KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Khamis, 12 Julai 2012

Temu QPR : Cari Pengalaman Sebanyak Mungkin.

Peluang besar kepada pemain Kelantan untuk mencari pengalaman antarabangsa sebanyak mungkin ketika turun melawan kelab Liga Perdana Inggeris, Queen Park Rangers. Menurut Tan Sri Annuar Musa, Queen Park Rangers dijangka akan menurunkan kesebelasan utama mereka termasuk dibarisi beberapa bintang dunia pada perlawanan tersebut.
 
   QPR yang diuruskan oleh Mark Hughes baru sahaja mendapatkan Park Ji Sung, Fabio Da Silva dan Robert Green selain diperkuatkan dengan tonggak dunia lain seperti Djibril Cisse, Wright Philips, Bobby Zamora, Joey Barton serta Anton Ferdinand. Pihak lawan juga mengakui kekuatan Kelantan di persada tempatan dan Asia atas kejayaan muncul juara Piala FA dan melayakkan diri ke suku akhir Piala AFC dan mereka beranggapan itu merupakan salah satu faktor untuk menguji Sang Kijang.

   Justeru itu, pemain The Red Warriors wajar mengambil serius pendedahan yang dilakukan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyediakan skuad terbaik bagi mengharungi saingan yang akan datang. Selain itu, ia juga satu pendedahan menarik buat semua pemain sebelum turun aksi suku akhir Piala AFC melawan pendahulu Liga Iraq, Arbil SC, September depan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular