Petratos Buru Jaringan Sulung
Kota
Bharu: Penyerang import Kelantan Dimitri Petratos tekad memburu
jaringan berdepan Maziya Sports & Recreation (Maziya SRC) dalam
saingan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.
Penggempur
berusia 20 tahun itu yang sebelum ini diketepikan dalam saingan Liga M
kerana memberi laluan kepada penyerang import dari Guinea, Keita Mandjou
akhirnya turun untuk aksi pertamanya.
Petratos
berkata, selepas hanya beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan
dan menjalani latihan bersama kelab Blackburn Rovers di England tiga
minggu lalu, bintang dari Sydney FC itu sudah bersedia membantu The Red
Warriors (TRW) dalam saingan AFC.
Katanya,
walaupun sebelum ini kecewa tidak dapat beraksi dalam Liga M namun ia
tidak mematahkan semangatnya kekal bersama Kelantan selepas mengikat
kontrak setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
“Saya
mendapat keyakinan selepas menjalani latihan di England dan kini sedia
membantu Kelantan. Untuk perlawanan pertama saya akan cuba mencipta
jaringan,” tegasnya.
Sementara itu,
jurulatih Bojan Hodak berkata, pemain pertahanan, Nik Shahrul Azim Abd
Halim dan Shakir Shaari sudah pulih daripada kecederan.
Katanya, kehadiran dua pemain berkenaan memberi ruang kepadanya membuat pilihan pemain selain dibantu empat awang import.
“Mereka
akan bermain malam esok (malam ini) dan saya perlu membentuk
kesebelasan terbaik. Untuk AFC kita ada Lek Kcira dan Obinna Nwaneri di
barisan pertahanan malah Petratos dan Dicson Nwakaeme akan mengetuai
jentera serangan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan