KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 2 Februari 2011

Khairul Fahmi 1-1 Sharbinee: Dua Gergasi Pantai Timur Sama Hebat

Ulasan Ringkas:
Perlawanan malam tadi menyaksikan keseimbangan serangan diantara kedua-dua pasukan. Nurul Azwan Roya menunjukkan kesungguhannya mengatur gerak kepada Piya dan Norshahrul. Hantaran silang Azwan Roya kepada Piya pada minit ke 34, tidak disia-siakan Piya untuk meloloskan sepakan membolosi gawang gol Sharbinee.Keputusan Kelantan 1-0 Terengganu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Kelantan seolah-olah kehilangan rentak dan selesa dengan jaringan awal apabila barisan pertahanan sering dikucar-kacirkan oleh gadingan jentera penggempur Terengganu Marzuki Yusof, Reshafiq, Abdul Hadi, Ashaari Shamsudin dan Joseph Kalang. Perlawanan pada separuh masa kedua juga seimbang diantara kedua-dua pasukan mengatur serangan. Selepas 15 minit separuh masa kedua, barisan serangan Terengganu berjaya mengasak kubu pertahanan Kelantan. Marzuki Yusof berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 67.

Gandingan Piya, Norshahrul, Azwan Roya dan K Soley dilihat mantap mengatur gerak ke kubu lawan namun penyudahnya tumpul dan berjaya diselamatkan Sharbinee. Kelantan melakukan tiga pertukaran iaitu membawa masuk Khalid Jamlus pada minit ke 74 menggantikan Danial Fadhly, pada minit ke 80 Khairan Eroza dibawa masuk menggantikan Shakir dan pada minit ke 85 Nizad Ayub dibawa masuk menggantikan K Soley.

Perlawanan berkesudahan Kelantan 1-1 Terengganu sehingga wisel penamat dibunyikan. Kelantan kini memperolehi 4 mata menduduki tangga kedua Liga Super dibawah Negeri Sembilan yang mendahului dengan 6 mata setelah berjaya menewaskan 3-1 pasukan T-Team malam tadi.

Ramai penyokong Kelantan menyatakan kekecewaan mereka kerana Kelantan gagal mempertahankan kemenangan separuh masa pertama ini dan terlepas peluang menang di stadium sendiri. Namun mereka akur dengan keputusan ini dan berharap Kelantan tidak mensia-siakan lagi peluang bermain di tempat sendiri sabtu 12 Februari ini menentang pasukan lama Nurul Azwan Roya iaitu Johor FC.

Kad Kuning:
Danial Fadhly
K Soley

Serangan:
50-50

Penjaga Gol: Khairul Fahmi Pertahanan: Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham, Zairul Fitree Tengah: K Soley, Shakir, Danial Fazly, Nurul Azwan Roya, Mohd Badhri Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha

Simpanan:
Ramzul Zahini, Khairan Eroza, Wan Rohaimi, S. Subramaniam, Khalid Jamlus, Wan Zaman, S. Chanturu, Nizad Ayub, Khairan Ezuan, Zul Yusri, Shahrizan,

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

Doa Selamat Untuk Penyokong TRW Mesir

Penyokong The Red Warriors dari negara Mesir merupakan pengunjung kedua tertinggi selepas Malaysia yang mengunjung laman web ini. Peristiwa huru-hara di Mesir sekarang telah menjejaskan aktiviti mereka mengikuti perkembangan semasa pasukan kesayangan mereka.

Dengan ini memohon jasa baik seluruh umat Islam mendoakan keselamatan dan kesejahteraan mereka selama pergolakan politik di Mesir ini dan memohon dipermudahkan penghantaran pulang mereka ke tanahair. Amin

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

Kijang, Penyu Sama Handal.

Kelantan tempang apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan Terengganu di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Bermain di gelanggang sendiri tidak membawa sebarang makna apabila Terengganu dilihat lebih banyak mengatur percubaan bahaya kearah kubu Kijang.

Kelantan hampir dikejutkan seawal minit ke-4 apabila hantaran jauh Nik Zul Aziz kepada Joseph Kalang Tie sempat dihadang Rizal Fahmi.

Memasuki minit ke-9, Kelantan dihadiahkan sepakan percuma disebelah kiri setelah Norshahrul Idlan Talaha dikasari pertahanan Terengganu namun sepakan Badri Radzi sempat ditumbuk keluar Sharbinee Alawee.

Selepas itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan saling menyerang menyebabkan pertahanan Kelantan dan Terengganu terpaksa bekerja keras.

Sang Kijang akhirnya berjaya didepan pada minit ke-34 setelah gerakan dari kawasan bawah Zairul Fitree kepada Nurul Azwan Roya disudahkan dengan tampanan Mohd Badri Radzi kedalam pintu gol pelawat.

Badri Radzi sekali lagi menggamatkan kawasan stadium yang dipenuhi hampir 30 000 penyokong Kelantan apabila menerima hantaran baik dari Danial Fadly namun Sharbinee lebih pantas melayangkan badan menepis tandukan ketua pasukan Kelantan tersebut pada minit ke-41.

Minit akhir separuh masa pertama, Badri terus hampa apabila gerakan yang dilakukan K. Soley dan Danial Fadly disudahkan dengan percubaan lemah terus kepada penjaga gol Terengganu.

Bersambung babak, Kelantan dinafikan sepakan penalti selepas Badri Radzi yang menerima hantaran dari Norshahrul dijatuhkan didalam kotak penalti tetapi pengadil tetap meneruskan perlawanan.

Terengganu kadangkala melakukan serangan balas hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-60 namun Khairul fahmi tangkas menepis sepakan satu sama satu dengan Zharif Hasna.

Tanpa disangka, hantaran lintang Joseph Kalang Tie berjaya ditanduk masuk Marzuki Yusof pada minit ke-68 untuk gol penyamaan Terengganu.

Bagaikan mendapat semangat baru, Terengganu melancarkan serangan berltali arus ke kubu Kelantan melalui rangkaian Ashaari Shamsudin dan Abdul Hadi Yahya.

Sang Penyu terus mengganas dan Helmi Rameli mengecewakan kem Terengganu setelah gerakan yang dilakukan bersama dengan Zharif Hasna disudahkan dengan sepakan lemah kearah Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan yang tertekan melakukan tiga pertukaran memasukkan Khairan Eroza, Khalid Jamlus dan Nidzad Ayub namun masih gagal mencari satu gol yang diperlukan.

Pada minit ke-85, tandukan Rizal Fahmi hasil sepakan sudut ditangkap kemas Sharbinee Alawee.

Menyedari pemain Kelantan mula keletihan, Terengganu melancarkan serangan balas pantas melalui Abdul Hadi Yahya namun Khairul Fahmi terus melakukan aksi menyelamat bergaya menghampakan percubaan satu sama penyerang Sang penyu tersebut pada minit ke-89.

Khalid Jamlus menutup perlawanan dengan satu lambungan kearah pintu gol Terengganu pada minit ke-90 sebelum Mohd Romzi Zahari membunyikan wisel penamat.

Tujuh kad kuning dilayangkan pengadil kepada pemain kedua-dua pasukan.

Kesebelasan Utama

Kelantan: M. Karathu.
Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Daudsu Jamaludin, Zairul Fitree Ishak, Shakir Shaari (Khairan Eroza), Solehin Kanasian Abdullah (Nidzad Ayub), Badri Radzi (c), Nurul Azwan Roya, Danial Fadly (Khalid Jamlus) dan Norshahrul Idlan Talaha.

Terengganu: Irfan Bakti.
Sharbinee Alawee, Nik Zul Nawawi, Reshafiq Alwi, Ismail Faruqi ( Ahmad Nordin Alias), Joseph Kalang Tie ( Mohd Fukharazi Musa), Hasmizan Kamarudin, Abdul hadi Yahya, Mohd Marzuki Yusof (c), Mohd Zharif Hasna, Helmi Remeli dan Mohd Ashaari Shamsudin.

Selasa, 1 Februari 2011

Terkini:Kelantan VS Terengganu
emel

Stadium Sultan Muhammad ke- 4. 8.45 malam. KEL 1-1 TER

Pengurus: Azman Ibrahim
Ketua Jurulatih: Datuk M. Karathu
Penolong Jurulatih: Hashim Mustpha & Sideek Samsuddin
Jurulatih Penjaga Gol: Ismail Chawalit

KELANTAN:
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Pertahanan: Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham, Zairul Fitree Tengah: K Soley, Shakir, Danial Fazly, Nurul Azwan Roya, Mohd Badhri Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha

Simpanan:
Ramzul Zahini, Khairan Eroza, Wan Rohaimi, S. Subramaniam, Khalid Jamlus, Wan Zaman, S. Chanturu, Nizad Ayub, Khairan Ezuan, Zul Yusri, Shahrizan,

Jumlah Penyokong: Lebih 20,000 orang



Separuh Masa Pertama:

Minit 1: prittttt mula

minit 10: Kel 0-0 Ter. serangan Kel 55%-45%Ter.

Minit 12: Percubaan Azwan Roya tepat ke dakapan Sharbinee

Minit 18: Kel 0-0 Ter -Percubaan tepat Danial Fadly

Minit 24: Kel 0-0 Ter- Serangan Kel 40% - 60% Ter. Kad kuning pertama- K Soley (Kel)

Minit 31: Kel 0-0 Ter. Kad kuning kedua- Danial Fadly (Kel)

Minit 33: Kel 0-0 Ter

minit 34: gollllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll Kel 1-0 Ter. Hantaran silang dari Azwan Roya yang disudahkan cantik oleh Piya

Minit 35: percubaan Norshahrul tersasar jauh dari pintu gol

Minit 37: Kel 1-0 Ter

Minit 40: Kel 1-0 Ter-Percubaan Norshahrul tidak ditampan oleh pemain kel lain

Minit 43: Kel 1-0 Ter

Minit 45: Kel 1-0 Ter
Prittttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt tamat sepruh masa pertama

Separuh Masa Kedua

Maaf gangguan Teknikal

Minit 67: Gollllll Terganu....... Kel 1-1 Ter Marzuki Yusof

Minit 72: Kel 1-1 Ter

Minit 74: Ptkran Danial Fadhly - masuk Khalid Jamlus

Minit 81: Ptkran Shakir - Masuk Khairan Eroza

Minit 82: Kel 1-1Ter

Minit 87: Kel 1-1 Ter Pcubaa Khairan tersasar.

Minit 88 :Ptkrn K Soley- Masuk Nizad Ayub

Minit 90 : Pcubaan A Hadi (Ter) Berjaya diselamat oleh Apex

Minit tambahan : Percubaan khalid teru ke penjaga gol sharbinee

PRITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT tAMAT

Pastikan anda sentiasa "Refresh" untuk kemaskini terkini.

Perlawanan Lain:
Harimau Muda 3-1 Pahang
T-Team 1-3 Negeri Sembilan
Kedah 1-0 Felda
K. Lumpur 0-0 Sabah
Perak 1-0 Johor FC
Perlis 0-2 Selangor

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Prebiu Perlawanan


Kelantan mln Terengganu


Saingan Liga Super 2011 dibuka secara rasminya dengan Sang Kijang tampil cemerlang mengondol Piala Sumbangsih menewaskan juara bertahan, Selangor sekali gus memungut tiga mata pertama. Tidak bagi Terengganu, perlawanan pertama mereka dihadapi penuh rintang apabila hanya mampu mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan pendatang baru, Sabah di Kuala Terengganu.

Pertembungan negeri sejiran sekali lagi menjadi medan penting buat dua pasukan untuk menunjukkan kejaguhan sama ada status gergasi Pantai Timur kekal bersama Kelantan atau bertukar milik kepada Sang Penyu.

Rekod pertembungan musim lalu, Sang Kijang gah mengecewakan lawan 3-0 di Kota Bharu dan mengikat lawan 0-0 pada perlawanan pembukaan musim.

Tetapi ketika itu, anak buah M. Karathu dibarisi nama bintang yang membawa kejayaan besar kepada Kijang sepanjang 2010 dan waktu ini, hampir kesemua pemain tersebut sudah beralih arah menabur bakti dengan pasukan lain. Berbeza dengan Irfan Bakti, mereka masih mengekalkan beberapa nama yang membawa kepada prestasi gemilang termasuk masih mendapat khidmat penjaring terbanyak liga, Ashaari Shamsudin.

Namun setiap musim, perlawanan tetap mencorakkan keputusan berbeda dan mampukah skuad The Red Warriors mengekalkan konsentrasi mereka memburu kejuaraan Liga Super ataupun tersungkur layu dibenam Terengganu.

Yang pastinya, perlawanan ini menjadi tugas getir buat jurulatih terbaru Kijang untuk menyakinkan para peminat di halaman sendiri bahawa kemenangan yang diraih ke atas Selangor pada perlawanan pertama tempoh hari merupakan kekuatan sebenar pasukan bukan bersandarkan nasib semata-mata.

Jika tidak, nama beliau mungkin menjadi sebutan dengan tohmahan dan kata nista seperti mana terpaksa Sathianathan hadapi ketika permulaan kancah Liga.

Melihat pada pertembungan di Kota Bharu, tiga mata penuh keatas Terengganu wajar dikutip sementelah pula rekod musim-musim terakhir sememangnya berpihak pada Sang Kijang. Tambahan beraksi di gelanggang sendiri, tiada alasan yang boleh diberikan seandainya keputusan sebaliknya dicatatkan.

Dijangka M. Karathu akan mengubah corak taktikal 4-5-1 kepada 4-4-2 bagi mengurangkan sedikit tekanan kepada pemain penyerang. Beliau mungkin akan terus mengguna khidmat Norshahrul Idlan Talaha di posisi serangan untuk merobek kubu mantan penjaga gol utama negara, Sharbinee Alawee. Walau mengadu sedikit sakit akibat kecederaan lama, khidmat beliau sangat diperlukan dalam perlawanan menentang Terengganu. Tetapi, kelihatan Norshahrul tidak dapat bermain keseorangan ketika beraksi di Shah Alam kerana tiada pemain lain dapat memberi bantuan semasa dia cuba membawa masuk bola kedalam kawasan penalti menyebabkan gerakan yang dilakukan pemain ini seringkali tersekat dek kawalan ketat pertahanan lawan.

Oleh itu, Karathu perlu mencari seorang penyerang yang mampu membantu Norshahrul selain mengurangkan kawalan pertahanan lawan kepada peledak utama tersebut. Nama yang mungkin dapat menjadi 'backup' kepada Norshahrul ketika ini ialah Ramzul Zahini Adnan selepas dua penyerang, Khalid dan Chanturu masih dilanda kecederaan manakala Khairul Izuan Rosli dan Nidzad Ayub belum diyakini dapat memberi aksi memberangsangkan.

Bagi posisi tengah, tiada pertukaran drastik dijangkakan selepas kesemua pemain yang diturunkan di kawasan tersebut melaksanakan tugas mereka dengan baik. Cuma, sedikit kecewa dengan Badri Radzi selepas melakukan kesilapan bodoh tempoh hari di Shah Alam menyebabkan serangan balas pantas dilakukan pasukan lawan. Benar, dia dapat menjaringkan satu gol namun tiga hantaran 'bad mistake' tidak boleh dimaafkan kerana menyebabkan kubu Kelantan hampir dibocori serangan balas lawan.

Nurul Azwan Roya dan Solehin Kanasian Abdullah diberi pujian melambung bila mana menampilkan persembahan cemerlang di bahagian sayap memaksa benteng Selangor bertungkus lumus menyekat gerakan mereka. Justeru itu, kudrat mereka terus ditagih ketika menentang Terengganu untuk membantu pemain penyerang selain bertindak sebagai perancang gerakan membolosi kubu pasukan pelawat. Satu tempat lagi kemungkinan besar akan terus diisi Shakir Shaari apabila pemain tengah Kelantan ini menunjukkan persembahan menyakinkan selain bertindak pantas membantu bahagian benteng ketika menerima serangan dari pihak lawan.

Manakala beberapa nama seperti Khairan Eroza, Wan Zaman, dan lain-lain kekal di bangku simpanan.

Kawasan pertahanan tidak membimbangkan jika dilihat pada prestasi semasa ditunjukkan empat pemain yang diturunkan ketika menyekat Selangor. Daudsu Jamaludin, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail dan Zairul Fitree Ishak kental bertahan ketika menerima asakan bertali arus dan dijangkakan mereka akan terus kekal di barisan pertama untuk menghalang pemain penyerang Terengganu dari merobek pintu gol kawalan Khairul Fahmi Che Mat. Gandingan serasi setakat ini diantara pemain pertahanan dan juga penjaga gol muda tersebut.

Nama-nama seperti Wan Rohaimi, Aziz Ismail dan Mohd Shahrilzan Ismail kekal di dalam senarai simpanan menanti peluang untuk dimasukkan.

Bagi Terengganu, mereka masih kehilangan Abdul Manaf Mamat ekoran kecederaan namun penampilan pertama dari Reshafiq Alwi sedikit melegakan. Berdasarkan kata ketua jurulatih mereka, ketumpulan jentera serangan menjadi salah satu faktor mengapa mereka gagal sama sekali untuk mengutip mata penuh semasa menentang Sabah. Walaupun menurunkan pemain yang menjaringkan lebih 15 gol pada musim lalu, kelibat pemain ini langsung tidak membantu Sang penyu.

Namun, dalam pertemuan dengan Kelantan, dijangkakan pemain tonggak pelawat akan cuba memberi tentangan untuk menebus kembali perasaan malu dibelasah di arena keramat Cik Siti Wan Kembang musim lepas.

Mereka mempunyai barisan termantap dan diyakini dapat memberi pulangan berbaloi kepada Terengganu pada akhir musim nanti tetapi yang harus mereka ubah sebelum turun kedalam padang ialah cuba memberi fokus pada perlawanan selain mengharapkan pemain perancang mereka dapat bertindak secara kerjasama dengan pemain lain.

Selain akan turun dalam pertembungan sejiran, kedua-dua pasukan juga mempertaruhkan dua pengendali berbeza zaman namun mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak negara. M. Karathu pernah membimbing pasukan kebangsaan Sri Lanka dan kelab Singapura manakala Irfan Bakti menjadi jurulatih kelahiran Malaysia pertama diberi tanggungjawab membimbing kelab Indonesia.

Kedua-duanya mempunyai corak taktikal baik malah dapat merubah keputusan dengan teknik yang diterjemahkan kepada pemain pasukan masing-masing. Kita nantikan bagaimana dua jurulatih ini mencorak taktikal kepada anak didik mereka untuk cuba mencatatkan keputusan terbaik kepada pasukan kendalian mereka.

Ramalan Kelatewaz bola
Kelantan 3-0 Terengganu

Sila tinggal ramalan keputusan perlawanan anda di dalam ruangan post di bawah
Info Tiket Perlawanan


Harga Tiket:

RM12 - Terbuka
RM25 - Astaka

Kaunter tiket akan mula dibuka pada waktu tengahari dan kepada mereka yang mahu menyaksikan perlawanan secara langsung di Stadium boleh mendapatkan tiket di kaunter yang disediakan.

Sumber: KAFA

Dapatkan Free Gift dari KAFA

10 ribu naskah gambar pemain, risalah, jadual perlawanan Kelantan 2011 dan senikata lagu akan diedarkan pihak KAFA kepada penyokong yang hadir untuk membeli tiket. Dapatkan melalui wakil KAFA di kaunter tiket esok.

Info dari: FB TSAM

Tolonglah KAFA!!!

Gambar Ihsan TRW@facebook TSAM
Insiden balingan objek serta mercun ketika perlawanan Kelantan menentang Selangor di Shah Alam tempohari menceritakan tentang sikap segelintir penyokong Kelantan yang masih lagi berdegil serta keras hati dan hudoh peel perangainya.
Penulis merasa terpanggil untuk menulis artikel ini kerana sayangkan pasukan Kelantan yang sedang meningkat naik setelah mengalahkan Selangor sabtu lalu.Apa salahnya kalau kita bersopan sedikit,sekurang-kurangnya cuba tinggalkan peel hudoh kita itu dirumah.

Jika Kelantan digantung serta tidak boleh bermain di gelanggang sendiri sudah pasti KAFA yang tak bersalah akan menerima padah serta penyokong setia yang peel perangainya comel tidak dapat lagi menyaksikan aksi pemain-pemain Kelantan di Gelanggang keramat,Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Sebelum ini KAFA telah banyak 'menderita' kerana sikap segelintir penyokong tak bertamadun ini,insiden ini juga telah melondehkan kantung KAFA yang hanya bergantung harap pada jualan tiket semata-mata.

Oleh itu pada perlawanan seterusnya janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri dan jadikan Stadium tempat melepaskan geram.Fikirkanlah keselamatan orang lain kerana mercun tidak ada mata atau telinga...ianya boleh terkena sesiapa sahaja termasuk tuan punya diri.

Fikir dulu sebelum buat!!!

p/s : Bendera Politik jugok jangan bawak..kalu raso nok bawok sangat...bawok bendera politik negara lain atau bendera negara lain...

Pemain Kelantan tambah semangat

SHAH ALAM – Bukan mudah untuk menewaskan Selangor yang beraksi di gelanggang sendiri, namun tugasan itu berjaya dilaksanakan Kelantan apabila membenam ego skuad Red Giants 2-0 dalam aksi perlawanan sumbangsih, kelmarin.

Orang paling gembira dengan kejayaan itu sudah tentu jurulatih baru Kelantan, Datuk M. Karathu yang membuktikan kepulangannya di bumi Kelantan seakan-akan memberikan tuah dengan menghadiahkan trofi pertama Kelantan pada perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia.

Tanpa berselindung, Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 mengakui kejayaan itu akan melonjakkan motivasi pemainnya dalam memburu kejuaraan Liga Super pada musim ini memandangkan Selangor antara pencabar utama dan merupakan juara bertahan.


‘‘Menang ke atas Selangor di tempat lawan bukan satu perkara yang senang dan saya amat gembira kerana kami meraih tiga mata pada perlawanan pertama liga.

‘‘Selain menjuarai trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama, saya dapat rasakan kemenangan ini akan memberikan motivasi buat pemain untuk memburu kejuaraan Liga Super,” kata Karathu selepas berakhir perlawanan, kelmarin.

Kelantan yang lebih dikenali dengan jolokan Red Warriors menang menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha menerusi jaringan penalti seawal minit kelapan dan sepakan percuma di minit ke-84 oleh Mohd Badhri Mohd. Radzi.
Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Kelantan ke atas Selangor kepada lima pertemuan.

Terengganu akan menjadi lawan kedua Kelantan dalam saingan Liga Super pada perlawanan yang dijadualkan esok di Stadium Sultan Mohamed IV.

Walaupun pada awal musim ramai meramalkan Kelantan akan pincang di bahagian sayap selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Nor Farhan Muhammad, sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Aksi K. Soley (Solihin Kanasian) serta bekas pemain Johor FC, Mohd. Nurul Azwan Roya menggantikan dua pemain sayap itu jelas memukau pada perlawanan berkenaan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan Kelantan mampu melangkah lebih jauh pada musim ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Karathu sendiri yang memuji persembahan kedua-dua pemain itu yang menjadi nadi kepada jentera serangan Kelantan.

‘‘Walaupun masih baru, kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang permasalahan untuk bermain dengan baik dan kehadiran mereka akan banyak membantu Kelantan melangkah maju ke hadapan.

‘‘Saya harap mereka berdua dan pemain lain boleh mengekalkan momentum yang sama dalam setiap perlawanan yang kita akan harungi selepas ini,” ujarnya.

Isnin, 31 Januari 2011


Pengumuman Tiket Esok:

Berita baik kepada semua penyokong The Red Warriors. Kaunter tiket di stadium Sultan Muhammad ke-4 akan dibuka bermula jam 2 petang / 1 Febuari 2011. Jangan lepaskan peluang.Terima Kasih

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

Catatan Popular