KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Kelantan tak mahu bersama Terengganu


Sebelum undian Piala Malaysia berlangsung semalam, pengurus pasukan bola sepak Kelantan, Azman Ibrahim ada membayangkan jika diberi pilihan juara Liga Super dan Piala FA itu tidak mahu berada dalam satu kumpulan dengan Terengganu, Kedah dan Tentera.

‘Mulut masinh’ atau secara kebetulan kerana apa yang dibimbangkan Azman itu akhirnya menjadi kenyataan apabila The Red Warriors diundi dalam satu kumpulan dengan ketiga-tiga pasukan berkenaan, semalam.
“Apa yang saya
risaukan berlaku juga akhirnya,” kata Azman selepas majlis undian yang meletakkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Tentera dalam Kumpulan B.

“Ini jelas sekali adalah kumpulan maut saingan kali ini. Terengganu dan Kedah memang lawan sukar yang cukup kami hormati, manakala juara Liga Perdana musim ini, Tentera yang dikendali bekas pengendali Kelantan, B Sathianathan bukan calang-calang pasukan.

“Sathia pernah menerajui Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada 2009 dan dia menyimpan banyak rahsia pasukan ini. Saya harap menyimpan sebahagian daripadanya dan memberi peluang kepada Kelantan untuk muncul juara,” katanya.

Bagaimanapun Azman yakin, pasukan yang mampu melepasi cabaran peringkat kumpulan maut ini akan pergi jauh dalam kejohanan itu nanti. “Jika dapat melepasi kumpulan, pasukan itu akan dapat pergi jauh,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan akur dengan nasib pasukannya yang diundi bersama Kelantan dan tidak menolak kemungkinan Tentera mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu dalam saingan Piala Malaysia tahun ini.
“Sebelum pasukan terakhir dalam Kumpulan B diundi, saya sudah terbayangkan nama Tentera akan keluar, dan apabila ia benar-benar muncul saya tidak terkejut,” kata Sathia. “Apa-apa pun boleh terjadi dalam peringkat ini, peluang kami tetap ada.”

Saya Mahu Piala Malaysia.

 
Pemain sayap Kelantan, Nurul Azwan Roya bertekad akan membantu The Red Warriors muncul juara dalam saingan Piala Malaysia 2012.


Menurutnya ketika bersama RedsfcNews semalam, dia berharap Kelantan dapat menjulang kejayaan dalam persaingan tahun ini.

Dia yang masih tidak memiliki pingat Piala Malaysia akan memberikan persembahan terbaik untuk muncul juara buat kali ketiga pada musim ini bersama Sang Kijang.

Bertanyakan tentang kontrak, Nurul Azwan bagaimanapun enggan untuk mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk statusnya pada musim depan.

Siap Siaga - TSAM.

 
The Red Warriors perlu bersiap siaga untuk aksi peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 2012.


Menurut Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, untuk menjadi pasukan juara, Sang Kijang perlu mampu menewaskan semua pasukan lawan tidak kira pasukan mana yang ditentang.

Kelantan perlu menerapkan dalam minda dalam setiap perlawanan ia adalah penting, jelasnya.


Beliau menyatakan demikian selepas melihat ulasan para peminat The Red Warriors selain anggapan banyak pihak akan kesukaran Kelantan yang diundi bersama Terengganu, Kedah dan ATM dalam kumpulan B.


Kita mesti melawan dan kita menghormati lawan tetapi tidak takut untuk turun melawan.

Khamis, 2 Ogos 2012

Tidak Sangka Diundi Dengan Kelantan - B. Sathianathan.

 
Kumpulan maut dan kumpulan susah. Tidak sangka ATM akan bertemu Kelantan yang juga juara Liga Super dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia.


Berikut adalah komen ketua jurulatih ATM yang juga bekas ketua jurulatih yang membawa The Red Warriors muncul juara Piala Malaysia pada tahun 2010, B. Sathianathan.

Kita juara Liga Perdana dan apa nak buat kerana ia adalah undian, jelasnya.

Sathia juga menjelaskan bukan sahaja Kelantan yang perlu diambil perhatian, Terengganu juga agak kuat selain Kedah yang ada sejarah agak baik dalam pertandingan Piala Malaysia.

Pada undian yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang tadi, ATM diundi dalam kumpulan B bersama Kelantan, Terengganu dan Kedah

Piala Malaysia 2012 : Kelantan Sukar, Lions Laluan Mudah.

 
 
Kelantan menerima undian dalam kumpulan maut untuk saingan Piala Malaysia 2012 yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Skuad The Red Warriors diundi bersama dengan Terengganu, Kedah dan ATM dalam kumpulan B.

Berbeza dengan pencabar terdekat, Lions XII dan Perak apabila tugasan mudah kepada mereka kerana menerima undian tidak memenatkan.

Lions XII misalnya tidak perlu pergi jauh pada saingan kali ini selepas menerima undian mudah dalam kumpulan A bersama dengan Johor FC, PKNS dan Johor.


Begitu juga Perak dalam kumpulan C dimana mereka diletakkan sekali dengan juara bertahan, Negeri Sembilan disamping Felda dan Sime Darby menjadikan kedudukan Seladang dan Jang untuk merebut dua slot ke suku akhir tampak mudah.

Selain Kelantan, pasukan juara 32 kali, Selangor juga berada dalam kumpulan maut selepas diundi bersama dengan T-Team, Sarawak serta pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super musim depan, Pahang.



sumber :redsfc news
 

Aslam Najmudeen Mengagumkan.

 
Pemain pertahanan pinjaman dari Kuala Lumpur, Mohd Aslam Haja Najmudeen menunjukkan persembahan mengagumkan dalam sesi latihan dengan The Red Warriors.

Dia yang baru sahaja menyertai pasukan selama empat hari nyata mudah serasi dengan pemain Kelantan sedia ada.

Melihat pada sesi latihan yang berlangsung, Aslam tidak tertekan bersama rakan baru malahan mampu berkomunikasi dengan baik bersama rakan sepasukan yang lain.

Dia turut kelihatan memberi arahan kepada pemain pertahanan muda yang bergandingan bersama ketika diuji dalam perlawanan latihan dengan pemain Sang kijang.

Berdasarkan pemerhatian penyokong yang sempat ditemui selepas sesi latihan malam tadi, mereka beranggapan Aslam mampu menjadi pemain pertahanan baik jika meneruskan sikap seperti yang ditunjukkan dalam sesi latihan tersebut.

Tidak syak lagi jika dia bersikap seperti bekas pemain pinjaman Kelantan sebelum ini seperti Nazrul Erwan Makmor, Aslam akan menjadi pertahanan yang digeruni pada saingan Piala Malaysia tahun ini.

Kelantan Uji Kelab Luar Negara.

 
Selain kelab tempatan, The Red Warriors juga akan menguji kelab luar negara dalam persiapan mereka sebelum sepak mula Piala Malaysia dan Piala AFC.

Menurut sumber kepada RedsfcNews, sebuah kelab dalam proses rundingan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Pasukan tersebut tidak dinyatakan tetapi dijangka mampu menjadi lawan setanding kepada Sang Kijang untuk persiapan mereka, jelasnya.

Sementara itu, sesi latihan Kelantan berjalan lancar dengan kehadiran Bojan Hodak memantau prestasi pemain supaya kekal cergas sepanjang Ramadhan.

Mereka menjalani latihan pada setiap malam dan selepas ini akan menguji sebuah kelab dari Pantai Timur sebelum meneruskan perjalanan mencipta kejuaraan dalam Piala Malaysia dan misi lepas ke separuh akhir AFC

sumber;redsfc news

Rahmat Che Hashim Bintang Bakal Menyinar.


 REDS FC NEWS berkesempatan berbual dan beramah mesra dengan anak Kelantan yang terpilih ke Barcelona untuk Program Nike The Chance Global Finals, Rahmat Che Hashim selepas tamat sesi latihan dengan TRW pada malam tadi.



Beliau akan ke Barca dan menimba pengalaman dengan Pep Guardiola pada 15 Ogos ini. Menurutnya, dia tidak pernah mewakili skuad profesional kecuali bermain untuk Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Pernah dipanggil skuad presiden Pahang namun hanya sekerat jalan kerana tidak dapat memberi komitmen kerana memberi penekanan pada pelajaran. 

Melihat pada corak permainan daripada sesi latihan dengan TRW tadi, Rahmat Che Hashim memiliki larian deras selain kawalan bola kemas dan mampu menjadi pemain serangan. 

Turut memiliki naluri selaku pembantu serangan dan prospek masa depan bola sepak Kelantan dan Malaysia khususnya.

Diberi peluang oleh Bojan untuk bermain dan menggunakan peluang itu dengan berkesan serta mendapat pujian dari pemain senior TRW.

Semoga dia mampu memberikan yang terbaik ketika menimba pengalaman dengan Barcelona nanti.

sumber :redsfc news

Rumours : Safee Sali Perkuat Kelantan Piala AFC?

 
 
Safee Sali mungkin akan menyertai Kelantan secara pinjaman untuk aksi suku akhir Piala AFC 2012.

Menurut desas desus yang bertiup kencang dalam kem The Red Warriors, dikatakan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sudah bertemu ejen Safee untuk membawa pemain ini ke Kota Bharu.


Khabar itu semakin panas apabila Safee sendiri ada mengeluarkan kenyataan dalam media menyatakan beliau sedia untuk beraksi dengan pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Ketua pasukan Pelita Jaya FC itu turut mengesahkan ada menerima tawaran beberapa pasukan dari Malaysia dan Thailand untuk beraksi bersama mereka pada kempen liga negara masing-masing.

Safee ketika ini sedang melalui cuti pra musim panjang dengan kelab yang diwakili di Indonesia tersebut mahu beraksi selaku pemain pinjaman bagi mengekalkan stamina untuk kejohanan Piala AFF yang akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi.

Sementara itu, rata-rata penyokong Kelantan yang memberikan komen di laman sosial Facebook membantah kehadiran pemain ini menyertai pasukan sempena Piala AFC.

Bagi mereka, Sang Kijang sudah mempunyai cukup pemain dan tidak perlu menggunakan khidmat Safee biarpun selaku pemain pinjaman.

Catatan Popular