KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 2 September 2013

‘Kami Beri N.Sembilan Terlalu Banyak Ruang’

Bojan Hodak
KOTA BHARU – Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata pasukannya kalah kepada N. Sembilan dalam Kumpulan C kejohanan Piala Malaysia malam tadi kerana terlalu banyak memberi ruang kepada lawan membuat percubaan ke arah gol mereka.
Beliau berkata walaupun pasukannya mencipta banyak peluang di hadapan pintu gol lawan, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada.
Kelantan kalah 2-3 dalam perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu.
“Kelantan membuat 18 percubaan berbanding mereka (Negeri Sembilan) yang hanya mencipta enam percubaan. Namun kami dapat menjaringkan dua gol sementara mereka tiga.
“Pertahanan kami memberi mereka terlalu banyak ruang untuk membuat jaringan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hodak berkata Kelantan perlu menang baki dua perlawanan yang ada menentang Terengganu dan Pahang untuk layak ke suku akhir.
Beliau berkata cuti rehat dua minggu sempena Pesta Bola Merdeka akan digunakan untuk membaiki prestasi anak buahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular