KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 15 Julai 2012


Pesta The Red Warriors


The Red Warriors berpesta setelah dinobatkan juara Liga Super secara rasminya di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Lebih manis, kejayaan itu diraih didepan penyokong sendiri selain mengutip tiga mata terakhir menewaskan Sarawak dengan jaringan 3-1.

Perlawanan yang berlangsung hambar pada satu ketika akhirnya terlerai dengan tiga jaringan pantas pada babak kedua melalui ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dan  dua jaringan Norfarhan Mohamad.

Sarawak yang cuba bangkit bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan satu jaringan Shahran Samad selepas sepakan penalti pada masa kecederaan gagal disempurnakan penyerang mereka, Joel Epalle.

Selaku juara, semua pemain Kelantan menerima medal dan piala Liga Super serta cek wang kemenangan berjumlah RM750 000.

Hampir 20 000 penyokong Kelantan berpesta dengan sambutan bunga api diiringi pancaragam meraikan kejayaan wira mereka menjulang piala terulung Liga Malaysia.

TRW Cipta Sejarah Tersendiri.


Kelantan mencipta sejarah tersendiri apabila kali pertama berjaya mempertahankan kejuaraan liga utama negara sejak ditubuhkan puluhan tahun dulu.


Siapa sangka, dengan pembelian terhad dan mengembleng tenaga muda dari Skuad Piala Presiden, The Red Warriors mampu menjulang piala buat kali kedua selepas muncul pemenang musim lalu.

Mereka nyata mengenepikan sentimen kebencian penyokong luar dan terus bertarung dengan kekurangan sokongan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memartabatkan nama negara dari ternoda dek saingan sengit Lions XII.

Kini, Kota Bharu berpesta dengan dua piala utama sudah berjaya dibawa pulang dan mereka akan turun selepas Aidilfitri nanti untuk aksi suku akhir Piala AFC dan mencari "treble" pertama dalam kejohanan Piala Malaysia.

Sabtu, 14 Julai 2012

Kelantan Kontrakkan Mijo Dadic.


Kelantan melengkapkan pencarian mereka untuk memperkukuhkan skuad Piala AFC apabila bakal menandatangani pemain import dari Crotia, Mijo Dadic.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa dalam laman Facebook rasminya, Mijo merupakan pemain pilihan ketua jurulatih, Bojan Hodak.

Pemain ini dijangka memperkuatkan pasukan Kelantan dengan mengantikan Obinna Nwaneri yang terpaksa diketepikan ekoran pengantungan dua perlawanan selepas dilayangkan kad merah pada pusingan kedua tempoh hari.

Mijo kini beraksi bersama skuad Deltras FC akan tiba di Kota Bharu pada minggu depan dan kemungkinan besar akan menandatangani kontrak terus dengan The Red Warriors.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh RedsfcNews dalam carian internet, Mijo berpengalaman luas dalam Liga Malaysia kerana pernah beraksi dengan MK Land selain turut dilatih Bojan ketika beraksi bersama UPB My Team pada 2007/2008.
Dia turut menjadi pilihan Persiba Balik Papan ketika beraksi di Liga Indonesia sebelum berhijrah menyertai Deltras pada tahun 201

Jumaat, 13 Julai 2012


Hadir ke Stadium Meriahkan Suasana - Presiden KAFA.


Penyokong Kelantan dijemput hadir pada perlawanan menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu bagi meraikan kejayaan The Red Warriors menjulang Piala Liga Super 2012, malam esok.


Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, penyokong diseru turun  beramai-ramai untuk memeriahkan suasana.

Semua penyokong yang bertandang digalakkan membawa bendera negeri dan bendera The Red Warriors bagi mengiringi skuad gendang.

Selain itu, sepanduk juga boleh dipamerkan tanda sokongan dan kegembiraan penyokong atas kejayaan yang diraih oleh pasukan Kelantan.

Sementara itu mengulas tentang kesediaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan penyampaian Piala dan Medal diadakan di Kota Bharu, Annuar mengucapkan setinggi-tingi terima kasih dan kesyukuran atas kebenaran tersebut.


Bojan Mahu Julang Piala AFC. 

 The Red Warriors idam untuk menjulang Piala AFC selepas kejayaan bersejarah mempertahankan Liga Super dan merampas Piala FA dari Terengganu pada musim ini.

 Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak mengatakan kepada pihak media, para pemain kini sedang dipersiapkan untuk perlawanan suku akhir melawan juara kelab Iraq, Arbil SC, pertengahan September depan.

 Kita fokus pada pertemuan tersebut tetapi kini pihak pengurusan sedang pening kerana tiada perlawanan akan berlangsung sehingga Ogos tetapi selepas itu kita akan melalui jadual yang sangat padat untuk dua pertandingan sekaligus. Piala Malaysia merupakan kejohanan kompetetif tetapi kita juga memberi tumpuan kepada Piala AFC kerana ia lebih penting. Justeru itu, pihak kami akan merayu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meminda beberapa jadual perlawanan Piala Malaysia bergantung kepada situasi semasa, jelasnya. Kami akan mencuba beri yang terbaik pada saingan di Asia dengan mara ke peringkat terakhir kerana sudah tentu ia akan meningkatkan nama dan profil kelab.

