KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 13 April 2012

Suka duka kancah bola sepak Kelantan


SIKAP penyokong yang suka membaling mercun sukar dibendung di Kelantan.


BOLA sepak Kelantan memiliki susur galur sejarah yang cukup panjang dan unik, perjalanan dan jatuh bangun pasukan ini sentiasa menarik untuk ditelusuri.
Pernah dianggap 'kilang' yang melahirkan ramai nama-nama besar dan berstatus legenda seperti Dali Omar, Mahadi Yusof, Nik Salleh Nik Man, Hashim Mustapha, Wan Ezila Daud dan Nik Fauzi Nik Hassan, Kelantan kini mampu berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi.
Menjadi pasukan negeri pertama terperosok di kancah liga kelas ketiga, Liga FAM, Kelantan kemudian bangkit menjadi kuasa besar baharu bola sepak Malaysia selepas menjulang Piala Malaysia dan Liga Super.
Era kebangkitan Kelantan bermula pada musim 2008 apabila tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa yang telah banyak melakukan perubahan.
Transformasi secara menyeluruh termasuk daripada segi pengurusan dan barisan pemain yang disenaraikan meletakkan Kelantan antara pencabar yang perlu digeruni dalam saingan Liga Malaysia.
Sokongan yang diterima daripada para peminat cukup menakjubkan apabila berbondong-bondong penyokong mereka mula membanjiri Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malah, aksi Kelantan di gelanggang lawan juga mendapat sambutan yang menggalakkan.
Namun, dalam usaha meletakkan mereka sebagai gergasi bola sepak tempatan, Kelantan juga tidak pernah terlepas daripada tercalit dengan pelbagai isu dan kontroversi yang menyelubungi pasukan tersebut.
Perlawanan pertama Liga Super 2009 menyaksikan Kelantan bertemu KL Plus di Kota Bharu dan pasukan pelawat diberikan kemenangan percuma apabila KAFA dipersalahkan kerana didakwa tidak menyediakan padang yang sempurna sehingga perlawanan tersebut dibatalkan kerana hujan lebat dan padang digenangi air.
Kejadian tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat dan desakan demi desakan yang dilakukan menyebabkan FAM menukar keputusan tersebut untuk mengadakan semula perlawanan berkenaan.
Sejarah yang tidak mungkin lenyap dalam memori para peminat bola sepak Malaysia pastinya insiden yang berlaku pada 7 April 2009 apabila sebuah trak polis dibakar dan kereta penonton dipecahkan selepas penyokong Kelantan mengamuk di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV dalam saingan separuh akhir Piala FA pertama menentang Negeri Sembilan.
Padahnya, FAM mendenda KAFA sebanyak RM90,000 dan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV digantung daripada mengadakan sebarang perlawanan Liga Malaysia sehingga akhir musim.
Keputusan tersebut nyata mewujudkan konfrantasi antara peminat Kelantan dan FAM apabila mereka menganggap keputusan tersebut sebagai keterlaluan dan tidak masuk akal.
Atas desakan peminat, akhirnya FAM mula menggunakan budi bicara dan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV hanya digantung enam perlawanan dan sepanjang digantung, Kelantan terpaksa beraksi di Stadium Nasional, Bukit Jalil yang nyata memberi impak kepada prestasi pasukan pada waktu itu.
Jika isu denda akibat kelakuan penonton, KAFA mungkin antara persatuan yang paling banyak di denda dan puluhan ribu ringgit telah dihabiskan oleh KAFA untuk membayar denda kepada FAM gara-gara ketaksuban para penyokong sehinggga situasi membaling mercun dan objek ke dalam padang menjadi satu tabiat yang cukup sukar untuk dibendung.
Terbaharu, kemarahan penyokong Kelantan kembali meledak apabila Timbalan Presiden FAM, Annuar yang juga Presiden KAFA dikenakan tindakan gara-gara kenyataan dikeluarkan mengenai pasukan Harimau Malaya dianggap sebagai kritikan yang mengaibkan FAM.
FAM sebagai sebuah badan induk yang menguruskan bola sepak negara menerusi beberapa individu kemudiannya bangkit 'membantai' kenyataan yang dikeluarkan oleh Annuar itu yang tidak seharusnya disebarkan kepada media.
Bagi FAM, sebarang kritikan haruslah melalui saluran yang betul dan pasukan Harimau Malaya di bawah kelolaan FAM tidak harus direndah tarafkan oleh sesiapa sahaja termasuklah Annuar yang merupakan orang ketiga di dalam FAM.
Akhbar sebelum ini menyiarkan laporan Annuar sebagai berkata:
"Terus terang saya katakan secara peribadi prestasi tidak menentu dan kadang kala kita dengar alasan-alasan yang tidak semua orang boleh terima. Tiap kali kita kata nak cuba. Bola sepak adalah benda yang berjalan sepanjang masa. Kita tidak boleh kata kita buat ini untuk empat tahun akan datang. Siapa boleh jamin kita akan lebih baik empat tahun lagi".
Mungkin dengan kenyataan itulah, membuatkan ramai yang tersinggung malah, tidak kurang pula yang menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyerang Annuar.
Kritikan tersebut dilihat sebagai satu dosa yang tidak boleh diampunkan kerana ada yang berpendapat kenyataan itu menyebabkan maruah Malaysia sebagai pemenang Piala AFF Suzuki dan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini tercalar teruk.
Sejarah sebelum ini juga membuktikan mereka yang lantang mengkritik FAM dalam usaha membangunkan bola sepak negara akhirnya 'diterajang'.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, pengurus pasukan Johor era 90-an, Datuk Suleiman Mohd. Nor dan Datuk Taha Arifin dari Sarawak serta Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Perak).
Kesemua mereka ini telah membuktikan mereka berjaya melakukan reformasi dalam persatuan bola sepak masing-masing tetapi, apabila mereka lantang mengkritik untuk menjadikan FAM itu sebuah persatuan yang lebih baik, mereka akhirnya terpaksa menerima padah.
FAM seharusnya dilihat sebagai sebuah institusi yang mempunyai 'jiwa' yang besar, menerima kritikan dengan lapang dada terutama apabila ia melibatkan usaha untuk melakukan penambahbaikan.
Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab membangunkan sukan bola sepak di negara ini, tidak ada pihak mampu untuk mempertikaikan jasa dan pengorbanan FAM mengekalkan bola sepak sebagai sukan paling popular.
Oleh yang demikian, FAM tidak perlu menjadi sebuah badan yang kebal sehinggakan tidak mampu untuk 'diusik' mana-mana pihak walaupun kritikan tersebut dilihat sebagai relevan.
Apa pun, Annuar sudah berdepan Jawatankuasa Tatatertib dan seperti dijangka, dia digantung selama 30 bulan tanpa boleh terlibat dalam semua aktiviti bola sepak kelolaan FAM.
Sekiranya Annuar percaya apa yang dilakukan itu betul demi maruah bola sepak negara, dia tidak perlu gentar demi sebuah kebenaran.

President Warriors Dipotong Mata.


Berita buruk buat pengurusan Piala Presiden Kelantan apabila dipotong 14 mata ekoran menurunkan pemain tidak sah dalam tujuh perlawanan Liga Presiden Malaysia 2012.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, skuad liga simpanan Kelantan dikenakan pemotongan selepas menurunkan Syazwan Yusoff pada pertandingan tersebut.

Syazwan yang didaftarkan untuk Liga Super tidak dibenarkan beraksi kerana peraturan yang telah digariskan FAM menyatakan seseorang pemain yang didaftarkan di peringkat tertinggi tidak dibenarkan beraksi di kejohanan bawah.

Justeru itu, Sang Kijang diputuskan mengalami kekalahan pada semua tujuh perlawanan tersebut dengan jaringan 3-0 dan mata tersebut diberikan kepada pasukan yang dilawan, jelasnya.

Sementara itu, reaksi awal pengurus pasukan, Encik Yusri kepada kelatebola, beliau tidak memberikan sebarang komen tentang perkara ini dan hanya menantikan surat rasmi FAM sebelum membuat satu sidang media untuk menjelaskan situasi yang berlaku.

Khamis, 12 April 2012

Ghaddar Tutup Mulut Pengkritik.


Mohamad Ghaddar menutup seketika mulut para pengkritik dengan beberapa jaringan penting untuk membantu Kelantan dalam saingan Piala AFC.


Enam jaringan yang disumbangkan sepanjang empat perlawanan nyata memberikan Kelantan kedudukan selesa untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, dia seringkali menerima kritikan pedas dari segelintir penyokong yang tidak berpuas hati dengan kegagalan menjaringkan gol selain tidak mampu menjelmakan sentuhan pemusnah didepan jaring.

Namun dengan jaringan menarik yang dilakukan sepanjang dua perlawanan AFC lepas, Ghaddar kembali pada prestasi terbaiknya untuk menutup terus kritikan yang dilemparkan selama ini.

Sementara itu, mengikut maklumat yang disampaikan, kemungkinan besar Ghaddar kembali dalam kancah Liga Malaysia kerana pihak pengurusan Sang Kijang dijangka memasukkan dia untuk mengantikan dengan seorang lagi pemain import, Nwoha Onyekachi.

Isnin, 9 April 2012

Prebiu Liga Presiden 2012 : SDM Pulau Pinang vs President Warriors.


Turun aksi di tempat lawan, Kelantan tiada pilihan selain mencatatkan kemenangan keatas SDM Pulau Pinang untuk mengukuhkan tempat mereka di empat terbaik saingan Liga Presiden Malaysia Kumpulan A.


Tewas perlawanan terakhir kepada SSTMI bukan satu berita mengembirakan kerana beberapa lawan yang ditinggal jauh dari kedudukan mata mula mengejar rapat untuk memintas.

Satu peluang kepada President Warriors sebenarnya untuk mendapatkan tiga mata penuh kerana lawan yang dihadapi dilihat tidak setaraf selain kekurangan pengalaman menyebabkan terperosok ke tempat terbawah.

Namun, Sang Kijang tidak boleh memandang mudah pertemuan ini setelah SDM FC beraksi cemerlang pada pertemuan terakhir mereka termasuk mudah membenam Melodi Jaya di tempat lawan.


Mereka pasti membawa moral kemenangan tersebut untuk memberi cabaran kepada skuad muda Kelantan seterusnya cuba memungut tiga lagi mata yang ditawarkan pada perlawanan ini.

Berdasarkan rekod pertemuan, Sang Kijang mengatasi pasukan lawan 3-0 pada perlawanan pusingan pertama. Mengikut kedudukan semasa juga banyak memihak pada Kelantan selepas pasukan tuan rumah dilihat masih bergelut untuk mencapai keputusan terbaik pada setiap perlawanan yang disertai mereka.


Menurut pengurus pasukan President Warriors, Encik Yusri, tiga mata wajar dipungut para pemain jika mahu melayakkan diri secara merit ke pusingan kalah mati.

Selain itu, para pemain juga mesti menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk membenam pasukan lawan yang mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Utamanya, pemain "midfield dan striker"  mesti berfungsi dengan baik dan tidak mengsia-siakan peluang yang terhidang, tegasnya.

Pada perlawanan petang esok, Kelantan dijangka dapat menggunakan kembali khidmat Faizol Nazlin selepas dia tidak beraksi dengan skuad senior manakala beberapa pemain utama masih bergelut dengan kecederaan memaksa harapan terpaksa diletakkan pada barisan sedia ada.

Muhamad Ramadhan yang beraksi gugup pada pertemuan dengan SSTMI dikekalkan selaku penjaga gol utama manakala Fakrul Ikram diletakkan di bangku simpanan selepas Judtanna masih cedera selain Syazwan pula beraksi dengan skuad senior.

Barisan pertahanan mempertaruhkan ketua pasuan, Faizol Nazlin di bahagian pertahanan tengah dimana dia kemungkinan akan membentuk gandingan dengan Zabeel Mohd Nor serta Tuan Mohamad Faem. Satu lagi tempat mungkin menjadi milik Bahaman Ghani.

Jentera tengah pula mempertaruhkan pemain berpengalaman, Mohamad Asif dengan Norshahrul Hawari. Sementara itu, Muhamad Azmi dan Firdaus Nasir melengkapkan formasi dengan kedudukan di bahagian sayap.

Jentera serangan, tiada pilihan selain gandingan Shahiran dan Aris selepas beberapa pemain simpanan lain seperti Akid, Azyu dan Manaf Mansor dilihat masih gagal membuktikan sentuhan mereka bila diberi peluang.

Kesebelasan Pemain Jangkaan.

President Warriors


Muhamad Ramadhan (Gk)
Bahaman Ghani  -- Faizol Nazlin (Kp) -- Tuan Mohd Faem -- Zabeel
Firdaus Nasir -- Mohamad Asif -- Norsyahrul Hawari -- Muhamad Azmi
Shahiran Zain -- Aris Zaidi

SDM Pulau Pinang




SUMBER:REDSFC NEWS

Ghaddar Masuk Kembali, Nwoha Ke Piala AFC?


Info yang didapati kelatebola dari sumber rakan bloggers, kemungkinan besar Mohamad Ghaddar bakal kembali memperkuatkan skuad Liga Super The Red Warriors.


Ini berikutan prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan penyerang import asal Lubnan tersebut dalam saingan Piala AFC, baru-baru ini.

Ghaddar yang menjaringkan hatrik bukan sahaja membuktikan kembali sentuhan berbisa yang sudah lama tidak kelihatan, malahan mampu memikat penyokong dengan aksi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang 90 minit masa perlawanan.

