KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 29 Januari 2011

Karathu teruskan taktikal Sathianathan

KOTA BHARU - Tempoh dua hari yang dimiliki oleh pengendali baru Red Warriors, Datuk M.Karathu mencukupi untuk beliau menyusun strategi bagi menghadapi Perlawanan Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini.

Bekas jurulatih Perak itu berkata, pada pertembungan dengan Selangor, anak-anak buahnya akan turun dengan taktikal yang telah dirancang oleh bekas rakan sejawatnya, B.Sathianathan.

Menurutnya, beliau hanya sempat menjalani latihan selama dua hari bersama pasukan selepas mengambil alih tugas Sathia, yang digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Bagi saya keputusan terbaik adalah mengekalkan taktikal yang digunakan oleh bekas jurulatih Sathia. Tempoh dua hari tidak cukup buat saya untuk mengubah keseluruhan corak permainan pasukan.

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Sathia dan Hashim Mustapa untuk pemain merencanakan taktikal terbaik apabila turun menentang Selangor malam esok (malam ini)," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, tahap kecergasan pemain masih belum memuaskan untuk perlawanan yang berprestasi tinggi hari ini, iaitu aksi pertama musim ini.

"Masalah ini sering berlaku kepada pemain tempatan. Saya kira Selangor juga berdepan masalah yang sama," katanya.

Karathu menjelaskan, untuk perlawanan hari ini, pasukannya berdepan masalah apabila dua penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha belum pasti diturunkan, selepas mengadu kesakitan pada sesi latihan sejak dua hari.

Tambahnya, lebih memeritkan, beliau terpaksa melupakan khidmat pemain lincah, S. Chanturu yang masih cedera.

"Namun kami masih ada dua penyerang muda yang boleh diketengahkan iaitu Nizad Ayub dan Ramzul Zahini Adenan.

"Bagi saya ia satu situasi yang cukup baik apabila semua pemain mempunyai keyakinan untuk turun beraksi dan pentas akhir tidak sama dengan perlawanan biasa, saya mahu para pemain beraksi dengan gembira dan buktikan kemampuan," ujarnya.

Karathu menyifatkan Selangor memiliki kekuatan dari segi serangan kerana memiliki pemain yang bagus seperti Safee (Sali), Amri (Yahyah) dan Amirulhadi (Zainal).

"Ini bermakna barisan pertahanan kami perlu bekerja kuat untuk mengekang mereka," ujarnya
Sentuhan Karathu jadi sandaran Red Warriors



MAHU dianggap sebagai 'underdog', Kelantan yang gah menjulang Piala Malaysia, musim lalu tidak mahu terlalu yakin dalam perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2011 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Pertama kali dapat beraksi dalam perlawanan sumbangsih, keresahan persiapan pasukan The Red Warriors adalah berikutan kecederaan tiga tonggak utama pasukan itu.
“Kami akui Selangor sangat kuat namun pemain Kelantan akan cuba memberi sepenuh tumpuan dalam perlawanan sumbangsih ini untuk memberi kejutan. Kecederaan pemain utama kita - S Subramaniam (pertahanan), S Chanturu (penyerang) dan Norshahrul Idlan Talaha (penyerang) mungkin mengganggu rentak perlawanan,” kata pengurus Kelantan, Azman Ibrahim di sidang akhbar, semalam.
Azman berkata status Norshahrul yang sebelum ini membantu skuad Harimau Malaya membawa pulang Piala Suzuki AFF bagaimanapun belum diketahui dan mungkin dia masih boleh menyertai dalam perlawanan pembukaan musim baru Liga Super itu.

Mengenai jurulatih baru, Datuk M Karathu yang baru saja dua kali berkesempatan menjalani latihan bersama skuad Kelantan, Azman berkata motivasi dan komitmen pemain terhadap jurulatih yang pernah membimbing Kelantan 18 tahun lalu, adalah baik.

