LESEN
Selasa, 31 Ogos 2010
Semak Tempahan Tiket Anda | ||
|
Kini anda boleh membuat semakan bagi tempahan tiket anda dengan menekan dibahagian menu Semak Tempahan Tiket diatas. Pihak TRWC akan membuka balik tempahan sekiranya tempahan yang dibuat tidak disertakan dengan bayaran sebelum 3 September 2010. Sebarang pembayaran hendaklah diemailkan resit atau bukti pembayaran ke billing@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya . Jumlah tempahan terkini 85/100 Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Sambutan Jualan Tiket TRWC Luar Jangkaan | ||
|
1 Malaysia Menjana Transformasi | ||
|
Salam Ramadhan, Salam Merdeka untuk semua peminat The Red Warriors seluruh dunia. Merdeka! Merdeka! Merdeka! laungan yang penuh memori kesedihan, kejayaan dan kegemilangan lampau. Kini pengertiannya masih sama cuma hampir luntur dari hati nurani rakyat di Malaysia tetapi dihati peminat The Red Warriors sentiasa utuh meneraju semangat kenegerian dan semangat cintakan asal usul bangsa, budaya dan jati diri. Aku bangga menjadi rakyat Kelantan yang masih kekal dengan budaya dan jati diri. Aku masih cintakan bolasepak negeriku. Aku meriahkan dan penuhkan stadium yang melibatkan pasukan kesayanganku. Semangat dan cintaku pada pasukanku sepanjang zaman tanpa menghiraukan kekalahan, kemenangan mahupun seri. Merdeka bagiku kini bebaskan diriku dan bangsaku daripada terlalu mengagungkan idealisme dan material luar tanahairku. Aku minat liga eropah tetapi aku juga menyokong penuh liga bolasepak negaraku. Pedulikan orang negeri luar Kelantan memandang rendah kerana aku tahu jiwa rakyat negeriku sentiasa sebati jati dirinya dan kenal asal usulnya. Jiwaku bangga mengenggam kemas Jalur Gemilang dan bendera Kelantanku. Setiap sudut dan ruang yang disayangi akan ku pastikan terlekat logo negeriku. Jiwaku pada agamaku, Jiwaku pada makananku, jiwaku pada seniku, jiwaku pada bolasepak ku.............Aku akan pastikan bangsaku sentiasa kagum dan cinta pada sifat kenegeriannya...............Sehari ku melangkah, setahun kurindukan negeriku......AKAN KU PASTIKAN 1 THE RED WARRRIORS MENJANA TRANSFORMASI BOLASEPAK NEGARAKU...........SELAMAT HARI MERDEKA KE 53..... Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Kelantan Catat Kemenangan Selesa | ||
|
Isnin, 30 Ogos 2010
Sathia Tuntut Pemain Pamer Aksi Bertenaga
KOTA BHARU – Hanya 45 minit untuk menghapuskan aksi berkarat. Begitulah masa yang diperuntukkan oleh Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan kepada setiap pemainnya bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan berstatus kelab, UiTM FC di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.
“Ini merupakan perlawanan pertama untuk para pemain Kelantan setelah lebih daripada tiga minggu berehat panjang. Saya memahami pemain kita mungkin berdepan sedikit masalah menyesuaikan diri dengan situasi tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Saya mahu pemain berikan yang terbaik dengan masa yang diperuntukkan selama 45 minit itu. Semua pemain tetap diberi peluang untuk membuktikan kemampuan mereka dalam perlawanan itu.
“Setelah berehat panjang, tambahan pula kita baru memulakan latihan insentif kira-kira seminggu lalu, sudah pasti pergerakan fizikal mereka cukup terbatas, di samping faktor kepenatan mengharungi bulan puasa ini,” katanya.
Sathianathan berkata, perlawanan menentang pasukan pendatang baru dalam Liga FAM musim depan itu, penting baginya bagi menilai sejauh mana tahap prestasi semasa pasukan Kelantan bagi mengharungi cabaran dalam kempen Piala Malaysia tidak lama lagi.
“Kita tidak mempunyai banyak masa sebenarnya. Anda lihat kita mempunyai jangka masa yang panjang selama sebulan, hakikatnya itu tidak benar. Kita memulakan latihan pada 20 Ogos lalu dan selepas 7 September depan, saya tidak boleh berbuat apa-apa (mengadakan perlawanan persahabatan) memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Masuk hari kelima perayaan, tugas berat menanti kita melayan kunjungan juara Piala Malaysia musim lalu, Negeri Sembilan di Kota Bharu. Itu yang saya katakan kita tidak mempunyai banyak masa sebenarnya.
Sathianathan berkata, beliau membayangkan kesebelasan utama pemain yang akan turun menentang Negeri Sembilan itu dapat ditentukan ketika penilaian dibuat perlawanan persahabatan menentang T-Team di Kuala Terengganu pada 3 September nanti.
“Saya akan tentukan barisan bayangan pemain Kelantan (menentang Negeri Sembilan) pada perlawanan persahabatan menentang kelab dari Terengganu itu nanti. Bermula dari tarikh itu, kita boleh menyusun strategi dan taktikal berkesan memerangkap anak buah Wan Jamak Wan Hassan.
Sementara itu Penolong Setiauasaha Agung Kafa, Arif Hassan berkata, peminat bola sepak Kelantan dijemput hadir beramai-ramai hadir menyaksikan perlawanan persahabatan pada malam ini.
“Perlawanan persahabatan ini akan bermula jam 10.30 malam sejurus solat terawih berakhir. Semua peminat dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma,” katanya.
TRWC KLIA Konvoi & Berbuka Bersama Anak Yatim | ||
Sabtu, 28 Ogos 2010
Al-Fatihah kepada Allahyarham Isa Bakar | ||
Pihak kelatebola.blogspot.com dan seluruh penyokong bolasepak Kelantan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyraham Isa Bakar lagenda bolesepak negara dan bekas penyerang sensasi negara yang pernah bersama Mokhtar Dahari mengalahkan pasukan Arsenal 2-0 pada era kegemilangannya. Bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya dicucuri rahmat dan peroleh keampunan Illahi. Amin
Annuar tak kecil hati | ||
Anggap cabaran besar bangun bola sepak wanita Sambil mengakui jawatankuasa bola sepak wanita tiada tarikan ‘glamour’ dan menyedari tugas sukar menghidupkan Malaysia Super League Bhd (MSL) yang dilihat kian lesu, Annuar menerima tanggungjawab berat itu berdasarkan pengalamannya mengubah wajah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) daripada persatuan daif kepada model kejayaan sejak dua tahun lalu. “Saya mengakui jawatankuasa bola sepak wanita tidaklah glamour, tetapi suatu ketika dulu jawatan presiden bola sepak KAFA pun dilihat tidak glamour,” kata Annuar pada sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, bagi menjelaskan kedudukannya selepas pengumuman jawatankuasa FAM Isnin lalu. |
Exco FAM telus - Annuar | ||
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa menegaskan, sebarang pelantikan pengerusi jawatankuasa tetap kepadanya dan ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) lain dibuat mengikut semangat sepasukan, telus, terbuka dan atas dasar tanggungjawab bersama.
Katanya, keputusan pelantikan pada mesyuarat pertama Exco di Wisma FAM, Kelana Jaya, Isnin lalu, turut telah mengambil kira sebarang kemungkinan berlakunya pertindihan kepentingan apabila melibatkan pengerusi yang menyandang jawatan tinggi persatuan bola sepak negeri.
"Inilah satu kaedah pengagihan tugas yang dipersetujui semua dalam menyempurnakan peranan kami membantu Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
''Jawatan ini juga saya terima sebagai amanah dan tidak timbul soal glamor atau tidak, walaupun dengan mempengerusikan Jawatankuasa Bola Sepak Wanita.
"Pelantikan Datuk Hamidin Amin ke Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pula dibincang berulang kali. Masih ada kaedah tertentu atau jalan keluar bagi (kemungkinan pertindihan kepentingan), dengan pegawai itu perlu mengelak daripada terlibat membuat keputusan," katanya.
Annuar menjelaskan, mesyuarat Exco itu juga telah melantiknya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pasukan Senior Kebangsaan walaupun statut Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menetapkan bahawa pengerusinya mestilah Presiden persatuan kebangsaan.
"Selain saya dilantik ke jawatankuasa Liga Super Malaysia (MSL), Tuanku Presiden dan Exco juga bersetuju supaya Baginda hanya mempengerusikan jawatankuasa pasukan pelapis kebangsaan iaitu Bawah 23 Tahun, Harimau Muda A (Bawah 21) dan B (Bawah 19)," jelasnya.
Ditanya wawasannya dalam menaikkan semula MSL, kata Annuar: "Ia perlu dipakej semula sebagai produk yang boleh dipasarkan dan menarik minat penaja dan penonton, malah sehingga muncul antara liga terbaik Asia, sekali gus melahirkan jagoan benua ini yang mengambil alih penguasaan Jepun dan Korea Selatan.
"Namun, saya perlu menyusun langkah satu persatu dalam mengenal pasti ahli jawatankuasa ini. Kita tidak perlukan jumlah yang terlalu besar, tetapi cukup dengan membawa masuk orang yang tepat dan cukup arif dengan industri bola sepak dan berpengalaman."
Mengenai jawatankuasa bola sepak wanita, katanya, ada kemungkinan seorang pegawai baru wanita perlu dipilih menggantikannya, sebaik sahaja jawatankuasa undang-undang dan peraturan FAM menyelesaikan kajian meminda statut, disusuli mesyuarat luar biasa Kongres bagi menyempurnakan proses itu.
"Bagaimanapun buat masa ini, keanggotaan jawatankuasa ini dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu lagi, selepas saya mendengar pandangan pelbagai pihak yang terdiri daripada wakil pelbagai pihak dan mereka yang memegang kepentingannya.
"Saya akan cuba mengemukakan beberapa syor ke arah mencipta asas yang baik dan perancangan pembangunan bola sepak wanita yang berkesan.
''Saya menyedari pasukan kita sering menjadi belasahan lawan dalam Sukan SEA dan saya anggapnya satu cabaran untuk mengubahnya,'' katanya.
Sementara itu, Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, skuad Wira Merah akan kekal dengan pemain yang sedia ada, tanpa perlu bergantung kepada khidmat pemain pinjaman, bagi menghadapi musim Piala Malaysia yang bermula 14 September ini.
"Hanya enam pemain pelapis akan dinaikkan ke skuad utama dan berlatih bersama. Pemain cuma diberi cuti Aidilfitri selama dua hari, sebelum kembali bersedia menghadapi juara bertahan, Negeri Sembilan dalam perlawanan sulung," katanya.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... GoTempahan Tiket Kel VS NS9 Dibuka Sekarang | ||
|
Tempahan tiket perlawanan Kelantan VS Negeri Sembilan melalui TRWC dibuka sekarang. Kepada penyokong The Red Warriors yang berminat boleh mula membuat tempahan berserta bayaran dengan kadar segera kerana jumlah tiket terhad pada 100 keping sahaja. ** Sebelum membuat tempahan, pastikan anda baca dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
K Soley Sah Milik Kelantan | ||
|
Tepat jam 3.30 petang tadi, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan pada semua wartawan media yang berada dirumahnya bahawa K Soley sudah menandatangani kontrak bersama Kelantan untuk musim depan dan beliau juga menjelaskan kontrak K Soley bersama Perlis sudah pun tamat. Oleh itu, Kelantan dengan kemampuan yang ada telah mengambil langkah awal mengikat pemain yang diidamkan Ketua Jurulatih B. Sathianathan sejak musim lepas lagi. Sejak desas-desus penghijrahan K Soley disensasikan di internet, ramai penyokong Kelantan gembira dengan berita ini. Malah sudah ada yang mula menukarkan nama K Soley kepada K Soleh apabila bermain di Kelantan nanti sepertimana nama Sathianathan kini dikenali Abe Ya. Pemain ini pernah membantu Kedah menjuarai TM Piala FA 2007 setelah membantu Kedah menang dalam sepakan akhir penalti. K Soley juga pernah menjadi anak buah B Sathianathan ketika menyarung jersi skuad Malaysia dulu. Posisi "Midfielder" merupakan posisi Kegemaran K Soley. K Soley juga turut diintai pasukan Terengganu dan beberapa pasukan lain untuk aksinya musim depan, namun K Soley lebih selesa bersama bekas jurulatihnya B. Sathia selain teruja dengan sokongan peminat bolasepak Kelantan yang sentiasa meriah. K Soley sudah memulakan latihan bersama pemain Kelantan walaupun beliau tidak dapat beraksi dalam piala Malaysia ini kerana peraturan yang telah ditetapkan FAM, tetapi beliau mungkin akan diturunkan untuk perlawanan persahabatan nanti. Ketika ditanya kenapa Kelantan memilih pemain luar Kelantan, Tan Sri Annuar menjelaskan sesebuah pasukan yang ingin maju perlu mengambil pemain luar yang berpengalaman untuk diserap dan memberi pendedahan kepada pemain Kelantan yang lain seperti apa yang berlaku pada liga Sepanyol dimana pemain import diseimbangkan dengan pemain tempatan dan hasilnya lihatlah skuad Sepanyol pada piala dunia lalu, semua pemainnya terdedah dengan pemain luar dapat mengimbangi segala taktikal pihak lawan dengan baik melalui pengalaman masing-masing. "Yakinlah pada strategi saya, dalam membangun bolasepak Kelantan. Saya pastikan bolasepak Kelantan akan sentiasa kekal berada diprestasi terbaik seperti Kedah dan Selangor" Tegas Tan Sri Annuar.
|
Jumaat, 27 Ogos 2010
Perlawanan Persahabatan Pertama! | ||
KENALI PASUKAN UITM
UiTM juara Liga IPT
PASUKAN UiTM meraikan kemenangan mereka selaku juara sulung Kejohanan Liga Bola Sepak IPT 2010, baru-baru ini.
Pemenang edisi pertama, raih wang tunai RM30,000
PASUKAN Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam muncul juara edisi pertama Liga Bola Sepak IPT 2010 selepas membenam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 3-0 pada perlawanan akhir di Stadium UiTM, Shah Alam, Ahad lalu.
UiTM membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 berserta piala pusingan Menteri Pengajian Tinggi, manakala UKM menerima RM15,000 dan Politeknik Kota Bharu (PKB) di tempat ketiga menerima RM10,000. Dalam pada itu, ketua pasukan UiTM, Fahrul Razi Kamaruddin terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan . Penyerang pasukan PKB, Muhamad Faizuddin Manjur Ahmad muncul penjaring terbanyak dengan jaringan sebanyak 17 gol, masing-masing menerima piala dan wang tunai RM500.
Semua hadiah kepada pemenang disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman. Turut hadir Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) , Prof Dr Saharuddin Abd Azizi dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said.
Kejohanan yang bermula sejak 25 Februari lalu menyaksikan pasukan dari 20 universiti, 12 Politeknik, 13 Kolej Komuniti dan institut pengajian tinggi (IPT) swasta mengambil bahagian dalam liga yang dianggap terbesar pernah dianjurkan MASUM.
Setiap pasukan dibahagikan kepada lapan zon merangkumi Zon Utara, Zon Tengah 1, Zon Tengah 2, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Borneo 1, Zon Borneo 2 dan Zon IPTS menggunakan format liga.
Sepanjang perlawanan berlangsung menyaksikan banyak kejutan berlaku apabila pasukan pilihan tewas kepada pasukan tidak ternama termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Sains Malaysia serta penguasaan pasukan politeknik dan kolej komuniti dalam kejohanan berkenaan.
Karnival pusingan kedua bermula 17 Julai lepas membabitkan 16 pasukan yang menjadi johan dan naib johan kumpulan lapan zon berlangsung selama seminggu di beberapa lokasi universiti di Lembah Klang.
UiTM dan UKM yang sekadar naib johan dalam kumpulan zon masing-masing tidak menjadi pasukan pilihan pada mulanya, namun mengejutkan banyak pihak apabila berjaya menjuarai perlawanan peringkat kumpulan.
Pasukan UiTM yang turut dibarisi pemain yang beraksi dalam pasukan Harimau Muda mencipta kemenangan ketika menentang Kolej Komuniti Bandar Darulaman (4-1), Kolej Komuniti Grik (1-0) dan Universiti Malaya (2-0). UKM pula menang bergaya dalam pertemuan dengan Universiti Multimedia (7-0), Kolej Yayasan Sabah (6-0) dan seri 0-0 bertemu Kolej Komuniti Kepala Batas.
Pada peringkat separuh akhir, UiTM menumpaskan PKB 1-0, manakala UKM mengalahkan UiTM Sarawak 4-0 bagi membolehkan mereka bertemu pada perlawanan akhir. PKB mengalahkan UiTM Sarawak melalui penentuan penalti 3-1 selepas masing-masing seri 2-2 untuk tempat ketiga. Kemenangan itu membolehkan UiTM beraksi pada Liga FAM musim depan.
'Tidak pandang rendah lawan, fokus jadi formula kemenangan'
KETUA jurulatih pasukan UiTM, Omar Ali, berpuas hati dengan persembahan anak buahnya sehingga mampu muncul juara pertama Liga IPT tahun ini.
”Pemain menunjukkan peningkatan pada setiap perlawanan, saya juga sering mengingatkan mereka supaya tidak memandang rendah keupayaan pihak lawan dan menghormati mereka dengan mengambil serius dalam setiap perlawanan.
”Kemenangan ini turut membuktikan perlantikan UiTM sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Bola Sepak adalah tepat dan mampu meningkatkan lagi tahap bola sepak ke peringkat yang lebih baik,” katanya.
Sementara itu, kapten pasukan UiTM, Fahrul Razi Kamaruddin, 24, berkata dia berasa gembira atas kemenangan itu dan tidak menyangka akan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan kerana ramai pemain lain juga layak mendapat anugerah berkenaan.
”Anugerah ini saya tujukan kepada semua rakan pasukan yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang perlawanan dan sebagai persediaan untuk mengharungi saingan Liga FAM musim depan.
”Kami tidak menyasarkan sebarang tempat (Liga FAM) kerana anggap ia lebih untuk mendapatkan pendedahan buat pasukan namun akan tetap memberikan saingan kepada pasukan lain,” katanya.
Juara : UiTM
Naib juara : UKM
Tempat ketiga : PKB
Pemain terbaik : Fahrul Razi Kamaruddin (UiTM)
Penjaring terbanyak : Muhamad Faizuddin Manjur Ahmad (PKB)
Sentiasa DiBelakang Tan Sri Annuar | ||
|
Mengikuti liputan media semasa dengan jelas menampakkan serangan isu ke atas Tan Sri Annuar walaupun isu yang dibangkit dan dilawan bukannya datang daripada luahan Tan Sri Annuar. Isu yang dipaparkan datang daripada wartawan pencinta bolasepak sejati yang menghidu isu ini untuk disensasikan. Sebelum menghadiri mesyuarat FAM isnin lepas, TRWC sendiri pada malam ahad lepas diberitahu oleh Tan Sri Annuar dirumahnya, Tan Sri akur dengan sebarang keputusan dan perlantikan. Dengan ini TRWC yakin isu ini tidak perlu disensasikan sehingga sudah mula timbul kemarahan dikalangan penyokong The Red Warriors yang sentiasa yakin dengan kewibawaan Tan Sri dalam memimpin kemajuan bolasepak Malaysia. Namun ramai penyokong yakin Tan Sri hanya mampu memimpin pasukan Kelantan kerana kuasa ditangannya 100% berbanding jawatan di FAM yang hanya 20% sahaja. Apa yang mampu dilakukan dengan kuasa hanya 20% sahaja? soal salah seorang Blogger bebas pada TRWC. Menjeling pada liputan pendek berita sukan Buletin Utama TV3 tadi telah mampu memberi pelbagai tafsiran dan tanggapan masyarakat pada FAM mahupun Tan Sri Annuar. Dengan tajuk "tagline" berita tadi "Tan Sri Annuar Musa tidak Puas Hati" dan sedikit komen daripada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah selaku Timbalan Presiden FAM yang menitahkan Tan Sri Annuar sepatutnya akur, sudah jelas dapat merungkaikan pelbagai persepsi pada pengurusan baru FAM. Apa yang pasti kejayaan Tan Sri Annuar memimpin pasukan bolasepak Kelantan akan sentiasa menjadi rujukan pencinta bolasepak tanahair berbanding pihak yang mengkritik Tan Sri Annuar yang sentiasa bermasalah dan masih tercari-cari ramuan kejayaan dalam pengurusan. Seluruh penyokong Kelantan akan sentiasa memberi sokongan dan sanggup berkorban demi mempertahankan imej Tan Sri dan bolasepak Malaysia. Sidang akhbar Tan Sri Annuar Musa Ahad ini akan menjawab segala permasalahan yang berbangkit. Oleh itu semua pihak disarankan menghentikan sebarang spekulasi mahupun memanipulasi isu-isu yang berkaitan sehingga menjejas imej Tan Sri Annuar Musa dan FAM. KAMI SENTIASA BERADA BELAKANG KEPIMPINAN TAN SRI ANNUAR MUSA SEBAGAIMANA DIBANGKITKANNYA SEBUAH KEJAYAAN DARIPADA KEGAGALAN BOLASEPAK KELANTAN. GOMO KELATE GOMO Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Pasukan Pilihan Untuk Perlawanan Persahabatan | ||
|
Kelantan telah sedia mengadakan 3 perlawanan persahabatan dengan 2 lagi pasukan yang melayakkan diri ke gelanggang Piala Malaysia iaitu T-Team dan Felda United. Ketua jurulatih B.Sathianathan yakin pemain akan menunjukkan prestasi terbaik dalam ketiga-tiga siri perlawanan ini bagi memastikan prestasi mereka dapat dinilai dengan baik oleh beliau sebelum membuat keputusan memilih kesebelasan utama perlawanan Negeri Sembilan. Bagi Presiden KAFA ketika diajukan berkenaan pemain pinjaman, beliau hanya mampu tersenyum dan memberitahu semua pemain The Red Warriors berada dalam prestasi yang tidak mampu dibandingkan dengan pemain lain lagi, beliau yakin pemain The Red Warriors mampu membuktikan sesuatu yang diluar jangkaan pada saingan liga Malaysia tahun ini. The Red Warriors akan sentiasa bersedia dan berwaspada walaupun Negeri Sembilan selaku pencabar utama kerap tewas dalam perlawanan persahabatan mereka. Iltizam dan keyakinan semua pemain amat diharapkan oleh seluruh penyokong The Red Warriors, ramai penyokong berharap pasukan kesayangan mampu menunjukkan kehebatan dan mampu mencapai kejayaan ke perlawanan akhir piala Malaysia sekali lagi tahun ini seterusnya berarak bersama piala Malaysia ke seluruh Kelantan. Melalui kaji selidik yang dijalankan para penyokong meletakkan sasaran tertinggi untuk pasukan merangkul piala Malaysia hanya sekitar 70% sahaja dan 30% lagi kurang yakin serta tidak pasti. Walaupun apapun sasaran penyokong, perlawanan masih belum bermula masih ada lagi peluang kepada seluruh penyokong selaku pemain ke 12 bersama-sama turun ke stadium memberi sorakan padu dan memberi semangat kejantanan kepada kesebelasan pemain beraksi hingga wisel penamat. Hanya penyokong yang hipokrit sahaja yang sering meramalkan dan merendahkan martabat pasukan sebelum perlawanan piala Malaysia menutup tirai. Ayuh bangkitlah penyokong sejati The Red Warriors usah pedulikan mereka yang memandang sinis kemampuan pasukan kesayangan kita. Pastikan semua stadium akan digegarkan dengan teriakan padu "Gomo Kelate Gomo" bukan dentuman letupan padu si Mercun yang mungkin akan membahayakan penyokong lain. Jadikan iktibar kecederaan mangsa mercun sebagai panduan pada seluruh penyokong Kelantan, mungkin anda tidak ambil kisah diri anda tercedera kerana mercun tetapi ribuan penyokong lain ambil kisah mengelakkan diri dan famili mereka tercedera daripada angkara mercun....Tiada kompromi sekiranya anda ditangkap.......Gomo Kelate Gomo.... Kelantan vs UiTM Stadium Sultan Muhamad Ke-4, Kota Bharu. 29/8/2010 Ahad 10.30 Malam T-Team vs Kelantan Stadium Sultan Ismail Nashirudin Shah, Kuala Terengganu. 3/9/2010 Jumaat Kelantan vs Felda United Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu. 5/9/2010 Ahad Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Pelantikan dipersenda | ||
|
Kelantan, Negeri Sembilan Berdepan Laluan Sukar. | ||
|
Saingan Piala Malaysia 2010 akan bermula tidak kurang sebulan sahaja lagi dengan kesemua pasukan bertanding sudah melakukan persiapan terakhir untuk menyertai kejohanan terbesar tersebut. Berdasarkan undian yang dilakukan, dua finalis 2009, Kelantan serta Negeri Sembilan terpaksa berentap awal dalam kumpulan A bersama-sama dengan KL Plus dan PKNS Fc bagi merebut dua tempat ke peringkat suku akhir.Imbas kembali: Rezal Zambery, Indra Putra, Wan Jamak dan B. Sathianathan sebelum sepak mula Final Piala Malaysia 2009. Jika melepasi peringkat kumpulan A, dua pasukan ini dijadualkan melawan pesaing dari kumpulan D yang dianggotai Selangor, Felda United, T-Team dan Perlis. Selaku antara pasukan pilihan, tugas getir dihadapi Sang Kijang dan Negeri Sembilan kerana andaikata melepasi peringkat kumpulan mereka akan menghadapi laluan sukar pada saingan kalah mati. Selangor dalam kumpulan D dijangka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan satu slot ke peringkat seterusnya manakala satu tempat lagi mungkin menjadi rebutan juara baru Liga Perdana, Felda United dengan dua pasukan pertengahan Liga Super, T-Team dan Perlis. Selangor pasti tekad untuk merampas Piala Malaysia selepas mengungguli Liga Super. Justeru itu, pertembungan sama ada melawan Kelantan atau Negeri Sembilan pada suku akhir amat dinanti-nantikan. Malah dikhabarkan dengan nada angkuh penolong pengurus Selangor, P. Maniam, pasukan mereka tidak gentar dengan ancaman Kelantan dan Negeri Sembilan pada saingan suku akhir nanti. Walaupun begitu, saingan masih lagi jauh dimana peringkat kumpulan belum dimulakan. Setiap pasukan bebas untuk berbicara namun mereka perlu sedar, dalam bola sepak ia sebenarnya tidak melambangkan apa-apa seandainya 22 pemain belum turun berentap merebut penghormatan selaku pemenang mutlak. Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Mampukah Sang Kijang? | ||
|
Mampukah Kelantan menggapai impian untuk muncul juara Piala Malaysia 2010 setelah gagal menjulang piala tersebut dalam beberapa perlawanan akhir sebelum ini. Itulah persoalan yang membenak di minda setiap peminat Th Red Warriors ketika ini. Dari zaman kegemilangan Dali Omar sehinggalah kepada zaman Badri Radzi dan rakan-rakan, Sang Kijang hanya mampu berpuas hati di tempat naib johan apabila tunduk dalam perlawanan terakhir. Untuk rekod, sepanjang sejarah Piala Malaysia bermula dari tahun 1921, Kelantan tidak pernah mengecap nikmat kejuaraan kecuali hanya layak ke final tiga kali. Kelantan layak kali pertama ke perlawanan akhir pada tahun 1955 sebelum tewas 1-3 kepada Singapura di Padang Jalan Rifle Range. Selepas itu, Kelantan dapat melayakkan diri ke perlawanan akhir pada tahun 1970 dan menjadi pasukan pantai timur pertama berada dalam suasana final sebelum tewas 0-2 kepada Perak. Tiga puluh sembilan tahun kemudian, Kelantan layak sekali lagi ke perlawanan akhir setelah mempamerkan aksi cemerlang walaupun menghadapi musibah akibat peletakan jawatan ketua jurulatih, Peter James Butler. B. Sathianathan yang ditugaskan mengambil alih kerusi panas tersebut mencipta pencapaian baik sebelum tumpas mengejut kepada Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir. Persoalan kini, adakah 2010 akan merungkaikan impian sekian lama peminat untuk menyaksikan sendiri barisan serba baru Kelantan membawa pulang piala paling berprestij ke bumi Cik Siti Wan Kembang. Kelantan dianggotai beberapa pemain dan bekas pemain Kebangsaan telah menonjolkan aksi memikat dalam Liga Super malah mencipta rekod tidak tewas di gelanggang lawan sepanjang saingan liga. Pencapaian semasa yang ditunjukkan skuad Kelantan mungkin menjamin satu tempat untuk mereka di perlawanan akhir tahun ini di Stadium Shah Alam tetapi itupun jika mereka mampu melepasi cabaran pada peringkat kumpulan. Selepas itu, Kelantan akan menghadapi laluan getir di pusingan suku akhir bertemu johan atau naib johan dari kumpulan D. Bagi peminat, mereka mengharapkan satu piala dapat digenggam sewaktu ini selepas hampa pada saingan Piala FA awal tahun tempoh hari. Berbaloi dengan masa, kewangan dan sokongan yang diberikan andai pemain dan pengurusan Kelantan dapat memberikan satu kejuaraan yang ditunggu sekian lama. Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Sabtu, 21 Ogos 2010
Kelantan Mungkin Pilih 3 Pasukan Pantai Timur | ||
|
Tiket Piala Malaysia Kelantan VS Negeri Sembilan 14 Sep. Habis? | ||
|
Beliau menjelaskan tiket yang mula dikutip sekarang hanyalah atas kapasiti kelab penyokong sahaja yang terhad kepada jumlah permintaan ahli kelab penyokong sahaja. Oleh itu beliau berharap semua pihak tidak perlu risau, jumlah tiket masih ada seperti biasa. Beliau juga menyifatkan musim piala Malaysia ini akan lebih ramai penyokong kerana Kelantan berada dalam kelompok pasukan yang mencabar dan ini mungkin menyebabkan peminat mula tidak sabar menyaksikan setiap perlawanan Kelantan. Berita baik untuk semua ahli eksklusif dan pengunjung portal TRWC, TRWC telah menempah 100 keping tiket untuk dijual terus kepada ahli dan penyokong yang berminat mendapatkannya awal sila hubungi saudara Izuan 0123067879 atau emailkan kepada izuan@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya butiran nama, telefon dan alamat. Tempahan berdasarkan ahli berserta bayaran akan didahulukan dan bagi bukan ahli tempahan boleh dibuat dengan siapa bayar dulu dia dapat. 14 September masih dalam cuti raya, dengan ini pihak KAFA menyeru semua peminat agar tidak panik menghubungi mana-mana staf untuk mendapatkan tiket kerana tiket belum lagi dijual, yang dijual hanya atas kapasiti kelab penyokong sahaja. Apa yang penting pastikan perjalanan pulang nanti Selamat pulang dan Selamat Kembali. Berhati-hati di jalan raya. Salam Ramadhan. Terima Kasih. Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Jumaat, 20 Ogos 2010
Komen: FAM harus mengambil halaman dari buku Annuar | ||
|
Ini adalah waktu untukPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mengubah Liga Super. Jika ahli yang baru dipilih berlandaskan perniagaan, maka itu adalah waktu yang baik bagi mereka untuk membincangkan dan melaksanakan kaedah baru untuk membuat Liga Super lebih menarik. Yang penting di sini adalah kesedaran jenama. FAM keperluan untuk mempromosi dan mencipta identiti untuk kumpulan sebelum anda boleh dipasarkan kembali dengan efisien. MSL Sdn Bhd, dijadikan sebahagian komersil bola sepak Malaysia, bertindak sebagai agen pemasaran tetapi belum mencapai potensi penuh sejak kumpulan diperkenalkan pada tahun 2004. Dan siapa yang harus diberikan tugas untuk membuat perubahan ini? Saya percaya wakil presiden baru terpilih Tan Sri Annuar Musa harus diberikan kesempatan ini. Pasukan bola sepak Kelantan itu sudah melalui kesulitan sebelum era Annuar dan mereka sekarang dalam negara pasukan yang paling disokongi ramai dalam Liga Super kerana visinya. Annuar membawa perubahan besar bagi bolasepak pertama Kelantan dengan merekrut beberapa pemain terbaik dalam kancah tempatan, sebagai langkah sementara, untuk menghasilkan gelombang kerancakan antara peminat. Beliau juga mencipta nama jenama "Red Warriors" untuk Kelantan, dan digunakan sebagai strategi pemasaran untuk mempromosikan barang dagangan pasukan dan kafe sukan mereka. Sebelum dilantik sebagai presiden FA Kelantan, Annuar pernah menjawat jawatan sebagai menteri sukan antara 1990 dan 1993. Dia juga memainkan peranan penting dalam membawa Commonwealth Games ke Kuala Lumpur pada tahun 1998. Strategi Annuar tiada keraguan, terbukti dan berinnovasi serta harus diberikan peluang untuk mengendalikan Liga Super. Sebagai seorang ahli politik, ramai yang risau beliau hanya akan menggunakan bolasepak sebagai penghubung untuk menyebarkan pengaruhnya untuk kepentingan politik. Tapi tanggapan ini tidak boleh dilakukan hanya kerana ia adalah bekas Ketua Penghubungan UMNO Kelantan menteri utama persekutuan. Para pengkritik harus memberikan Annuar kesempatan untuk membuktikan dirinya sendiri. Barisan FAM yang baru dipilih juga harus datang dengan idea-idea baru untuk memastikan bahawa semua negeri mempunyai rancangan daripada persatuan bolasepak tempatan mereka sendiri untuk mengembangkan bolasepak. Persatuan bolasepak negeri negeri harus belajar berhenti menggunakan geran tahunan dari FAM untuk menguruskan pasukan bola sepak mereka. Wang dari FAM perlu diperuntukkan hanya untuk pembangunan akar umbi dan untuk mengatur liga tempatan, Sebelumnya, setiap negeri mempunyai liganya sendiri tetapi kecuali untuk elangor, Kuala Lumpur, Penang dan Negeri Sembilan, bakinya dibuang selepas dikurangkan geran tahunannya oleh FAM . Negeri yang terlibat dengan persatuan bolasepak tidak harus mengambil jalan keluar yang mudah dengan enggan mencari sumber pendapatan sendiri. Jika sikap berfikiran subsidi ini diteruskan , maka akan memberi kesulitan bagi persatuan bola sepak tempatan untuk mengangkat dirinya ke status dihormati dan diminati. Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Kelantan Akan Adakan 4 Siri Perlawanan Persahabatan | ||
|
Tan Sri Annuar Musa ketika menjelaskan perkara ini, beliau menjelaskan skuad The Red Warriors akan mengadakan 4 siri perlawanan persahabatan dengan pasukan piala Malaysia yang berada dalam kumpulan lain. Beliau akan menghebahkan perkara ini secepat mungkin kepada semua penyokong The Red Warriors sekiranya telah memperolehi senarai pasukan yang akan ditentang Kelantan. Beliau juga akur dan akan memastikan Kelantan sentiasa berwaspada kerana bagi beliau semua pasukan kumpulan A bakal menggugat impian Kelantan. Beliau yakin pasukan Kelantan akan menjuarai piala Malaysia dan semua pemain turut berjanji kepada beliau ketika di tanah suci untuk memastikan Kelantan membawa pulang piala Malaysia ke Kota Bharu kali ini. Ketika disana skuad The Red Warriors mengadakan latihan seperti biasa dibantu penolong jurulatih Hashim Mustapha dan Sidek. Sungguhpun yakin, Tan Sri Annuar Musa menyeru semua penyokong Kelantan memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada skuad The Red Warriors sehingga ke perlawanan akhir, kalaupun kita ditakdirkan terkandas awal, beliau meminta semua pihak akur dan terus bersama The Red Warriors. Beliau enggan mengulas mengenai spekulasi pemain import kerana beliau ingin semua pemain yang ada sekarang fokus dan tidak diganggu emosi mereka dengan spekulasi ini.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Alhamdullilah Selamat Tiba | ||
|
Syukur Alhamdullilah semua jemaah The Red Warriors tiba di Kota Bharu dengan selamat dan baik. Sebelum berlepas ke Kota Bharu jemaah ini tiba di KLIA dari Kaherah pada pukul 4.30 petang dan disambut oleh Kelab TRWC KLIA dari pintu pesawat lagi bagi memastikan urusan ketibaan YBhg Tan Sri Annuar Musa, YB Abdul Fatah, Dato' Affendi, En Azman dan jemaah lain berjalan lancar . Bersama rombongan umrah The Red Warriors dalam pesawat ini terdapat rombongan GAZA yang diketuai Dato' Azeez dan juga dutanya artis Fauziah Latif turut menanti ketibaan ialah Hattan.
Tersenyum melihat semua jemaah The Red Warriors berkepala botak. Segala urusan barangan berjalan lancar setelah dibantu saudara Izani (ahli TRWC KLIA) yang mendapatkan kerjasama pihak MAS untuk membenarkan semua barangan jemaah dibenarkan melebihi had biasa yang dibenarkan 20 kilogram kepada 35 kilogram kerana kebanyakan barangan yang dibawa para pemain dan jemaah umrah yang melebihi 20kg. Tan Sri Annuar amat terharu dan berterima kasih kepada semua ahli TRWC KLIA yang membantu urusan jemaah The Red Warriors ini dan beliau menghulurkan sedikit cenderamata daripada Mekah kepada ahli TRWC yang membantu.
Hidangan nasi kerabu menjadi pilihan kami untuk dihidangkan bagi semua jemaah berbuka puasa di KLIA. Alhamdullilah semua hidangan makanan dan minuman telah disediakan dengan jayanya tanpa gangguan kerana tempat duduk di Food Garden aras 2 KLIA juga telah ditempah. Alhamdullilah urusan berbuka puasa semua jemaah berjalan lancar.
Inilah antara rentetan ketibaan jemaah umrah bersama kelab TRWC KLIA. Sekalung penghargaan kepada semua ahli TRWC KLIA yang terlibat dan syukur Alhamdullilah semuanya selamat tiba di Kota Bharu.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Selasa, 17 Ogos 2010
Semua Jemaah Umrah The Red Warriors Botak | ||
|
Terdapat sedikit perubahan jadual ketibaan jemaah umrah The Red Warriors, para jemaah akan mula bertolak esok 17 Ogos 2010 dari Kaherah dan dijangka tiba di KLIA pada rabu 18 ogos 2010.
Seperti apa yang dimaklumkan oleh Tan Sri Annuar Musa Semua pemain dan pengurusan telah selamat mengerjakan umrah dan membotakkan kepala bagi melengkapkan umrah. Doakan keselamatan Kami supaya selamat tiba di Malaysia. InsyaAllah 20 Ogos semua pemain akan mula berlatih dan beberapa siri perlawanan persahabatan sudah diaturkan.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate GomoBerkongsi Hit Portal Secara Percuma | ||
|
TRWC yang baru lapan bulan dilancarkan telah berjaya mengatasi portal persatuan bolasepak pasukan lain dan web-web sukan tempatan yang berkaitan. Pencapaian ini boleh dirujuk melalui capaian portal www.alexa.com dan www.google.com/analytics. Dengan kadar purata kini lebih 50, 000 pelawat sebulan dan pernah mencecah 120,000 pelawat sebulan, pernah menduduki ranking 1400 di Malaysia sebelum piala dunia dan terkini TRWC menduduki ranking 1840 Malaysia. Pencapaian TRWC satu kejayaan yang membanggakan kerana berjaya kekal mencecah hit lebih 3 juta sebulan dan dikunjungi pelawat dari 237 buah negara. Namun begitu, pada bulan puasa ini jumlah pelawat sedikit menurun mungkin disebabkan tiada laporan perlawanan semasa tetapi masih tinggi berbanding web seupamanya di Malaysia. Dengan ini, TRWC mengambil inisiatif mengajak peminat portal TRWC dan seluruh masyarakat berkongsi hit yang dicapai oleh TRWC secara percuma bagi merancakkan web-web peribadi anda mahupun bisnes anda semua dengan meletakkan pautan web anda di web theredwarriors.com (http://www.theredwarriors.com/v2/index.php?option=com_linx&Itemid=23). Web atau laman sesawang seperti juga laman sesawang labah-labah yang sebenar, lagi banyak yang berpaut diantara satu sama lain, lagi banyak kawasan atau saluran dapat dihebahkan atau disebarkan antara satu sama lain. Ianya berbeza dengan realiti dunia sebenar yang kebanyakan manusia tidak suka berkongsi atau berpaut di antara satu sama lain. Sekiranya kita mengkaji kejayaan masyarakat yang berjaya di seluruh dunia adalah kerana perkongsian. TRWC berterima kasih diatas sokongan semua dalam membantu kejayaan portal rasmi KAFA ini. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah emailkan Nama Web & Link Web, Nama Syarikat/Individu, Kategori (boleh rujuk pada link diatas), No Tel, Email dan info web/bisnes anda pada info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya .
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Sambutan Dari Tangga Pesawat Jemaah Umrah The Red Warriors | ||
|
TRWC KLIA sedang merancang akan mengiringi ketibaan jemaah umrah The Red Warriors dari tangga pesawat lagi bagi memastikan para jemaah dibawa ke bilik tetamu dengan teratur. En Ezanuddin ketika menghubungi TRWC memberitahu pihaknya telah bersedia menerima segala permintaan yang diperlukan pihak KAFA yang diwakili oleh TRWC dalam mempermudahkan ketibaan dan mengadakan sambutan. InsyaAllah para jemaah umrah yang berlepas pada 17 Ogos 2010 dari Tanah Suci dijangka akan tiba di Malaysia pada 18 Ogos 2010 pukul 3.15 petang di lapangan terbang antarabangsa KLIA. Kepada semua peminat yang berminat untuk bersama TRWC KLIA menyambut ketibaan para jemaah The Red Warriors bolehlah menghubungi saudara Zakie 012-3636984 atau Saudara Nazim 010-2082003. Pemberitahuan: Untuk penyokong yang berminat menghadirkan diri hanya dibenarkan berada di kawasan lapangan terbang yang dibenarkan sahaja, untuk kawasan pesawat dan kawasan antarabangsa pihak kami memperolehi kebenaran yang terhad kepada hanya 4 individu sahaja tidak termasuk staf KLIA yang menjadi ahli TRWC. TERIMA KASIH. DOAKAN SEMOGA JEMAAH UMRAH THE RED WARRIORS, SELAMAT TIBA DI MALAYSIA. AMIN |
Isnin, 16 Ogos 2010
Tan Sri Annuar Musa dan Kelantan Terus Dikagumi | ||
|
Setelah 5 hari berpuasa, resipi makanan lauk-pauk dan kuih-muih Kelantan masih menjadi pilihan waktu berbuka puasa penyokong setia gomo Kelate gomo. Jari-jemari penulis pula sentiasa ingin memastikan isu dan artikel dapat dikongsi bersama penyokong Kelantan yang sentiasa dahagakan informasi pasukan kesayangan mereka di bulan puasa ini, biarpun jari-jemari penulis masih terbau-bau sambal belacan yang dicicah dengan ayam kampung sahur tadi, Alhamdullilah papan kekunci ini berjaya dipetik dengan semangat kenegerian yang jitu dihati untuk seluruh penyokong Kelantan. Dalam mencari idea dan bahan untuk artikel, penulis sempat membaca komen-komen penyokong luar Kelantan yang kagum dengan semangat yang ditunjukkan Tan Sri Annuar yang sentiasa turun ke padang menyaksikan aksi anak-anak buahnya berbanding presiden mereka yang jarang turun ke stadium. Selain berharap penyokong mereka memeriahkan stadium sepertimana semangat kesukanan dan kenegerian yang ditunjukkan penyokong Kelantan. Antara komen yang dipetik
Kekaguman penyokong lain kepada pasukan Kelantan sememang sudah lama didengari kerana KAFA dibawah pimpinan Tan Sri Annuar berjaya mencipta pembaharuan bolasepak di Malaysia. Malah pihak TRWC sendiri sudah menerima jemputan daripada pasukan bolasepak lain untuk menjadi perunding dalam mengendalikan portal bolasepak negeri mereka. Penyokong Kelantan seharusnya dinobatkan "PENYOKONG FANATIK TERBAIK DI MALAYSIA" dan kita perlu berbangga disamping terus menjaga imej penyokong yang mula berjaya diubah pada musim ini. Patuhilah segala larangan yang sentiasa dikeluarkan KAFA. KAFA dengan kerjasama TRWC serta Kelab penyokong akan sentiasa mempromosi memastikan sikap dan tingkah laku penyokong Kelantan lebih baik. Suasana hari raya ketika perlawanan september nanti, KAFA dengan kerjasama polis dan pihak keselamatan tidak akan berkompromi dengan pengunjung yang membawa mercun ke stadium di Kota Bharu serta berharap penyokong di lembah Klang mematuhi larangan sepertimana yang dikenakan penyokong di Kota Bharu bagi perlawanan di luar Kota Bharu. Hormatilah penyokong Kelantan yang datang berkeluarga dan orang kurang upaya serta lemah jantung, mereka ini pun ingin menyokong pasukan kesayangan mereka.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo |
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...