Dengan kembalinya Ghaddar, seorang lagi penyerang import, Nwoha Onyekachi kemungkinan besar hanya diletakkan dalam saingan AFC.

Menurut sumber bloggers tersebut, kembalinya Ghaddar bukan bermakna penamatan kontrak terus kepada Nwoha namun ianya adalah strategi jangka panjang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk memperkasakan pasukan pada pintu perpindahan yang baru dibuka oleh FAM.

Dilema KAFA Dalam Pemilihan Pemain Import.


Disebalik pembukaan kembali tingkap pendaftaran pemain import Liga Malaysia, pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berada dalam keadaan dilema untuk mendaftarkan pemain baru.


Bojan Hodak selaku ketua jurulatih telah diberi kuasa penuh untuk memilih pemain mana yang layak menyebabkan pengendali asal Crotia tersebut perlu teliti sebelum menyerahkan kepada pihak persatuan.

Namun, nyata sukar buat jurulatih untuk memilih pemain yang akan menggalas tugas di pertandingan liga kerana ketiga-tiga pemain itu telah membuktikan dapat membantu kejayaan Kelantan dalam kesemua kejohanan yang disertai pada musim ini.


Ketika Obinna Nwaneri sudah hampir pasti dikekalkan kerana aksi yang begitu mengagumkan, kini Bojan perlu memilih sama ada mengekalkan Nwoha atau menyenaraikan semula Ghaddar ataupun Antwi dalam kejohanan tempatan.

Jika sebelum ini terdapat kritikan daripada ramai pihak supaya mengeluarkan Nwoha dari saingan liga ekoran masalah ketidak tentuan prestasi, kini Bojan dan pihak KAFA semakin pening selepas pemain tersebut telah menunjukkan kembali sengat selaku pemain serangan.

Begitu juga dengan Danny Antwi, mula menunjukkan persembahan cemerlang untuk menyakinkan pihak pengurusan agar menyenaraikan kembali nama dalam skuad liga domestik.

Malahan, Ghaddar yang dikeluarkan beberapa bulan lalu sudah menunjukkan bukti mengapa dia seharusnya berada didalam pasukan jika diberi banyak peluang beraksi selepas meledak hatrik pada aksi Piala AFC.

Ahad, 8 April 2012


Penyokong serang polis

                             


SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.
Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk.

Bagaimanapun dua orang penyerang itu berjaya melepaskan diri dan dipercayai berjaya ditangkap kira-kira 15 minit kemudian pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, kelekaan benteng pada lewat permainan menyebabkan kemenangan yang berada hampir dalam genggaman terlepas apabila Sarawak terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 menentang Kelantan, malam tadi.
Beraksi di depan 20,000 penyokong, skuad Bujang Senang sudah mendahului seawal minit ke-12 apabila sepakan percuma ketua pasukan, Guy Bwele melencong masuk menerjah pintu gol pelawat yang dikawal Mohd Shahrizan Ismail.

Bagaimanapun, Kelantan yang beraksi longlai separuh masa pertama bangkit menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka gagal sehinggalah pada minit ke-85 apabila Norfarhan Mohamad melepaskan rembatan padu untuk gol penyamaan.

Tuan rumah sepatutnya meraikan kemenangan pada minit ke-90, tetapi pemain import baru mereka yang pernah beraksi bersama kelab German, VfL Bochum dan Liga Greek, Panathinaikos, Joel Epalle gagal menampan bola ke dalam gawang.

Kedudukan itu bagaimanapun menyaksikan Kelantan kekal di tempat kedua, manakala Bujang Senang kekal di pertengahan liga.FAM perlu mengambil tindakan

Sarawak, Kelantan Berkongsi Mata.


Sarawak gagal mengutip tiga mata penuh selepas diikat Kelantan 1-1 dalam saingan Liga Super 2012 di Stadium Kuching, malam tadi.


Pada perlawanan tersebut, Sarawak bermula garang selepas berjaya mendahului Sang Kijang pada minit ke-10 hasil jaringan sepakan percuma menarik Guy Bwele.

Selepas jaringan tersebut, Sarawak terus mengganas dengan beberapa percubaan merbahaya tetapi benteng Kelantan banyak menjadi penyelamat untuk mengekalkan kedudukan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, perlawanan berubah seimbang dengan kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan untuk mencari jaringan.


Usaha berterusan The Red Warriors untuk mendapatkan gol akhirnya berhasil pada minit ke-85 selepas Norfarhan Mohamad menyempurnakan peluang terhidang hasil hantaran satu dua untuk jaringan penyamaan.

Dengan keputusan seri tersebut, Kelantan kekal di kedudukan kedua carta Liga dengan 27 mata manakala Sarawak pula berada di tempat kelapan dengan 15 mata.

