KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 25 September 2010

Luahan Ikhlas Pengurus Pasukan The Red Warriors


Sudah menjadi lumrah, ore mudoh lupo... cuma reti nk puah ati masing-masing jah.. kadang-kadang kita kena fikir juga pengorbanan hok ore lain buat untuk mencapai kejayaan....harap dlm mbuat kritikan tu cubalah pikir juga perasaan ore lain, janganlah sampai mengaibkan. barulah tau tinggi mana keimanan kita.... SALAM BUAT SEMUA!!!Petikan daripada Wall Facebook Pengurus Pasukan The Red Warriors En Azman Ibrahim untuk renungan bersama.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Kembalikan Semangat The Red Warriors


Hentikan sebarang spekulasi dan berlagak sebagai profesor serba tahu tentang dalaman KAFA dan pemain. Demikian reaksi pihak KAFA kepada sesetengah penyokong yang mula menjadi hero dan jaguh dalam menyampaikan kepada orang ramai konon mengetahui masalah dalaman pemain dan pengurusan. Sikap ini telah sedikit sebanyak mempengaruhi emosi pemain yang mengetahui cerita-cerita rekaan melalui kedai-kedai kopi, laman web dan sistem pesanan ringkas (sms).


Memori indah di perlawanan akhir 2009

KAFA menghargai jasa-jasa semua penyokong setia The Red Warriors tetapi kepada yang berkenaan usahlah berlagak sebagai orang pertama yang kononnya mendapat info melalui kenalan rapat VIP KAFA dan terus menyebarkannya di laman Facebook, blog dan kawan-kawan. Perkara yang boleh menjejaskan reputasi pemain tidak perlu dihebohkan sebelum disahkan sendiri oleh pihak KAFA. Ramai pemain mula terasa tekanan yang diberikan oleh penyokong mengenai isu pemecatan pemain itu dan ini. Peristiwa isnin lepas memang menyayat hati tetapi apakah perlu isu memecat pemain dan jurulatih masih hangat diperkatakan di luar sana seolah-olah tiada kemajuan yang dicapai dalam tempoh 10 bulan pasukan The Red Warriors beraksi? Semua pemain dan pengurusan memohon maaf sepenuh hati sekiranya keputusan selasa lalu masih menguris hati dan tidak mampu dimaafkan lagi oleh sesetengah peminat.

Tugas KAFA sekarang bertambah rumit apabila sudah ada pemain yang terasa dengan isu pemecatan ini, cukup pilu dengan usikan nakal penyokong yang berlagak pemberita no 1 ini. Namun KAFA sentiasa komited dan berusaha keras memastikan pemain kembali bersemangat apabila menyarung jersi The Red Warriors 3 Oktober nanti. Adakah penyokong-penyokong ini lebih suka pemain yang ada ini melupakan terus atau menarik diri daripada 3 lagi peluang saingan yang ada? Sekiranya isu-isu bodoh ini terus dimainkan dan jika pasukan gagal ke perlawanan akhir atau merangkul piala Malaysia tidak mustahil akan berlaku rombakan besar-besaran pemain untuk tahun depan, bukan pada masa sekarang.

Oleh itu pihak KAFA menyeru seluruh penyokong Kelantan bersama KAFA memberi semangat kepada seluruh pemain, jurulatih dan pengurusan supaya kembalikan semangat The Red Warriors yang digeruni lawan dan gawang. Ayuh seluruh pendokong wira-wira merah bersama kami, bangkitkan semangat kami, yakinlah pada kami, kami akan pastikan dan berusaha-usaha akhiri wisel penamat malam 3 oktober ini dengan kegembiraan yang gemilang.........Yakinlah.....keikhlasan kudrat skuad The Red Warriors...Lupakan sejenak peristiawa hampa lalu, ayuh bersama tarik nafas baru kemenangan...Gomo Kelate Gomo....

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Khamis, 23 September 2010

Saya Minta Maaf: Sathianathan

KOTA BHARU – ‘Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan’. Begitu pengakuan ikhlas Ketua Jurulatih Kelantan, B Sathianathan sesudah aksi longlai pemain Kelantan menghukum pasukannya daripada mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan menentang KL Plus FC di Kota Bharu malam semalam.

Dalam perlawanan malam semalam, keghairahan pemain Kelantan meraikan kemenangan berharga diragut melalui dua gol pasukan pelawat dalam minit-minit akhir masa kecederaan.

“Ini satu pengajaran yang cukup berguna kepada pasukan termasuk saya sendiri. Setelah kita selesa mendahului 3-1 pada satu ketika, kecuaian pemain kita sendiri memaksa kita berputih mata daripada meraih tiga mata itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

“Inilah bola sepak. Saya akui kita bermain dengan teruk pada separuh masa pertama. Namun, kita bangkit pada separuh masa kedua dan mendapatkan dua gol. Pemain telah bermain bersungguh-sungguh setelah kita ketinggalan satu gol pada satu ketika. Kita juga mempunyai banyak peluang menjaringkan gol pada perlawanan itu.

“Tetapi akhirnya kita diaibkan dengan dua gol pasukan pelawat dalam tempoh dua minit. Bahagian pertahanan kita tidak bermain dengan baik seperti mana dalam aksi Liga Super lalu,” katanya.

Sathianathan berkata, faktor kekuatan mental dikenal pasti sebagai punca mengapa pemain Kelantan gagal mencipta kemenangan pada perlawanan tersebut. “Pemain diberi cuti rehat selama dua hari bagi memulihkan tahap keyakinan masing-masing. Tempoh rehat selama 10 hari ini, saya akan digunakan sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan itu sebelum kita berhadapan dengan Negeri Sembilan pada 3 Oktober nanti.

“Kecuaian adalah alasan utama mengapa kita tidak boleh menang pada perlawanan itu. Semua pemain harus bertanggungjawab di atas keputusan itu. Yang pasti, mentaliti pemain kita merosot dalam perlawanan itu,” katanya.

“Apa yang berlaku ini ada hikmah semuanya. Saya percaya lebih baik perkara ini berlaku sekarang daripada kita hadapinya di peringkat suku akhir,” katanya.

Sementara itu, Sathianathan tetap mempertahankan barisan pemain yang menjadi pilihannya ketika diturunkan pada perlawanan itu.

“Hairuddin (Omar) diketepikan kerana mengalami demam. Mohd Norfarhan (Muhammad) juga masih lagi bergelut dengan kecederaan. Senarai 18 pemain yang dipilih merupakan yang terbaik hasil daripada perlawanan lalu dan latihan.

“Begitu juga dengan pemilihan penjaga gol, Syed Adney (Syed Hussien). Dia menunjukkan prestasi baik dalam dua perlawanan lalu. Jadi tidak ada sebab mengapa dia tidak diturunkan dalam perlawanan semalam,” katanya.

Sathia Berang Pemain Lalai

KOTA BAHARU – Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kecewa dan berang dengan aksi pasukannya, yang gagal mengutip mata penuh walaupun mendahului KL Plus 3-1 sehingga minit akhir pada perlawanan Piala Malaysia, kelmarin.

Bagi jurulatih itu, kelalaian pemain sehingga membolehkan KL Plus menyumbat dua gol untuk keputusan 3-3, pada minit ke-90 dan ke-91, sukar diterima.

“Saya tidak salahkan seorang dua pemain tetapi semua. Kita sudah menang tetapi memberikan kemenangan kepada pelawat, sehingga akhirnya kita seri.

“Pemain ghairah mahu menyumbat gol yang banyak tanpa pedulikan keadaan di barisan pertahanan, sehingga KL Plus menyumbat dua gol pada minit terakhir perlawanan. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya selepas aksi di Stadium Sultan Muhammad IV.

Keputusan tersebut meletakkan Kelantan di tangga kedua dalam Kumpulan A, di belakang Negeri Sembilan, selepas hanya mengutip empat mata selepas tiga perlawanan.

Sebelum ini, Kelantan tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan dan menang tipis 1-0 ke atas PKNS Selangor. Selepas perlawanan tersebut, penyokong Kelantan yang kecewa, berkumpul di depan stadium meminta Sathianathan.

Sathianathan tidak bercadang merehatkan mana-mana pemain pada perlawanan seterusnya, sebaliknya menuntut mereka mempamerkan aksi berbisa.

Sementara itu pengurus KL Plus, Husni Md Yusof menyifatkan keputusan seri 3-3 sangat bermakna buat pasukannya.

“Inilah bola sepak. Keadaan boleh berubah walaupun pada minit-minit terakhir. Syabas kepada pemain, kami yang bersungguh-sungguh bagi mengelakkan tewas ditempat lawan,” katanya.

Kejayaan mengikat Kelantan tidak mengubah kedudukan KL Plus, yang kekal di tempat keempat Kumpulan A dengan dua mata.

Cuti Rehat Beri Ruang


Tempoh rehat dua minggu saingan Piala Malaysia perlu digunakan sebaik mungkin pihak pengurusan Sang Kijang untuk mengembalikan tahap keyakinan pemain.

Moral pemain Kelantan berada pada tahap kritikal ketika ini apabila terpaksa menelan hakikat diikat KL Plus 3-3 hasil dua jaringan saat akhir dari kelab berpengkalan di Kelana Jaya tersebut.

Walaupun pada satu ketika selesa mendahului dengan dua jaringan, pemain Kelantan rebah di penghujung saingan untuk memberikan satu mata penting kepada Highway Warriors.

Menurut B. Sathianthan dalam laporan akhbar, kecuaian pemain menjadi faktor utama mengapa Kelantan tidak menang perlawanan itu.

Tahap mentaliti merosot selain kekurangan motivasi turut menjadi penyebab dan semua pemain harus bertanggungjawab atas keputusan yang dicatatkan, jelasnya.

Dalam perlawanan malam kelmarin, Kelantan berada didepan setelah Indra Putra dan Akmal Rizal Rakhli memadamkan jaringan awal Mohd Azi Shahril. Namun pada saat akhir, pemain KL Plus bangkit untuk menjaringkan dua gol.

Saingan Piala Malaysia berhenti rehat dua minggu dan ini memberi ruang luas kepada Red Warriors untuk memperbaiki segala kelemahan termasuklah mencari pemain terbaik untuk diturunkan dalam kesebelasan utama di Paroi.Kelantan perlu menang ketiga-tiga perlawanan jika tidak mahu bertemu selangor di suku akhir..
Luahan Ikhlas Penyokong The Red Warriors

emel

Luahan 1

Assalamualaikum

Walau apa pun terjadi kepada TRW, saya akan tetap utuh menyokong pasukan kesyangan ini. Yang penting masing-masing memahami peranan tidak kira penyokong, pemain mahupun pengurusan. Memang tidak dapat dinafikan rasa kecewa menyelubungi bila mana menerima perkhabaran yang "menyedihkan" menimpa "buah hati" tersayang.

Sungguhpun tidak berada dilokasi tatkala kesedihan menimpa TRW, tapi saya tetap mengikuti perkembang dari jauh menerusi kemudahan-kemudahan yang ada. Pada saya para pemain telah memberi sepenuh keringat bagi menjulang pasukan.

Kepada Abe Ya, anda adalah Jurulatih yang perlu diberi penghargaan bukan cacian. Usaha anda dapat saya lihan dan rasa keberkesanan. Persetankan kata-kata perkauman sekiranya ada dan doa saya agar tuan akan kekal bersama TRW. Mohon dicurahkan tenaga dan ilmu secukupnaya kepada pahlawan-pahlawan yang dikasihi.

Sekian dulu buat masa ini, kita akan bersua lagi. Akhir kata, doa saya moga kejayaan adalah milik KITA....

BASIR KHAN ( bkhan_04@yahoo.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya )


Luahan 2

ASKUM?

SAYA SALAH SORANG PEMINAT TRW,SYA MMANG KECEWA NGAN GAME SLM,KENAPE PEMAIN KITA TERLALU CUAI?SAYA BEHARAP JURULATIH DAN PEMAIN KELANTAN DAPAT BANGKIT SEMULA....KITA X NAK KEHILANGAN PENYOKONG BILA BERMAIN DI STADIUM KITA....SAYA HARAP KELANTAN DAPAT MEMPERBAIKI KELEMAHAN SEMASA MENENTNAG N.9 NANTI.........


PEMINAT KECEWA.........

KHAIRUL < khai_giatmara@yahoo.com.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Luahan 3

Saya harap satu benda je... masalah ulat tiket ni dapat diatasi...

sebagai penyokong, kalu blh mmg kami tak mahu membeli tiket dr ulat2 ini sbbnye tiket dijual tlalu mahal... ttp kalau tiket dh x ada n ulat2 ni je ade tiket tu, nak x nak, terpaksa jugak beli dr dorg... harap kafa dpt pkirkan cre terbaik membendung ulat2 ni...

-Muhymeen-Mohd Dinie Muhaimin < diniemuhaimin@gmail.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Rabu, 22 September 2010

Dua Slot Jadi Rebutan.


Berdasarkan tiga perlawanan yang dilalui setiap pasukan dalam Kumpulan A, perebutan dua slot ke suku akhir masih lagi terbuka.

Negeri Sembilan, Kelantan, PKNS dan KL Plus masih lagi berpeluang besar melepaskan diri ke saingan kalah mati setelah perlawanan pusingan pertama berakhir, kelmarin.

Skuad Jang terus kekal selesa di persada kumpulan setelah mencatat dua kemenangan dan satu kali seri untuk memungut tujuh mata manakala pencabar terdekat, Kelantan hanya mampu memungut empat mata hasil satu kemenangan, satu kali seri dan sekali kalah.

PKNS Fc pula menepis ramalan awal bahawa kehadiran mereka hanya untuk melengkapkan saingan kumpulan apabila mengutip tiga mata setelah mencatatkan satu kemenangan pada perlawanan pertama. KL Plus turut berpeluang ke suku akhir apabila mengutip dua mata penting ketika mengikat Negeri Sembilan dan Kelantan di tempat lawan.

Melihat kepada saingan kumpulan, keempat-empat pasukan menampilkan aksi sederhana dimana tiada pasukan yang mampu menunjukkan aksi terbaik mereka.

Malah, corak permainan yang ditunjukkan kesemua pasukan dalam kumpulan A masih lagi tidak konsisten terutamanya Kelantan dan Negeri Sembilan.

Masih ada tiga perlawanan untuk dilalui dan kesemua pasukan perlu segera membaiki kelemahan yang ada. Cuti rehat dua minggu memberi ruang buat semua pasukan mempersiapkan mental dan taktikal seterusnya menjadi antara pasukan yang layak ke suku akhir.
Kelantan v KL Plus


Penjaga Gol


Syed Adney Syed Hussien - 7/10

Pertahanan:


Azizi Mat Rose - 7/10


S. Subramaniam - 2/10


Daudsu Jamaludin - 6/10


Zairul Fitree Ishak - 4/10


Rizal Fahmi Rosid - 6/10

Tengah


Indra Putra Mahayudin - 7/10


Shakir Shaari - 5/10


Khairan Eroza Razali - 4/10


S.Chanturu - 7/10


Badri Radzi - 4/10

Penyerang


Norshahrul Idlan Talaha - 6/10


Akmal Rizal Rakhli - 6/10

Mencari Wira atau Membawa Petualang




Skuad Kelantan 2010 dilabelkan antara pasukan terbaik pernah diadun oleh sesebuah persatuan negeri seperti laporan media, bloggers dan laman web bola sepak Malaysia.

Namun sehingga kini, pembelian besar nama-nama bintang negara kedalam skuad Kelantan masih belum membuahkan hasil lumayan kecuali menduduki tangga kedua saingan Liga Super.

Untuk catatan, Th Red Warriors dilihat lebih mengancam pada musim lepas dimana dengan kehadiran hanya empat nama besar digarap bersama pemain anak Kelantan, mereka mampu menduduki naib johan Piala FA dan Piala Malaysia.

Kehadiran Syed Adney, Hairudin Omar, Norshahrul Idlan, S. Chanturu, Azizi Mat Rose, Akmal Rizal, Indra Putra, Norfarhan dan kembalinya Shakir Shaari serta Daudsu Jamaludin sepatutnya memberikan pulangan berbaloi, tetapi kini?

Sesetengah dari pemain ini dianggap wira Sang Kijang dan sesetengah lagi dianggap petualang yang menyerlahkan pembaziran Persatuan Bola Sepak Kelantan membawa masuk nama-nama ini ke dalam pasukan.

Benar kata presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa betapa skuad yang ingin berjaya dalam setiap liga memerlukan tenaga luar untuk diadun dengan pemain tempatan.

Tetapi, mengapa dengan pembelian luar biasa, Sang Kijang masih lagi terumbang ambing untuk mencatatkan kemenangan dalam setiap perlawanan yang dilalui.

Tidak dinafikan kalah menang merupakan adat resmi dalam setiap perlawanan bola sepak namun sedar atau tidak bahawa kebanyakan pasukan yang berbelanja besar sebelum ini sudah mendapat impak dari penambahan tenaga luar.

Kecuali Kelantan yang masih belum memegang sebarang takhta utama, skuad MPPJ Selangor sebelum dibubarkan mampu memungut satu kejuaraan utama manakala pasukan lain seperti Selangor, Kedah dan Perlis mengekalkan tradisi mereka antara pasukan yang menjulang kejuaraan selepas mengontrak beberapa pemain terbaik.

Dimana silapnya skuad Kelantan? Dibarisi bekas pemain kebangsaan selain turut disertai pemain sedang menyinar di peringkat kebangsaan, mereka gagal sama sekali untuk memberi saingan bermakna.

Benarkah kata sesetengah penyokong. Kita mencari Sang Wira namun yang ditemui hanya petualang.

Sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana.

Catatan Popular