KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 30 September 2012

Piala Presiden 2013 : Kelantan Bersiap Awal

Pihak pengurusan Piala Presiden Kelantan akan mengadakan satu sesi pemilihan untuk mencari pemain muda berbakat besar bawah 21 tahun untuk diserapkan bagi saingan musim 2013.
Menurut pengurus pasukan, Encik Yusri, mereka bercadang membuat sesi pemilihan pada awal Oktober depan setelah melihat beberapa pasukan negeri lain ketika ini sudah melakukan persediaan rapi untuk kejohanan musim baru.
Pada pemilihan kali ini, kita akan memberi tumpuan mencari pemain dari luar bandar seperti dari Gua Musang kerana kita yakin banyak pemain berbakat ada disana namun tidak diberi peluang untuk menonjolkan bakat.
Kita yakin sesetengah kawasan luar bandar memiliki ramai pemain yang mampu mencapai misi pasukan untuk mencabar kembali dalam saingan Liga Presiden Malaysia nanti.
Kita belum menetapkan tarikh sebenar dan tempat untuk sesi pemilihan nanti dan kita akan membuat pengumuman akan perkara ini dalam masa terdekat, jelasnya.

SUKU AKHIR PERTAMA : KELANTAN CIPTA KEMENANGAN BERHARGA

                                 Nurul Azwan Roya

Kelantan The Red Warriors mencipta kemenangan berharga selepas berjaya menumpaskan pasukan kelab Felda United 2 – 1 di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, Kelantan harus menunggu sehingga minit ke 56″ untuk memecah kebuntuan hasil jaringan pemain sayap iaitu Nurul Azwan Roya.

Indraputra Mahyuddin menceriakan lebih 5000 penyokong pelawat apabila dengan tenang menolak masuk bola ke gawang gol Felda United untuk jaringan kedua pasukan The Red Warriors.

Bekas pemain Kelantan iaitu Khairan Ezuan berjaya merapatkan jurang gol apabila menanduk masuk bola menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke 80″ namun gol tersebut tidak cukup untuk menghalang Kelantan mencipta kemenangan di tempat lawan.
Tamat Perlawanan Felda 2 – 1 Kelantan.

Sabtu, 29 September 2012

Skuad Melayu Kelantan Dalam Kumpulan D.

Skuad Melayu Kelantan diundi dalam kumpulan D bagi saingan Piala Emas Raja-Raja 2012 yang akan berlangsung bermula pada 9 November depan.
Diundi bersama Sang Kijang ialah seteru dari negeri jiran, Terengganu serta Perlis dan Polis Di Raja Malaysia.
Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu akan menjadi gelanggang pertandingan peringkat kumpulan selama tiga hari tersebut.
Sementara itu, juara bertahan, Pahang yang dipilih selaku tuan rumah diundi dalam kumpulan C bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pulau Pinang dan Perak.
Kedah pula akan menjadi tuan rumah kepada Kuala Lumpur, Johor dan Singapura dalam kumpulan A di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Naib juara 2011, Melaka turut dipilih menjadi tuan rumah dan diundi sekumpulan dengan Negeri Sembilan, Selangor dan MASUM di Stadium Hang Jebat.
Pada pertandingan kali ini, pihak Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia yang bersidang telah melakukan beberapa perubahan dimana setiap pasukan yang mahu menggunakan mana-mana pemain dari Liga Super atau Liga Perdana perlu mendapatkan surat pelepasan dari majikan masing-masing.
Selain itu, mereka juga turut membenarkan enam pemain diambil untuk memperkuatkan pasukan namun hanya memberikan kebenaran kepada empat pemain profesional berada diatas padang pada satu-satu perlawanan.
Dua pasukan dari setiap kumpulan layak ke suku akhir yang akan diadakan secara timbal balik pada 17 dan 24 November.
Pasukan yang layak ke separuh akhir akan beraksi pada 1 dan 8 Disember manakala perlawanan akhir akan berlangsung di venue yang akan ditetapkan oleh PBSMM pada 22 Disember 2012.

sumber redsfc news

KAFA Dapat Tawaran Jalin Kerjasama Dengan Juara Liga Brazil.

The Red Warriors menerima berita baik apabila juara Liga Brazil, SC Corithians menawarkan kerjasama jangka panjang untuk pembangunan kedua-dua pasukan pada masa depan.
Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pihak persatuan telah menerima jemputan secara rasmi tersebut baru-baru ini.
Mereka jelas berminat untuk menawarkan kerjasama kepada KAFA dan kita akan menjawab tawaran yang dikemukakan itu dalam masa terdekat.
SC Corinthians sudah menghantar jemputan dan kemungkinan besar kita akan ke sana dari 8 sehingga 15 November depan untuk melihat akademi yang telah diwujudkan.
Pada kunjungan itu, KAFA turut akan menandatangani MOU membabitkan pemain, jurulatih serta kerjasama dalam program sains sukan, jelasnya.
Pasukan tersebut merupakan juara Liga Brazil dan akan bersaing dalam kejohanan Piala Dunia Kelab di Jepun tidak lama lagi


sumber;redsfc news

Jumaat, 28 September 2012

Annuar: Saya tak mahu bola sepak Kelantan mati



Annuar Musa
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa
MESKIPUN sedang menjalani penggantungan selama 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak April lalu, namun Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak pernah berhenti bekerja demi untuk memajukan industri bola sepak negeri ini ke satu tahap pencapaian yang boleh dibanggakan.
Bermula dengan usaha keras Annuar untuk memastikan sebuah stadium bola sepak dibina di negeri ini, terbaharu beliau juga menzahirkan hasrat mahu mewujudkan mini stadium dan perkampungan bola sepak The Red Warriors (TRW) di Kok Lanas, Ketereh Kota Bharu dalam masa terdekat.
Pada masa yang sama, supremo bola sepak Kelantan itu juga turut menjelaskan kekeliruan mengenai status terkini mengenai jawatan yang disandangnya ketika ini.
Selain itu, beliau juga mahu berkongsi pandangan menjadikan Kafa, sebuah persatuan bola sepak negeri yang berdaya maju bagi membentuk TRW menjadi lebih mantap menghadapi saingan Liga Malaysia 2013.

Ikuti wawancara eksklusif Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abdul Rahman bersama wartawan sukan, Mazram Idzam Ridzal Mahmud dan jurufoto, Khiru Shaleh Abdullah bersama beliau di pejabat Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) baru-baru ini.

Sejauh mana perkembangan terkini status stadium bola sepak The Red Warriors sejak ia dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari lalu.

Kita tahu stadium merupakan satu keperluan yang mendesak ketika ini.  Perkara ini kita sudah bentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau memang menyokong sepenuhnya idea ini.

Malah, beliau mahu menjadikan pembinaan stadium ini sebagai projek nombor satu sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada Barisan Nasional kembali memerintah negeri ini.

Stadium ini untuk rakyat dan mereka harus memberikan kepercayaan agar ia bertukar menjadi satu realiti. Tetapi, bagi Kafa, apa jua situasi daripada sudut politik sekali pun, stadium ini harus menjadi satu kemestian.

Sebab itu kita ambil langkah proaktif dengan mereka bentuk lakaran stadium, menilai kos pembinaan selain melakukan kajian teknikal. Kita masih ingin buat rayuan kepada kerajaan supaya stadium ini menjadi satu projek yang tetap dilaksanakan.

Sekarang ini, rayuan sudah disampaikan secara lisan dan bertulis kepada Kerajaan Pusat. Kita percaya ia akan mendapat reaksi positif.  Sementara menunggu kelulusan muktamad, kita sendiri kena ambil inisiatif tertentu...dapatkan perkenan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk menggunakan tanah baginda.

Selagi tidak ada tapak, nak berunding dengan kerajaan pun tak boleh malah nak buat apa-apa pun tak boleh. Sekarang dengan perkenan baginda, kita ambil langkah awal seperti yang saya sebutkan tadi. Kita tidak mahu membuang masa, dan boleh katakan kajian yang kita lakukan hampir siap sekarang.

Bunyinya seperti stadium ini akan mengambil masa yang lama untuk dibina. Apakah Kafa mempunyai alternatif tertentu bagi merealisasikan impian ini.

Pada masa sama, kita ambil langkah dengan berusaha mewujudkan sebuah mini stadium. Kafa akan beli sebidang tanah di Kok Lanas, Ketereh untuk bina akademi sendiri di tanah tersebut.

Kita bina mini stadium dengan kapasiti sekitar 10,000 hingga 15,000 tempat duduk penonton sesuai dengan perlawanan yang tidak berskala besar. Saya fikir selepas proses membentuk pasukan yang mantap sudah berjaya, sekarang kita kena fikir jangka masa panjang pula.

Sudah pasti mini stadium itu bukan milik persatuan...ia akan dibina oleh kerajaan. Kita kena akui Kafa memang tak mampu untuk bina stadium sendiri pada masa sekarang. Tetapi, pada masa sama kita fikir mesti ada padang latihan sendiri.

Saya sedang memikirkan kaedah termasuk mendapatkan sokongan daripada pihak swasta. Misalnya di England, Nike boleh bina stadium sendiri, begitu juga Emirates dengan stadiumnya.

Syarikat saya, Al-Hambra akan mengetuai usaha membina mini stadium ini. Kalau 100 peratus diserahkan kepada Kafa pun tak mampu juga, nak bagi 100 peratus ke swasta pun tak boleh juga. Tapi, memang kita hendak buat serta-merta dan sekarang kita sedang berunding dengan tuan tanah.

Apa yang istimewanya mengenai pembinaan mini stadium ini. Mungkin Tan Sri boleh berikan gambaran awal mengenai pelaksanaan projek terbaru ini.

Kita hendak bina sebuah perkampungan bola sepak berkonsepkan The Red Warriors Villa.  Ia meliputi keluasan tanah keseluruhan 26 hektar dengan 1.6 hektar daripadanya dibina padang-padang latihan.

Tidak semestinya mahal tapi berteraskan pembangunan bola sepak dengan harapan seluruh komuniti akan tertumpu di situ. Mungkin kita fikir akan letak nama-nama jalan (di kawasan tersebut) seperti Jalan Piala Malaysia, Liga Super, Piala FA atau Piala Presiden.

Kita cuba jual idea ini kepada tuan tanah dan pada masa sama kita sendiri ambil bahagian memajukan akademi ini. Saya seorang townplanner (perancang bandar), jadi saya suka fikir perkara-perkara seperti itu. Mungkin beberapa bangunan di situ kita guna nama bintang-bintang bola sepak yang tersohor suatu ketika dahulu. Saya fikir ia satu projek yang menarik.

Saya juga mencadangkan kepada kerajaan supaya sebahagian fasiliti di Kolej Matrikulasi Kok Lanas (KMKL) dengan Akademi Al-Hambra boleh diguna sama antara satu sama lain.

Antaranya kita minta supaya padang utama di kolej tersebut dibina jenis astroturf supaya boleh digunakan untuk perlawanan antarabangsa.

Jadi, kita boleh guna kemudahan di KMKL secara bersama. Kalau kita tak guna, mereka boleh guna padang tersebut. Mungkin jika hostel mereka kosong, kalau pemain kita hendak menjalani latihan pusat boleh tinggal di situ.

Idea ini kita cuba ketengahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya tak semua fasiliti perlu ada dalam sebuah akademi. Ia lebih berkonsep sharing fasility. Kita jangka sekurang-kurangnya enam pasukan meliputi skuad senior, Piala Presiden dan skuad elit bawah 14 dan 16 tahun boleh jalani latihan serentak di situ.

Tan Sri mempunyai visi dan misi yang cukup jelas memajukan bola sepak Kelantan. Tetapi pada masa sama, Tan Sri masih berdepan hukuman penggantungan 30 bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Adakah hukuman ini memberi impak terhadap kerja keras memajukan bola sepak di negeri ini.

Sebenarnya ramai yang salah tafsir mengenai penggantungan saya. Saya hanya digantung daripada menjalankan aktiviti bola sepak anjuran FAM sahaja. Itu daripada segi undang-undang mereka.

Kalau saya buat kerja akademi, nak pergi tengok bola, anjur bola atau main bola sekali pun...mereka tak boleh gantung saya. Jadi penggantungan saya hanya merujuk kepada aktiviti FAM sahaja. Kalau bukan aktiviti berkaitan FAM, mereka tak ada kuasa nak melarang saya.

Sebab hukuman ke atas saya, jawatan saya pun tak terjejas...FAM hukum saya berdasarkan jadual penggantungan. FAM tak gantung saya pada jawatan (Timbalan Presiden). Jawatankuasa Disiplin tidak ada kuasa untuk menggantungkan saya daripada jawatan. Sebab dalam perlembagaan FAM, yang ada kuasa untuk gantung saya hanyalah kongres.

Ramai yang keliru, panggil saya Penasihat Kafa dan anggap saya bukan lagi Timbalan Presiden FAM. Hatta (dalam isu penggantungan ini), Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sendiri pun tidak boleh buat apa-apa.

Saya menjalankan tugas sebagai presiden di mana tempat yang saya tafsir bukan merupakan aktiviti bola sepak. Sekarang pentafsiran pun belum jelas, sebab itu saya pergi ke mahkamah.

Bila pergi ke mahkamah, perkara ini belum ditentukan lagi. Sekarang pentafsiran pun belum jelas, apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti bola sepak ? Kalau saya tandatangan cek Kafa boleh atau tidak?

Apakah itu ditafsirkan sebagai aktiviti bola sepak? Rutin seorang presiden persatuan bola sepak negeri. Kalau belum ditentukan, kenapa saya harus berhenti... Saya bekerjalah seperti biasa.

Saya tahu tak akan masuk penjara kerana penggantungan itu. Penggantungan yang dibuat oleh FAM tetap saya hormati. Sebab itu saya tak pergi mesyuarat FAM. Kalau ikutkan pandangan peguam, saya masih boleh cabar. Saya masih boleh hadir mesyuarat agung.

Sebab dalam jadual mengatakan penggantungan hanya untuk pemain dan jurulatih. Tapi, FAM tafsir saya sebagai pegawai. Pandangan pihak peguam, Jawatankuasa Eksekutif pun bukan pegawai. Pegawai hanya dimaksudkan jurulatih sahaja.

Jadi kesamaran (dalam kes itu) masih berlaku, sementara mahkamah putuskan biarlah saya ikut tafsiran saya sendiri. Dulu bila orang kena hukum, kita hulur kepala, seolah-olah akur sahaja hukuman yang dikenakan ke atas kita.

Saya masih hormat penggantungan ini, tetapi saya tidak akan biarkan bola sepak Kelantan yang saya bina bertahun-tahun mati kerana hukuman ini. Saya akan terus bekerja untuk bola sepak negeri ini.

Adakah dalam tempoh penggantungan selama 30 bulan ini, bermakna Tan Sri tidak boleh dicalonkan semula pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kafa yang dijadualkan berlangsung penghujung tahun depan?

Kalau digantung memang saya tak bolehlah (dicalonkan). Tapi kita tak tahu bila pemilihan tersebut...belum tahu lagi bila ia akan berlangsung. Sampai masanya kita akan putuskan.

Mungkin peraturan berubah, kepimpinan berubah atau keputusan mahkamah berubah. Jadi perkara itu tak perlu dibincangkan sekarang. Secara prinsipnya selagi saya digantung, memang saya tak boleh bertanding apa-apa jawatan.

Saya pun tahu orang hukum saya sebab itulah (tak benarkan bertanding). Tapi saya tengok masa masih panjang lagi. Mohammad Hamman (Presiden AFC) kena hukum tapi bila beliau pergi ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland, hukuman ke atasnya ditarik balik.

Tapi kita tak pergi ke situ (CAS) lagi, ini baru sedikit. Ini baru peringkat hendak mendapatkan pentafsiran mahkamah atas beberapa perkara yang saya rasa disalah tafsir. Kalau mahkamah putuskan perkara itu, pun tak abis di situ juga. Saya akan pergi ke pelan seterusnya.

Saya cabar sebab dalam proses perbicaraan tempohari, saya tidak diberi hak di bawah keadilan yang saksama. Saya tidak diberi surat tunjuk sebab, tak dibenarkan lantik peguam dan tak diberi peluang untuk merayu.

Maka pentafsiran saya, itu dianggap melanggar prinsip keadilan sejagat. Kalau mahkamah putuskan itu kes tersebut berlandaskan lunas undang-undang yang benar, saya terimalah. Tapi kalau mahkamah putuskan seperti yang saya rasa, mungkin proses tersebut terbatal.

Sesetengah orang ingat saya mahu mencabar badan induk bola sepak kebangsaan. Tidak sebenarnya, saya hanya mahukan kebenaran menerusi penjelasan undang-undang.

Kafa kini dilihat sebuah persatuan bola sepak negeri yang paling berjaya di negara ini. Adakah Tan Sri terfikir mahu menjadikan Kafa ini sebagai sebuah entiti yang berorientasikan perniagaan.

Sebenarnya jauh lagi mencapai sasaran itu, banyak aspek kalau kita bercakap tentang Kafa. Salah satunya, macam mana kita hendak jadikan Kafa sebagai sebuah entiti yang boleh berdikari.

Di situ timbul persoalan macam mana Kafa mesti diurustadbir secara komersial. Ertinya, kita kena tahu duit nak keluar berapa, kena ada usaha duit kena masuk berapa agar kita tidak menjadi sebuah persatuan yang suka meminta-minta.

Nilai itu mestilah lebih daripada nilai pasukan bola sepak kita. Kalau pasukan kita bagus, kita pun akan mendapat sumber kewangan yang tinggi daripada penaja. Bukan bermaksud bila hendak menghadapi musim depan, berapa (nilai) orang hendak bagi geran kepada kita.

Zaman bergantung kepada geran tahunan sudah lama kita tinggalkan. Itu salah satu aspek terpenting dalam mengurus pentadbiran Kafa ketika ini. Sebab itu kita wujudkan therredwarriors.com, sebuah syarikat yang beroperasi di Kuala Lumpur.

Segala aspek yang berkaitan dengan unsur komersial, misalnya pada tahun depan, soal jersi kita buka tender buat pertama kali. Saya dengar Umbro, Lotto dan Warrior yang taja pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pun hendak masuk tender.

Itu hanya contoh jersi. Banyak lagi perkara yang kita boleh buat duit. Seperkara lagi, kita kena pastikan prestasi pasukan juga berjalan seiring. Jersi laku, kita akan selalu ke Bukit Jalil.
Kalau prestasi pasukan merudum, perniagaan juga boleh merosot.

Nak jaga bidang komersial senang nak jaga pasukan bola sepak memang susah. Kita juga kena ingat pasukan lain pun ada cara tersendiri tingkatkan prestasi mereka.

Liga Malaysia 2012 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Mungkin Tan Sri sudah ada perancangan untuk membentuk pasukan The Red Warriors bagi menghadapi musim yang lebih mencabar pada tahun depan.

Kecuali pemain import, yang lain kita sudah selesai semua urusan pemain tempatan. Cuma untuk pemain tempatan baru belum selesai lagi sebab tak ada pemain kita yang ada sekarang hendak keluar.

Kalau hendak ada pemain tempatan baru masuk, perlu ada pemain lama keluar. Masalahnya, sekarang tak ada pemain pun yang hendak keluar. Mungkin kita terpaksa cadangkan beberapa pemain keluar mencuba nasib dengan pasukan lain.

Namun, perkara itu kita belum kaji lagi setakat ini. Matyo (Norshahrul Idlan Talaha), Apex (Khairul Fahmi Che Mat), Indra Putra (Mahayuddin) kekal bersama dengan Kelantan.

Kita boleh buat dua cara, iaitu pemain mengikat kontrak dengan kita tetapi dipinjamkan kepada pasukan lain atau pun lakukan pemindahan seperti Mohd Nizab (Ayub) yang kita pinjamkan kepada Felda United FC musim ini.

Sasaran saya adalah tetap pemain-pemain kelahiran negeri sendiri. Sebab saat-saat kritikal, pemain Kelantan mempunyai semangat tinggi. Tapi, 100 peratus pun tak boleh juga. Jadi nisbah 80 : 20 boleh kita guna dalam menentukan skuad 25 pemain Kelantan untuk musim depan.

Khamis, 27 September 2012

KAFA Kecewa Penyokong Tidak Ramai Ke Stadium.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kecewa dengan jumlah kehadiran penyokong pada perlawanan suku akhir kedua Piala AFC melibatkan The Red Warriors melawan Arbil, semalam.
Menurut penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, para penyokong nyata mengalah awal selepas kekalahan besar pada perlawanan pertama tempoh hari.
Mereka tidak mengiringi pasukan beraksi di gelanggang sendiri malah ini merupakan kehadiran terendah yang dicatatkan pada tahun ini.
Sejumlah 3000 sahaja hadir ke stadium dan mereka ditakrifkan sebagai penyokong setia The Red Warriors.
Terasa sedikit malu kepada pihak AFC dan Arbil kerana sebelum ini saya menjanjikan kepada mereka suasana yang meriah dengan kehadiran ramai penyokong.
Mujurlah para pemain tidak turut mengalah awal apabila menampilkan persembahan hebat seterusnya mencipta keputusan seri 1-1.
Pada perlawanan semalam, Kelantan ketinggalan hasil jaringan Sola Matovu pada separuh masa pertama namun bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit akhir hasil sepakan penalti Mohamad Ghaddar namun gagal untuk ke separuh akhir kerana ditundukkan 1-5 pada perlawanan pertama di Arbil minggu lalu


sumber:redsfc news

Kelantan Tumpu Piala Malaysia.

Kekalahan di peringkat suku akhir Piala AFC menyebabkan The Red Warriors mengalihkan tumpuan untuk merampas kejuaraan Piala Malaysia 2012.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, biarpun berdepan laluan berliku untuk mencapai kejuaraan namun ia tidak akan mematahkan semangat pemain untuk mencipta "treble" pertama dalam sejarah bola sepak negeri.
Justeru itu, perlawanan pertama suku akhir di Melaka wajar dihabisi dengan kemenangan selesa untuk memastikan kemaraan mereka tidak tersekat di separuh jalan.
Kita mahu menuju Bukit Jalil tahun ini dan saya harap tekad ini dapat direalisasikan para pemain, jelasnya.
Kelantan akan turun perlawanan pertama suku akhir Piala Malaysia pada 29 September di Stadium Hang Jebat dan timbal balik di Kota Bharu pada 2 Oktober.

