KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 19 Jun 2012

Kijang Waspada Helang Kota
 
piyalaweganu
Misi Padam Hasrat Lion XII
Pertembungan Kelantan dan Kuala Lumpur ini mungkin menjadi sebuah pertemuan terakhir dalam saingan Liga Super. Kuala Lumpur sebuah pasukan yang kini bergelut dengan masalah dalaman dan kewangan untuk mengurus dan mentadbir Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur sehingga ada ura-ura KLFA bukan sahaja akan ke Liga Perdana tahun depan malah mungkin akan memilih pilihan terakhir menutup operasi KLFA sekiranya krisis penajaan dan kewangan terus buntu.
Isu dalaman pasukan ini tidak dapat disembunyikan lagi ditambah pula kedudukan semasa liga ditangga tercorot dengan hanya 4 mata daripada 18 perlawanan, Kuala Lumpur sangat berharap bertemu pasukan seperti Kelantan ini bagi menampung sedikit sebanyak masalah yang ada, oleh itu tidak hairanlah pasukan ini memilih stadium Sultan Muhammad ke IV sebagai stadium tuan rumah selasa ini (19 jun), stadium ini boleh menjadi antara talian hayat akhir.
Namun penyokong Kelantan yang sememangnya diakui penyokong bolasepak sejati dan "terkaya" di Malaysia sudah pasti turut bersimpati dengan masalah yang dihadapi ini. Ini terbukti dengan jumlah kutipan tiket semasa perlawanan akhir Piala FA 2012 lalu apabila dianggarkan lebih RM3 juta berjaya dikutip hasil kutipan tiket dan lebih RM500,000 transaksi jual beli berlaku di sepanjang perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, jika termasuk kos perjalanan anggaran seorang penyokong Kelantan mengeluarkan lebih kurang RM200-500 wang belanja malah tidak dinafikan jika ada yang bebelanja lebih untuk mencapai hajat dan semangat mereka ini.
Pemilihan stadium Sultan Muhammad ke IV sebagai gelanggang pertemuan ini seperti memberi hadiah kegembiraan kepada penyokong Kelantan yang sentiasa gian menyaksikan aksi kesebelasan pemain mereka beraksi. Disamping terasa bosan kerana tiada siaran langsung menyiarkan perlawanan Kelantan pada malam esok.
Melihat rekod perlawanan, Kuala Lumpur bukan lawan mudah untuk ditumbangkan kerana semua pemain Kelantan dipaksa berkerja keras dalam setiap perlawanan kedua-dua pasukan ini sebelum memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Tidak mustahil Kuala Lumpur akan menjadi antara pasukan pemusnah dalam mencapai 4 lagi target kemenangan Kelantan daripada 8 baki perlawanan Liga Super untuk memadam hasrat Lion XII menjuarai Liga Super 2012 jika barisan pemain yang diturunkan mengambil mudah dan lewa perlawanan ini,
Sikap ambil mudah dan lewa antara aksi yang sering berlaku dalam perlawanan melibatkan Kelantan dengan pasukan terbawah liga. Namun untuk perlawanan ini, Bojan Hodak tetap memandang serius dan akan menurunkan kesebelasan utama kerana kemenangan amat penting bagi Kelantan.Keputusan Croatia menentang Sepanyol dalam EURO 2012 pada pagi esok turut menjadi tumpuan jurulatih kelahiran Croatia ini.
Seluruh penyokong Kelantan yang mempunyai kelapangan dan kemampuan diseru meramaikan kehadiran perlawanan ini bagi memberi semangat kepada barisan pemain Kelantan yang bertarung disamping membantu pasukan Kuala Lumpur. GOMO KELATE GOMO.

Barisan semasa bertemu Kedah sabtu lalu:
--------------------------Apek --------------------------
------------------------------------------------------------
-------------------Rizal----Subra---------------------
Daudsu---------------------------------------Zamri
------------------------------------------------------------
----------------------------Shakir----------------------
---------------------Piya (C)---------------------------
Indra----------------------------------------------Awe
-------------------------Farhan------------------------
---------------------Ghaddar-------------------------
Barisan Kemungkinan:
Khairul Fahmi, Daudsu, Rizal Fahmi, S. Subramaniam, Shakir Shaari, Indra Putra, Nurul Azwan Roya, Norfarhan, Ghaddar

Subs : Mat Chah, Nik Azim, Tuan Faim, K.Izuan Rosli, Chanturu, Ramzul, Azlan Ismail
Astaka Utama : RM20
Astaka II : RM15
Terbuka : RM10
Kanak-Kanak : RM5

**Tiket akan mula dijual di kaunter tiket Stadium mulai 9.00 pagi 19 Jun 2012 (esok).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular