KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 8 Julai 2012

Kelantan Pertahan Kejuaraan Liga Super.



Photo: This is KOTA BHARU - Bojan Hodak

Kelantan berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super apabila mudah membelasah Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi. Kehadiran ribuan penyokong setia Merah Putih yang membanjiri tempat duduk, Kelantan bagaimanapun bermula hambar apabila gagal menyempurnakan beberapa peluang terhidang yang diperoleh didepan pintu gol Perak.

 Sehinggalah memasuki minit ke-16, berpunca dari gerakan Norfarhan membolehkan Indra Putra Mahayuddin melepaskan satu sepakan kencang untuk gol pertama Sang Kijang. Selang dua minit kemudian, giliran Ghaddar mencetak nama selaku penjaring selepas gerakan Indra dari sebelah kiri mudah ditampan masuk menewaskan penjaga gol pasukan pelawat.

 Kelantan terus mengganas pada minit ke-22, kali ini menerusi jaringan Mohd Badri Radzi dari jarak dekat setelah hantaran lintang yang dilakukan Nurul Azwan Roya ditampan Ghaddar sebelum disepak masuk ketua pasukan The Red Warriors tersebut. Indra Putra menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-29 apabila menanduk masuk hantaran lintang Mohd Badri Radzi.

 Pada minit ke-38, Nurul Azwan Roya meletakkan Kelantan 5-0 didepan apabila mudah menolak masuk hantaran leret Indra Putra Mahayuddin. Bersambung babak kedua, Sang Kijang tidak menunggu lama melakar jaringan keenam berpunca dari kesilapan pemain pertahanan Perak, Indra Putra melengkap hatrik pertama selepas beberapa musim menyertai Kelantan dengan sepakan rendah ke gawang.

 Selepas jaringan tersebut, Kelantan mula mengendurkan asakan menyaksikan Perak berpeluang melakukan beberapa jaringan termasuklah percubaan Akmal Rizal Rakhli ketika Khairul Fahmi sudah tertewas namun S.Subramaniam pantas menahan untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Kelantan turut berpeluang menambah jaringan menerusi Norfarhan Mohamad serta pemain yang dimasukkan, Norshahrul Idlan Talaha tetapi penjaga gol Perak menafikan percubaan mereka. Kedudukan tersebut terus kekal sehingga tamat perlawanan dan para penyokong The Red Warriors berpesta menyaksikan wira mereka menjulang tiga mata seterusnya menafikan hajat Lions XII untuk muncul juara Liga Super 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular