KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 15 Jun 2011

FAM bakal anjur Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan

Timb Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa,

Oleh:
Amierul Hisham, RedsFC News

KEMERIAHAN sukan bola sepak Malaysia bakal diwarnai dengan satu lagi kejohanan bola sepak yang bakal diperkenalkan di peringkat kebangsaan.

Kejohanan Bola Sepak Wanita Malaysia yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 23 Julai nanti membuka peluang penyertaan kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab bola sepak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Kebangsaan FAM, Tan Sri Annuar Musa, kejohanan berkenaan akan dijadikan asas untuk kewujudan kejohanan di peringkat liga yang akan diperkenalkan mulai 2012.

Menurut beliau, FAM juga akan memantau kebolehan pemain-pemain bola sepak di dalam kejohanan tersebut untuk diserap ke dalam pasukan Kebangsaan, yang dijangka akan turut mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Asia di Laos pada bulan Oktober nanti.

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan telah dibubarkan selepas daripada persembahan buruk semasa menyertai Kejohanan Sukan SEA baru-baru ini.

Mengulas tetang kewujudan persatuan sedia ada iaitu Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, Tan Sri Annuar menegaskan bahawa peraturan FIFA mensyaratkan semua persatuan hendaklah bernaung di bawah satu badan induk.

Dalam sidang media yang diadakan di The Red Warriors Station, Kota Bharu sebentar tadi, Tan Sri Annuar juga berharap Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, semasa kongres mereka yang bakal diadakan pada minggu depan, akan membawa resolusi membubarkan persatuan tersebut bagi membolehkan pimpinan sedia ada diserap ke Jawatakuasa Bola Sepak Kebangsaan di bawah FAM.

SUMBER
RedsFC News

Tiket Malaysia lawan Myammar, Tiada Sambutan.

Tiada orang. Tinjauan RedsFC-News di Kaunter Tiket Perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV.
Ahmad Fadhli Sukardi.
Redsfcnews@gmail.com

Dengan perlawanan Persahabatan Malaysia menentang Myammar di Kota Bharu tinggal beberapa hari sahaja lagi, tiket perlawanan dilihat tiada sambutan menggalakkan dari penyokong Kelantan walaupun telah mula dijual bermula petang kelmarin.

Tinjauan RedsFC-News di perkarangan Stadium Sultan Muhamad, hanya satu kaunter dibuka pihak KAFA untuk menjual pas masuk perlawanan tersebut dengan tiada pembeli kelihatan walaupun seorang.

Lebih malang, maklumat yang diterima dari penjaga kaunter, jumlah tiket yang terjual ketika ini hanyalah sekitar 30-40 keping sahaja.

Menurut Mohd Anas dari Dewan Beta, sambutan terhadap perlawanan persahabatan Malaysia sangat menyedihkan.

Selain itu, kurangnya promosi yang dilakukan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan KAFA menyebabkan para penyokong Kelantan mungkin tidak tahu tiket perlawanan sudah mula dijual di perkarangan stadium.

Katanya lagi, penyokong Kelantan dilihat tidak ghairah mendapatkan tiket dan sambutan menyedihkan ini wajar diambil perhatian khusus dengan segera.

SUMBER REDSFC NEWS

Buruan juara masih terbuka

PENJAGA gol Perak, Md Nazril Nouridin (kanan) menghalang cubaan pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, malam tadi.

Kelantan, Selangor, Terengganu bakal buat penentuan penting 6 Julai ini

PENENTUAN juara Liga Super, musim ini kini menjadi saingan tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu selepas penyudahan keputusan, malam tadi yang menyaksikan ketiga-ketiga pasukan berkenaan merakamkan kemenangan penting.


Apapun, wajah ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M Karathu terpancar ceria melihat anak didik menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV apabila berkata: “Apa yang penting kami mendapat tiga mata berharga malam ini.”

