(LIGA SUPER 2012) KELANTAN GAGAL CIPTA KEMENANGAN
Kelantan gagal mencipta kemenangan selepas mendahului Terengganu 2 – 0 apabila berjaya diikat pasukan penyu itu dengan keputusan akhir 2 – 2.
Kelantan bermula cemerlang mencipta gol hasil rembatan kaki kiri Nor Farhan yang menewaskan penjaga gol Terengganu Sharmiza pada minit ke 5″.
Pada minit ke 21″, Badhri Radzi menambah keceriaan hampir 3 ribu penyokong Kelantan yang bertandang ke Stadium Terengganu apabila berjaya mencipta gol hasil sepakan percuma sekali lagi menewaskan Sharmiza.
Mendahului 2 – 0 Kelantan dilihat hilang punca dan seolah olah dipukau oleh kehebatan sang penyu yang menyaksikan pasukan Terengganu menyerang bertubi tubi namun gagal membolosi kehebatan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Pada minit ke 40″, Kelantan terpaksa akur apabila serangan Terengganu akhirnya membuahkan hasil apabila Hadi Yahya berjaya menyepak masuk untuk memberikan gol pertama Terengganu.
Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Terengganu 1 – 2 Kelantan.
Bermula separuh masa kedua, Terengganu sekali lagi berjaya melakukan serangan bertali arus dan tidak perlu menunggu lama untuk menghasilkan gol penyamaan dan kali ini gol terhasil menerusi tandukan cantik pemain kebangsaan iaitu Muslim Ahmad.
Selepas jaringan penyamaan itu, Kelantan dilihat “Hidup” semula dan segera bangkit mencari gol kemenangan namun gagal menembusi kubu pertahanan pasukan Terengganu.
Tamat perlawanan menyaksikan keputusan 2 – 2 kekal.
Selepas ini Kelantan akan menerima kunjungan pasukan Selangor di Kota Bharu pada 29 Jun 2012.