Pesta The Red Warriors
The Red Warriors berpesta setelah dinobatkan juara Liga Super secara rasminya di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Lebih manis, kejayaan itu diraih didepan penyokong sendiri selain mengutip tiga mata terakhir menewaskan Sarawak dengan jaringan 3-1.
Perlawanan yang berlangsung hambar pada satu ketika akhirnya terlerai dengan tiga jaringan pantas pada babak kedua melalui ketua pasukan, Mohd Badri Radzi dan dua jaringan Norfarhan Mohamad.
Sarawak yang cuba bangkit bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan satu jaringan Shahran Samad selepas sepakan penalti pada masa kecederaan gagal disempurnakan penyerang mereka, Joel Epalle.
Selaku juara, semua pemain Kelantan menerima medal dan piala Liga Super serta cek wang kemenangan berjumlah RM750 000.
Hampir 20 000 penyokong Kelantan berpesta dengan sambutan bunga api diiringi pancaragam meraikan kejayaan wira mereka menjulang piala terulung Liga Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan