KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 12 Mac 2011

Mahu Pemain Manfaatkan Peluang

Datuk M Karathu

KOTA BHARU – Sekalipun tanpa kelibat S Subramaniam dan Muhammad Khalid Jamlus di kem Kelantan, namun tidak ada laluan mudah bagi pasukan Pahang untuk mencalarkan rekod tanpa kalah Kelantan dalam enam perlawanan setakat ini, apabila kedua-dua pasukan turun beraksi dalam perlawanan ketujuh Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini.

Enggan digelar skuad tempang, Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengakui pasukannya sudah bersiap sedia sepenuhnya menghadapi percaturan taktikal Dollah Salleh, walaupun menyedari ranjau berduri menanti para pemainnya apabila beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.

“Saya tidak mahu merendahkan keupayaan mana-mana pasukan. Setiap pasukan yang bermain di tempat sendiri, mahukan kemenangan dan Pahang tidak terkecuali mempunyai motivasi tinggi untuk mengalahkan Kelantan, lebih-lebih lagi kita masih mengekalkan kedudukan selaku peneraju carta liga ketika ini.

“Kita kena mengekalkan kekuatan mental. Kita baru satu bulan mengharungi saingan liga, dan kita kena bekerja kuat ke arah itu, walaupun kecederaan melanda pasukan kita. Tidak ada masalah besar, inilah masanya saya menurunkan pemain baru walaupun tanpa khidmat Subra (S Subramaniam) dan Muhammad Khalid (Jamlus) sekalipun.

“Dalam perlawanan seperti ini, kita tidak mempunyai banyak pilihan kerana bermain di tempat lawan. Sama seperti perlawanan menentang Johor FC (dalam pusingan kedua kalah Piala FA) baru-baru ini, kita mempunyai dua ke tiga peluang dan kita berjaya menjaringkan gol hasil daripada peluang yang kita miliki itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas sesi latihan terakhir pasukan Kelantan, semalam.

Karathu berkata, para pemain Kelantan harus memanfaatkan peluang terhidang dengan menjaringkan gol sebaik mungkin, meskipun mempunyai peluang yang terhad dalam perlawanan tersebut bagi memberi tekanan kepada pemain Pahang.

“Setakat ini, saya berpuas hati dengan komitmen semua pemain, kita tidak ada (penerima) kad merah dan kutipan kad kuning pun kurang. Kita betul-betul main bola sepak. Saya harap pemain kita menjaga maruah pasukan dan menang pada perlawanan malam ini.

Ditanya mengenai khidmat kedua-dua pemain dari Perak itu yang terpaksa disisihkan dalam perlawanan malam ini, bagaimanapun Karathu mengakui masalah tersebut tidak mengganggu persiapan pasukannya bagi menghadapi skuad Tok Gajah malam ini.

“Saya terpaksa merehatkan Subramaniam ,dan berharap dapat menggunakan khidmat dia pada pertemuan suku akhir Piala FA (menentang KL Felda United FC) Selasa depan, manakala khidmat Muhammad Khalid (Jamlus) terpaksa diketepikan kerana mengalami kecederaan lutut.

“Kita akan turun dengan formasi seperti biasa, iaitu 4-4-2, tidak ada masalah bagi saya kerana kita ada ramai pemain seperti Piya (Muhd Badhri Radzi) atau S Chanturu membantu jentera serangan. Semua perancangan dalam minda saya, dan kita ada strategi tersendiri menghadapi Pahang malam ini.

“Sudah pasti Pahang bersandarkan kepada penyerang seperti R Karthigesu dan R Surendran selain pemain muda, Famirul Asraf (Sayuti) bagi merobek pintu gol kita. Saya tengok pemain sayap mereka pun cukup laju. Kita kena sekat kemaraan mereka, dan saya fikir sekiranya kita mampu berbuat demikian, kita tidak menghadapi masalah untuk menang malam ini,” katanya.

Jumaat, 11 Mac 2011

Kelantan & Pahang

08.05.2010 SL Pahang FA 3-3 Kelantan FA
04.05.2010 SL Kelantan FA 2-1 Pahang FA
04.07.2009 SL Kelantan FA 3-2 Pahang FA
17.02.2009 SL Pahang FA 1-5 Kelantan FA
24.05.2003 SL Pahang FA 4-0 Kelantan FA
15.02.2003 SL Kelantan FA 1-4 Pahang FA
Pahang mln Kelantan

Liga Super 2011 kembali disambung dimana Sang Kijang akan berkunjung ke gelanggang Tok Gajah di Kuantan.

Dikhabarkan dari kem Kijang, persediaan terbaik telah direncanakan M. Karathu bagi mengutip mata penuh seterusnya mengukuhkan cengkaman mereka di persada Liga.

Tidak mudah sebenarnya untuk menjinakkan para pahlawan serba baru Pahang namun keputusan positif wajar diraih Kelantan seandainya tidak mahu berputih mata dikejar rapat para pencabar lain.

Pahang pula dijangka ingin menjadi pasukan pertama mencalarkan rekod tanpa kalah Kelantan di tempat lawan sementelah pada musim lalu mereka hampir melakukan tetapi gagal kerana kebangkitan saat akhir pemain Red Warriors. Rekod sudah membuktikan pertembungan kedua-dua pasukan dari pantai timur pasti sengit dengan aksi berbalas serangan dalam padang.

Pada musim lalu, Kijang gagah bangkit mengikat lawan 3-3 di arena Darul Makmur hasil jaringan minit akhir Chanturu dan Nidzad Ayub. Pasti kali ini, Karathu tidak mahu anak didiknya mengulangi sikap yang mungkin memberi padah pada kedudukan mereka di carta.

Yang kita mahukan ialah corak permainan pantas dan harapan menang dengan jaringan besar seperti mana pada perlawanan pertengahan Februari 2009, Sang Kijang mudah membelasah Pahang dengan jaringan 5-1 di Stadium Darul Makmur.

Kali ini, mungkin corak permainan Pahang dan Kelantan sedikit berubah setelah dua pasukan kehilangan beberapa tenaga penting mereka kepada pasukan lain. Mereka merekrut beberapa pemain baru diserapkan kedalam pasukan dan mungkinkah keputusan perlawanan kali ini tidak sama seperti yang berlaku musim lalu.

Formasi

Pahang

Dollah Salleh kelihatan selesa dengan formasi 4-4-2 dimana permulaan baik harus ditunjukkan anak didiknya untuk menyekat kemaraan Kelantan. Ini kerana, kesilapan taktikal ketika melawan Sabah tempoh hari hampir menyebabkan mereka kalah sekali lagi di arena sendiri seperti ketika tunduk kepada Perak. Mujur dua jaringan penyelamat dari penyerang yang dimasukkan membantu Pahang mengikat skuad dibawah Bayu dengan 2-2.

Kelantan

Begitu juga dengan Karathu, tiada perubahan strategi mungkin akan diterapkan dalam perlawanan ini. Formasi 4-4-2 masih relevan dengan pemain sedia ada tetapi dengan kecederaan Ramzul Zahini dan tiada harapan untuk gandingan kesebelasan utama Shahrul dan Nidzad, kemungkinan Karathu akan memperkukuhkan kawasan tengah dengan taktikal 4-5-1 sebelum memasukkan Khalid pada babak kedua untuk kembali dengan corak 4-4-2.

Barisan Kesebelasan Utama

Pahang

Tok Gajah tidak ketandusan pemain muda berbakat ditambah dengan pengalaman beberapa pemain yang pernah beraksi dengan pasukan negara.

Bagi posisi penjaga gol, ada tekanan dari pihak penyokong untuk terus melihat Wan Azraie Wan Teh menjadi penjaga gawang utama pasukan manakala Suffian Abdul Rahman dan Rosfaizul Mohd Ali merebut satu tempat di posisi nombor dua.

Barisan pertahanan tidak asing dengan kelibat orang lama, Jalaludin Jaafar selaku jeneral dan juga ketua pasukan Tok Gajah. Pengalaman yang dimiliki pemain ini sangat ditagih Dollah untuk mempertahankan kawasan mereka. Dengan bantuan dari Nazrul Erwan dan Zaiza Zainal Abidin serta Mohd Fadzirul Zakaria, harapan menggunung kepada empat tonggak ini untuk bersama penjaga gol bertahan dari robekan serangan Red Warriors. Selain mereka, Munir Amran, Saifulnizam Miswan serta Syawal Norsam juga turut memiliki peluang berada dalam kesebelasan utama.

Jentera tengah dijangkakan Ravindran Surendran dimasukkan kedalam pasukan utama kerana kelibat pemain ini diakui mampu menjana gerakan menyerang pasukan lawan. Tidak dipastikan pemain mana bakal berada dalam posisi permulaan kerana limpahan pemain seperti Fazli Baharudin, Faizol Hussain, Shahrizan Mohd Salleh, Mohd Amirullah serta ramai lagi turut berkemampuan untuk bersiap pada jentera tengah. Mungkin Dollah ada percaturan lain dengan meletakkan pemain yang benar-benar mampu memberikan hasil lumayan.

Posisi serangan tidak asing dengan kelibat penyerang berbisa mereka, Mohd Azamudin Akil yang mungkin disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas sebelum ini kerapkali diturunkan di barisan kedua oleh Dollah Salleh. Dengan kehadiran Azamudin, penjaring terbanyak mereka setakat ini, Famirul Asyraf bakal diberi lebih ruang untuk merobek kubu Kelantan setelah gandingan dengan R. Surendran sebelum ini dikritik hebat para peminat kerana ketumpulan penyudah. Alafi Mahmud turut mengintai ruang namun sukar menembusi tiga nama ini untuk masuk selaku pemain utama. Mungkin juga tersenarai dalam barisan simpanan dengan Kartigesu.

Kelantan

Posisi pertama penjaga gol terus kemas dalam genggaman Khairul Fahmi Che Mat tetapi Shahrizan turut berkeupayaan jika Khairul Fahmi dipilih untuk direhatkan Karatuhu. Shahrizan masih mampu menggalas tugas selepas tangkas mempamerkan persembahan baik ketika membantu Kelantan menang keatas Johor FC dalam pusingan kedua Piala FA tempoh hari.

Barisan pertahanan kini kukuh selepas persembahan terbaik ditunjukkan semua pemain yang diturunkan. Pemain utama dan pemain simpanan yang diturunkan setakat ini jelas membantu Kelantan sehingga berjaya menjadi pendahulu disamping lepas saingan Piala FA. Kekebalan Rizal Fahmi, Farisham, Zairul Fitree dan Daudsu mungkin bakal teruji sepenuhnya dengan kelibat penyerang handalan Pahang. Namun, mereka pasti sudah bersiap sedia dengan perlawanan ini ditambah dengan keyakinan disuarakan Farisham bahawa tonggak benteng Kelantan sudah mampu untuk tampil kukuh walau kehilangan Azizi kepada T-Team. Walaupun empat pemain diatas sudah dapat membina persefahaman mantap untuk mengekalkan tempat di kesebelasan utama, S. Subramaniam, Aziz Ismail dan Wan Rohaimi juga bukan calang-calang pemain simpanan yang mampu membantu jika diperlukan.

Persembahan pemain tengah masih lagi konsisten dengan Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu membentuk rencana serangan mantap melalui bahagian sayap. Cuma kerapkali asakan keras pertahanan keatas dua pemain ini menyebabkan sedikit tekanan kepada mereka untuk mengatur melalui hantaran lintang. Manakala Badri Radzi yang dikritik kerana corak permainan perlahan masih kekal dalam kesebelasan utama kerana tugas selaku ketua pasukan selain khidmat Shakir untuk merencana gerakan dan turun bertahan jika menghadapi serangan pantas tuan rumah. Danial Fadly mungkin dimasukkan jika Datuk Karathu mahu menggunakan corak 4-5-1.

Jika ada perubahan taktikal, kemungkinan besar hanya Norshahrul Idlan diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan dan khidmat pemain yang sudah meraih enam jaringan gol setakat ini diperlukan. Ketiadaan Ramzul tidak memberi sebarang peluang kepada Nidzad dan Khalid untuk masuk selaku pemain pertama tetapi andainya Karathu mahu menggunakan dua penyerang, nama Khalid dilihat sesuai untuk meledak setelah persembahan hebat dalam perlawanan terakhir tempoh hari membantu Kijang membelasah Negeri Sembilan.

Ramalan Perlawanan
Pahang 0-2 Kelantan
Ramalan anda tentang perlawanan ini. Tinggalkan posting dibawah.
Pahang mln Kelantan

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Khamis, 10 Mac 2011

Malaysia Ke Pusingan Kedua.

Malaysia lepas ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 apabila mengenepikan cabaran Pakistan dengan agregat 2-0.

Perlawanan di Stadium Punjab, Lahore yang turut disaksikan Presiden PFF, Makhdoom Syed Faisal, Lembaga Pengarah Sukan Pakistan, Jeneral Amir Hamza Gilani serta Setiausaha Sukan Negara Pakistan, Aziz Ahmed Bilour berkesudahan kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Sebelum ini, pasukan Negara mudah menjinakkan Pakistan 2-0 dalam perlawanan pertama di Kuala Lumpur.

Menurut laporan dari laman web rasmi FootbalPakistan.com, kekalahan nasib buat Pakistan apabila deretan peluang yang diperoleh melalui Jadeed Khan dan Kalim Ullah gagal disempurnakan kedalam jaring kawalan ketua pasukan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Pakistan yang dilatih Tariq Lutfi merupakan pasukan yang lebih baik dari Malaysia dalam perlawanan timbal balik ini tetapi ketumpulan jentera serangan termasuk gagal menyempurnakan enam peluang keemasan menjadi penyebab kekalahan mereka dalam perlawanan ini.

Kesilapan taktikal Tariq dengan memasukkan pemain baru, Rashid Ali dan Hasim Mansoor untuk mencari gol tidak berhasil kerana mereka berdua tidak mampu memikul tugas yang diberikan.

Walau berkedudukan rangking lebih rendah dari Malaysia, mereka sepatutnya menyalahkan diri sendiri mengapa tidak mampu mencapai matlamat tiga jaringan walau mempunyai banyak peluang untuk melakukannya.

Satu pujian buat Pakistan apabila penjaga gol utama mereka, Muhamad Umer sekali lagi memainkan peranan penting menyelamatkan kubu Pakistan dari percubaan Malaysia melalui penjaring perlawanan pertama, Wan Zaharul Nizam dan Mohd Irfan Fazail.

Semua pemenang termasuk Malaysia dalam pusingan pertama akan bertemu 13 pasukan Asia di pusingan kedua iaitu Australia, Bahrain , China PR, North Korea, South Korea, Iraq, Japan, Lebanon, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Uzbekistan, dan Vietnam yang dijadualkan akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun 2011.

Kesebelasan Utama:

Pakistan: Tariq Lutfi
Muhammad Umer (Gk), Faisal Iqbal, Ahsanullah, Manzoor Ahmed, Alamgir Khan, Syed Arif Hussain, Muhammad Adil, Mahmood Khan, Rizwan Asif, Kaleemullah dan Jadeed Khan Pathan (C)

Subs: M Qais (Gk), Saddam Hussain, Ghazanfar Abbas, Ubaid Majeed, Rashid Ali, Asim Mansoor dan Amir Gul.

Malaysia: Manager: Affendi Hamzah & Jurulatih: Ong Kim Swee
Khairul Fahmi Che Mat (Gk)(C), Mahalli bin Jasuli, Mohd Affize Faisal, Mohd Fazli Shas, Mohd Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaraia, Ahmad Fakri Saarani, Gurusamy Govandar Kandasamy, Gary Steven Robertm, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Fandi bin Othman.

Subs: Mohd Faizal Abu Bakr, Sivanesan Shanguman, Thamil Arasu Ambumamee, Nazirul Naim Che Hashim, Ahmad Shakir Md Ali, Syahrul Azwari Ibrahim dan Muhammad Zamir Selamat

Pegawai Perlawanan

Pengadil: Hoang Minh Nguyen,
Penolong 1: Dinh Dung Phung,
Penolong 2: Minh Tri Vo,
Pegawai Ke-4: Ngoc Ha Nguyen
(Semua Pengadil Dari Vietnam)

Komisioner Perlawanan: Hassan Ghaffari (Iran)
Lo Komisioner Perlawanan: Mian Rizwan Ali (Lahore)
Penilai Pengadil: Jassim Mohamad Mahmood Abdul Karim (Bahrain)

Pahang tingkatkan keselamatan

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) meningkatkan tahap keselamatan di Stadium Darul Makmur bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku semasa saingan Liga Super 2011 menentang Kelantan
pada 12 Mac ini.
Naib Presiden 1 PBNP, Datuk Omar Othman berkata, pihaknya mendapatkan kerjasama polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) bagi menjaga keselamatan penonton serta pemain sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.
“Kita tidak mengatakan akan berlaku kejadian yang tidak diingini disebabkan oleh mana-mana pihak. Ia cuma sebagai langkah berjaga-jaga.
“Perlawanan antara Pahang dengan Kelantan dijangka sengit dan bakal menarik ramai penyokong daripada kedua-dua pasukan,” katanya.
Tambah beliau lagi, pihak polis juga bersetuju menambah 100 anggota berbanding hanya 50 orang dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini manakala Rela akan menempatkan 130 petugas di sekitar Stadium Darul Makmur.
Ujar Omar lagi, kemasukan penyokong secara berasingan melalui empat pintu di stadium tersebut juga akan dipantau bagi mengelak berlaku pertembungan atau pergaduhan.
“Pihak keselamatan juga akan memeriksa semua penyokong bagi memastikan bahan larangan seperti letupan dan mercun tidak dibawa masuk ke stadium.
“Kami meminta penyokong kedua-dua pasukan tidak membuat perkara yang menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak dalam memastikan keselamatan bersama,” katanya.

Malaysia lepasi halangan pertama

PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas seri tanpa jaringan dengan Pakistan di Stadium Punjab, Lahore semalam.

LANGKAH skuad bola sepak kebangsaan dalam saingan Kelayakan Olimpik 2012 ternyata cemerlang apabila berjaya mara ke pusingan kedua.
Kejayaan itu hadir selepas mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Pakistan pada aksi kedua pusingan pertama di Stadium Punjab, Lahore semalam.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Ong Kim Swee itu mara ke pusingan kedua dengan agregat 2-0.
Terdahulu, skuad negara tampil penuh bergaya apabila menewaskan Pakistan 2-0 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu.
Pujian sewajarnya diberikan kepada anak-anak buah Kim Swee yang dikatakan tampil dengan aksi penuh konsisten apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Pakistan yang memerlukan sekurang-kurangnya tiga gol untuk membolehkan mereka mara ke pusingan kedua.
Berkat usaha serta komitmen yang dipamerkan barisan pemain muda negara pada perlawanan tersebut ternyata telah memberikan sinar baru buat sukan bola sepak tanah air apabila peluang untuk beraksi ke temasya Sukan Olimpik 2010 di London kini terbuka luas.
Bagaimanapun, anak-anak buah Kim Swee tidak boleh terus dibuai mimpi dengan kejayaan tersebut.
Sebaliknya, mereka perlu mengekalkan rentak kecemerlangan itu bagi menghadapi ujian yang dijangkakan lebih getir pada saingan pusingan kedua kelak.
Pada aksi pusingan kedua yang bakal berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan, skuad negara berkemungkinan diundi bertemu sama ada Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan mahupun Vietnam.
Sebanyak 13 pasukan terbabit mendapat undian bye pada pusingan pertama.
Apa-apa pun, tahniah buat skuad bola sepak negara yang berjaya melepasi halangan di pusingan pertama

Catatan Popular