Khamis, 12 Julai 2012


Rumours : Fadhli Shas Ke Kelantan?


Rumours terbaru dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan pemain pertahanan skuad kebangsaan, Fadhli Shas kemungkinan besar akan menyertai Kelantan pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Menurut sumber itu, pemain kelahiran Ipoh ini ada menyatakan minat untuk bersama The Red Warriors seterusnya membantu Sang Kijang dalam saingan liga domestik.

Kehadiran Fadhli ke Kelantan mungkin akan membentuk gandingan mantap dengan pemain senior lain setelah dikhabarkan beberapa pemain utama di posisi pertahanan bakal berhijrah menyertai pasukan lain.

Dia merupakan pemain pertahanan skuad Harimau Muda, pernah menyertai kelab FC Vion selaku pemain pinjaman selain dinobatkan pemain terbaik Asia bawah 23 tahun oleh laman sukan terkenal Goal.com pada 2011.

Pengalaman pemain ini dijangka dapat membantu Kelantan menjadi lebih kuat tambahan pula pada musim 2013, Sang Kijang bakal menghadapi banyak saingan lebih mencabar
Sah, Piala Liga Super Disambut Di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.


Berita gembira kepada semua penyokong The Red Warriors apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membenarkan Piala Liga Super dijulang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu pada 14 Julai depan. Menurut sumber KAFA , Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin telah menghubungi mereka dan mengesahkan akan menghantar piala untuk disampaikan kepada pasukan Kelantan. 

                  Pihak persatuan bola sepak The Red Warriors melalui setiausaha agung, Haji Azman Ibrahim dalam satu kenyataan mengucapkan kesyukuran dan ucapan terima kasih kepada FAM kerana menerima rayuan pihak KAFA. Justeru itu, satu sambutan akan diadakan di Kota Bharu sempena majlis menjulang piala dimana pelbagai aktiviti menarik telah disusun selain 500 helai baju akan diedarkan kepada penyokong yang bertandang. Ternyata satu berita baik setelah beberapa hari diselubungi dengan isu panas ekoran keengganan FAM untuk mengadakan sambutan di Kota Bharu. Para penyokong Kelantan yang berada di seluruh negeri, yang berkesempatan hadir dijemput beramai-ramai ke stadium pada Sabtu ini untuk menyaksikan sendiri sejarah The Red Warriors menjulang piala di laman sendiri.
Temu QPR : Cari Pengalaman Sebanyak Mungkin.

Peluang besar kepada pemain Kelantan untuk mencari pengalaman antarabangsa sebanyak mungkin ketika turun melawan kelab Liga Perdana Inggeris, Queen Park Rangers. Menurut Tan Sri Annuar Musa, Queen Park Rangers dijangka akan menurunkan kesebelasan utama mereka termasuk dibarisi beberapa bintang dunia pada perlawanan tersebut.
 
   QPR yang diuruskan oleh Mark Hughes baru sahaja mendapatkan Park Ji Sung, Fabio Da Silva dan Robert Green selain diperkuatkan dengan tonggak dunia lain seperti Djibril Cisse, Wright Philips, Bobby Zamora, Joey Barton serta Anton Ferdinand. Pihak lawan juga mengakui kekuatan Kelantan di persada tempatan dan Asia atas kejayaan muncul juara Piala FA dan melayakkan diri ke suku akhir Piala AFC dan mereka beranggapan itu merupakan salah satu faktor untuk menguji Sang Kijang.

   Justeru itu, pemain The Red Warriors wajar mengambil serius pendedahan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan skuad terbaik bagi mengharungi saingan yang akan datang. Selain itu, ia juga satu pendedahan menarik buat semua pemain sebelum turun aksi suku akhir Piala AFC melawan pendahulu Liga Iraq, Arbil SC, September depan

Empat Pemain Dipanggil Sertai Harimau Malaya.


Empat pemain The Red Warriors dipanggil menyertai kem latihan Harimau Malaya sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan persahabatan melawan kelab Liga Perdana Inggeris.


Menurut laporan, Khairul Fahmi Che Mat mengetuai senarai panggilan dari pasukan Kelantan bersama dengan Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam dan Shakir Shaari bagi sesi latihan pusat sebelum beraksi melawan Arsenal dan Manchester City.

Keempat-empat dari mereka akan bersaing bersama 23 lagi pemain yang turut dipanggil seterusnya merebut tempat menyertai skuad untuk sesi latihan luar negara yang akan diatur Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 4 hingga 16 Ogos depan.

Seorang lagi pemain Sang Kijang, S. Chanturu tersisih selepas mengalami kecederaan serius. Dia yang telah terpilih sebelum ini terpaksa diketepikan oleh pihak pengurusan skuad negara.

Sementara itu, khabar bertiup kencang dalam kem pasukan kebangsaan dimana ketua pasukan Kelantan, Mohd Badri Radzi bakal dipanggil mewakili skuad negara ke pertandingan Piala JAVA di Indonesia.

Badri dikatakan akan menyertai skuad itu selaku pemain senior bersama penyerang Terengganu T-Team, Mohd Faiz Subri

Catatan Popular