Selasa, 25 September 2012

Rumours : Ismail Faruqi Mahu Bersama TRW?

Pemain Terengganu, Ismail Faruqi turut dilaporkan mahu menyertai Kelantan pada saingan Liga Malaysia 2013.
Menurut sumber , Ismail yang memainkan peranan cukup penting kepada Sang Penyu pada saingan tahun ini mahu berpindah setelah berlakunya beberapa masalah dengan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT).
Dia memilih Kelantan sebagai destinasi baru tetapi masih menanti beberapa perkara selanjutnya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan dengan Terengganu, jelas sumber itu lagi.
Setakat ini tiada butiran lanjut yang diperoleh akan kehadiran Ismail ke Kota Bharu namun berdasarkan laporan semasa, dia akan terus dikekalkan oleh Terengganu untuk musim depan.

Penyokong Suarakan Keyakinan Kepada Pasukan Kelantan.

Penyokong Kelantan menyuarakan keyakinan tinggi The Red Warriors mampu bangkit mencipta kemenangan keatas Arbil FC pada perlawanan kedua di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.
Rata-rata pengunjung Facebook RedsfcNews turut berharap rekod bersih tanpa kekalahan di tempat sendiri terus di pertahankan oleh barisan pemain Sang Kijang.
Menurut Suleiman Akhlaken, tiada yang mustahil untuk mencapai kemenangan jika pemain Kelantan berusaha sebaik mungkin dan menjadikan Arbil FC sebagai contoh dimana mereka mencipta empat jaringan pada separuh masa kedua di Iraq tempoh hari.
Bagi Arifikhwan, The Red Warriors mampu menang jika pemain yang diturunkan bermain dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh pada perlawanan tersebut.
Sementara itu, Reds Zaudden pula berharap Kelantan mesti mendapatkan kemenangan di Kota Bharu untuk menebus kekalahan dan misi ini tidak mustahil jika pemain memberikan persembahan ajaib dan menakjubkan.
Ahmad Kamil turut yakin The Red Warriors akan menang tetapi tidak pasti sama ada mereka mampu memadamkan kelebihan jaringan yang diperoleh Arbil FC manakala Rizal M Ai mahu Kelantan menunjukkan persembahan sebenar iaitu bermain secara pantas.



sumber:redsfc news

Isnin, 24 September 2012

Kelantan Giat Lakukan Persiapan.

Pemain Kelantan giat melakukan sesi latihan bagi persediaan sebelum aksi kedua Piala AFC melawan Arbil, 25 September depan.
Setakat ini kesemua pemain hadir menjalani latihan penuh kecuali Mohamad Ghaddar kerana baru kembali dari tugasan antarabangsa.
Pemain yang tersisih pada perlawanan pertama juga telah kembali bagi memperkuatkan pasukan yang tempang.
Menurut laporan dari sumber kelatebola, para pemain The Red Warriors mahu mencapai kemenangan keatas pasukan pelawat seterusnya membalas kekalahan besar kepada Arbil pada perlawanan pertama.
Mereka serius mahu mencipta kejutan dan memadamkan lima jaringan yang diperoleh The Yellow's Castle di depan penyokong sendiri.

Rabu, 19 September 2012

Kolumnis : Kelantan Mesti Sertai AFC 2013.

Terkadang sedih dengan nasib yang menimpa Sang Kijang apabila cabaran mereka dalam saingan peringkat Asia bagaikan tidak mendapat sokongan padu daripada badan sukan nombor satu negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


Apa tidaknya, persatuan tersebut bagaikan tidak menunjukkan minat untuk sama-sama menyokong perjuangan The Red Warriors untuk memasyurkan nama negara ke pentas dunia.

Setakat ini dilaporkan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), banyak perkara yang melibatkan pasukan mereka dalam Piala AFC dipandang sepi FAM malahan sebelum pertandingan suku akhir bermula kelihatan langkah tidak bijak badan induk itu dengan menolak rayuan akan pengecualian pemain Sang Kijang dari kem skuad kebangsaan.

FAM merupakan sebuah badan induk yang menguruskan liga bola sepak Malaysia seharusnya membantu pasukan dari negara kita bertanding ke peringkat tertinggi namun mereka pula kelihatan lepas tangan memaksa pasukan yang layak terkontang kanting meneruskan saingan tanpa bantuan.

Bukan Kelantan sahaja yang menerima nasib itu malah hampir kesemua pasukan yang bukan anak emas sepi menerima bantuan sekurang-kurangnya sokongan di media utama semasa.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa yang terkilan dengan perkara itu telah menyatakan secara terbuka mahu mengkaji semula sama ada kekal atau menarik diri dari kejohanan tersebut biarpun sudah layak secara merit.

Katanya, dasar dan cara yang telah ditetapkan FAM tidak selari dengan FIFA seterusnya menyebabkan KAFA dalam dilema untuk menghantar pasukan ke kejohanan peringkat Asia buat kali kedua musim depan.

Namun bagi penulis, KAFA tidak sepatutnya mudah mengalah dengan situasi yang tidak membantu biarpun masalah yang menimpa adalah berpunca dari peraturan yang telah digariskan FAM.

Sebenarnya bukan salah badan induk itu 100% jika melibatkan pendaftaran pemain, KAFA juga mesti menerima hakikat bahawa kesilapan mereka yang menukar pemain import sesuka hati menjadi salah satu punca yang perlu diperbaiki segera untuk saingan pada musim hadapan.

Pihak pengurusan Sang Kijang perlu mengambil langkah pantas tanpa memikirkan FAM dengan mencari pemain import terbaik yang berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi bagi mengukuhkan pasukan.

Ini tidak, KAFA tidak konsisten selain memilih pemain berdasarkan laporan ejen menyebabkan banyak pembaziran wang, waktu dan kesilapan pendaftaran sehingga menyebabkan gagal menggunakan sepenuhnya kualiti yang perlu ada pada pemain import.

Benar, kejayaan mengikat Ghaddar dan Obinna adalah satu tindakan terbaik yang berjaya dilakukan oleh KAFA namun pernahkah pihak pengurusan terfikir dengan pengambilan pemain lain seperti Zakaria, Nwoha, Keita dan Mijo selain terburu-buru menandatangani Okinne dan Antwi untuk satu tempoh yang lama adalah satu kerugian jangka panjang kepada pasukan itu sendiri.

Sekarang cuba beritahu kepada umum, dimana sumbangan yang diberikan oleh pemain-pemain yang dinyatakan diatas.

Para penyokong sudah memerhati dan ada yang memberi pendapat agar KAFA mencari import berdasarkan keperluan bukan kemahuan.

Akhirnya, kerugian melanda kerana import tidak dapat digunakan manakala duit terus dikeluarkan untuk membayar gaji dan jika ditamatkan kontrak, terpaksa pula untuk membayar pampasan.

Oleh itu, mahu atau tidak, penyertaan pada Piala AFC mendatang perlu diteruskan dengan syarat KAFA mesti mendapatkan segera pemain berkualiti tempatan dan import serta mengandingkan mereka dalam satu pasukan bermula saingan pada awal musim.

Tiada lagi pengantian, pencarian dan pengumuman pemain baru kerana bila berlaku perkara sebegini lebih dari sekali menyebabkan penyokong yang pandai menilai mengetahui kepincangan pihak pengurusan dan jurulatih mendapatkan sesuatu yang sangat merugikan pasukan di kemudian hari.

Lakukan persediaan awal dengan mengekalkan pemain tonggak, cari pemain tempatan yang berkualiti dan berpengalaman seterusnya mengontrakkan import yang memberi sumbangan bermakna dari awal sehingga ke akhir musim, InsyaAllah Kelantan The Red Warriors akan terus bersinar menggapai kejayaan demi kejayaan seperti sekarang.

Piala AFC : The Red Warriors Kena Belasah.

Kelantan menempah laluan sukar untuk ke separuh akhir apabila tumpas 5-1 kepada Arbil FC dalam saingan suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Franso Hariri, malam tadi.


Beraksi di kandang lawan, Kelantan bagaikan tidak bermaya apabila memberikan banyak peluang kepada tuan rumah untuk melakukan serangan ke arah kubu kawalan Khairul Fahmi Che Mat.

Arbil yang menyedari perlu mencari bekalan gol selesa sebelum aksi timbal balik menghasilkan banyak peluang untuk menjaringkan gol namun dinafikan oleh barisan pertahanan Sang Kijang.

Usaha mereka bagaimanapun berhasil pada minit ke-39 selepas Halkard Mulla Mohammed melakukan satu sepakan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kelantan.

Kelantan tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan setelah dikurniakan sepakan penalti pada minit ke-41 hasil kekasaran pertahanan Arbil keatas Antwi dan Badri Radzi tenang menyepak masuk ke penjuru kiri pintu gol Arbil.

Bersambung babak kedua, Arbil FC pantas menjarakkan kedudukan apabila Amjad Radhi mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Daudsu mengasari penyerang Arbil didalam kotak penalti.

Tuan rumah semakin selesa pada minit ke-66 apabila kesilapan Khairul Fahmi gagal menangkap kemas percubaan Nadim dari luar kotak penalti memberikan Luay Salah ruang cukup luas untuk meledak jaringan ketiga.

Pemain gantian, Salih Sder meletakkan Arbil 4-1 pada minit ke-72 apabila percubaan dari jarak 25 meter terus menerjah jaring menggamamkan Khairul Fahmi di pintu gol Kelantan.

Kelantan yang sekali sekali melancarkan serangan hampir menjaringkan gol pada minit ke-87 setelah Afiq Azmi yang lolos dari kawalan dua pemain Arbil lambat melakukan sentuhan sebelum dikeluarkan dari kawasan bahaya.

Pada minit akhir perlawanan, The Yellow Castle's mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti dan Nawzad melakukan lencongan cantika ke sebelah kiri pintu gol menewaskan Khairul Fahmi buat kali kelima.

Dengan kemenangan tersebut, Arbil mempunyai kelebihan empat jaringan pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 25 September depan.



sumber:redsfc newss

Isnin, 17 September 2012

Piala AFC : Arbil Mungkin Menurunkan Skuad Terkuat.

Lawan Kelantan dalam saingan suku akhir Piala AFC, Arbil FC dijangka akan menurunkan skuad terkuat mereka untuk aksi pertama di Stadium Franso Hariri pada hari Selasa depan.


Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh RedsfcNews, pemain Arbil kini bebas dari masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan menyebabkan pengendali mereka, Nizar Mahrous mempunyai skuad terkuat bagi mencari kelebihan awal sebelum timbal balik di Kota Bharu.

Ini kerana, kesemua pemain utama mereka seperti tiga tonggak utama skuad kebangsaan Iraq, Sarhang Muhsin, Luay Salah dan Saad Attiya bebas dari masalah kecederaan.

Selain mereka, The Yellow Castle's turut dapat menurunkan pemain sayap harapan mereka iaitu Nabeel Sabah dan Abdelrazak Al Husain yang telah menyumbangkan hampir 12 gol dan lebih dari 20 assist kepada rakan sepasukan untuk melakukan jaringan.

Kedua-dua pemain tersebut akan digandingkan dengan "playmaker", Luay Salah dan Mohanad Salem di bahagian tengah seterusnya membantu penjaring terbanyak, Amjad Radhi untuk melakukan tindakan penyudah.

Pada pertemuan tersebut, Arbil dijangka tidak mempunyai masalah untuk mencari kelebihan besar, tambahan pula pasukan Kelantan hadir dengan skuad yang kurang mantap ekoran kecederaan dan pengantungan perlawanan.

Namun kita berharap jurulatih The Red Warriors, Bojan Hodak dapat melakukan sesuatu pada skuad terhad bagi menghalang Arbil SC bermaharajalela di tempat mereka seterusnya menyukarkan misi membalas kembali pada timbal balik di tempat sendiri.

Analisis Pasukan Arbil.

Sarhang Mursin (Gk) (Kp)
Saade Abdulamir -- Saad Attiya -- Mehdi Karem -- Ibrahim Khalaf
-Nabell Sabah ---- Luay Salah ---- Mohanad Salem -- Abdullrazak-
Amjad Radhi --- Obode Effe

Penjaring terbanyak 

Amjad Radhi - 24 Gol
Luay Salah - 11 Gol
Abdulrazak Al Husain - 8 Gol
Mehdi Karem - 6 Gol
Saade Abdulamir - 4 Gol

Piala AFC : Indra Pula Tersisih Dari Skuad 20 Pemain.

Indra Putra Mahayuddin tidak dibawa ke Arbil ekoran masalah teknikal sebelum bertolak ke Arbil, pagi tadi.


Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, ketiadaan Indra menyebabkan pasukan The Red Warriors semakin tempang kerana sebelum ini sudah kehilangan ramain pemain utama atas pelbagai sebab.

Ketiadaan hampir separuh pemain menyebabkan perancangan kita terjejas terus termasuklah kemungkinan besar akan tewas dengan jaringan besar kepada Arbil.

Justeru itu, dengan pemain yang ada ketika ini Kelantan mungkin akan turun dengan taktik bertahan bagi megelakkan bolos dengan banyak gol, jelasnya.

Kita sudah sedaya upaya untuk menghantar skuad terbaik namun gagal kerana tanpa separuh pemain utama seperti Indra, Norshahrul, Ghaddar, Obinna serta dua import baru menyebabkan segala perancangan tidak dapat dilakukan.

Ahad, 16 September 2012

Piala AFC : Cabaran Getir TRW.

The Red Warriors berdepan laluan getir melawan juara Liga Iraq, Arbil FC pada saingan suku akhir pertama Piala AFC di Stadium Franso Hariri, Selasa depan.


Apa tidaknya, dengan skuad tempang tanpa tonggak utama yang tercedera, Kelantan terpaksa turun dengan harapan dapat meminimakan jaringan daripada tuan rumah sebelum aksi kedua di Kota Bharu.

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri mengakui satu tugasan mencabar dari pasukan Kelantan untuk mencapai keputusan positif di Arbil nanti namun berharap pemain dapat beraksi cemerlang dan membalas sebarang keputusan luar dugaan di tempat sendiri pada saingan timbal balik.

Pihak pengurusan turut berharap para penyokong Sang Kijang mendoakan agar pasukan Kelantan dapat beraksi dengan baik dan membawa pulang sesuatu pada perlawanan tersebut.

Pada pertemuan dengan Arbil nanti, The Red Warriors hanya dapat menggunakan 18 pemain sahaja selepas Ghaddar, Norshahrul dan S.Subramaniam terpaksa disisihkan selain dua import yang direkrut sempena saingan ini iaitu Mijo Dadic dan Keita Mandjou pula tidak dibenarkan beraksi kerana kegagalan mendapatkan ITC.

KAFA Kaji Penyertaan TRW Dalam Piala AFC.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengkaji kembali penyertaan The Red Warriors dalam saingan Piala AFC pada musim depan.


Menurut Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, pihak mereka terpaksa berbuat demikian selepas melihat pada cara dan dasar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Situasi sekarang melalui dasar dari badan induk bola sepak negara tersebut nyata tidak membantu kita untuk bersaing di peringkat asia.

Justeru itu, KAFA terpaksa mengambil langkah ini bagi mengelakkan masalah yang berlaku pada masa sekarang berulang kembali pada masa depan. 

Kita tidak mampu menampilkan skuad idaman AFC dan terpaksa menggunakan apa yang ada untuk membawa nama Malaysia ke pentas Asia.

Sabtu, 15 September 2012

Laporan Perlawanan Piala Malaysia 2012 : Kijang Mengamuk di Kota Bharu.

The Red Warriors mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia 2012 apabila garang membelasah Terengganu 6-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi dihadapan puluhan ribu penyokong setia, Kelantan tidak menunggu lama untuk melakukan asakan apabila percubaan Afiq Azmi pada minit ke-8 berjaya diselamatkan Sharmiza.

Namun Afiq membalas kegagalan tersebut dengan jaringan dari jarak dekat selepas menerima hantaran cantik Nurul Azwan Roya pada minit ke-13.

Kelantan hampir menambah jaringan pada minit ke-16 namun tandukan Indra Putra Mahayuddin ke dalam jaring dibatalkan kerana berada dalam kedudukan offside.

Pada minit ke-29, Norfarhan meletakkan Sang Kijang selesa dengan dua gol apabila sepakan kencang dari luar kotak penalti terus menerjah jaring.

Terengganu hampir merapatkan jurang pada pertengahan babak pertama selepas Ismail Faruqi yang tidak dikawal melepaskan satu rembatan kencang dari jarak 30 meter namun palang gol menjadi penghalang.

Begitu juga dengan rembatan Norfarhan dari jarak dekat turut terkena palang untuk menutup separuh masa pertama dengan Kelantan mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, Sang Kijang mengganas dengan jaringan ketiga setelah Norfarhan bijak memanfaatkan bola muntah Sharmiza pada minit ke-47.

Jaringan tersebut nyata mematahkan semangat Terengganu untuk melawan seterusnya membuka beberapa lagi peluang kepada tuan rumah untuk melakukan asakan.

Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat dengan jaringan keempat pada minit ke-76 setelah lintangan yang dilakukan oleh Obinna Nwaneri gagal dibaca dengan baik Sharmiza memudahkan ketua pasukan Kelantan menanduk masuk dari jarak dekat.

Terengganu yang sekali sekala melancarkan serangan akhirnya berjaya membolosi gawang Sang Kijang apabila Hasmizan yang tidak dikawal dalam kotak penalti menanduk masuk hantaran daripada Shukor Jusoh pada minit ke-78.

Tuan rumah bagaimanapun meneruskan pesta gol pada minit ke-81 apabila Badri Radzi bijak menyepak masuk ke gawang terbuka luas menewaskan penjaga gol Terengganu buat kali kelima.

Indra Putra Mahayuddin melengkapkan malam gemilang Kelantan pada minit ke-84 selepas melakukan sepakan kencang dari jarak dekat ke dalam gawang Terengganu setelah menerima hantaran Badri Radzi.

Dengan kemenangan yang diraih, The Red Warriors mengungguli carta kumpulan B dengan 11 mata selepas ATM yang turut memungut mata sama selepas seri 2-2 dengan Kedah terpaksa berpuas hati di tangga kedua kerana perbezaan gol. 

Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak.
Khairul Fahmi (Gk), Obinna Nwaneri, Nik Shahrul Azim, Shakir Shaari (Zairul Fitree Ishak), Norfarhan Mohamad (khairul Izuan Rosli), Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Badri Radzi (Kp), Mafri Balang dan MOhd Afiq (Norshahrul Idlan Talaha).

Terengganu : Peter Butler
Mohd Sharmizal (Gk) (Mohd Saifuddin), Erison Da Silva, Ismail Faruqi, Abdul Manaf Mamat, Joseph Kalang Tie, Abdul Hadi Yahya, Marlizam Ahmad, Zubir Azmi, Ahmad Nordin, Shukur Jusoh (Mohd Fakhrurazi) dan Mohd Faizal (Kp) (Hasmizan).

Khamis, 13 September 2012

Detik Penentu The Red Warriors.

Kelantan menghadapi laluan sukar untuk melepaskan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia apabila turun melayan kunjungan musuh tradisi, Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.


Pada perlawanan pertama sebelum ini, Terengganu bermain cemerlang untuk menundukkan Sang Kijang dengan 2-0 di laman mereka namun gagal meneruskan rentak sehinggan tersingkir dari kejohanan.

Bagaimanapun, kehadiran mereka kali ini sudah tentu dengan hajat besar untuk mengecewakan Kelantan dari turut layak ke pusingan kalah mati.

Menurut jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, mereka tidak boleh memandang rendah akan keupayaan pemain Terengganu biarpun pelbagai masalah melanda skuad kendalian Butler tersebut.

Dalam bola sepak, selagi 90 minit masa perlawanan tidak tamat, peluang kedua-dua pasukan yang turun adalah seimbang dan jika diambil mudah, pasti berlaku keputusan sebaliknya dari yang diharapkan.

Oleh itu, perlawanan malam esok menjadi detik penentu kepada semua pemain agar beraksi baik seterusnya melepaskan diri ke pusingan seterusnya.



sumber :redsfc news

Rabu, 12 September 2012

Piala AFC: Kelantan Gagal Daftar Dua Import

                     
                             Keita Mandjou gagal didaftarkan menjelang suku akhir 
                             menentang kelab Iraq, Arbil FC pada 18 September ini.



KOTA BHARU – Kelantan selaku wakil tunggal negara pada Piala Konfederasi Bola Asia (AFC) dirundung malang apabila gagal mendaftarkan dua tonggak import baru mereka, Mijo Dadic dan menjelang suku akhir menentang kelab Iraq, Arbil FC pada 18 September ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, masalah tersebut berlaku apabila kedua-dua pemain terbabit gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Menurut beliau, kedua-dua pemain itu juga gagal mendapat pengesahan daripada Transfer Matching System (TMS).
“Keadaan bertambah rumit apabila TMS yang diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hanya dua kali setahun iaitu pada November dan April.
“Perkara tersebut sama sekali tidak selari dengan tempoh pendaftaran baru sebagaimana diperuntukan di bawah peraturan AFC,” katanya di sini semalam.
Juara Liga Super 2012 itu memutuskan untuk mengambil dua pemain tersebut bagi memperkuatkan cabaran mengharungi saingan suku akhir Piala AFC.
Kemasukan dua tonggak tersebut memberikan lebih banyak peluang kepada pengendali The Red Warriors, Bojan Hodak menyediakan ramuan terbaik dalam mengharungi saingan tersebut.
Annuar memberitahu, masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya FAM dan AFC mencapai kata sepakat berhubung perkara tersebut.
“Apa yang berlaku kita hanya tahu layak ke pusingan suku akhir pada bulan Jun. TMS pusingan kedua untuk Malaysia dibuka pada bulan April.
“Peraturan AFC, apabila kita layak ke pusingan suku akhir dibenarkan membuat pendaftaran pemain baharu. Jadi, bila kita hendak gunakan kelebihan tersebut, ia telah ditutup,” ujarnya.

Isnin, 10 September 2012

AFC : Hanya 20 Pemain Ke Arbil.

The Red Warriors akan membawa 20 pemain sahaja untuk perlawanan suku akhir pertama Piala AFC menentang Arbil SC di Stadium Franso Hariri, 18 September nanti.


Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kepada RedsfcNews, pihak pengurusan terpaksa mengambil risiko itu kerana kehilangan beberapa tonggak utama akibat masalah kecederaan dan pengantungan perlawanan.

Tambahnya, KAFA juga tidak dapat menggunakan khidmat Keita Mandjou serta Mijo Dadic kerana masalah teknikal selain status tidak jelas berkaitan rayuan kepada pihak AFC dan FIFA.

Ghaddar juga kemungkinan tidak akan dibawa setelah mengalami kecederaan pangkal paha pada saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

Bagi mengatasi masalah itu, KAFA terpaksa memanggil kembali dua import yang disisihkan sebelum ini iaitu Danny Antwi serta Emmanuel Okinne untuk memperkuatkan pasukan selepas seorang lagi pemain, Obinna Nwaneri turut digantung satu perlawanan.

Bagaimanapun, sedikit kelegaan kerana kesemua pemain utama termasuk pemain pinjaman yang didaftarkan pada saingan suku akhir nanti sudah bersiap sedia untuk turun perlawanan tersebut.

Rizal Fahmi Rosid Kembali Perkuatkan The Red Warriors.

Pertahanan Kelantan dan skuad Kebangsaan, Rizal Fahmi Rosid kembali memperkuatkan pasukan selepas tersisih beberapa minggu akibat kecederaan.


Dia yang diturunkan pada perlawanan persahabatan di Kota Bharu, malam tadi bukan sahaja bermain selama 80 minit malah diberi penghormatan selaku ketua pasukan.

Pada perlawanan dengan Brunei, Rizal dilihat masih tercari-cari rentak untuk serasi dengan rakan sepasukan yang lain selepas hanya turun berlatih beberapa hari sebelum diturunkan.

Bagaimanapun, dia tetap disenaraikan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk dibawa ke Arbil bagi saingan suku akhir Piala AFC.

Dijangka Rizal akan memainkan peranan penting pada pertemuan tersebut kerana The Red Warriors kehilangan ramai pemain tonggak akibat kecederaan dan pengantungan perlawanan.

Brunei Puji Corak Permainan Kelantan

Pemain Piala AFF Brunei memuji persembahan The Red Warriors selepas keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Pemain Kelantan sangat bagus biarpun mereka menurunkan pemain simpanan pada perlawanan itu.

Kami berusaha keras untuk menyerap asakan dan bersyukur kerana berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan seri.

Sementara itu, beberapa pemain Brunei turut melahirkan perasaan teruja kerana dapat beraksi di arena keramat Sang Kijang.


Mereka jelas gembira kerana dapat beraksi di Kota Bharu selepas hanya mendapat khabar tentang pasukan ini dalam laporan media sahaja.


Kami beraksi dengan pasukan juara Liga Malaysia dan sudah tentu ini satu pengalaman menarik untuk kami praktikkan dalam saingan Piala AFF nanti.

Pada perlawanan persahabatan semalam, Kelantan dan Brunei mencatatkan keputusan seri 1-1 hasil jaringan Danny Antwi pada minit ke-21 sebelum disamakan oleh Mohd Azri Zahari pada minit ke-28.

sumber:redsfc news

Sabtu, 8 September 2012

Antwi, Okinne Dipanggil Kembali.

Dua pemain import yang tersisih sebelum ini kembali dipanggil menjalani latihan sempena saingan suku Akhir Piala AFC.


Menurut sumber , kedua-dua pemain tersebut iaitu Danny Antwi dan Emmanuel Okinne terpaksa dipanggil pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) setelah pendaftaran Keita Mandjou serta Mijo Dadic menghadapi masalah.

Anwti dan Okinne akan dipersiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan sama ada berjaya atau tidak rayuan KAFA kepada AFC dan FIFA untuk menyelesaikan masalah Keita serta Mijo.

Jika gagal, Antwi dan Okinne akan didaftarkan dan bermain pada aksi melawan Arbil SC pada 18 dan 25 September nanti.

Setakat ini, kedua-dua pemain tersebut sudah turun sesi latihan bersama rakan sepasukan lain dan akan turun pada pertemuan persahabatan melawan skuad AFF Brunei di Kota Bharu, malam esok.

Rabu, 5 September 2012

Piala Malaysia 2012 : Kelantan Terikat Dengan Kedah.

Kelantan gagal mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia lebih awal apabila sekadar terikat tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam tadi.


Beraksi di gelanggang lawan, Sang Kijang bagaimanapun tidak banyak melakukan asakan ke kubu Kedah kecuali satu percubaan libas Indra Putra Mahayuddin yang tepat kepada penjaga gol pada minit ke-7.

Pada minit ke-10, kubu mereka pula diancam melalui percubaan Khyril Muhaimeen yang menerima hantaran lintang dari Sabree Abu namun penyerang Kedah itu gagal menyempurnakan peluang biarpun Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas.

The Red Warriors cuba bangkit dengan melancarkan serangan melalui Norshahrul Idlan Talaha dan Afiq Azmi sambil dibantu Indra Putra tetapi benteng tuan rumah ternyata ampuh untuk dibolosi.

Malah Kedah hampir melakar jaringan selepas sepakan percuma Badrol Bakhtiar pada minit ke-39 tertampan kaki Aslam Najmudeen sebelum melambung terkena tiang dan disepak keluar Obinna Nwaneri.

Bersambung babak kedua, Kedah mengandakan asakan bagi mencari jaringan namun kesemua peluang gagal diterjemahkan.

Peluang terbaik yang dimiliki Vedran Gerc selepas berjaya melepaskan diri dari perangkap offside pada minit ke-66 turut diselamatkan Khairul Fahmi.

Kelantan yang sekali sekala melakukan serangan hampa apabila sepakan sudut yang dilakukan oleh Mohd Badri Radzi hanya menyinggahi palang seterusnya dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh pertahanan Kedah.

Hantaran lintang Nurul Azwan Roya pada penghujung babak pula berjaya diselamatkan penjaga gol tuan rumah walaupun Norfarhan Mohamad sempat memberikan cabaran.

Tambahan masa yang diberikan gagal digunakan oleh Sang Kijang dan Kenari untuk menjaringkan gol untuk keputusan seri 0-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan B di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Shah, ATM berjaya menewaskan pasukan bermasalah, Terengganu dengan jaringan 2-0.

Dengan kemenangan tersebut, ATM sah ke suku akhir setelah memungut 10 mata manakala Terengganu gagal menepati ramalan dengan tersingkir setelah hanya mampu memungut tiga mata dari lima perlawanan.

Selasa, 4 September 2012

Amir Taj Mahu Sertai TRW?

Pemain pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM FA), Amirizwan Taj Tajuddin dilaporkan berminat untuk menyertai The Red Warriors bagi saingan Liga Malaysia 2013.


Menurut desas desus dari laman sosial Facebook, pemain yang pernah beraksi bersama UiTM selama tiga tahun sebelum menyertai ATM ada menyatakan kepada para penyokong untuk menyertai Kelantan musim depan.

Berdasarkan laporan itu juga, Amirrizwan yang beraksi selaku pertahanan tengah selain menjadi tonggak ATM sehingga muncul juara Liga Perdana telah menyatakan satu minat untuk membantu Sang Kijang meneruskan kuasa besar Liga Super.

RedsfcNews cuba mendapatkan respon beberapa sumber Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan daripada maklumat yang disampai menyatakan nama pemain ini ada dalam radar.

Sekarang bergantung pada persetujuan ketua jurulatih ARMY Warriors, B. Sathianathan dengan Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sama ada sanggup untuk melepaskan pemain ini menyertai Kelantan pada musim depan.


sumber; redsfc news

Menang Dengan ATM, KAFA Bayar Bonus Lebih RM100k.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) membayar lebih RM100 Ribu kepada pemain sebagai bonus menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malam kelmarin.


Menurut Penasihat, Tan Sri Annuar Musa, pihak KAFA begitu menghargai jasa pemain sehingga mencatatkan kemenangan biarpun pada satu ketika sedang ketinggalan.

Kita harap ia akan membakar semangat pemain seterusnya mencatatkan kemenangan keatas Kedah dan pada perlawanan seterusnya Piala Malaysia dan AFC.

Setakat ini sudah hampir RM1.3 Juta diberikan kepada pemain sebagai bonus dan jika pemain berjaya mencipta "treble", kita akan akan sediakan hadiah bonanza kepada semua pemain dan pihak pengurusan pasukan Kelantan, jelasnya.

Ahad, 2 September 2012

Pemain Tunjuk Karekter Pejuang dan Pantang Kalah - TSAM.

The Red Warriors membuktikan status mereka selaku pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan Piala Malaysia apabila membenam cabaran ATM di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, pemain menunjukkan satu karekter pejuang apabila bangkit dari ketinggalan sebelum menang dengan jaringan 4-3.

ATM mempamerkan satu persembahan baik apabila dua kali menyamakan kedudukan sebelum memintas kita pada saat akhir babak pertama.

Namun, pemain Kelantan bangkit dan tidak menyerah kalah seterusnya berhasil untuk memungut tiga mata penuh, jelas Annuar.

Inilah semangat yang kita mahukan sementelah pula perlawanan yang akan dilalui selepas ini dilihat terus sukar dan tiada jalan mudah untuk mencipta kejayaan.

Kita akan terapkan setiap perlawanan adalah seperti perlawanan akhir dan berharap para pemain dapat mempamerkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi.

Justeru itu, saya harap kita akan menang dan mengesahkan tempat ke suku akhir ketika bertandang ke Alor Setar pada Selasa ini.

Norshahrul Akhiri Kemarau Gol.

Gol pertama Norshahrul Idlan Talaha dalam tempoh empat bulan membantu The Red Warriors menewaskan ATM 4-3 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Satu gelecekan menarik keatas dua pemain didepan gawang sebelum melepaskan satu penyudah tepat ke sebelah kiri pada minit ke-29 sudah cukup untuk pemain ini mengakhiri kemarau gol.

Sebelum ini, Norshahrul ada merayu kepada para peminat memberikan dia peluang untuk melakukan jaringan selepas kembali dari masalah kecederaan.

Dia membuktikan rayuan itu berbaloi apabila akhirnya berjaya dengan jaringan yang begitu dinantikan sejak sekian lama.

Tidak keterlaluan pemain ini turut wajar dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan kerana selain jaringan cantik, Norshahrul turut melakukan satu hantaran yang mencetus gol penyamaan Kelantan pada minit ke-75



sumber:redsfc news

Piala Malaysia 2012 : Kelantan Bangkit Benam ATM.

Ketinggal satu jaringan tidak mematahkan The Red Warriors untuk bangkit menewaskan pendahulu kumpulan B, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-3 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Beraksi di kandang sendiri, Kelantan tidak diberi laluan mudah sehinggalah jaringan kemenangan dilakar Nurul Azwan Roya pada minit-minit akhir perlawanan.

Pada permulaan babak pertama, Sang Kijang menguasai perlawanan dengan mengatur pelbagai serangan melalui rangkaian Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra dan Norfarhan.

Usaha keras mereka berhasil pada minit ke-8 apabila hantaran lintang Indra Putra gagal dikeluarkan pertahanan ATM untuk memberikan Norfarhan satu sepakan yang disambung masuk oleh Afiq Azmi.

Jaringan pertama tuan rumah tidak mudah mematahkan semangat ATM untuk sama rancak melakukan serangan kearah kubu Kelantan.

Mereka banyak mencuba tetapi kesemua peluang yang dicipta gagal menembusi gawang kawalan Khairul Fahmi Che Mat.


Sehinggalah kesilapan barisan pertahanan Sang Kijang pada minit ke-26, Bruno Martelotto melepasi kawalan tiga pemain sebelum melakukan satu hantaran pendek untuk dijaringkan Marlon Alex James.


Hanya berselang tiga minit, Kelantan didepan sekali lagi apabila Norshahrul Idlan Talaha yang menerima hantaran dari sebelah kanan menggelecek dua pemain lawan sebelum melepaskan satu rembatan kencang menewaskan Farizal Harun buat kali kedua.

Bagaimanapun, Marlon terus menghukum kelalaian benteng tuan rumah dengan jaringan dari jarak dekat setelah menerima hantaran yang dilakukan oleh Bruno Martelotto pada minit ke-35.

Ketika perlawanan separuh masa hampir berakhir, Hairudin Omar yang menerima hantaran jauh Aidil Zafuan Razak bijak memperdayakan Obinna dan Khairul Fahmi untuk gol ketiga kepada ATM.

Bersambung babak kedua, ATM terus bernafsu melakukan serangan bertubi-tubi kearah pintu gol Kelantan tetapi gagal menemui sasaran.

Bermula dengan sepakan percuma Irwan Fadzli diselamatkan Khairul Fahmi, Marlon turut hampa apabila tandukan didepan pintu gol turut ditepis keluar penjaga gol Kelantan tersebut.

Menyedari perlu mencari gol penyamaan, Kelantan mengatur satu serangan balas dan hampir menjaringkan gol tetapi Farizal Harun lebih bersedia menepis sepakan Norfarhan hasil hantaran sepakan percuma Badri Radzi pada minit ke-57.


Selang empat minit kemudian, Afiq Azmi kecewa apabila sepakan lencong ketika berhadapan dengan Farizal melambung tinggi.


Percubaan deras Shakir Shaari dari luar kotak penalti pada minit ke-68 juga ditangkap kemas penjaga gol ATM.

Dua minit selepas itu, Indra yang melarikan bola dari sebelah kiri menyaksikan sepakan deras melewati palang gol.

Asakan bertali arus akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-75 apabila satu hantaran lintang yang dilakukan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditanduk masuk Norfarhan Mohamad.

Gerakan solo Mohd Badri Radzi dari kawasan tengah pada minit ke-76 pula melencong keluar biarpun Farizal sudah tertewas.

Bagi menambah sengat, Nurul Azwan dimasukkan bagi mengantikan Afiq Azmi.

Dia tidak menunggu lama untuk mencipta impak apabila gerakan yang diatur pemain ini bersama pemain lain berjaya mengucar kacirkan pertahanan pelawat.

Pada minit ke-85, stadium akhirnya bergema dengan sorakan gol para penyokong apabila Nurul Azwan Roya menghukum kegagalan pertahanan ATM mengeluarkan bola dari kawasan mereka dengan satu rembatan separa libas untuk menewaskan Farizal Harun buat kali keempat.

ATM yang tertekan dengan jaringan pendahulan Kelantan cuba mengatur beberapa serangan tetapi kesemua peluang yang diperoleh termasuk tandukan Hairudin Omar dari jarak dekat pada minit-minit akhir tidak menepati sasaran untuk membolehkan Sang Kijang memungut tiga mata penuh.

Kesebelasan Utama

Kelantan : Bojan Hodak
Khairul Fahmi (PG), Obinna Nwaneri, S. Subramaniam (Aslam Najmudeen), Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree (Nik Shahrul Azim), Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Indra Putra, Norfarhan Mohamad, Afiq Azmi (Nurul Azwan) dan Norshahrul Idlan.

ATM : B. Sathianathan
Farizal Harun (Pg), Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Marlon Alex, Bruno Martelotto, Azmi Muslim, Fitri Omar, Christie Jayaseelan, Hairudin Omar (Kp), Irwan Fadzli dan Rezal Zambery Yahya.

Catatan Popular