“Pelantikan Karathu tidak menjadi masalah buat pemain, lagi pun Karathu pernah membimbing skuad Kelantan pada 18 tahun lalu ,” katanya mengenai Karathu yang baru dilantik menggantikan B Sathianathan yang digantung selama enam bulan

Detik getir



pix_gal0
Dua wira harumkan negara kini jadi 'musuh'

KEDUA-dua pengendali - K Devan dan Datuk M Karathu - harus ceria kerana memiliki limpahan pemain untuk mencongak kesebelasan terbaik bagi pertembungan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah, malam ini.
Kelantan akan melangkah turun ke Stadium Shah Alam dengan sedikit perasaan gementar kerana beraksi buat julung kali dalam perebutan piala berusia 26 tahun ini manakala Selangor beranggapan sorakan padu penyokong Merah Kuning akan menjadi faktor pembantu utama dalam merencanakan satu lagi kejayaan di laman sendiri.
Perlawanan membabitkan dua skuad gergasi yang memiliki ramai pemain bintang, termasuk beberapa anggota yang membantu pasukan negara menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu tidak dinafikan bakal menjadi tarikan besar penonton tanah air.

Apapun, Kelantan seperti merendahkan diri apabila menganggap mereka sebagai barisan ‘underdog’ tetapi status selaku juara baru Piala Malaysia harus menyajikan satu lagi aksi terpuji daripada mereka, apa lagi sentuhan Karathu yang kembali menabur bakti selepas kali terakhir membimbing The Red Warriors pada 1993.

Perlawanan tumpuan lain seperti Negeri Sembilan melawan Harimau Muda A serta bekas juara, Kedah bertembung T-Team harus menerbitkan satu lagi saat ghairah kepada penonton ketika Liga Super yang membuka tirai, malam ini ditakrif akan kembali menambat hati penonton yang sudah mula mencintai bola sepak.

Balas Kepercayaan Peminat – Piya


Muhd Badhri Radzi

KOTA BHARU – “Bermain seperti biasa dan balas kepercayaan peminat”. Begitulah pesanan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi kepada rakan-rakan sepasukannya menjelang sepak mula perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah membabitkan pertemuan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini.

Muhd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya pemain yang berasal dari Jalan Atas Paloh, dekat Kota Bharu diberi kepercayaan memakai lilitan dilengan sebagai Kapten baru Kelantan menggantikan Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke pasukan T-Team musim ini.

Muhd Badhri berkata, dia berharap pasukan Kelantan dapat mencipta kemenangan dalam perlawanan malam ini sebagai pembakar semangat dalam perlawanan pembukaan Liga Super musim ini.

“Saya minta semua pemain bertenang dan kita akan turun bermain seperti biasa menentang Selangor. Sekalipun tanpa B Sathianathan (digantung enam bulan) kita tetap akan menunjukkan satu persembahan yang terbaik lebih-lebih lagi dihadapan penyokong setia Kelantan malam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebelum berlepas ke ibu negara semalam.

“Saya percaya dengan gabungan di antara pemain muda dan lama yang ada, kita mampu membuktikan kita sesuatu kepada peminat. Sekali tanpa beberapa tonggak yang berhijrah, pasukan Kelantan yang baru pada hari ini tidak ada bezanya dengan musim lalu.

“Kita ada Nurul (Mohd Nurul Azwan Roya), Solehin (Solehin Kanasian Abdullah) Norshahrul (Idlan Talaha) yang tidak kurang hebatnya bahkan barisan pemain kita tidak tempang musim ini sebagaimana diragui peminat sebelum ini,” katanya.

Menurut Badhri, kekuatan pasukan Kelantan adalah berpaksikan kepada keserasian mereka bertindak sebagai satu unit pasukan dan beliau tidak melihat mengapa Kelantan tidak boleh menang dalam perlawanan malam ini.

“Pesanan saya kepada rakan-rakan walau apa dugaan sekali pun yang datang, kita akan tetap bermain sebagai sebuah pasukan. Walau pun kita ditimpa musibah ekoran penggantungan jurulatih dan latihan kita sedikit terjejas beberapa hari lalu namun semua itu tidak mematahkan semangat kita.

“Bahkan suntikan semangat daripada jurulatih baru, Datuk M Karathu dibantu oleh Sathianathan bakal membakar semangat kita untuk membawa pulang piala itu buat pertama kali ke Kota Bharu,” katanya.

Khairul Fahmi Janji Sekat Selangor


Kecemerlangan pada Piala Suzuki AFF bulan lalu pastinya mahu diteruskan oleh Khairul Fahmi Che Mat, apabila pasukannya Kelantan menentang Selangor pada Perlawanan Sumbangsih, hari ini.

KOTA BHARU – Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjanjikan aksi terbaik jika diberi tugas mengawal benteng terakhir pasukannya menentang Selangor pada Perlawanan Sumbangsih di Stadium Shah Alam, hari ini.

Turun dengan misi membantu Kelantan merangkul kejuaraan pertama Piala Sultan Ahmad Shah, selain memungut tiga mata pada aksi sulung Liga Super musim ini, Khairul Fahmi berkata, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan tersebut.

Menurutnya, walaupun Kelantan dilanda beberapa masalah, ia tidak menjejas tumpuannya menjelang perlawanan itu.

“Segala persiapan berjalan lancar. Untuk perlawanan esok saya akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk membantu Kelantan memenangi perlawanan tersebut.

“Walaupun turun tanpa jurulatih B. Sathianathan yang digantung, kehadiran jurulatih baru Datuk M. Karathu memberi semangat buat seluruh pasukan,” katanya ketika dihubungi sini, semalam.

Fahmi, kelahiran Kampung Cherang, membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu.

Mengulas pertembungan Kelantan-Selangor, Khairul Fahmi menjangkakan perlawanan sengit.

“Selangor sebuah pasukan yang kuat, mereka ada ramai pemain yang hebat dan berpengalaman. Namun saya dan rakan-rakan tidak akan memberikan laluan mudah buat Selangor.

“Kami akan berjuang bermati-matian seterusnya membawa pulang kejuaraan ke Kelantan, selain mendapatkan tiga mata,” ujarnya.

Piala Sumbangsih
Siaran Secara Langsung.





Selangor mln Kelantan

Jam: 8.30 Malam
Hari: Sabtu
Tarikh: 29 Januari 2011
Norshahrul Bikin Resah.




Kem Kelantan dalam keresahan setelah penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan mengalami kecederaan lutut.

Menurut sumber, penyerang skuad kebangsaan tersebut hampir pasti tidak dapat diturunkan dalam perlawanan Piala Sumbangsih kerana mengadu sakit pada bahagian lutut ekoran kecederaan lama sewaktu beraksi di Piala Asia.

Ketua jurulatih Kelantan, M. Karathu ketika diminta mengulas tentang perkara ini mengatakan bahawa dia masih berharap Norshahrul sempat pulih dari kecederaan untuk diturunkan menentang Selangor.

Bagi pengurus pasukan, Azman Ibrahim, kecederaan yang dialami penyerang utama tersebut menambah lagi derita Red Warriors selepas beberapa pemain utama lain turut dilanda masalah kecederaan panjang.

Sebelum ini, Khalid Jamlus, S. Subramaniam dan S. Chanturu turut mengalami kecederaan sewaktu menyertai perlawanan jelajah pra-musim.

Dengan kecederaan Norshahrul Idlan, Kelantan dijangka akan menggunakan dua pemain muda, Nidzad Ayub dan Ramzul Zahini untuk mengetuai jentera serangan Kelantan.

Tugas berat terpaksa dipikul dua pemain ini menggalas impian peminat untuk menyaksikan Piala Sumbangsih akan menjadi milik Kelantan buat kali pertama.

Jumaat, 28 Januari 2011

T-Team Ubah Venue Perlawanan.




Perlawanan pusingan pertama Piala FA diantara T-Team menentang Kelantan diubah ke Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu.

Perkara ini disahkan sendiri Timbalan Presiden FAM yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

Perlawanan yang sepatutnya dilangsungkan di Stadium Sultan Ismail Nashirudin Shah terpaksa diubah ekoran kegagalan pihak pengurusan Terengganu membaiki padang dan lampu limpah seperti yang telah ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Satu kekecewaan buat semua penyokong T-Team tetapi berita gembira sebenarnya buat pasukan Kelantan kerana perlawanan ini sememangnya akan menjadi tumpuan ramai setelah isu yang melanda Sang Kijang dengan tiga pemain yang telah berhijrah kepada pasukan lawan tersebu
Rekod Pertemuan Kelantan dan Selangor
(1991-2010)

Berikut adalah rekod pertemuan lalu diantara Kelantan dan Selangor dalam saingan Liga Malaysia bermula pada tahun 1991 sehingga 2010.

- 1991 -

Semi Pro
Selangor 2-1 Kelantan
Kelantan 0-0 Selangor

Piala FA
Selangor 0-0 Kelantan (Pusingan Kedua (1)
Kelantan 1-1 Selangor (Pusingan Kedua (2)
Selangor 3-1 Kelantan (Pusingan Kedua (Ulangan)

(Stadium Merdeka) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1992 -

Tiada Pertemuan

- 1993 -

Piala Malaysia
Selangor 0-0 Kelantan
Kelantan 2-0 Selangor

- 1994 -

Liga Perdana
Kelantan 4-1 Selangor
Selangor 2-2 Kelantan

Piala Malaysia
Kelantan 2-2 Selangor
Selangor 1-1 Kelantan

(Stadium Merdeka) (Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV)

- 1995 -

Liga Perdana
Selangor 2-2 Kelantan
Kelantan 1-2 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1996 -

Liga Perdana
Kelantan 0-1 Selangor
Selangor 4-2 Kelantan

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1997-

Piala FA
Pusingan 1 - Selangor 4-1 Kelantan
Pusingan 2 - Kelantan 2-2 Selangor
- Selangor layak agregat 6-3 -

Liga Perdana
Kelantan 1-0 Selangor
Selangor 3-0 Kelantan

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 1998 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 1999 -

Liga Perdana Dua
Selangor 0-0 Kelantan (Sistem Penalti: Kelantan menang 3-1)
Kelantan 4-0 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2000 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2001 -

Liga Perdana Satu
Selangor 2-0 Kelantan
Kelantan 0-0 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2002 -

Liga Perdana Satu
Selangor 1-0 Kelantan
Kelantan 2-3 Selangor

Piala Malaysia
Selangor 1-1 Kelantan
Kelantan 1-4 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2003 -

Liga Perdana Satu
Selangor 3-3 Kelantan
Kelantan 4-3 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2004 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2005 -

Piala FA (Suku Akhir)
Kelantan 1-1 Selangor
Selangor 5-4 Kelantan
(Selangor layak agregat 6-5)

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2006 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2007 -

Tiada Rekod Pertemuan

- 2008 -

Piala Malaysia
Selangor 4-1 Kelantan
Kelantan 5-2 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2009 -

Liga Super
Selangor 3-0 Kelantan
Kelantan 1-1 Selangor

Piala FA (Perlawanan Akhir)
Selangor 1-1 Kelantan
(Selangor menang penalti 4-1)

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Nasional Bukit Jalil)

- 2010 -

Liga Super
Selangor 1-1 Kelantan
Kelantan 0-0 Selangor

Piala Malaysia (Suku Akhir)
Selangor 0-0 Kelantan
Kelantan 3-0 Selangor

(Stadium Shah Alam) dan (Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu)

- 2011 -

Piala Sumbangsih
Selangor ?-? Kelantan

(Stadium Shah Alam)

RedsFC - Menulis..


Isu Panas Kembali Reda.

RedsFC
RedsFCNews@gmail.com

Tinggal dua hari sahaja lagi sebelum Kelantan turun menentang Selangor dalam misi mencari kejuaraan pertama saingan Piala Sultan Ahmad Shah 2011.

Ketika ini, isu panas yang melanda kem Sang Kijang sudah kembali reda setelah tindakan pantas dilakukan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Beberapa hari lalu, pasukan The Red Warriors dilanda ketidaktentuan selepas berlaku tiga kejadian tidak diduga dalam masa tidak sampai 36 jam.

Ketidak tentuan skuad Kelantan ekoran musibah berpanjangan membuatkan ramai penyokong Kelantan naik angin dan mengancam untuk melakukan kekecohan di Shah Alam bagi menunjukkan bantahan mereka kepada Persatuan induk Bola Sepak Malaysia.

Bermula dengan isu pengantungan B. Sathianathan, mereka sekali lagi dilanda kekecewaan apabila kehilangan hak keatas tiga pemain yang melanggar kontrak sebelum diumumkan bakal tidak beraksi dalam saingan Piala Sumbangsih kerana ketiadaan jurulatih berkelas 'A'.

Namun KAFA selaku persatuan yang menguruskan sukan bola sepak Kelantan bertindak segera merekrut bekas jurulatih berpengalaman yang pernah merantau ke luar negara, M. Karathu untuk mengemudi pasukan Kijang.

Selepas itu, Kelantan sekali lagi mendapat khabar gembira apabila kembali dibenarkan beraksi pada waktu malam selepas kerosakan yang berlaku di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV berjaya diperbaiki seperti yang telah ditetapkan.

Dan beberapa jam lalu, Presiden KAFA mengumumkan perlawanan pertama Piala FA diantara T-Team dan Kelantan pada bulan Februari akan diubah ke Kota Bharu selepas padang stadium di Kuala Terengganu tidak menepati saranan pihak Jawatankuasa bertindak FAM.

Catatan Popular