana bermain di arena sendiri, namun Kelantan menterbalikkan keadaan itu setelah jaringan Indra Putra pada minit ke-64 memadamkan jaringan cantik Amirul Hadi minit ke-57.
Bermula dengan kesebelasan terbaik, kedua-dua pasukan saling mengasak untuk memburu gol pendahuluan tetapi gagal dek kekentalan barisan pertahanan masing-masing.
Pada awal saingan, kelihatan Kelantan lebih berpeluang untuk menjaringkan gol namun Hamsani Ahmad banyak menyelamatkan gawang dari dibolosi pemain penyerang Kelantan.
Norfarhan pula banyak mengsia-siakan peluang di depan gawang walaupun mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.
Kelantan turut dinafikan sepakan penalti oleh pengadil apabila terjahan lambat Khairul Annuar Baharom keatas Mohd Badri Radzi didalam kotak gagal dilihat sebagai satu bentuk kekasaran. Walau cuba dibantah pemain Kijang, pengadil bertegas dengan keputusan tersebut.
Berlainan dengan serangan Selangor ke kubu Red Warriors, mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol hasil serangan balas pantas selain kerap diberikan sepakan percuma dari penjuru kiri kanan pintu gol Kelantan.
Tetapi mereka gagal menterjemahkan peluang kepada jaringan. Peluang terbaik dimiliki apabila Amri Yah Yah gagal menolak masuk percubaan satu sama satu hasil dari kesilapan awal Khairul Fahmi yang menyepak kepada pemain Selangor.
Mereka turut menjaringkan gol namun dibatalkan pengadil apabila Amri Yah Yah terlebih dahulu terperangkap dengan offside trap yang dilakukan oleh pertahanan Kelantan.
Mereka turut kempunan apabila rangkaian Amirul Hadi dan Safee Salee kerap melakukan kesilapan menyebabkan bola yang sepatutnya disudahkan dengan baik terlepas begitu sahaja.
Pada babak kedua, Kelantan melakukan beberapa serangan ke kubu Selangor tetapi masih gagal memecahkan kebuntuan jaringan.
Amirul Hadi Zainal akhirnya berhasil untuk meletakkan tuan rumah didepan pada minit ke-57 apabila menyambung bola lantunan tandukan Subramaniam dan Farisham Ismail. Gol yang boleh dikira antara yang tercantik dalam liga Malaysia ketika ini kerana penjaga gol muda Sang Kijang, Khairul Fahmi hanya terpaku melihat bola sepakan separuh volley menggegar jaring.
Tidak menunggu lama, Kelantan mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan dan mereka berhasil untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 setelah Norfarhan Mohamed bijak melepasi kawalan pertahanan kanan sebelum membuat hantaran lintang kedalam kotak. Indra yang tidak dikawal menanduk masuk kedalam gawang menewaskan Hamsani Ahmad mengembirakan lebih 20 000 penyokong setia wira Merah.
Selepas gol itu, Kelantan mengandakan asakan untuk menjaringkan gol kedua tetapi peluang keemasan yang diperolehi Hairudin Omar dilepaskan. Hairudin yang merampas bola kawalan pertahanan Selangor hanya menyepak lob terus kepada Hamsani walau mempunyai opsyen untuk diberikan kepada S. Chanturu yang keseorangan.
Terlepas peluang tersebut, Kelantan terpaksa bertahan apabila jentera Selangor mula mengatur gerak untuk mendapatkan gol kemenangan.
Sepuluh minit terakhir, pemain Kelantan dilihat banyak bertahan apabila rangkaian penyerang Selangor kerapkali membolosi kawalan pemain Kelantan sebelum melakukan beberapa percubaan menarik yang mampu memberikan gol.
Antara percubaan Selangor ialah sepakan Amri di depan gawang melantun keluar selepas terkena palang dan satu percubaan satu lawan satu dengan Khairul Fahmi ditepis keluar.
Setelah tambahan masa empat minit, pengadil membunyikan wisel dengan keputusan penuh Kelantan mengikat Merah Kuning 1-1.
Ahad, 11 Julai 2010
SELANGOR lulus ujian terbesar mereka musim ini apabila seri 1-1 dengan pencabar terdekat Kelantan untuk kekal sebagai pendahulu Liga Super dalam perlawanan menarik di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Namun, kesudahannya pasti berbeza sekiranya pelawat dianugerahkan penalti pada minit ke-15 selepas penyerang, Mohd Badhri Radzi dijatuhkan dalam kawasan bahaya oleh Khairul Anuar Baharom, tetapi pengadil sekadar meneruskan perlawanan.
Keputusan itu dimanfaatkan tuan rumah yang mendahului pada babak kedua menerusi rembatan cantik Amirulhadi Zainal Noordin di luar kotak penalti pada minit ke-60.
Selangor, bagaimanapun, gagal menggunakan kelebihan itu untuk menguasai permainan sebaliknya membenarkan The Red Warriors menyamakan kedudukan melalui kaptennya Indra Putra Mahyuddin, sembilan minit selepas itu apabila menyambung hantaran lintang, Nor Farhan Muhammad dengan tandukan melepasi jangkauan Mohd Hamsani Ahmad.
Gergasi Merah kini kekal lima mata di atas Kelantan dengan Terengganu mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga apabila membelasah Pahang, 5-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor FC kekal di tangga keempat liga selepas membelasah pasukan tercorot, Pulau Pinang 5-0 sesudah pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Mohd Failee Ghazali dibuang padan
| SELANGOR VS KELANTAN | ||
Kelantan: B. Sathianathan.
Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Indra Putra (c), Badri Radzi (Khairan Eroza), Shakir Shaari, Norfarhan Mohamed, Norshahrul Idlan (Akmal Rizal) d pts/tiny_mce/themes/advanced/langs/en.js" type="text/javascript"> an S. Chanturu (Hairudin Omar).
Berlaku sdikit kekecohan apabila kawasan penyokong kelate telah dipenuhi penyokong dan pengurusan stadium selangor memberi kawasan sebelah kelate kepada penyokongnya.
SEPARUH MASA PERTAMA:
- 1' Pritttttttttt Mula
- 7' sepakan sudut selangor
- 8' Azizi dibentes
- 9 0-0
- 13 posisi serangan 50-50
- 15 piya dijatuhkn dalm kotak penalti...spttnya penalti...
- 17 kad kuning utk selgr bunyamin omar
- 19 0-0
- 20 sepakan amri yahya diselamatkan khairul fahmi
- 21 pcubaan shahrul berjaya diselamatkan
- 25 kelate mula menyerang hebat
- 27 masih 0-0
- 29 posisi serangan 50-50
- 31 cubaan selangor nyaris gol...2 kali diselamtkan Khairul
- 32 kelate dlm keadaan bahaya.
- 35 cubaan kelate tersasar keluar
- 40 masih 0-0
- 41 permainan kedua-dua pasukan hambar
- 44 0-0
- 45 0-0
- 45 + 2 minit
- prrrrrrrrrrrrrrrit tamat
- JHR FC 0-0 PNG / KLPLUS 1-0 JHR / KL 1-0 PERLIS / N9 1-0 KEDAH / T-TEAM 0-1 PERAK / PHG 0-2 TRGANU /
SEPARUH MASA KEDUA:
- 46 priiiiiiit mula
- 47 0-0
- 48 cubaan Norfarhan tersasar keluar
- 49 tendangan sudut pertama kelate spruh masa kedua
- 50 0-0
- 52 posisi serangan 60 kelate - 40 selangor
- 54 0-0
- 55 norshahrul ditukarkn dgn hairuddin....Khairul Fahmi dilanggar Amri Yahya..
- 57 0-0
- 58 0-0
- 59 selangor 1-0 kelate
- 61 posisi serangan 80 selangor - 20 kelate
- 64 golllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll selgr 1-1 kelate
- 66 1-1 posisi serangan 60 kelate - 40 selangor
- 69 1-1
- 71 1-1
- 73 1-1 posisi serangan 60 kelate - 40 selangor
- 76 1-1 berlaku kekecohan apabila ada penyokong selangor cuba memprovokasi penyokong kelate. seorang penyokong selangor dihalau keluar
- 80 1-1
- 82 1-1 cubaan piya tsasar sedikit ketepi gol
- 84 1-1
- 85 1-1 cubaan bahaya selangor
- 88 1-1
- 90 1-1
- prittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt 1-1
| Buku Bertemu Ruas | ||
|
| Petemuan dua pasukan teratas Liga, Selangor dan Kelantan malam ini dianggap buku bertemu ruas, selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super 2010. Pertembungan yang dilabel "match of the year" itu sudah pasti ditunggu-tunggu kedua penyokong Selangor mahupun Kelantan yang sudah pasti tidak sabar untuk melihat perhitungan kedua pasukan terbaik Liga Super itu. Apa yang pasti, dendam kekalahan Final Piala FA 2009 sudah pasyi mahu dibalas oleh pasukan Kelantan.
Selangor dilihat cukup gah di persada Liga Super dengan 53 mata hasil 17 kemenangan, 2 seri dan dua kekalahan. Rekod Selangor sedikit tercalar apabila tewas di tangan pasukan ketiga tercorot liga, Perak pada perlawanan lepas. Sudah pasti persembahan terburuk Selangor musim ini pada perlawanan menentang Perak itu mahu dilupakan segera dan bangkit menentang pasukan The Red Warriors yang dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa. Untuk rekod, Selangor juga pernah tewas kepada pasukan Terangganu. Bagi pasukan Kelantan, mereka turut cemerlang pada musim ini terutama pada pusingan kedua Liga Super. Pada saingan Liga Super 2010, kelantan hanya tewas sekali setakat ini iaitu kekalahan 0-1 kepada Kedah di laman sendiri yang sudah pasti diingati penyokong setia The Red Warriors apabila kesilapan mudah Syed Adney memberi kemenangan kepada pasukan Kedah. Namun, selepas itu, pasukan Kelantan, terutama B.Sathianthan dan Syed Adney dikecam hebat oleh segelintir penyokong The Red Warriors bangkit dari masa ke semasa dengan aksi yang lebih cemerlang. Walaupun Kelantan hanya kalah sekali, namun akibat badi seri pada awal musim menyebabkan Kelantan masih ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu Liga Selangor. Tapi, harus diingat, Kelantan sekarang bukan lagi Kelantan yang dulu. Kelantan sudah bangkit dan beraksi dengan cemerlang. Kelantan sudah menemui keserasian. Apa yang pasti, B.Sathianthan sudah membentuk skuad yang mantap dan meningkat dar masa ke semasa. Sekarang, Kelantan sudah mencapai sebagai sebuah pasukan yang disegani. Pasukan yang bergelar The Red Warriors ini juga boleh dianggap sebuah pasukan impian yang serba lengkap kerana bukan hanya kesebelasan utama sahaja yang boleh diharapkan, malah barisan simpanan juga siap sedia bila-bila masa untuk diturunkan malah turut digeruni lawan. Bagi pasukan Selangor pula, mereka juga memiliki barisan yang sempurna dari setiap posisi termasuk pemain simpanan yang mampu beraksi cemerlang. Gandingan pemain baru dang berpengalaman Selangor dilihat cukup berkesan dengan aksi mereka gagal dicabar oleh pasukan lain di Liga Super kecuali Terengganu & Perak yang pernah menewaskan mereka. Selangor sudah pasti bersiap sedia untuk memenagi perlawanan malam ini kerana kekalahan boleh memberii lebih tekanan kepada mereka. Oleh itu, pertemuan yang dianggap buku bertemu dengan ruas ini dilihat akan menunjukkan hala tuju saingan Liga Super 2010. Jika Selangor menang, mereka akan menjarakkan diri kepada 8 mata dimana hanya ada 4 sahaja baki perlawanan Liga Super. Dan jika Kelantan pula yang menang, sudah pasti saingan akan kembali terbuka dan memberi tekanan pada Selangor di mana Selangor hanya akan mempunyai kelebihan dua mata dan baki 4 perlawanan akan menjadi penentu siapa yang bakal bergelar juara Liga Super 2010. Sudah pasti, Kelantan akan cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan tersebut dan tidak rela memberi laluan yang mudah untuk pasukan The Red Giants itu memenangi Liga Super 2010. ~GOMO KELATE GOMO Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
| Kelate Soho-Sutra Pawana:Jadi Pilihan Paling Hit di TRW FM | ||
|
Tahniah kepada kumpulan Sutra Pawana yang mula dikenali ramai kerana lagu dendangan dikir barat Mat Zin Kera Duku telah
Tahniah kepada kumpulan Sutra Pawana yang mula dikenali ramai kerana lagu dendangan dikir barat Mat Zin Kera Duku telah menjadi pilihan ramai di carta TRW FM. Ramai memuji kemerduan suara dan lirik yang jelas menggambarkan keseronokan menjadi rakyat Kelantan, selain turut menjadi pilhan Norshahrul Idlan Talaha setiap kali melayari web. TRWC bersama TRW FM sentiasa mengalu-alukan kumpulan atau individu untuk menggunakan saluran TRW FM sebagai saluran memperdengarkan lagu kepada umum. Kalau bukan kita rakyat Kelate yang berbangga dengan produk Kelantan kita, kita mahu harapkan siapa lagi? Inisiatif untuk mempopular Kelantan ke seluruh dunia bukan sahaja dibantu web TRWC malah akan muncul 1 lagi web dibawah kendalian TRWC yang memaparkan seluruh realiti rakyat Kelantan. Nantikan kemunculan web ini.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Khamis, 8 Julai 2010
| Norshahrul Mungkin Terlepas Peluang Beraksi Sabtu ini? | ||
|
Kelantan mungkin terpaksa melupakan khidmat penjaring terbanyaknya Norshahrul Idlan Talaha pada perlawanan penuh eksklusif 2010 sabtu ini. Kelantan terpaksa akur dengan kecederaan yang dialami beliau, disaat pasukan dan penyokong amat memerlukan khidmat beliau.
Mungkin ramai peminat The Red Warriors dan Norshahrul tidak dapat menerima berita ini tetapi inilah hakikat yang terpaksa diterima semua apabila Norshahrul sememangnya menjadi tumpuan dan kawalan keras skuad Negeri Sembilan selasa lepas. Beliau telah dibentes kasar sebanyak 2 kali iaitu bentesan pertama dilakukan oleh Aidil Zakuan dan bentesan kedua yang menyebabkan Norshahrul terpaksa diusung keluar dan digantikan dengan Akmal Rizal pada minit 65 dilakukan oleh Tengku Qayyum.
Norshahrul ketika dihubungi menjelaskan beliau masih lagi terasa sakit akibat bentesan ini. Ketika disoal peluang beliau untuk bermain sabtu ini, beliau menyerahkan nasibnya kepada ketua jurulatih untuk menilai tahap kesihatan kakinya. Sekiranya tidak dipilih beliau akan akur dengan keputusan ketua jurulatih tetapi beliau mempunyai semangat yang tinggi untuk turut beraksi sabtu ini dan berharap semua peminat The Red Warriors berdoa agar kakinya segera pulih. Beliau tidak sanggup menghampakan peminat-peminat The Red Warriors yang sudah pasti mengharapkan kemenangan pada sabtu nanti dan beliau yakin pemain-pemain lain akan mengambil tugasannya dengan penuh yakin dan penuh semangat kemenangan.
Kelibat dan kehebatan Norshahrul sememangnya tiada tandingan di Malaysia dikala ini, hal ini diakui sendiri ketua jurulatih Malaysia K Rajagobal yang menganggap Norshahrul pemain paling bijak mengintai peluang didepan gol. Ramai penyokong Kelantan memuji aksi, sikap peramah dan bersungguh-sungguh Norshahrul dalam mencapai impian anak-anak Kelantan untuk mengimpikan piala liga super tahun ini buat pertama kali sejak liga super diperkenalkan. Impian Hashim Mustapha melihat rakyat Kelantan berpusu-pusu berarak di seluruh Kelantan melihat piala ini mungkin akan tercapai dengan bantuan dan kepakaran yang dimiliki Norshahrul.
Pemain yang meminati lagu dikir barat "Kelate Soho" nyanyian Mat Zain daripada kumpulan Sutra Pawana UIA ini amat kagum dengan sokongan rakyat Kelantan terhadap liga tempatan dan skuadnya. Pelik baginya memikirkan kenapa pasukan dan penyokong negeri lain tidak diminati malah sunyi daripada teriakan padu penyokong seperti di Kelantan. Beliau juga menyeru semua penyokong mengawal emosi dan sikap bagi memastikan imej penyokong Kelantan kekal dinilai sebagai penyokong fanatik yang bijak. Beliau juga tidak menafikan sekiranya ada yang berpendapat perubahan sikap penyokong Kelantan ini seiring kewujudan web TRWC berserta motto yang sering menjadi motto rasmi TRWC iaitu "Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo" kerana baginya sikap penyokong yang dilihatnya sekarang tidak dapat dilihat pada tahun-tahun sebelum ini. Beliau amat mengalu-alukan usaha TRWC dan KAFA dalam usaha mendidik penyokong agar lebih berdisplin.
Dengan ini sekali lagi sama-sama kita mendoakan Norshahrul cepat sembuh dan dapat beraksi pada sabtu ini kerana khidmatnya amat diperlukan bagi memintas kedudukan Selangor seterusnya merapatkan jurang mata kepada 2 mata sahaja sekiranya menang sabtu ini.
Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Rabu, 7 Julai 2010
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...