Pemain, Pengurusan TRW Diberi Cuti Dua Minggu.
Pihak pengurusan dan pemain skuad The Red Warriors akan bercuti sehingga hujung bulan ini sebelum turun kembali menyertai sesi latihan untuk Piala Malaysia dan Piala AFC.
Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, kesemua mereka diberi cuti setelah melalui jadual padat sepanjang Jun dan Julai.
Ketua jurulatih, Bojan Hodak, dan para semua pemain import turut pulang bercuti ke negara masing-masing kecuali Keita Mandjou, jelasnya.
Sekembalinya dari cuti, kesemua pemain dan pihak pengurusan pasukan diminta memberi tumpuan pada dua kejohanan penting dan saya harap mereka mengambil pengalaman dan iktibar akan pertemuan dengan kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan