LESEN
Rabu, 7 Julai 2010
| Kelantan Catat Kemenangan Tipis | ||
|
Gol jaringan Akmal Rizal pada minit ke-73 memberikan kemenangan tipis Red Warriors keatas juara Piala FA 2010 tersebut.
Babak awal perlawanan, Kelantan diasak hebat pasukan lawan apabila gandingan penyerang Mohd Zaquan Adha dan Shahurain Abu Samah sering mencemaskan benteng Kelantan dengan larian pantas dari sebelah kiri.
Mohd Zaquan Adha mempunyai banyak peluang terhidang untuk meletakkan Negeri Sembilan apabila melakukan empat percubaan bahaya ke gawang Kelantan namun Khairul Fahmi bertindak cemerlang menafikan semua percubaan tersebut.
Minit ke-13, Norfarhan Mohamed mempunyai peluang terbuka untuk menjaringkan gol pertama apabila Norshahrul Idlan bijak menggelecek tiga pemain pertahanan pelawat namun hantaran rendahnya kepada Farhan disudahkan dengan sepakan tinggi.
Idlan terus menghasilkan peluang menjaringkan gol kepada rakan sepasukan tetapi hantarannya kepada Farisham pada minit ke-15 gagal digunakan pemain ini walaupun hanya berhadapan dengan Sani Annuar Kamsani.
Khairul Fahmi pula menghampakan kem Negeri Sembilan apabila tangkas menangkap bola sepakan percuma padu Aidil Zafuan dari jarak 35 meter pada minit ke-29.
Norfarhan turut kecewa apabila sepakan kencangnya dari dalam kawasan penalti pada minit ke-30 melambung tinggi tidak mengancam pasukan pelawat manakala percubaan Norshahrul Idlan pada minit ke-34 dari sebelah kiri ditepis keluar Sani Annuar Kamsani.
Seminit kemudian, percubaan Badri Radzi dari luar kotak diselamatkan Tengku Qayyum Ubaidillah di atas garisan gol.
Peluang terbuka mendahului lawan sekali lagi disia-siakan Norfarhan apabila sepakan kencangnya melencong keluar sedikit dari pintu gol Negeri Sembilan pada minit ke-40.
Bersambung babak, Khairul Fahmi melakukan aksi penyelamat terbaik apabila menangkap kemas percubaan terus dari Mohd Zaquan Adha.
Minit-50, Chanturu kecewa apabila tandukan bebasnya diselamatkan Sani Annuar Kamsani diatas garisan gol.
Kapten pelawat, Mohd Rezal Zambery terpana apabila sepakan leret derasnya ke penjuru kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-58 berjaya ditepis Khairul Fahmi.
Terus diasak pelawat, Kelantan melakukan pertukaran pertama mengeluarkan S. Chanturu untuk digantikan dengan Hairudin Omar. Kemasukan pemain ini menghidupkan kembali jentera serangan Kelantan setelah Norshahrul memperlahankan rentak permainan apabila mengalami sedikit masalah kecederaan.
Mungkin menyedari perlu mencari gol, B. Sathianathan bertindak mengeluarkan Norshahrul bagi memberi ruang buat Akmal Rizal di bahagian serangan.
Akmal menggunakan peluang yang diberikan apabila menjaringkan gol pertama Kelantan pada minit ke-73 setelah bijak menyudahkan gerakan awal Hairudin Omar dan Badri Radzi seterusnya mengembirakan 18 000 penyokong Kelantan yang berada di Stadium.
Selepas gol tersebut, Kelantan berpeluang menambah jaringan apabila Hairudin melakukan satu sepakan gunting tetapi Sani Annuar Kamsani lebih bersedia menyelamatkan pintu gol kawalannya.
Bagi menambah ketajaman di bahagian tengah, Sathianathan memasukkan Khairan Eroza untuk mengantikan Badri Radzi. Khairan mempamerkan persembahan bertenaga bersama Shakir Shaari untuk mengempur kubu pasukan pelawat.
Gerakan yang diatur dari tengah menerbitkan ancaman berganda memaksa pemain benteng Negeri Sembilan bertungkus lumus memepertahankan kubu mereka dari dibolosi pemain Kelantan.
Saat akhir perlawanan, Negeri Sembilan mula melakukan taktik menyerang secara agresif apabila melakukan beberapa percubaan bahaya yang boleh membuahkan gol penyamaan.
Bermula dengan percubaan Zaquan Adha pada minit ke-83, Negeri Sembilan hampa apabila pemain gantian mereka, Firdaus Azizi melepaskan peluang terbaik memberikan satu mata kepada pasukannya setelah percubaan jarak dekat pada minit-minit terakhir berjaya ditangkap oleh Khairul Fahmi.
Selepas percubaan tersebut, wisel penamat dibunyikan Ramli Mat Dahan untuk memberikan tiga mata penuh kepada Kelantan seterusnya membuka kembali ruang Sang Kijang untuk mengejar Selangor di kedudukan teratas setelah Merah Kuning mencatatkan kekalahan mengejut kepada Perak di Ipoh.
Kelantan: B. Sathianathan.
Khairul Fahmi (Gk), S. Subramaniam, Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail, Daudsu Jamaludin, Indra Putra (c), Badri Radzi (Khairan Eroza), Shakir Shaari, Norfarhan Mohamed, Norshahrul Idlan (Akmal Rizal) dan S. Chanturu (Hairudin Omar).
Negeri Sembilan: Wan Jamak Wan Hassan
Sani Annuar Kamsani (Gk), Mohd Rahman Zabul, Tengku Qayyum, S. Kunanlan, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Shukor Adan, Idris Karim, Rezal Zambery Yahya (c), Abdul Halim Zainal dan Shahurain Abu Samah. ( Qhairil Anwar, Mohd Firdaus Azizul, Mohd Asyraf Al Japri)
| Pemain Negeri Sembilan Berjaya Menjiwai Watak Lakonan | ||
|
"kuat sunggoh belakon, wat reboh sokmo, paroklah set negri sebile ni"...itulah antara rungutan yang didengari di stadium Sultan Muhammad ke 4 pada malam tadi. Teknik suka menjatuhkan diri dan berlakon sakit sudah menjadi sebati dengan corak permainan Negeri Sembilan, cuma apabila terlalu kerap lakonan sama dilakukan setiap kali perlawanan, watak dan adegan ini berjaya dikesan oleh pemain serta penyokong Kelantan yang sudah bosan dengan aksi ini. Hanya nasib menyebelahi mereka, apabila lakonan mereka berjaya menghadiahkan kad kuning kepada pemain Kelantan oleh pengadil.
Kemenangan ini berjaya meranapkan ego Negeri Sembilan selaku pasukan juara berganda dan menewaskan Kelantan di final tahun lepas. Pada tahun ini Kelantan unggul menewaskan Negeri Sembilan bagi 2 perlawanan liga super dengan jaringan gol 3-1 dan 1-0. Namun peluang untuk kedua-dua pasukan bertemu masih ada apabila sepak mula Piala Malaysia berlangsung nanti. Taktikal ketua jurulatih mengeluarkan Norshahrul yang cedera digantikan dengan Akmal Rizal pada minit ke 65 sememangnya membuahkan hasil apabila Akmal berjaya meledakkan 1 gol kemenangan pada minit 75.
Perlawanan pada malam ini sememangnya milik The Red Warriors dan pujian patut diberikan kepada ketangkasan penjaga gol Khairul Fahmi serta seluruh skuad pemain pertahanan yang berjaya menjaga gawang gol dengan baik. The Red Warriors menampilkan persembahan yang memuaskan hati semua penyokong yang turut bertambah kegembiraan mereka apabila mengetahui pasukan buruan Kelantan, Selangor tersungkur di Perak seterusnya merapatkan jurang mata daripada 8 mata kepada 5 mata sahaja. Dengan ini Kelantan perlu memastikan peluang bertemu Selangor sabtu nanti sebagai peluang Kelantan menambah mata kemenangan lagi. Kelantan juga utuh sebagai pasukan yang hanya menerima 1 kekalahan dan hanya bolos 11 gol sahaja selepas 21 perlawanan. Sememangnya barisan pemain yang dimiliki Kelantan ini telah diakui barisan yang terbaik dan paling kebal dalam sejarah bolasepak Kelantan.
Peluang untuk Kelantan merebut gelaran juara liga masih terbuka, oleh itu ayuh!!! semua penyokong Kelantan kita serbu stadium Shah Alam sabtu ini bagi memastikan sokongan padu kita dapat memberi semangat kepada semua pemain. Kehadiran lebih 15 ribu penyokong Kelantan ke stadium pada malam tadi membuktikan kesetiaan dan sokongan padu Kelantan tidak luntur walaupun masih lagi dalam suasana demam bola sepak Piala Dunia. Tahniah kepada semua penyokong The Red Warriors kerana anda telah buktikan pada rakyat Malaysia dan dunia bahawa andalah pencinta bola sepak sejati di Malaysia dan dunia ini. Jati diri Kita bukan hanya pada sifat kenegerian kita tetapi jati diri kita juga untuk Malaysia. Layan liga Malaysia, Layan liga luar negara, layan piala dunia!!!!!! Gomo Kelate Gomo
Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Video Lakonan untuk Tontonan semua (Sumbangan FB Penyokong Kelantan FA).
Selasa, 6 Julai 2010
| Program Tahun Bola Sepak Kelantan 2010 Peringkat Lembah Kelang | | | |
| Terlebih dahulu saya merakam ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) kerana telah memberi kepercayaan kepada Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan (Kelate.Net) sebagai penganjur bersama dengan pihak Persatuan Bolasepak Kelantan bagi Program Tahun Bola Sepak Kelantan 2010 Peringkat Lembah Kelang yang telah berlangsung pada 30hb Jun sehingga 02hb Julai 2010 yang lalu. Alhamdulillah, ketiga-tiga program tersebut telah berjalan dengan lancar walaupun tempoh masa yang telah diberikan oleh pihak KAFA untuk pihak kami melaksanakannya amat terbatas sekali iaitu kurang dari 20 hari daripada tarikh berlangsungnya program. Walaubagaimanapun pihak kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kecacatan serta ketidaksempurnaan program tersebut oleh pihak kami sebagai penganjur bersama program tersebut. |
| Rosmadi Teruja, Sathianathan Bersedia | | | |
|
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail melahirkan rasa kagumnya terhadap sambutan yang disifatkannya luar biasa daripada peminat dan penyokong setia bola sepak Kelantan yang berada di Lembah Kelang. “Penyokong adalah tulang belakang disebalik jatuh bangun sesebuah pasukan. Kita harus berbangga kerana memiliki penyokong yang mempunyai jatidiri yang tinggi memberi sokongan kepada pasukan negeri. |
| Kelate.Net Iktiraf Sumbangan Annuar | | | |
|
KUALA LUMPUR – Kemuncak siri lawatan pihak pengurusan dan pemain Liga Super Kelantan ke ibu negara sempena meraikan Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK) 2010 peringkat Lembah Klang berakhir dengan majlis makan malam yang berlangsung dengan meriah di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur malam semalam. Majlis makan malam bersama pemain bola sepak Kelantan itu dihadiri hampir 300 orang dan merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). |
| Aksi Selangor – Kelantan Pada 10 Julai | | | |
|
KOTA BHARU – Aksi pertembungan dramatik diantara pendahulu liga, Selangor dengan pencabar terdekatnya, Kelantan di Stadium Shah Alam yang sepatutnya dilangsungkan pada 13 Julai ini dipinda pada 10 Julai ini. “Perlawanan ini merupakan satu pertembungan yang menarik bagi kedua-dua pasukan, jadi ribuan penyokong kedua-dua pasukan dijangka memenuhi Stadium Shah Alam nanti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam. |
| Prebiu: KELANTAN lwn NEGERI SEMBILAN | ||
|
Cemerlang dalam siri perlawanan persahabatan di Lembah Kelang apabila mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan, Kelantan dijangka tampil garang menentang Juara Piala FA yang semakin kehilangan bisa.
Tempoh rehat hampir sebulan disebabkan perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan mungkin memberi ruang kepada kedua-dua pasukan untuk memperkemaskan segala bentuk kelemahan.
Justeru itu, perlawanan malam esok pastinya berlangsung sengit tambahan pula penyokong Kelantan dijangka memenuhi ruang stadium setelah lama tidak melihat aksi pasukan kesayangan beraksi.
Dijangkakan posisi penjaga gol terus dimiliki Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol muda yang baru kembali dari sesi latihan skuad negara di Turki. Pengalaman yang diperolehi melalui perlawanan persahabatan eropah diharapkan dapat digunakan Khairul Fahmi untuk mengawal kubu Kelantan dari dibolosi pasukan lawan.
Begitu juga barisan pertahanan, gandingan Subra dan Azizi terpaksa diubah apabila Azizi digantung satu perlawanan akibat kad kuning yang dikutip dalam tiga perlawanan namun Sathianathan sudah memberikan isyarat jelas bahawa Rizal Fahmi sedia untuk dimasukkan. Rizal akan diberi tanggungjawab besar memperkemaskan benteng bersama Subramniam, Daudsu dan Farisham Ismail.
Gandingan empat pemain ini diharap mampu menghalang pemain serangan Negeri Sembilan, Zakuan Adha dan Shahruain Abu Samah dari bermaharajalela menerobos masuk ke kawasan kotak penalti Kelantan. Mereka turut perlu merantai pemain tengah lawan kerana Negeri Sembilan turut mengharapkan Shukor Adan, Rezal Zambery, Kunalan, Idris Karim dan ramai lagi pemain untuk mendapatkan gol.
Jika berlaku sebarang perubahan pemain di posisi pertahanan, kemungkinan besar Zairul Fitree dan Sharudy Aziz akan dimasukkan kerana sewaktu ini, Kelantan kekurangan pemain benteng kecuali beberapa pemain dari skuad simpanan seperti Faiz Suhaimi, Nik Shahrul Azim dan Shafiq Haikal. Itupun jika mereka tersenarai dalam senarai 18 pemain Kelantan menentang Negeri Sembilan.
Kelantan turut perlu mempertanggungjawabkan barisan tengah mereka untuk membantu benteng dari dibolosi. Walaupun tugas merencanakan serangan jatuh diatas bahu mereka, mereka seharusnya turun berganding bahu bersama untuk menekan lawan dari mencari gol. Tugasan berat bakal dipikul Indra Putra, Norfarhan, Badri Radzi dan Shakir Shaari dalam perlawanan ini.
Menyusuri rentak perlawanan, pemain simpanan seperti Khairan masih lagi berkeupayaan untuk menyarung jersi utama sementelah memberikan aksi cemerlang sewaktu turun dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini namun semuanya bergantung kepada perkiraan ketua jurulatih sama ada menurunkan Khairan dan merehatkan Badri Radzi. Kelantan tidak rela merehatkan Shakir yang menunjukkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan sebelum ini.
Selain Khairan, Zulyusri dan Wan Zaman turut boleh diberi ruang untuk turun menjadi pemain kesebelasan utama tetapi Sathianathan mungkin tidak mengambil risiko meletakkan mereka di posisi permulaan kecuali diakhir babak permainan.
Cuma kita menantikan adakah Mohd Shawal Rudin yang mendapat pujian melambung dari ketua jurulatih akan melakukan penampilan pertama dalam kesebelasan utama pasukan. Shawal didaftarkan dibawah Piala Presiden tidak mustahil akan menjadi pemain yang akan diserap masuk kedalam skuad senior menentang skuad Jang.
Sentuhan serangan Kelantan tetap tertumpu kepada pemain penyerang utama, Norshahrul Idlan dan S. Chanturu. Mereka kerap digandingakan bersama dalam beberapa perlawanan terakhir Liga dan persahabatan. Keupayaan dan skill Idlan ditambah dengan kepantasan Chanturu, mereka berdua dipertanggungjawab merobek kubu kawalan Sani Annuar Kamsani.
Tetapi tidak melupakan penyerang simpanan yang kembali mendapat sentuhan. Hairudin Omar dan Akmal Rizal semakin serasi dengan corak permainan yang diterapkan serta mula memberikan beberapa pulangan lumayan kepada pasukan. Hairudin tampil hebat menjaringkan beberapa gol dalam perlawanan terakhir manakala Akmal hadir dengan beberapa gol dan bantuan hantaran kepada pemain lain meledak kedalam gawang.
Selain mereka, penyerang veteran, Che Hishamudin turut berpeluang menyarung jersi selepas kembali dari kecederaan manakala Nidzad Ayub, Ramzul Zahini serta Aris Zaidi tetap menjalani latihan bersama skuad namun tidak dipastikan akan tersenarai dalam senarai pemain yang akan/mungkin diturunkan.
Malam esok menjadi medan pertarungan sengit kepada dua pengendali handalan untuk merencanakan taktikal mengutip tiga mata penuh. Tiada istilah mencari satu mata kepada Sathianathan dan Wan Jamak kerana Kelantan mahu mengukuhkan kedudukan ditangga kedua manakala Negeri Sembilan pula berhajat untuk berada di kelompok lima terbaik.
B. Sathianathan, Hashim Mustapha dan Sidek pasti tidak mahu nama mereka dicemuh Sang peminat andai kekecewaan dialami dalam pertarungan bersejarah ini. Namun Wan Jamak juga bukan hadir untuk melihat pasukannya tunduk mudah didepan ribuan tentera merah.
Pasti memori lepas menggamit ingatan dimana Negeri Sembilan memberi pengajaran kepada Kelantan dihalaman sendiri dan Negeri Sembilan turut hadir dengan keadaan berjaga-jaga ekoran insiden besar dalam lipatan sejarah pernah berlaku dihadapan mereka.
Nasihat kepada penyokong Red Warriors, datang memberi sokongan kepada pasukan, bukan datang memberi hukuman kepada pemain.
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...