LESEN
Isnin, 8 Mac 2010
Kepuasan ini juga turut dikongsi oleh ketua jurulatih B. Sathianathan yang memuji anak buahnya menjalankan tugas dengan baik sekaligus mengembalikan imejnya dan skuad yang sedikit tercalar oleh beberapa siri kekecewaan. Ucapan Tahniah juga kepada semua pemain dan pengurusan kerana setelah melalui 8 perlawanan, The Red Warriors boleh dianggap pasukan yang paling kebal setakat ini dengan hanya bolos 3 gol sahaja bebanding Selangor selaku peneraju liga dan Terengganu di tangga kedua yang masing-masing telah bolos 7 gol dan 8 gol. Ledakan untuk jaringan gol daripada penggempur utama skuad masih lagi berkurangan dengan hanya 11 gol sahaja. Ternyata peluang The Red Warriors masih luas untuk mengimpikan kejuaraan Liga Super 2010 mahupun kejuaraan Piala Malaysia kerana baru 8 perlawanan berlangsung. Oleh itu pelbagai usaha perlu digemblengkan oleh ketua jurulatih dan pengurusan serta pemain untuk mengekalkan aura sokongan peminat setia The Red Warriors.
Perlawanan pada Jumaat depan menentang Selangor dijangka sengit dan gah bermain di stadium keramat dengan sorakan aura azimat penyokong The Red Warriors harus diambil peluang sepenuhnya. Ini siri perlawanan pertama The Red Warriors menentang The Red Giants untuk tahun ini selepas 3 siri perlawanan penting The Red Warriors tahun lepas berjaya dijinakkan The Red Giant. Pahlawan Merah akan turun sebagai si kerdil menentang Raksasa Merah yang sememangnya kuat dan bukan tandingan Pahlawan Merah. Apa yang pasti bola itu bulat dan Adakah The Red Warriors bakal mengubah episod baru jumaat nanti. Hanya kebijaksanaan dan semangat kental Pahlawan Merah yang dapat melemahkan Raksasa Merah. Sama-sama kita nantikan dan saksikan perlawanan ini di stadium Sultan Muhammad Ke 4.
Ayuh peminat The Red Warriors semua kembali bersama The Red Warriors dan teruskan sokongan anda. Sokongan anda semua adalah azimat bagi skuad The Red Warriors menepis segala cabaran dan halangan yang telah dan bakal ditempuhi. Matlamat kita sama cuma 1 semangat cintakan The Red Warriors kerana hanya The Red Warriors yang dapat menyatukan kita dimana kita berada dan politik apa yang kita pegang.
Ya Allah teruskan kecemerlangan skuad kami dan satukan sokongan dan hati kami.
Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo....Koho bijak doh loni....
Naib Juara Piala Malaysia musim lalu, kelantan fa berjaya memecah badi seri di tempat lawan apabila gol tunggal azizi mat rose berjaya memberikan 3 mata berharga buat kelantan menewaskan t team.
Namun kelantan perlu menunggu hingga minit ke 74 untuk kelantan memecah kebuntuan apabila penjaga gol t team gagal menangkap kemas sepakan freekick dari indra kemudian di sepak masuk oleh azizi mat rose yang tidak di kawal.
Dalam kegembiraan terdapat kedukaan buat pemain kelantan, hairuddin omar apabila beliau di hadiahkan kad merah pertama musim ini pada minit ke 81.
kelantan berjaya menduduki tempat keempat liga super selepas selangor, terengganu dan johor fc.
Pemain Red Warriors perlu lebih bersemangat waja
KOTA BHARU - Pasukan Red Warriors perlu lebih bersema-ngat dan mempamerkan aksi yang lebih bertenaga bagi menghadapi sebarang perlawanan, yang melibatkan pihak terbabit dengan pihak lawan agar martabat pasukan bola sepak Kelantan akan terus menyinar.
Ridzuwan Ramly, 32, pasukan Red Warriors perlu lebih mempertingkatkan usaha bagi menepis segala tanggapan negatif dan dapat memberikan harapan baru kepada penyokong dan peminat setia pasukan ini bahawa mereka mampu mempamerkan perlawanan yang lebih baik.
“Pemain-pemain pasukan dibarisi oleh golongan terpilih dan boleh dikatakan handal di padang, mungkin faktor tekanan membuatkan pasukan ini mempamerkan aksi yang hambar di padang.
“Apa pun saya tetap menyokong pasukan Red Warriors dan mengharapkan pasukan ini dapat mempamerkan aksi yang lebih hebat pada perlawanan akan datang,” katanya.
Sementara itu, Azrol Abdul Aziz, 32, berkata, sebagai salah seorang penyokong pasukan terbabit, permainan yang dipamerkan tidaklah menghampakan namun barisan pertahanan perlu lebih berhati-hati.
“Ini perlu diawasi kerana pasukan ini sering memberi peluang kepada pihak lawan untuk mendapatkan mata melalui jaringan gol.
“Pemain-pemain pasukan ini bukannya lemah, malah berpotensi besar cuma jurulatih perlu lebih peka dan memberikan latihan terbaik buat pasukan ini agar corak permainan menjadi lebih teratur dan tidak mampu dipatahkan oleh serangan pihak lawan," katanya.
Terima kasih kepada Azizi Mat Rose yang menghadiahkan jaringan serta tiga mata penuh pertama di arena lawan kepada Kelantan.
Kelantan bermula garang dengan melakukan gerak berbahaya melalui Idlan Talaha yang berjaya melepasi tiga pemain pertahanan T-Team namun sepakannya mudah dibaca Shamsuri Mustapha pada minit ke-4.
Selang tiga minit, Farhan pula mensia-siakan hantaran Nidzad Ayub setelah hanya menyepak lemah walau hanya berhadapan dengan penjaga gol pelawat.
Lima minit kemudian, T-Team pula mengancam melalui Haris Safwan yang berjaya melepasi perangkap offside namun Khairul Fahmi lebih bersedia untuk mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Ketika rancak menyerang, Kelantan tersentak seketika setelah pemain tengah lincah, Shakir Shaari terpaksa dikeluarkan setelah mengalami kecederaan buku lali menyebabkan Sathianathan terpaksa memasukkan Khairan Eroza untuk bergandingan dengan Badri Radzi.
Kehilangan Shakir di bahagian tengah menyebabkan Kelantan gagal menguasai bahagian tersebut setelah Badri Radzi dilihat kurang menyerlah dengan Indra dan Farhan pula lebih banyak menyerang dari sebelah tepi manakala Khairan bermain secara pertahanan membolehkan lawan mengatur gerak dari kawasan itu menyerang kubu Sang Kijang.
Mujurlah pemain lawan lebih banyak menyerang secara hantaran jauh membolehkan Azizi, Rizal, Daudsu dan Zairul Fitree melakukan pintasan selain memerangkap pemain lawan dengan kedudukan offside.
Pada minit ke-36, Farhan melakukan sepakan kencang dari jarak 25 meter namun Shamsuri lebih bersedia untuk menerbangkan diri menepis percubaan tersebut.
Idlan Talaha pula terlepas peluang menjaringkan gol apabila tandukannya pada masa tambahan separuh masa pertama terkena tiang sebelum dikeluarkan pertahanan T-Team, Subri Sulong.
Bersambung babak kedua, Kelantan memulakan bola dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu sang Penyu Muda namun gagal menembusi benteng pasukan tuan rumah.
Kelantan hampir dihukum T-Team pada minit ke-53 apabila kesilapan Azizi melakukan sepak keluar memberi ruang kepada pemain sayap lawan untuk merampas bola sebelum melakukan suntingan dari sebelah kanan tetapi Khairul Fahmi bijak membaca untuk menangkap kemas bola percubaan tersebut.
Idlan Talaha sekali lagi melepaskan peluang terbaik pada minit ke-62 apabila hanya mampu menyepak keluar walaupun sebelum itu cemerlang menggelecek lima pemain pertahanan T-Team yang hanya terpaku melihat aksi pemain muda ini melepasi mereka.
Selang enam minit kemudian, percubaan Farhan hasil hantaran jauh Rizal Fahmi pula ditumbuk keluar Shamsuri Mustapha.
Akhirnya, kekebalan Shamsuri mempertahankan pintu gol T-Team berkecai pada minit ke-73 setelah Indra Putra melakukan satu sepakan percuma mengelirukan menyebabkan bekas penjaga gol kebangsaan tersebut hanya dapat menepis lemah bola tersebut sebelum dikuis masuk Azizi Mat Rose yang keseorangan tidak dikawal.
Gol tersebut menyemarakkan sorakan hampir 1500 penyokong Sang Kijang yang bertandang ke arena lawan.
T-Team yang ketinggalan mula mengatur memburu gol penyamaan dan ianya semakin mudah setelah Hairudin Omar dilayangkan kad merah terus oleh pengadil pada minit ke-79 setelah membantah keputusan penjaga garisan tidak membenarkan sepakan sudut kepada Kelantan.
Layangan kad tersebut menyebabkan pemain dan pegawai di kem Kelantan bingkas bangun membantah keputusan pengadil tersebut.
Bermain 10 pemain memaksa Kelantan bertahan dari segenap sudut menahan serangan bertali arus dari pemain T-Team Fc tetapi pertahanan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid dilihat bertindak cemerlang membantu Azizi dan Kharul Fahmi mempertahankan gawang dari dibocori.
Setelah tambahan masa tiga minit, pengadil membunyikan wisel penamat untuk memberikan tiga mata pertama kepada Kelantan di arena lawan.
T-Team Fc 0-1 Kelantan
Kad Kuning
T-Team Fc 1-1 Kelantan
Kad Merah
T-Team Fc 0-1 Kelantan
Offside
T-Team Fc 7-2 Kelantan
Sepakan Sudut
T-Team Fc 3-5 Kelantan
Posisi Bola (%)
T-Team Fc 55-45 Kelantan
Jumaat, 5 Mac 2010
| Mengharap sinar kemenangan di Terengganu | | Cetak | | emel |
| " Ambo tak kisah abis duit beli minyak keto, tiket dan masa ambo lagi, tapi kali ni biarlah mene sebab lama doh duk berehat" keluh Mamat Peon. Harapan Mamat ini harapan semua peminat setia The Red Warriors supaya skuadnya mempamerkan aksi yang berbeza dan beroleh kemenangan. Tiada jaminan lain yang harus diusahakan oleh ketua jurulatih kecuali usaha ke arah kemenangan. Badi seri dan kekalahan akan merencatkan sokongan peminat semua selepas ini. Kemenangan keatas T-Team sabtu nanti adalah penyambung riwayat sokongan dan semangat semua peminat The Red Warriors. Hanya kemenangan yang akan mengekalkan gelombang merah di seluruh Malaysia. Tonggak utama seperti Piya, Hai-o dan Akmal yang masih kegersangan gol perlu melakukan kejutan pada hujung minggu ini supaya semua mendapat perasaan yang tenang dan menggembirakan pada Ahad nanti. Episod kecederaan beberapa tonggak utama juga merisaukan skuad The Red Warriors dan berharap S Chanturu dan Norshahrul Idlan dapat beraksi dengan baik selepas pulang dari berjuang bersama skuad negara. Tingkatkan prestasi dan kecemerlangan, jangan biar sokongan dan jualan tiket lesu seperti negeri lain. Kita sayang skuad kita. Kita akan terus setia bersama The Red Warriors. Pakat turun Terengganu belaka. Sokong Biar Bijak, Dipandang Bijak, Bertindak Bijak, Bijak Sokmooo...Gomo Kelate Gomo...Main pun biar bijok sokmo |
Prestasinya yang meyakinkan telah membuat para penyokong mula menaruh harapan daripada ketua jurulatih untuk memberi peluang Nizad Ayub bermain dalam perlawanan TM Liga Super akan datang. Harapan penyokong ini tidak semesti dipenuhi sekiranya terdapat alasan yang munasabah bagi peminat untuk diketepikan ketua jurulatih B. Sathianathan kerana beliau lebih mengetahui prestasi semasa anak buahnya.
Semalam adalah pencapaian yang terbaik untuk The Red Warriors dalam perlawanan persahabatan menentang Balestier Khalsa, Singapore walaupun hanya seri kerana secara fizikalnya skuad dari Singapore ini dibarisi ramai pemain import dari Brazil dan luar negara. Harapan penyokong supaya bakat yang ada pada pemain tempatan yang sudah lama memanas bangku simpanan seperti Nizad ini diketengahkan untuk perlawanan akan datang. Belum Cuba Belum Tahu...Dah Cuba Kalau Tak Bagus Tukar Saja...
Perlawanan persahabatan diantara Kelantan menentang Balester Khalsa Fc di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Babak pertama dimulakan dengan kedua-dua pasukan mempamer persembahan berhati-hati untuk mengelakkan gawang dibolosi pada awal permainan.
Kelantan melakukan acahan pertama melalui tandukan Farhan hasil hantaran Indra Putra yang terus kepada penjaga gol pelawat, Ahmadulhaq Che Omar pada minit ke-9.
Selang dua minit kemudian, pemain tengah Belester, Poh Yi Feng melakukan satu sepakan jarak jauh tetapi sedikit tersasar tidak mengancam pintu gol Kelantan.
Belester Fc sekali lagi hampir membolosi gawang Kelantan, kali ini melalui percubaan Victor Borges De Souza pada minit ke-21 namun sepakan derasnya keluar sedikit dari tiang gol Sang Kijang.
Menyedari diasak, Kelantan melakukan beberapa serangan balas melalui Zulyusri Che Harun, Indra Putra, Nidzad Ayub dan Norfarhan namun kerapkali bola hantaran mereka dipintas pertahanan pasukan Balester Khalsa membuatkan hampir 2000 penyokong Kelantan mengeluh kecewa.
Akhirnya gol yang dicari-cari Kelantan menjelma pada minit ke-36 berpunca dari sepakan sudut Badri Radzi ditanduk Azizi yang tidak dikawal namun bola terkena tiang dan seterusnya disambar Nidzad Ayub dengan tenang menyepak leret ke gawang melepasi Abdulhaq Che Omar yang hanya tergamam tidak sempat melakukan sesuatu untuk menyelamatkan pintu golnya.
Selepas gol tersebut, Kelantan mengendurkan sedikit corak serangan memberi ruang kepada lawan untuk mengatur beberapa gerak berbahaya namun tangkas di selamatkan Rizal Fahmi dan Azizi Mat Rose.
Bersambung babak kedua, Kelantan melakukan tiga pertukaran dengan memasukkan Halim Napi, Zamri dan Khairan Eroza mengantikan Khairul Fahmi, Badri Radzi dan Zulyusri untuk mengimbangi corak taktikal Balesta Khalsa Fc.
Kemasukan Zamri dan Khairan memberi ruang kepada Farhan dan Indra untuk menceroboh kubu lawan.
Sathianathan melakukan pertukaran keempat mengeluarkan Rizal Fahmi untuk mengantikan dengan Farisham Ismail dan ternyata satu kesilapan besar setelah Farisham membenarkan pemain lawan melakukan satu percubaan pada minit ke-55 memberikan gol penyamaan kepada lawan.
Gol berpunca dari sepakan percuma Poh Yi Feng dari sebelah kanan kotak penalti Kelantan melepasi kepala Azizi dan Farisham terus kepada Paul Kunningham yang tidak teragak-agak melakukan sepakan deras untuk menewaskan Mohd Halim Napi.
Selepas gol tersebut, Belester Khalsa melancarkan serangan bertali arus melalui penyerang import mereka, Victor Borges dan Rivaldo Costa tetapi dihampakan dengan gerak cemerlang Azizi dan Zairul Fitree yang sering kali memintas bola hantaran dari pemain lawan.
Kemasukan Akmal Rizal, Ailim Fahmi, Che Hishamudin dan Ramzul Zahini selepas itu memberi nafas baru kepada serangan Red Warriors mencari gol kemenangan tetapi semua serangan yang diatur dapat dikeluarkan pertahanan pelawat disamping percubaan pemain Sang Kijang tersasar keluar.
Setelah tambahan masa dua minit, perlawanan ditamatkan dengan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1-1.
Lima kad kuning dilayangkan pengadil perlawanan dengan Balester Khalsa mengutip tiga kad kuning manakala Kelantan pula mengutip dua kad kuning.
Gol:
Kelantan 1-1 Balester Khalsa Fc
Kad Kuning:
Kelantan 2-3 Balester Khalsa Fc
Percubaan:
Kelantan 7-4 Balester Khalsa Fc
Posisi Bola:
Kelantan 50-50 Balester Khalsa Fc
Kelantan FA (Mas) vs (Sin) Balestier Khalsa Fc
Setelah berjaya menundukkan lawan dari Sumatera Barat, Padang Fc 2-0 malam kelmarin, Kelantan sekali lagi akan turun dalam aksi persahabatan, kali ini menentang Balestier Khalsa Fc di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Aksi melawan kelab Singapura ini menjadi medan persiapan terakhir buat Sang Kijang sebelum bertandang ke Kuala Terengganu menentang T-Team Fc dalam saingan TM Liga Super 2010, Sabtu depan.
Mempertaruhkan pemain bintang, Kelantan dijangka dapat memberikan saingan sengit kepada Balestier Khalsa yang dibarisi campuran pemain tempatan dan beberapa pemain import.
Satu fakta yang perlu diambil kira, Balestier Khalsa Fc merupakan sebuah pasukan yang sering berada di kelompok pertengahan liga dan tidak mempunyai sesuatu yang dapat dibanggakan kecuali berjaya menduduki tempat ketiga Piala Liga Singapura pada tahun 2008 selain beberapa kali melayakkan diri ke suku akhir kejohanan tempatan.
Skuad jolokan The Tigers yang dilatih Nasarudin Abdul Jalil diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain import, merupakan sebuah kelab profesional dalam Liga Singapura dan berpengkalan di Toa Payoh Stadium yang mempunyai kapasiti 3900 penonton.
Pada asalnya, Balestier Khalsa Fc merupakan dua buah kelab berlainan yang bersaing dalam Liga Singapura iaitu Balestier Central Fc dan Clementi Khalsa Fc namun akhirnya mereka digabungkan dalam satu pasukan pada tahun 2002 sehingga kini.
Berbalik kepada pasukan Kijang, pertemuan menentang Balestier Khalsa Fc memberi ruang kepada mereka untuk memantapkan pasukan disamping mencari kesefahaman diantara pemain utama yang kelihatan buntu walaupun sudah melalui lebih dari 10 perlawanan.
B. Sathianathan seharusnya memikirkan untuk melakukan 'rotation' ataupun pertukaran pemain dengan merehatkan beberapa pemain utama yang hambar seterusnya memberi ruang kepada pemain simpanan untuk menonjolkan aksi mereka.
Perlawanan menentang Padang Fc menjadi bukti betapa pemain bintang Kijang kelihatan gagal mencari idea bagaimana untuk menembusi benteng lawan namun barisan pemain simpanan yang dimasukkan pada separuh masa kedua berjaya mencipta gerakan berbahaya seterusnya menjaringkan dua gol mengecewakan pasukan lawan.
Justeru itu, diharapkan mereka semua terutamanya pemain utama yang menggalas tugas diatas padang dalam perlawanan persahabatan ini memberikan persembahan menyakinkan untuk menunjukkan petanda bahawa perlawanan seterusnya liga super selepas ini mampu memberi sang Kijang ruang luas untuk bernafas mengejar pendahulu.
Dalam perlawanan ini, Khairul Fahmi mungkin diberikan tugas utama menggalas posisi no 1 pasukan yang ditinggalkan Syed Adney dan Halim Napi setelah mereka dilaporkan masih lagi mengalami kecederaan. Khairul Fahmi dilihat mempunyai peluang cerah menjadi penjaga gawang masa depan Kelantan jika terus mempamerkan persembahan memikat kerana bakat yang ada padanya mampu membantu skuad Kijang untu terus maju.
Barisan pertahanan tidak mudah buat Sathianathan untuk memilih pemain kerana posisi ini mempunyai barisan termantap Red Warriors dan semua pemain yang ada mempunyai kekuatan dan karekter mereka sendiri untuk mempertahankan bahagian benteng.
Azizi Mat Rose, Rizal Fahmi, Farisham, Daudsu, Zairul Fitree dan beberapa pemain lagi dilihat bergandingan hebat ketika ini kerana mampu menangani bahaya ancaman pasukan lawan dan kudrat mereka sekali lagi ditagih untuk menghalang pemain Balestier Khalsa membocori gawang Kelantan.
Berlainan pula dengan posisi pembantu serangan ataupun pemain tengah Kelantan. Musim terdahulu, kebanyakan kemenangan atau jaringan gol yang diraih adalah dengan kekuatan pemain midfield namun pada tahun ini, mereka buntu, mengecewakan selain kurangnya gerak kreatif untuk menembusi gawang lawan.
Kehadiran Indra, Farhan, Piya dan Shakir dibahagian tengah masih gagal memberikan impak berharga kepada Kelantan. Jika mereka terus dengan gaya kecundang, tidak perlu kompromi dari ketua jurulatih Kelantan untuk menggunakan kuasanya menggugurkan pemain tersebut mengantikan mereka dengan barisan simpanan seperti Wan Zaman, Khairan serta Zamri Ramli.
Dengan Sharul Idlan dan S Chanturu sedang mewakili skuad Negara, tidak mahu tidak tugas serangan akan diamanahkan kepada Akmal Rizal dan Hairudin Omar untuk membolosi gawang Balistier Khalsa Fc. Diharapkan mereka dapat memberikan sentuhan pemusnah untuk mengecewakan lawan seterusnya menamatkan badi kemarau gol yang berpanjangan.
Andai gagal, Ramzul Zahini, Nidzad Ayub, Che Hishamudin dan Ailim Fahmi masih ada untuk mengantikan tempat mereka seterusnya menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan yang bertandang.
Malam ini peminat dan penyokong bola sepak yang hadir akan disajikan dengan corak taktikal dan teknik yang akan digunakan B. Sathianathan untuk menewaskan lawan manakala rakan sejawatnya di Balestier Khalsa Fc, Nasarudin Abdul Jalil juga akan menerapkan sesuatu kepada pemainnya cara-cara untuk mengecewakan skuad tuan rumah.
Semua peminat dan penyokong Kelantan diminta hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada semua pemain dan pengurusan skuad Red warriors.
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...