Khamis, 5 April 2012

Laporan : Kelantan Kutip Tiga Mata Pertama.


Kelantan menang mudah 3-0 keatas Arema FC dalam saingan Piala AFC 2012 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Terima kasih dengan ledakan hatrik penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar untuk memberikan kemenangan pertama buat The Red Warriors di saingan peringkat Asia.

Permulaan babak pertama menyerlahkan penguasaan penuh Kelantan dengan beberapa gerakan menarik yang disusun melalui gandingan Ghaddar dan Antwi.

Bermula dengan percubaan tersasar Danny Antwi pada minit ke-11, Kelantan terus mengasak dengan sepakan lemah Chanturu kepada penjaga gol Arema, dua minit kemudian.

Pada minit ke-19, Arema mempunyai kesempatan terbaik untuk memecahkan kebuntuan tetapi sepakan kencang Talaohu Abdul Musafri tepat kepada Shahrizan Ismail.

Tidak sampai seminit, giliran Chanturu mengancam kubu Arema melalui gerakan dari sebelah kanan namun percubaan pemain ini tersasar walaupun hanya berdepan Dennis Romanovs.

Usaha berterusan The Red Warriors akhirnya membuahkan hasil apabila gerakan solo Mohamad Ghaddar berhasil menewaskan pertahanan Arema sebelum melepaskan satu rembatan melepasi jangkauan Romanovs untuk gol pertama pada minit ke-23.


Selepas jaringan tersebut, perlawanan berubah tegang dengan beberapa insiden tidak sepatutnya berlaku menyebabkan pemain Arema, Hermawan dilayangkan kad kuning.

Bersambung babak, Arema terlebih dahulu melakukan percubaan merbahaya apabila sentuhan Andrew Barisic didepan pintu gol Sang Kijang hanya mengenai tiang gol.

Tersentak dengan cubaan pelawat, Kelantan melancarkan serangan balas dan berhasil menambah jaringan selepas sepakan penjuru Mohd Badri Radzi tepat kepada Ghaddar untuk tandukan terus menerjah jaring pada minit ke-47.

Arema bagaimanapun tidak berputus asa untuk merapatkan kedudukan dan hampir melakukan jaringan pada minit ke-50 tetapi mujur tiada pemain mereka menyambar hantaran lintang Barisizc didepan pintu gol tuan rumah.

Kelantan turut hampir menambah jaringan selepas sepakan percuma Badri Radzi mudah ke dakapan Romanovs pada minit ke-52.

Sepakan separa volley Talouhu Abdul Mushafri hasil keadaan kelam kabut didepan pintu gol Kelantan pada minit ke-56 pula hanya melewati palang gol.

Tidak beberapa lama kemudian, percubaan pemain gantian, Ahmad Amiruddin berjaya diselamatkan Shahrizan Ismail.

Keghairahan pelawat melakukan serangan hampir mengundang padah apabila serangan balas Kelantan pada minit ke-70 bagaimanapun gagal menembusi gawang mereka selepas Ghaddar lambat melakukan percubaan biarpun penjaga gol sudah meninggalkan posisi.

Percubaan pemain gantian Sang Kijang, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-82 pula terus ke dakapan penjaga gol Arema.

Marco Krasic hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-89 tetapi cubaan pemain tengah Arema ini hanya menyinggahi palang sebelum dikeluarkan pemain Kelantan dari kawasan bahaya.

Seminit kemudian, Ghaddar akhirnya melengkapkan hatrik selepas serangan balas dari sebelah kanan hasil hantaran Nik Shahrul Azim disudahkan dengan satu rembatan rendah gagal diselamatkan Romanovs untuk gol ketiga dan terakhir perlawanan.

Kesebelasan Pemain

Kelantan : Bojan Hodak
Shahrizan Ismail (Gk), S.Subramaniam, Daudsu Jamaludin (Nik Shahrul Azim), Obinna Nwaneri, Rizal Fahmi Rosid, Mohd Badri Radzi (Kp), Shakir Shaari, Nurul Azwan Roya (Indra Putra Mahayuddin), S. Chanturu, Danny Antwi dan Mohamad Ghaddar (Faizol Nazlin Sayuti).

Arema FC : Dojan Antonic
Dennis Romanovs (Gk), Fariz Bagus, Roman Cmelo (Aji Saka), Andrew Barisic, Hermawan, Irfan Raditya, Putut Waringin (Ahmad Amiruddin), Gunawan Dwi Cahyo, Legimin Raharjo (Kp), Talaohu Abdul Mushafri dan Marko Krasic (Anggo Yulian)

Catatan Popular