KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Ahad, 24 Januari 2010

Sathia Belum Panik PDF Cetak Emel


Pertemuan empat mata diantara wakil Kelate.net dan Kelab Penyokong Kelantan dengan B. Sathianthan serta Indra Putra Mahayudin berlangsung ceria di lobi Kelantan Trade Center tengahari tadi.

Pertemuan ini membincangkan serba sedikit permasalahan pasukan disamping mencari tonik untuk mengembalikan sokongan peminat yang hampa akibat tewas kepada Kedah tempoh hari.

B. Sathianathan juga ada mengulas tentang kekalahan kepada Kedah dua hari lalu dimana Kelantan pada malam itu tiada nasib kerana kalah hasil kesilapan penjaga gol.

Tapi kita tidak terdesak untuk menekan butang kecemasan sebab musim masih panjang. Mereka (pemain) menunjukkan aksi memberangsangkan tetapi masih belum capai tahap yang dikehendaki untuk menjadi juara.

Kebanyakan dari mereka merupakan pemain baru dan kali pertama digandingkan, mereka memerlukan beberapa minggu lagi untuk serasi diantara satu sama lain. Pasukan ini dibentuk dalam masa tidak sampai dua bulan jadi mereka perlu diberi lebih ruang untuk menyengat, katanya.

Lagipun buat masa ini kita hanya menyasarkan untuk mendapatkan satu atau dua piala sahaja, tidak lebih dari itu.

Selain itu, Sathianathan juga menegaskan yang pemain Kelantan ketika ini tertekan dengan asakan dan cemuhan sebilangan penyokong yang bertandang ke stadium menyebabkan beberapa pemain tidak dapat menumpukan perhatian kepada perlawanan.

Bukan sahaja pemain luar tetapi pemain negeri ini sendiri turut tertekan dengan sikap segelintir peminat. Mereka tidak beri sokongan moral tetapi menyorak dengan niat cemuhan mengakibatkan berlakunya ketidaktentuan dalam prestasi walaupun pada sesi latihan menunjukkan kecergasan tinggi untuk turun dalam perlawanan, ulasnya.

Manakala Indra Putra yang ditemui pula berharap penyokong setia Kelantan terus berada di belakang pemain dan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan ketika mereka kini dalam tekanan akibat desakan dari peminat.

Para pemain kini masih lagi mencari keserasian, dan saya harapkan penyokong beri kami masa kerana nak mencari keserasian dalam masa terdekat sangat susah.

Satu pesanan saya kepada penyokong, jangan menghentam pemain ketika mereka beraksi dalam perlawanan dan kalau boleh berilah kata-kata semangat mendorong kami agar beraksi lebih cemerlang untuk mendapatkan kemenangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular