Rekod The Red Warriors lebur ditangan ATM
Pemain import Kelantan Dickson Nwakaeme
disekat oleh pertahanan ATM dalam pertembungan
kedua-dua pasukan di Kota Bharu
ATM berjaya mencalar rekod tanpa kalah Kelantan di halaman sendiri menerusi kemenangan 1-3 dalam saingan liga super 2013 di Stadium Sultan MUhammad ke-IV semalam
Skuad kendalian B.Sathianthan meraih tiga mata penuh dalam perlawanan yang sungguh sengit dan dramatik itu.
Dalam perlawanan itu,ATM membuka tirai jaringan menerusi Haruddin Omar pada minit ke-11.
Selepas itu,ATM menambah jaringan menerusi Christie Jayaseelan meledak gol kedua pada minit ke-22 hasil hantaran Marlon Alex james
Anak buah Bojan Hodak tidak berputus asa mencari gol dan akhirnya penantian itu berhasil apabila Faiz Subri menceriakan ribuan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dengan menjaringkan gol dari sudut sukar pada minit ke-40
Hasil kesilapan pertahanan Kelantan,Kelantan dihukum dengan jariingan ketiga menerusi Marlon Alex James pada minit ke-64 yang tidak dikawal oleh pertahanan Kelantan dan mudah melepaskan sepakan untuk menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi......Rekod tanpa kalah Kelantan Sejak 2 tahun Akhirnya lebur di tangan Atm....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan