Menjelang perlawanan penting pada malam ini antara Kelantan bertemu Selangor, pasukan Kelantan tiada pilihan lain jika ingin melangkah awal ke tahta liga pada malam ini Kelantan mesti menang. Selangor turun ke Kota Bharu dengan bangga sebagai satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Kelantan dalam saingan Liga Super 2012 (14/2/2012 Selangor 2-1 Kelantan), reputasi ini dijadikan sebagai pencetus untuk mengaibkan Kelantan kali kedua.
Namun suntikan bonus RM300 ribu kepada semua pemain Kelantan semalam diharap mampu memberi aura kemenangan dan semangat luar biasa kepada prestasi mereka pada malam ini. Kelantan perlu waspada kebangkitan Selangor yang memenangi kesemua 4 perlawanan yang diharungi mereka sebelum ini dalam merebut kedudukan tempat ketiga dengan pasukan Perak dan Negeri Sembilan dua pasukan yang bakal mencabar Kelantan selepas ini.
Perlawanan malam ini dijangka sengit dan menarik kehadiran ramai penyokong Kelantan, sorakan padu penyokong Kelantan dan aura keramat stadium Sultan Muhammad ke IV mampu memberi tekanan kepada kesebelasan pemain Selangor. Keputusan mensia-siakan peluang kemenangan ke atas Terengganu sabtu lalu diharap menjadi pengajaran berguna dan mampu menutup segala kelemahan barisan pertahanan dan serangan pada malam ini.
Jika semua pemain Kelantan mendapat bonus hasil daripada kecekalan mereka, seluruh penyokong Kelantan hanya mengharapkan bonus kemenangan dan menjulang satu lagi berprestij di Malaysia ini. Tiada apa yang lebih bermakna melainkan Kelantan berjaya menewaskan Selangor dan merampas tahta liga biarpun untuk seketika pada malam ini atau sekurang-kurang kekal sehingga 10 julai sebelum Lion XII bangun dari tidur atau terus kekal juara 2012 selepas perlawanan menentang Perak di Kota Bharu 7 julai nanti. GOMO KELATE GOMO.....GOMO SAKAT NOK MALE NI TERRR...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan