Tan Sri Annuar Musa dan Kelantan Terus Dikagumi | ||
|
Setelah 5 hari berpuasa, resipi makanan lauk-pauk dan kuih-muih Kelantan masih menjadi pilihan waktu berbuka puasa penyokong setia gomo Kelate gomo. Jari-jemari penulis pula sentiasa ingin memastikan isu dan artikel dapat dikongsi bersama penyokong Kelantan yang sentiasa dahagakan informasi pasukan kesayangan mereka di bulan puasa ini, biarpun jari-jemari penulis masih terbau-bau sambal belacan yang dicicah dengan ayam kampung sahur tadi, Alhamdullilah papan kekunci ini berjaya dipetik dengan semangat kenegerian yang jitu dihati untuk seluruh penyokong Kelantan. Dalam mencari idea dan bahan untuk artikel, penulis sempat membaca komen-komen penyokong luar Kelantan yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan Tan Sri Annuar yang sentiasa turun ke padang menyaksikan aksi anak-anak buahnya berbanding presiden mereka yang jarang turun ke stadium. Selain berharap penyokong mereka memeriahkan stadium sepertimana semangat kesukanan dan kenegerian yang ditunjukkan penyokong Kelantan. Antara komen yang dipetik
Kekaguman penyokong lain kepada pasukan Kelantan sememang sudah lama didengari kerana KAFA dibawah pimpinan Tan Sri Annuar berjaya mencipta pembaharuan bolasepak di Malaysia. Malah pihak TRWC sendiri sudah menerima jemputan daripada pasukan bolasepak lain untuk menjadi perunding dalam mengendalikan portal bolasepak negeri mereka. Penyokong Kelantan seharusnya dinobatkan "PENYOKONG FANATIK TERBAIK DI MALAYSIA" dan kita perlu berbangga disamping terus menjaga imej penyokong yang mula berjaya diubah pada musim ini. Patuhilah segala larangan yang sentiasa dikeluarkan KAFA. KAFA dengan kerjasama TRWC serta Kelab penyokong akan sentiasa mempromosi memastikan sikap dan tingkah laku penyokong Kelantan lebih baik. Suasana hari raya ketika perlawanan september nanti, KAFA dengan kerjasama polis dan pihak keselamatan tidak akan berkompromi dengan pengunjung yang membawa mercun ke stadium di Kota Bharu serta berharap penyokong di lembah Klang mematuhi larangan sepertimana yang dikenakan penyokong di Kota Bharu bagi perlawanan di luar Kota Bharu. Hormatilah penyokong Kelantan yang datang berkeluarga dan orang kurang upaya serta lemah jantung, mereka ini pun ingin menyokong pasukan kesayangan mereka.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan