YANGON, 12 Mac - Skuad AFC Kelantan telah selamat tiba di Yangon pada jam 7 petang (waktu Malaysia) dengan penerbangan Air Asia terus dari LCCT KLIA. Pasukan menginap di Hotel Yangon yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari Stadium Youth Training Center, Yangon.
Pemain-pemain akan menjalani latihan kecergasan di hotel penginapan pada sebelah pagi 12 Mac.
Mesyuarat Koordinasi Perlawanan yang melibatkan Pengurus dan Pegawai Media Pasukan akan diadakan di stadium pada jam 11 pagi (waktu Myanmar) disusuli sidang media pra perlawanan sejam selepas itu.
Sesi latihan rasmi akan berlangsung mulai jam 5 hingga 6 petang di stadium tersebut.
Semua pemain berada dalam keadaan sihat, walaupun sedikit keletihan menempuh perjalanan jauh ke Yangon selepas bertemu Lions XII dalam saingan Liga Super 3 hari lalu.
Tan Sri Hj Annuar Musa yang turut bersama pasukan ke Yangon sempat mengadakan perbincangan dengan Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak, sewaktu pasukan berada di Kuala Lumpur, membuat persediaan ke Yangon. Perbincangan tersebut tertumpu kepada prestasi pasukan sekarang dan persediaan pasukan untuk mengharungi pusingan ke 2 Liga Super, selepas pendaftaran semula pemain pada bulan April nanti.
Kelantan akan bertemu Ayeyawady United pada 13 Mac 2013 di Stadium Youth Training Center untuk perlawanan peringkat kumpulan G.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan