KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 16 Ogos 2010

Isu Pemain Import Dan Tempatan: Biar KAFA Yang Tentukan

emel

Sebaik sahaja berita dan pendedahan mengenai persiapan pasukan Kelantan andai FAM membenarkan kehadiran pemain import serta plan musim hadapan pasukan Kelantan, Pengurus Koprat TRW Malaysia yang diberi amanah oleh YB Presiden selaku antara jawatankuasa mengenal pasti dan pencarian pemain Kelantan berkata beliau tidak putus-putus diajukan persoalan samada menerusi telefon,sms,email serta FB berkenaan dengan isu tersebut.


Untuk itu beliau telah tampil untuk memberikan penjelasan ketika ditemui penulis malam semalam. Menurut beliau persiapan ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh setiap pasukan sebaik liga telahpun kepenghujung dan ketika ini kesemua pasukan yang layak beraksi di Piala Malaysia juga sibuk mempersiapkan diri dengan pasukan masing-masing termasuk urusan peminjaman pemain. Juara bertahan Negeri Sembilan misalnya, dikhabarkan meminjam pemain-pemain dari pasukan POS Malaysia untuk kempen Piala Malaysia musim ini dengan Hairuddin Omar dijadikan pemain pinjaman mereka musim lepas. Cuma untuk musim depan, dengan ura-ura FAM akan membenarkan semula kemasukkan pemain import (andai terjadi), maka Kelantan turut membuat persiapan awal bagi mengintai pemain-pemain import yang berkualiti dan terbaik sahaja dibawa masuk ke dalam pasukan terbaik ini.

Menurut En. Izuan lagi, "saya sebenarnya sudah lama terlibat dalam urusan rekrut dan melakukan research untuk pemain-pemain pasukan Kelantan semenjak musim pertama Kelantan di bawah pentadbiran YB Tn Sri lagi, pemain-pemain seperti Andrew Amokura, Jack Martin, Mohamadow Mustapha dan lain-lain pada ketika itu saya telahpun diminta oleh bekas Presiden KAFA YB Dato Jazlan dan YB Tn Sri Presiden sendiri untuk melakukan research dan berhubung dengan agen mereka, Mr Joe Brick selain berhubung dengan bekas pemain import Kelantan dari Argentina, Mr Luiz Puzuto.


Dengan topik panas siapa yang bakal menyarung jersi Kelantan musim hadapan dan siapa yang bakal digugurkan,para penyokong tidak kira di alam siber ataupun cakap-cakap di kedai kopi agar jangan membiarkan ianya menganggu gugat persiapan pasukan kita yang bakal menghadapi kancah Piala Malaysia tidak berapa lama sahaja lagi. Usah biar keyakinan dan konsentrasi pemain-pemain kita terganggu,biarlah sekurang-kurangnya sehingga kempen Piala Malaysia tamat nanti.Kita biarkan pihak pengurusan yang melakukan kerja dan menentukannya,menurut EN Izuan mengakhiri perbualan. Cuma katanya lagi, apa yang saya dapat katakan disini, InsyAllah skuad tahun hadapan adalah skuad yang mampu mengenggam Piala Liga Super, kerana untuk aksi liga bukan sahaja kesebelasan terbaik yang diperlukan,tetapi skuad besar yang terbaik.

Seorang pemain kesebelasan mengalami kecederaan ataupun digantung perlawanan, maka pegantinya juga adalah setanding ataupun sehebat pemain tersebut. Cukuplah sekadar saya mengatakan bakal ada kehadiran pemain-pemain tempatan terbaik selain daripada pemain-pemain import yang diharapkan.

Kami juga merayu semua pihak tidak menyerang individu pemain dengan ayat-ayat yang tidak enak dibaca, fahami hati dan perasaan pemain terbabit sekiranya mereka terbaca atau terdengar perkataan ini untuk menghadapi piala Malaysia ini. Cukuplah sekadar kami ingin jelaskan disini masih belum ada senarai pemain yang akan dikeluarkan dan apa yang dirancang hanya memilih pemain akan datang sahaja.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular