KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 3 Ogos 2010

Puas Hati dengan Pencapaian B. Sathianathan.

emel



Kawe puah hati denge pencapaian yang dibawa B. Sathianathan kepado Red Worriors. Hebat-hebat Butler pun dokleh staro ni. Suko weii loo kelis Kije kita koho ganah.

Itulah kata-kata dari sebilangan penyokong Sang Kijang setelah menyaksikan sendiri ketua jurulatih tersebut membawa dua kejayaan kepada pasukan Kelantan dalam Piala Malaysia dan Liga Super.

Biarpun menamatkan saingan di kedudukan kedua, kemampuan Sathianathan menyerap tekanan seterusnya membawa Kelantan ke puncak sehingga digeruni pasukan lawan wajar diberi pujian.

Beliau hadir atas jemputan Tan Sri Annuar Musa, tidak diberi kontrak tetap malah menerima pelbagai kutukan dan kata cemuhan di awal pembabitan bersama pasukan Kelantan.

Namun kini, beliau dapat menarik nafas lega setelah dapat membalas balik segala kritikan tersebut dengan mencipta pelbagai kejutan dalam masa yang sangat singkat.

Membina skuad dengan hampir 60 peratus pemain baru bukan satu tugas mudah kerana untuk menubuhkan pasukan mantap yang dapat memberi saingan kepada pasukan lain memerlukan banyak tahun.

Lihat pada Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan, mereka mempunyai sebilangan anak muda yang dididik, diasuh dibawah satu pasukan bertujuan untuk mengaut kejayaan dalam masa jangka panjang.

Tetapi Kelantan yang dilabel mantan timbalan FAM selaku pasukan segera membuktikan sebaliknya kerana tiga tahun terakhir ini, mereka tangkas mencipta nama di persada bola sepak tanah air.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diberikan kepada B. Sathianathan kerana berjaya mengubah nasib Kelantan dari pasukan tidak berdaya saing kepada pasukan paling digeruni, paling kebal dan paling konsisten dalam semua perlawanan.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular