KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Perlawanan Persahabatan Pertama!


KENALI PASUKAN UITM


UiTM juara Liga IPT


PASUKAN UiTM meraikan kemenangan mereka selaku juara sulung Kejohanan Liga Bola Sepak IPT 2010, baru-baru ini.

PASUKAN UiTM meraikan kemenangan mereka selaku juara sulung Kejohanan Liga Bola Sepak IPT 2010, baru-baru ini.

Pemenang edisi pertama, raih wang tunai RM30,000

PASUKAN Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam muncul juara edisi pertama Liga Bola Sepak IPT 2010 selepas membenam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium UiTM, Shah Alam, Ahad lalu.

UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta piala pusingan Menteri Pengajian Tinggi, manakala UKM menerima RM15,000 dan Politeknik Kota Bharu (PKB) di tempat ketiga menerima RM10,000. Dalam pada itu, ketua pasukan UiTM, Fahrul Razi Kamaruddin terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan . Penyerang pasukan PKB, Muhamad Faizuddin Manjur Ahmad muncul penjaring terbanyak dengan jaringan sebanyak 17 gol, masing-masing menerima piala dan wang tunai RM500.

Semua hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman. Turut hadir Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) , Prof Dr Saharuddin Abd Azizi dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.

Kejohanan yang bermula sejak 25 Februari lalu menyaksikan pasukan dari 20 universiti, 12 Politeknik, 13 Kolej Komuniti dan institut pengajian tinggi (IPT) swasta mengambil bahagian dalam liga yang dianggap terbesar pernah dianjurkan MASUM.

Setiap pasukan dibahagikan kepada lapan zon merangkumi Zon Utara, Zon Tengah 1, Zon Tengah 2, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Borneo 1, Zon Borneo 2 dan Zon IPTS menggunakan format liga.
Sepanjang perlawanan berlangsung menyaksikan banyak kejutan berlaku apabila pasukan pilihan tewas kepada pasukan tidak ternama termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia serta penguasaan pasukan politeknik dan kolej komuniti dalam kejohanan berkenaan.

Karnival pusingan kedua bermula 17 Julai lepas membabitkan 16 pasukan yang menjadi johan dan naib johan kumpulan lapan zon berlangsung selama seminggu di beberapa lokasi universiti di Lembah Klang.

UiTM dan UKM yang sekadar naib johan dalam kumpulan zon masing-masing tidak menjadi pasukan pilihan pada mulanya, namun mengejutkan banyak pihak apabila berjaya menjuarai perlawanan peringkat kumpulan.

Pasukan UiTM yang turut dibarisi pemain yang beraksi dalam pasukan Harimau Muda mencipta kemenangan ketika menentang Kolej Komuniti Bandar Darulaman (4-1), Kolej Komuniti Grik (1-0) dan Universiti Malaya (2-0). UKM pula menang bergaya dalam pertemuan dengan Universiti Multimedia (7-0), Kolej Yayasan Sabah (6-0) dan seri 0-0 bertemu Kolej Komuniti Kepala Batas.

Pada peringkat separuh akhir, UiTM menumpaskan PKB 1-0, manakala UKM mengalahkan UiTM Sarawak 4-0 bagi membolehkan mereka bertemu pada perlawanan akhir. PKB mengalahkan UiTM Sarawak melalui penentuan penalti 3-1 selepas masing-masing seri 2-2 untuk tempat ketiga. Kemenangan itu membolehkan UiTM beraksi pada Liga FAM musim depan.


'Tidak pandang rendah lawan, fokus jadi formula kemenangan'

KETUA jurulatih pasukan UiTM, Omar Ali, berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sehingga mampu muncul juara pertama Liga IPT tahun ini.

”Pemain menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan, saya juga sering mengingatkan mereka supaya tidak memandang rendah keupayaan pihak lawan dan menghormati mereka dengan mengambil serius dalam setiap perlawanan.

”Kemenangan ini turut membuktikan perlantikan UiTM sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Bola Sepak adalah tepat dan mampu meningkatkan lagi tahap bola sepak ke peringkat yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan UiTM, Fahrul Razi Kamaruddin, 24, berkata dia berasa gembira atas kemenangan itu dan tidak menyangka akan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan kerana ramai pemain lain juga layak mendapat anugerah berkenaan.

”Anugerah ini saya tujukan kepada semua rakan pasukan yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perlawanan dan sebagai persediaan untuk mengharungi saingan Liga FAM musim depan.

”Kami tidak menyasarkan sebarang tempat (Liga FAM) kerana anggap ia lebih untuk mendapatkan pendedahan buat pasukan namun akan tetap memberikan saingan kepada pasukan lain,” katanya.


Juara : UiTM
Naib juara : UKM
Tempat ketiga : PKB
Pemain terbaik : Fahrul Razi Kamaruddin (UiTM)
Penjaring terbanyak : Muhamad Faizuddin Manjur Ahmad (PKB)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular