KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 6 September 2013

Kontrak Zamri Ramli Terbatal Selepas Digantung




Kontrak pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli secara automatiknya terbatal selepas pemain berusia 23 tahun itu dikenakan hukuman gantung untuk tempoh dua tahun oleh FAM, dua hari yang lalu. Presiden Persatuan BolaSepak Kelantan, Annuar Musa menegaskan perkara ini ketika ditemu bual, semalam.

                  Menurutnya, KAFA tidak akan bertolak ansur dengan pemain yang akan mencemarkan nama pasukan The Red Warriors tambahan pula, kes melibatkan Zamri adalah kes penggunaan najis dadah. Dalam perkembangan sama, Annuar turut memaklumkan KAFA tidak akan membuat sebarang rayuan terhadap Zamri Ramli dan menyifatkan hukum dua tahun adalah wajar untuk pemain tersebut.

                 "Bagi pihak KAFA, kita tidak akan buat rayuan kerana telah terbukti dia bersalah" - kata Annuar Musa. Aksi terakhir Zamri bersama Kelantan adalah pada Jun lalu iaitu ketika aksi penutup Liga Super yang menyaksikan pemain itu menyumbang satu gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular