KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 27 September 2013

KAFA Mahu Tonggak Utama Terus Tinggal



KAFA berharap semua tonggak kekal bersama Kelantan musim depan.
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) berharap tonggak utama The Red Warriors (TRW) tidak meninggalkan pasukan selepas persatuan itu mengeluarkan surat rasmi berhubung kontrak baru, termasuk kenaikan gaji bagi saingan Liga Malaysia musim depan.
Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi berkata, pihak pengurusan sudah mengemukan surat tawaran berhubung kontrak baru kepada pemain, termasuk tonggak utama yang  disebut-sebut akan berhijrah ke pasukan lain iaitu ketua pasukan Mohd Badhri Radzi, Muhammad Norfarhan Mohamad dan Indraputra Mahayuddin.
Bagaimanapun katanya, ketiga-tiga pemain berkenaan belum memberi jawapan samada untuk terus kekal atau tidak, namun KAFA tetap berharap tonggak penting itu akan terus bersama gergasi Pantai Timur.
“Kita memang sudah menawarkan kontrak baru, termasuk kadar kenaikan gaji yang KAFA mampu tawarkan. Bagaimanapun pemain belum memberi jawapan menerusi surat rasmi.
“Kita harap dengan kadar kenaikan gaji baru, pemain tidak akan meninggalkan pasukan, malah akan terus bersama dengan TRW untuk mengharungi musim depan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Selain tonggak tempatan TRW yang dikhabarkan bakal berhijrah, pemain import juga tidak terlepas apabila pemain pertahanan, Obinna Nwaneri dan penyerang, Dickson Nwakaeme juga tamat kontrak musim ini.
Rosmadi berkata, KAFA juga sedang berunding untuk terus mengikat dua pemain yang berasal dari Nigeria itu, kerana mereka adalah tonggak penting untuk pencapaian TRW musim ini.
“Kita juga sedang berusaha untuk mengekalkan Nwaneri dan Nwakaeme untuk musim depan. Namun pemain berkenaan juga belum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Sebelum ini akhbar melaporkan, TRW berada dalam krisis apabila terdapat tonggak penting pasukan itu dikhabarkan bakal berhijrah selepas mendapat tawaran lumayan daripada pasukan lain.
Selain itu, Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa juga melalui satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, KAFA tidak menghalang pemain untuk berpindah pasukan, namun perlu membuat keputusan selewat-lewatnya hujung minggu ini.
“Kafa telah mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada semua pemain utama untuk disambung kontrak dengan kenaikan gaji tertentu mengikut kemampuan kita.
“Pemain bebas membuat keputusan selewat-lewatnya akhir minggu ini,” katanya


kelatewaz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular