KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Mampukah Sang Kijang?

emel
Mampukah Kelantan menggapai impian untuk muncul juara Piala Malaysia 2010 setelah gagal menjulang piala tersebut dalam beberapa perlawanan akhir sebelum ini. Itulah persoalan yang membenak di minda setiap peminat Th Red Warriors ketika ini.
Dari zaman kegemilangan Dali Omar sehinggalah kepada zaman Badri Radzi dan rakan-rakan, Sang Kijang hanya mampu berpuas hati di tempat naib johan apabila tunduk dalam perlawanan terakhir.
Untuk rekod, sepanjang sejarah Piala Malaysia bermula dari tahun 1921, Kelantan tidak pernah mengecap nikmat kejuaraan kecuali hanya layak ke final tiga kali.
Kelantan layak kali pertama ke perlawanan akhir pada tahun 1955 sebelum tewas 1-3 kepada Singapura di Padang Jalan Rifle Range.
Selepas itu, Kelantan dapat melayakkan diri ke perlawanan akhir pada tahun 1970 dan menjadi pasukan pantai timur pertama berada dalam suasana final sebelum tewas 0-2 kepada Perak.
Tiga puluh sembilan tahun kemudian, Kelantan layak sekali lagi ke perlawanan akhir setelah mempamerkan aksi cemerlang walaupun menghadapi musibah akibat peletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler. B. Sathianathan yang ditugaskan mengambil alih kerusi panas tersebut mencipta pencapaian baik sebelum tumpas mengejut kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir.
Persoalan kini, adakah 2010 akan merungkaikan impian sekian lama peminat untuk menyaksikan sendiri barisan serba baru Kelantan membawa pulang piala paling berprestij ke bumi Cik Siti Wan Kembang.
Kelantan dianggotai beberapa pemain dan bekas pemain Kebangsaan telah menonjolkan aksi memikat dalam Liga Super malah mencipta rekod tidak tewas di gelanggang lawan sepanjang saingan liga.
Pencapaian semasa yang ditunjukkan skuad Kelantan mungkin menjamin satu tempat untuk mereka di perlawanan akhir tahun ini di Stadium Shah Alam tetapi itupun jika mereka mampu melepasi cabaran pada peringkat kumpulan.
Selepas itu, Kelantan akan menghadapi laluan getir di pusingan suku akhir bertemu johan atau naib johan dari kumpulan D.
Bagi peminat, mereka mengharapkan satu piala dapat digenggam sewaktu ini selepas hampa pada saingan Piala FA awal tahun tempoh hari.
Berbaloi dengan masa, kewangan dan sokongan yang diberikan andai pemain dan pengurusan Kelantan dapat memberikan satu kejuaraan yang ditunggu sekian lama.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular