KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 30 Jun 2012


Kelantan raih kemenangan berharga, rampas takhta liga


Kelantan vs Selangor - Liga Super 29 Jun 2012 Kelantan vs Selangor
Kelantan vs Selangor

KELANTAN berjaya merampas kedudukan teratas Carta Liga Super daripada pasukan Lions XII apabila mengalahkan Selangor 1-0 dalam aksi di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam tadi.
Jaringan pemain import Mohamad Ghaddar pada minit ke-25 membantu Kelantan memintas Lions XII dari Singapura dengan kelebihan satu mata selepas 22 perlawanan.
Kelantan kini mengumpul 51 mata manakala Lions XII ketinggalan satu mata di tangga kedua selepas 24 perlawanan.

Kelantan menguasai perlawanan tetapi gagal mencari gol sehingga Mohamad Ghaddar menceriakan peminat dengan tandukan, hasil sepakan sudut oleh Norfarhan Muhammad.
Selang tiga minit kemudian, skuad bimbingan Bojan Hodak itu sekali lagi cuba menambah gol melalui sepakan sudut daripada Norfarhan, namun gagal disudahkan oleh Daudsu Jamaluddin selepas sepakannya tersasar melepasi palang gol.

Peluang sekali lagi terhidang buat pasukan tuan rumah pada minit ke-34 apabila Mohamad Ghaddar berjaya melepasi tiga pemain pertahanan Selangor, namun gagal menghadiahkan sebarang gol buat Kelantan apabila sepakan lemahnya berjaya ditangkap kemas penjaga gol lawan, Norazlan Razali.

Selangor yang tertekan dengan jaringan pertama Kelantan terus mengasak pertahanan The Red Warriors, namun serangan berjaya dipatahkan sehingga berakhir separuh masa pertama.
Seawal babak kedua perlawanan menyaksikan para penonton yang memenuhi stadium bertindak membaling botol air ke dalam padang selepas berang dengan mutu pengadilan Mohd Jefferi Zolkifli yang kurang memuaskan.

Kelantan sekali lagi mendapat peluang pada minit ke-62 apabila Indra Putra Mahyuddin yang tidak dikawal pemain Selangor, berjaya membuat rembatan kencang ke arah gawang lawan, namun berjaya ditepis keluar penjaga gol.

Sepakan percuma kapten pasukan Selangor, Safiq Rahim pada minit ke-79 terus ke arah penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat bagaimanapun dinafikan selepas berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan The Red Warriors.

Farhan sekali lagi mengejutkan Selangor dengan aksi berbahaya pada minit ke-83 apabila berjaya membuat gerakan solo dari tepi padang selepas mendapat
hantaran bola daripada Indra, bagaimanapun sepakannya berjaya dipatahkan penjaga gol Selangor.
Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan 36 mata daripada 22 perlawanan.

Video Gol Mohammed Ghaddar | Kelantan 1-0 Selangor




Jumaat, 29 Jun 2012

Misi Membalas Dendam 



Menjelang perlawanan penting pada malam ini antara Kelantan bertemu Selangor, pasukan Kelantan tiada pilihan lain jika ingin melangkah awal ke tahta liga pada malam ini Kelantan mesti menang. Selangor turun ke Kota Bharu dengan bangga sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super 2012 (14/2/2012 Selangor 2-1 Kelantan), reputasi ini dijadikan sebagai pencetus untuk mengaibkan Kelantan kali kedua.

 Namun suntikan bonus RM300 ribu kepada semua pemain Kelantan semalam diharap mampu memberi aura kemenangan dan semangat luar biasa kepada prestasi mereka pada malam ini. Kelantan perlu waspada kebangkitan Selangor yang memenangi kesemua 4 perlawanan yang diharungi mereka sebelum ini dalam merebut kedudukan tempat ketiga dengan pasukan Perak dan Negeri Sembilan dua pasukan yang bakal mencabar Kelantan selepas ini.

 Perlawanan malam ini dijangka sengit dan menarik kehadiran ramai penyokong Kelantan, sorakan padu penyokong Kelantan dan aura keramat stadium Sultan Muhammad ke IV mampu memberi tekanan kepada kesebelasan pemain Selangor. Keputusan mensia-siakan peluang kemenangan ke atas Terengganu sabtu lalu diharap menjadi pengajaran berguna dan mampu menutup segala kelemahan barisan pertahanan dan serangan pada malam ini.

 Jika semua pemain Kelantan mendapat bonus hasil daripada kecekalan mereka, seluruh penyokong Kelantan hanya mengharapkan bonus kemenangan dan menjulang satu lagi berprestij di Malaysia ini. Tiada apa yang lebih bermakna melainkan Kelantan berjaya menewaskan Selangor dan merampas tahta liga biarpun untuk seketika pada malam ini atau sekurang-kurang kekal sehingga 10 julai sebelum Lion XII bangun dari tidur atau terus kekal juara 2012 selepas perlawanan menentang Perak di Kota Bharu 7 julai nanti. GOMO KELATE GOMO.....GOMO SAKAT NOK MALE NI TERRR...





Pemain Kelantan Terima Bonus Setengah Juta bonustrw3


28 Jun Kota Bharu- Hasil daripada kesungguhan memenangi kesemua perlawanan Piala FA dan menjulang Piala FA , semua pemain dan staf KAFA menerima bonus sebanyak RM300,000 berupa agihan wang dan RM200,000 dalam bentuk pakej pelancongan ke Eropah.

 Replika cek RM500,000 diserahkan pengerusi AL Hamra Tan Sri Annuar Musa kepada pengurus pasukan Kelantan Tuan Haji Azman Ibrahim kepada ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Radzi, disaksi bendahari En Aminaldin dan barisan kepimpinan KAFA yang lain.

 Pemberian bonus ini diharap mampu menyuntik semangat semua pemain The Red Warriors untuk memastikan kejuaraan Liga Super 2012 menjadi milik Kelantan menjelang pertemuan "Match of The Year" dan misi membalas dendam menentang Selangor jumaat ini.

 Ramai peminat The Red Warriors mengimpikan Kelantan akan mempamerkan semangat juang dan kemenangan. Kelantan hanya memerlukan 9 mata lagi bagi mengesahkan kedudukan selesa sebagai Juara Liga Super, meskipun amat perit untuk dilalui pemain bertemu pasukan seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Perak, penyokong Kelantan di Kota Bharu dan sekitar lembah Klang (Negeri Sembilan Lawan Kelantan) harus memeriahkan perlawanan ini.

 GOMO KELATE GOMO.....PEMINAT THE RED WARRIORS HANYA MENGHARAPKAN BONUS LIGA SUPER 2012 MENJADI MILIK KITA SAHAJA. TAHNIAH DAN SYUKUR KEPADA ALLAH YANG MASIH MENGURNIAANKAN KEJAYAAN DAN REZEKI KEPADA PASUKAN SERTA RAKYAT KELANTAN.

bonustrw2bonustrw4bonustrw3bonustrw5

Rabu, 27 Jun 2012


(LIGA SUPER 2012) KELANTAN GAGAL CIPTA KEMENANGAN


Kelantan gagal mencipta kemenangan selepas mendahului Terengganu 2 – 0 apabila berjaya diikat pasukan penyu itu dengan keputusan akhir 2 – 2.
Kelantan bermula cemerlang mencipta gol hasil rembatan kaki kiri Nor Farhan yang menewaskan penjaga gol Terengganu Sharmiza pada minit ke 5″.
Pada minit ke 21″, Badhri Radzi menambah keceriaan hampir 3 ribu penyokong Kelantan yang bertandang ke Stadium Terengganu apabila berjaya mencipta gol hasil sepakan percuma sekali lagi menewaskan Sharmiza.
Mendahului 2 – 0 Kelantan dilihat hilang punca dan seolah olah dipukau oleh kehebatan sang penyu yang menyaksikan pasukan Terengganu menyerang bertubi tubi namun gagal membolosi kehebatan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke 40″, Kelantan terpaksa akur apabila serangan Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila Hadi Yahya berjaya menyepak masuk untuk memberikan gol pertama Terengganu.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Terengganu 1 – 2 Kelantan.
Bermula separuh masa kedua, Terengganu sekali lagi berjaya melakukan serangan bertali arus dan tidak perlu menunggu lama untuk menghasilkan gol penyamaan dan kali ini gol terhasil menerusi tandukan cantik pemain kebangsaan iaitu Muslim Ahmad.
Selepas jaringan penyamaan itu, Kelantan dilihat “Hidup” semula dan segera bangkit mencari gol kemenangan namun gagal menembusi kubu pertahanan pasukan Terengganu.
Tamat perlawanan menyaksikan keputusan 2 – 2 kekal.
Selepas ini Kelantan akan menerima kunjungan pasukan Selangor di Kota Bharu pada 29 Jun 2012.

Ahad, 24 Jun 2012

(LIGA SUPER) KELANTAN EKORI RAPAT LIONS XII


Indra Putra Mahyuddin
Indra Putra Mahyuddin Meraikan Gol Ke – 2 Kelantan.

Kemenangan 2 – 0 Kelantan ke atas pasukan Sabah malam tadi menyaksikan pasukan The Red Warriors itu terus mengekori rapat pasukan Singapura Lions XII yang mengumpul 50 mata dari 24 perlawanan manakala pasukan Kelantan mengumpul 47 mata dari 20 perlawanan.

Pada aksi di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu malam tadi, Kelantan memperoleh jaringan seawal minit ke 6″ hasil jaringan pemain pertahanan Rizal Fahmi Abd. Rosid yang menewaskan penjaga gol Sabah iaitu Azizon Kadir.

Kelantan yang mempunyai banyak peluang di hadapan gawang gol pasukan Sabah gagal untuk menterjemahkan ke jaringan gol sehinggalah pada minit minit akhir perlawanan Indra Putra berjaya menghasilkan gol kedua Kelantan iaitu pada minit ke 90″ + 2.

Tamat perlawanan menyaksikan Kelantan menewaskan Sabah 2 – 0 dan terus mengutip 3 mata penuh bagi mengejar pasukan negara jiran iaitu Singapore Lions XII.
Selepas ini Kelantan The Red Warriors akan bertandang ke Kuala Terengganu untuk menentang pasukan Terengganu pada 26 Jun yang akan disiarkan secara langsung di Astro Arena.

Sabtu, 23 Jun 2012

Kelantan Jangan Lepaskan Peluang Jika Impi Juara Liga
bojanhodak
Kemenangan besar pasukan Lion XII (9-0) dan PKNS (4-0) ke atas Sabah dalam dua perlawanan lepas belum pasti membolehkan kesebelasan pemain dan seluruh penyokong Kelantan memandang mudah skuad sang badak ini.
Keputusan seri 0-0 pada saingan pertama 8 febuari lalu di stadium Likas bagai memberi peringatan awal pasukan Sabah boleh menjadi pemusnah buruan kemenangan Kelantan dalam misi mengejar juara jika perlawanan menentang Kuala Lumpur selasa lalu dijadikan sandaran.
Perlawanan malam ini bukan sahaja misi mengejar kejuaraan malah misi menebus kegagalan menjaringkan gol dan harapan besar diletakkan kepada semua pemain yang akan diturunkan menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri ini.
Kelantan dijangka tidak dapat menurunkan barisan pemain kental Obinna, Farisham, Aziz Ismail, Azizi dan Zairul Fitree. Namun itu bukanlah penghalang kepada Bojan Hodak yang memiliki barisan pemain gantian yang sedia memikul tugasan yang ditinggalkan pemain ini sebaik mungkin.
Media-media dari seberang tambak Johor sudah mula melancarkan perang psikologi untuk melemahkan skuad The Red Warriors dalam memburu misi kejuaraan Liga Super 2012. Walhal realitinya Kelantan tetap mempunyai peluang yang cerah mencabar kedudukan Lion XII yang sedang berehat.
Baki 7 perlawanan lagi untuk Kelantan meskipun diatas kertas nampak mencabar, seluruh penyokong Kelantan yakin kemampuan pemain-pemain kesayangan mereka mencipta kejutan demi kejutan nanti. Dalam sejarah baru bolasepak Kelantan tiada apa yang mustahil mampu dilakukan pemain-pemain Kelantan.
Sokongan padu penyokong diharapkan mampu menyemarakkan lagi semangat pemain sepanjang 90 minit berlangsung. Penyokong Kelantan di Sabah sudah membuktikan kemampuan dan kesetiaan mereka, malam ini giliran penyokong di Kota Bharu memberi impak lebih besar kepada keputusan malam ini.
Ayuh The Red Warriors bukan masanya lagi Kita mensia-siakan peluang yang ada dan mampu dilakukan The Red Warriors. Terima kasih diatas pengorbanan seluruh penyokong setia The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO. YAKIN KELATE MENE!!!

QPR Asia Tour: Sidang Media Bersama CEO QPR Philip Pier
 
IMG-20120622-01081
22 Mei,Sepang - Tiket perlawanan persahabatan dan siri latihan Queen Park Ranger bersama Kelantan akan dijual melalui web utama Air Asia dengan harga tiket antara RM30-200.
Harga tiket RM30-200 termasuk siri latihan QPR pada sebelah malam 19 mei di Stadium Sultan Muhammad ke IV dan pada 20 mei untuk perlawanan persahabatan QPR menentang Kelantan di Stadium Shah Alam.
Pada sidang media ini juga Tan Sri Tony Fernandes melalui Live Streaming dari Korea turut kagum dengan semangat sokongan luar biasa penyokong The Red Warriors dan perlawanan QPR menentang Kelantan menjadi perlawanan yang menarik dan digeruni.
Ini adalah satu permulaan yang baik bagi pasukan dan penyokong Kelantan untuk mereka terus menarik minat kelab gergasi antarabangsa mengadakan perlawanan persahabatan dalam siri jelajah Asia mereka. Sambutan yang ditunjukkan penyokong Kelantan nanti akan dijadikan rujukan dan tarikan kepada kelab-kelab bolasepak antarabangsa.

Lokasi : Pusat Latihan Air Asia Academy, Sepang, LCCT, Kuala Lumpur
Harga Tiket : RM30 - RM200
Tempahan tiket :www.airasia.com
Jadual Perlawanan : 20 Julai 2012 (Stadium Shah Alam)
Jadual Latihan : 19 Julai 2012 (Stdm Sultan Muhammad IV, Kota Bharu)

IMG-20120622-01081
IMG-20120622-01083
IMG-20120622-01084
IMG-20120622-01086
 

Khamis, 21 Jun 2012

Dato' M Karathu Yakin Kemampuan The Red Warriors Jadi Juara Liga Super 2012
mkarathu
Jasamu Tetap Dikenang:
Bekas ketua jurulatih Kelantan yang tidak jemu mengikuti perkembangan semasa bekas pasukan dibawah bimbingannya meskipun tiada apa lagi kaitan dengan pasukan ini. Namun sejak melepaskan jawatan ketua jurulatih, Dato' M. Karathu menjadikan dirinya antara penyokong tegar The Red Warriors malah sentiasa mengemaskini status beliau berkaitan pasukan Kelantan sering mendapat "like" dan perhatian ramai penyokong Kelantan yang masih kagum dengan kehebatan jurulatih tempatan seperti Dato' M Karathu ini.
Jurulatih ini terpahat dalam sejarah dan antara lagenda bolasepak Kelantan setelah berjaya membimbing Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih 2011 dan Liga Super 2011 serta pernah membawa skuad anak buahnya di zaman Hashim Mustapha mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun 1993.
Keghairahan dan kemeriahan bolasepak Kelantan amat dikagumi beliau sehingga menyamakan suasana ini seperti berlaku di Brazil. Terima kasih Dato' M Karathu ANDA ADALAH WIRA DIHATI KAMI SELAMANYA.



"Juara liga super ialah sejarah pada tahun 2011. Tahun ini TRW bolih retain Juara liga dengan senang. Remembrance of TRW."

FAM, Azzuddin Diarah Fail Pembelaan


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Tan Sri Annuar Musa terhadap mereka pada awal bulan ini.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Ain Hamzah turut menetapkan 19 Julai ini untuk pengurusan kes semasa kes saman itu disebut di hadapan beliau hari ini.

Pada prosiding semalam, Annuar diwakili peguam Kamaruddin Abdullah dan Jasswant Singh, manakala tiada wakil daripada pihak defendan hadir.

Annuar memfailkan saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Jun lalu bagi menuntut 10 perisytiharan berhubung pengantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM termasuk pertuduhan persatuan itu terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac lalu adalah cacat, tidak sah dan terbatal.
Begitu juga perbicaraan tatatertib pada 4 April lalu dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya yang didakwa tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Mengikut pernyataan tuntutan, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM telah bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Katanya, Azzuddin yang dinamakan sebagai defendan kedua, dalam surat bertarikh 2 April lalu juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Ia dilakukan dengan alasan defendan itu sendiri yang akan mewakili plaintif, sedangkan defendan kedua tidak sepatutnya menjadi wakil plaintif kerana Azzuddin adalah pihak yang membuat tuduhan.
Sehubungan itu, Annuar memohon mahkamah mengisytiharkan kesemua tindakan yang membawa kepada pengantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Turut dimohon adalah perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bolasepak.

Annuar dalam kenyataan kepada media pada 7 Jun lalu memberitahu, tindakan saman itu dibuat bukan untuk mencabar hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, tetapi ia berkaitan dengan perlanggaran undang-undang yang dibuat dalam menjatuhkan hukuman tersebut.

Annuar digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM sejak 4 April lalu oleh Jawatankuasa Jatatertib persatuan itu setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Bagi pertuduhan pertama, Annuar digantung selama dua tahun sementara enam bulan lagi untuk pertuduhan kedua selepas didapati melanggar Artikel 88 Status FAM edisi 2010-14 di bawah Perkara 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III).

Catatan Popular