Satu ketika mahkota kejuaraan tampak milik mutlak Kelantan ketika Selangor dan Terengganu seperti mahu seri sebelum menang. Anak didik K Devan menewaskan Felda United 2-1 manakala Terengganu mengatasi T-Team 3-2.

Kelantan kini sudah mengutip 53 mata, dua mata di hadapan Selangor dan tiga mengatasi Terengganu.

The Red Warriors yang bertemu Perak mengekalkan kelebihan satu gol yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-53 selepas menerima hantaran cantik Daudsu Jamaluddin.

Norshahrul sebelum itu berpeluang membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti, tetapi tendangannya dapat dibaca Nasril Nourdin.

Kelantan yang tampak agak lesu selepas kekecewaan terlepas kejuaraan Piala FA kepada Terengganu Sabtu lalu, menguasai perlawanan sebaik sepak mula dengan beberapa percubaan tepat dihasilkan sepanjang babak pertama, tetapi gagal menjelmakan jaringan.

Gol tunggal Norshahrul kekal hingga tamat permainan untuk mengekalkan Kelantan di persada liga buat menyalakan impian memburu mahkota kejuaraan buat julung kali dalam sejarah mereka.

Tiada sebab hukum Daudsu - Annuar

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak akan menghukum Daudsu Jamaluddin kerana tertanduk bola ke gawang sendiri ketika cuba menyelamatkan pintu gol Kelantan daripada dibolosi dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu Sabtu lalu.


Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, pemain tersebut tidak sengaja melakukan kesilapan itu, sebaliknya berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan bola daripada membolosi jaring.

"Kafa tidak akan menghukum beliau di atas kesilapan yang dilakukan itu. Tiada sebab untuk dia dihukum," katanya.

Beliau merasmikan Majlis Menabur Benih Padi Musim 1/2011 di Bendang Permatang Pusu, dekat sini, semalam.

Sementara itu Annuar berkata, permohonan maaf yang dibuat Daudsu yang disiarkan oleh media kelmarin, merupakan sesuatu yang sangat baik kerana ia dilakukan secara terbuka.

Dalam perkembangan lain katanya, Kafa akan menganjurkan program 'Bersamamu The Red Warriors' yang bertujuan untuk menghargai sokongan padu yang telah diberikan oleh peminat kepada pasukan Kelantan pada 2 Julai ini di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV di sini.

Katanya, pelbagai acara menarik telah disediakan untuk memeriahkan program tersebut termasuk perlawanan persahabatan antarabangsa antara The Red Warriors dengan salah sebuah kelab sama ada dari Indonesia atau Thailand.

"Saya harap semua peminat menyimpan kedua-dua keratan tiket perlawanan melibatkan Kelantan dan Perak (semalam) serta pertemuan Malaysia dengan Myanmar Sabtu ini jika mahu masuk secara percuma menyaksikan perlawanan pada 2 Julai nanti," ujarnya.

Kelantan hampiri kejuaraan liga

Kelantan semakin hampir bergelar juara Liga Super 2011 apabila menang tipis 1-0 keatas Perak semalam.Kemenangan tersebut ternyata azimat berharga buat The Red Warriors kerana kedua-dua pesaing utama iaitu Selangor dan Terengganu menang malam ini.


Kelantan hanya memerlukan keputusan seri sahaja apabila bertemu pasukan 'misteri',Sabah yang agak sukar di ramal kekuatan mereka.Jika Kelantan berjaya mengikat Sabah di Kota Kinabalu impian bergelar juara Liga Super buat pertama kali pasti akan tercapai dan menjadi pengubat kegagalan merangkul Piala FA sabtu lepas.

Kelantan dilihat agak berkelebihan kerana Selangor terpaksa berdepan Perak di Ipoh manakala Terengganu akan bertemu Felda United digelanggang lawan.Harapan penyokong-penyokong setia agar rehat yang panjang dapat memulihakan kembali moral pemain-pemain kerana perlawanan malam tadi cukup membuktikan pemain-pemain gagal memberikan persembahan terbaik.

Sathia bakal kembali?

Ura-ura mengatakan bekas pengendali The Red Warriors musim lalu,B.Sathianathan bakal 'menyambung' khidmat beliau dalam saingan Piala Malaysia nanti.Berita gembira ini pasti dinanti-nanti oleh penyokong-penyokong Kelantan setelah baru sahaja terlepas menjulang Piala FA apabila tewas kepada Terengganu 2-1 sabtu lalu.

Berita kedai kopi juga mengatakan pengendali Terengganu,Irfan Bakti bakal menjadi jurulatih Kelantan untuk musim hadapan.Samaada berita ini benar sama-sama kita nantikan.Diharapkan KAFA dapat membuat pilihan terbaik setelah terlepas kejuaraan gara-gara kesilapan jurulatih M.Karathu mebuat pertukaran pemain pada final sabtu lalu.

Isnin, 13 Jun 2011

Daudsu minta maaf


WAJAH kecewa pemain-pemain Kelantan selepas pasukan itu tewas 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.


"MAAFKAN saya."
Itu luah pemain pertahan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang menjadi mangsa kritikan segelintir pihak kerana menjaringkan gol sendiri sehingga mengundang kekalahan 1-2 kepada Terengganu pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.

Menurutnya, situasi itu berlaku terlalu pantas sehingga dia tertanduk bola ke gawang sendiri ketika perlawanan berbaki lapan saat.

"Saya tidak ada niat. Semuanya berlaku begitu cepat, saya tiada pilihan. Saya cuba menanduk keluar tetapi bola itumasuk ke gawang sendiri.

"Sebagai pemain ia mungkin sesuatu yang tidak pernah anda fikir untuk terjadi dan tidak mahu ia berlaku tetapi inilah bola sepak.

"Saya minta maaf jika mereka menganggap saya punca kekalahan," kata Daudsu semalam.

Tambahnya, selepas Terengganu menyamakan kedudukan bagi memadam gol pembukaan Kelantan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, moral skuad The Red Warriors mula jatuh.

Pada masa tambahan, jelas sekali rentak permainan anak- anak buah Datuk M. Karathu itu mula dibayangi Terengganu yang memperoleh gol kemena- ngan menerusi Ahmad Nordin Alias pada minit ke-108.

"Sebagai pemain bola sepak, kami sudah menerima hakikat, popularnya seorang pemain kerana peminat dan jatuhnya pemain itu juga kerana peminat.

"Saya tidak menafikan ada kata-kata yang kurang enak sampai ke telinga tetapi saya sudah lali, itulah cabarannya.

"Mungkin belum sampai masanya untuk kita menjulang Piala FA, belum ada rezeki lagi. Insya-Allah, apa yang berlaku ini tidak mengganggu mental dan saya kena fokus untuk membantu Kelantan menjuarai Liga Super selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! dalam laman Facebook milik pemain berusia 26 tahun itu mendapati, ramai peminat dan rakan-rakannya memberikan kata-kata semangat untuk mengembalikan kekuatannya sele- pas apa yang berlaku malam kelmarin.

Tidak kurang juga ramai penyokong Kelantan menyalahkan tindakan segelintir penyokong The Red Warriors yang membaling mercun ke arah padang sehingga menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan.

Prebiu: Kelantan Perlu Bangkit, Perak Mahu Curi Satu Mata.

Kelantan dan Perak akan bertembung dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam esok.

The Red Warriors yang masih dalam keadaan hampa terlepas kejuaraan Piala FA buat kali kedua perlu menggunakan perlawanan ini untuk meneruskan kelangsungan pendahuluan mereka dalam saingan liga.

Manakala Perak sudah tentu mahu mengambil kesempatan keatas kekurangan semangat di kem Kelantan untuk mencuri mata di arena lawan.

Untuk rekod, pertemuan terakhir di Kota Bharu berjaya dimenangi Kelantan 2-0 dan pertemuan terakhir liga berakhir dengan kemenangan besar 4-0 Perak keatas Kelantan di Ipoh pada pusingan pertama tempoh hari.

Paling istimewa, kehadiran bekas pengendali Kelantan 2007, Norizan Bakar ke laman keramat Cik Siti Wan Kembang, bezanya ketika ini beliau membimbing skuad Seladang.

Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu juga mempunyai momen indah dengan Perak sepanjang karier kejurulatihan namun pertembungan liga perlu dihadapi secara serius.

Mahu tidak, Sang Kijang harus mencatatkan kemenangan walaupun dengan jaringan tipis seterusnya menunggu perlawanan terakhir untuk menjulang kejuaraan Liga Super buat kali pertama.

Biarpun tewas dalam keadaan mendukacitakan, Kelantan tidak boleh mengambil sikap merendah diri keatas pasukan lawan yang telah memalukan mereka pada pusingan awal. Mereka perlu menganggap setiap perlawanan yang dilalui terus sukar biarpun beraksi di gelanggang sendiri.

Formasi dan Taktikal.

Datuk M. Karathu dijangka mengekalkan kesebelasan terbaik seperti perlawanan akhir Piala FA dan berharap barisan pemain ini dapat mencari tiga mata penuh untuk terus bertakhta di persada liga. Formasi 4-4-2 dengan taktikal menyerang akan digunakan. Pemain diminta untuk mencari gol awal untuk mengelakkan kempunan pada saat terakhir.

Perak seperti sediakala mampu menjadi pasukan penghalang andai pihak lawan mengambil mudah barisan pemain sedia ada. Diketuai Norizan Bakar, Perak hadir dengan pemain terbaik dihimpunkan dalam satu pasukan. Dijangka, Norizan akan menggunakan formasi 4-4-2 untuk mengancam kubu pasukan Kijang.

Kesebelasan Utama.

Kelantan.


Dijangka Mohd Shahrizan Ismail mengambil alih posisi nombor satu bagi memberi laluan kepada Khairul Fahmi bersama skuad negara. Tugasan kedua akan dipikul Norhadi Ubaidillah manakala Halim Napi terus mengekalkan status selaku penjaga gol ketiga dibelakang dua pemain ini.

Kawasan pertahanan pula mempertaruhkan Farisham Ismail dan S. Subramaniam selaku pemain utama selepas dua gandingan ini terbukti berkesan untuk mengawal kawasan bawah. Ketenangan Subra dan kelasakan Farisham mengejar pemain lawan diharap berterusan. Posisi pertahanan kiri kemungkinan ada perubahan dimana Aziz Ismail dijangka diletakkan dalam kesebelasan utama manakala Zairul Fitree kemungkinan bermula di bangku simpanan. Pemain pertahanan kanan, Daudsu Jamaludin terus diletakkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan menentang Perak.

Jentera tengah turut tidak terkecuali mengalami satu atau dua perubahan. Dijangka ketua pasukan, Mohd Badri Radzi terus mengetuai pasukan bersama dengan Shakir Shaari di bahagian tengah. S. Chanturu yang bermain selaku penyerang sejak kebelakangan ini mungkin diletakkan di posisi asal manakala penjaring gol pertama final FA, Nurul Azwan Roya turut dimasukkan selaku pilihan pertama. Mohd Izuan Salahudin kembali memanaskan bangku simpanan bersama dengan Solehin Kanasian serta Danial Fadzly Abdullah.

Penyerang Kelantan dijangka tiada perubahan drastik dilakukan kecuali kemasukan Ramzul Zahini Adenan kedalam skuad utama pasukan. Ramzul akan diletakkan disamping Norshahrul Idlan dan mereka berdua diharapkan mampu merobek gawang Perak untuk sekurang-kurangnya dua gol.

Perak.


Kem Perak pula bakal mempertaruhkan Nasril Nourdin selaku penjaga gawang utama bagi menghalang kemaraan penyerang pasukan Kelantan. Nasril menjadi pilihan selepas penjaga gawang kedua, Kamarul Effendy masih belum dapat menyakinkan pasukan mengapa dia wajar diturunkan dalam kesebelasan utama.

Barisan benteng Perak bukan calang-calang kerana mereka dibarisi beberapa pemain pertahanan terbaik digabungkan dengan pemain muda yang direkrut dari skuad remaja. Kemungkinan empat pertahanan Perak bakal diketuai Mohd Syazwan Roslan dan Mohd Khairi Zainudin. Dua lagi tempat bakal diisi Mohd Norhazrul Mustapha serta Muhammad Syahman Zainudin.

Jentera tengah Perak dijangka tiada perubahan besar-besaran bakal dilakukan walaupun beberapa pemain utama mula menunjukkan prestasi menjunam. Shahrulnizam Mustapha kekal selaku ketua pasukan bakal dibantu Isma Alif Abu Salim, Mohd Fazrul Hadi dan K. Nantakumar di posisi tengah. Ke-empat pemain ini diberi peranan untuk melakukan serangan balas kearah pintu gol tuan rumah dan melakukan jaringan andai penyerang yang akan diturunkan diikat jentera pertahanan Kelantan.

Seperti kebiasaan, Akmal Rizal Rakhli yang kembali menemui sentuhan jaringan bakal terus diberi tanggungjawab berat untuk melakukan jaringan gol keatas bekas pasukannya. Akmal sudah membuktikan bahawa bisa penyudah dihadapan gawang masih belum lagi berkarat dengan beberapa jaringan penting kepada Perak dalam perlawanan sebelum ini. Rakan gandingan Akmal masih belum dipastikan kerana Syafiq Jamal bakal mendapat tentangan sengit dalam perebutan skuad dengan pemain muda, Mohd Syazuan Asraf Mathews. Pemain ini sudah meledak beberapa jaringan selain membantu kepada berlakunya tiga jaringan gol buat Sang Seladang.

Penyokong.

Para penyokong Kelantan yang kecewa dengan keputusan perlawanan perlu terus berada di belakang pasukan dalam perlawanan getir menentang Perak. Sokongan penyokong sangat diperlukan dikala para pemain sedang melalui saat sukar dalam karier bola sepak mereka. Semua penyokong perlu akur dengan kekalahan lalu dan diminta memberi peluang kepada pemain membuktikan bahawa takhta Liga Super terus menjadi milik mereka sampai akhir saingan nanti.

Kelantan


vs

Perak FA

Kepada penyokong Perak, kehadiran mereka sangat dialu-alukan sementelah pula layanan buruk di Ipoh, beberapa bulan lalu masih segar di ingat para penyokong Kelantan. Kehadiran "Perak Fans" akan disambut secara meriah dan tenteram oleh semua penyokong tuan rumah.

Lupakan Kepahitan Final.


Pemain Kelantan diminta melupakan seketika kepahitan tumpas kepada Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA.

Walaupun hampa dengan jaringan saat akhir membolehkan negeri sejiran bangkit pada masa tambahan, para pemain harus segera mengembalikan kekuatan.

Mereka mempunyai misi lebih besar yakni menjuarai saingan Liga Super yang berbaki dua perlawanan sahaja lagi. Para pemain perlu akur kekalahan kepada Terengganu ukan disebabkan mereka tidak kuat tetapi disebabkan sedikit kelekaan pada saat akhir.

Tidak mudah sebenarnya melupakan kepahitan terlepas satu kejuaraan dikala hampir ke penghujung tetapi para pemain perlu bertindak dengan bijak.

Jadikan ia pengajaran bahawa setiap perlawanan yang dilalui harus ditempuh dengan semangat juang tinggi tanpa selesa ketika mendahului kerana apa sahaja boleh terjadi jika pemain mempamerkan persembahan leka.


Justeru itu, pertemuan menentang Perak di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, malam esok harus menjadi medan membangkitkan kembali semangat yang jatuh seterusnya membalas kekalahan kepada lawan sama dalam perlawanan pusingan pertama.

Catatan Popular