Kijang Pulang Bawa 1 Mata
Ipoh, 26 Januari 2010 - Misi membawa pulang 3 mata ke Kota Bharu gagal dilaksanakan apabila barisan "bintang" The Red Warriors berjaya diikat Perak di tempat lawan. Di atas kertas, Kelantan dilihat mudah untuk memenangi perlawanan tersebut dengan barisan pemain yang ada dilihat mampu merobek kubu Perak. Keyakinan untuk memenangi perlawanan itu juga melonjak dek aksi cemerlang ketika menewaskan Johor FC dengan jaringan 4-1 di gelanggang sendiri. Namun, prestasi cemerlang ketika menumbangkan Johor FC gagal diteruskan apabila bertandang ke Ipoh malah pasukan bimbingan B.Sathianathan dilihat "terlekat badi seri" di gelanggang lawan dengan tiga kali seri setakat ini iaitu seri 0-0 menentang Terengganu, Perlis dan terbaru Perak. Pasukan juga belum menjaringkan sebarang gol di tempat lawan dan semestinya satu rombakan perlu dilakukan di jentera serangan yang dilihat kurang berkesan.
Menentang Perak, Kelantan membariskan Halim Napi di posisi penjaga gol sementara Syed Adney masih direhatkan. Di bahagian pertahanan, pasukan The Red Warriors dilihat tidak mempunyai masalah dengan gandingan mantap Aziz dan Subra di pertahanan tengah dibantu Daudsu dan juga Farisham di bahagian sayap. Jentera tengah pula dilihat beraksi cemerlang, namun perlu lebih kreatif dalam mengatur serangan.
Ketika ini, Kelantan dilihat terlalu bergantung kepada aksi cemerlang Piya dalam merencana serangan dari tengah, dan prestasi cemerlang Piya perlu lebih konsisten dalam setiap perlawanan. Shaakir Shaari pula dilihat bermain lebih "defensif" dan aksi beliau boleh dipuji dengan aksi agresif Shaakir berjaya mengekang asakan dari lawan. Indra Putra yang sebelum ini gah dengan sepakan percuma yang cemerlang dilihat hilang bisa setelah beberapa sepakan percumanya gagal mencari gol. Farhan yang baru kembali beraksi setelah cedera dilihat memberi impak yang baik kepada pasukan dan aksi cemerlang beliau amat ditagih untuk perlawanan seterusnya.
Di bahagian serangan, B.Sathianathan menggandingkan Norshahrul Idlan dan Hai-O, namun dilihat keserasian masih belum tercipta dan Hai-O dilihat gagal mempamerkan aksi yang terpuji. Adakah B.Sathianathan perlu mencuba gandingan baru di posisi itu? Melihat senarai nama pemain penyerang yang ada, B.Sathianathan mempunyai pilihan lain dengan mencuba gandingan Norshahrul-Akmal, ataupun Norshahrul-Farhan atau beliau boleh juga mencuba penyerang tempatan Nizab Ayub mahupun Ailim Fahmi. Siapa yang bakal digandingkan, memikul tugas berat merobek pintu gol lawan memandangkan penyokong setia The Red Warriors sudah "panas" dengan aksi tidak menjadi barisan serangan.
Separuh masa petama ketika menentang Perak, barisan pemain Kelantan beraksi cemerlang dengan mengusai permainan namun kegagalan penyudah dan ketangkasan penjaga gol Perak menghampakan barisan "bintang" pasukan Kelantan. Jaringan Norshahrul Idlan Talaha juga dibatalkan kerana didakwa "Offside" sekali gus menghampakan penyokong Pahlawan Merah. Skrip sama juga berlaku di separuh masa kedua, malah Kelantan menyerang dengan lebih agresif namun ketandusan penyudah dan ketangkasan penjaga gol Perak sekali lagi menghampakan pasukan Kelantan. Sepakan percuma Indra dan Piya juga gagal menemui jaringan gol bagi membawa pulang 3 mata. Hasilnya, Kelantan pulang hampa ke Kota Bharu dan perlawanan menentang P.Pinang di gelanggang sendiri dilihat cukup mudah diatas kertas. Namun, dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku. Kelantan perlu menang menentang P.Pinang jika mahu terus mencabar Selangor dan Terengganu di puncak Liga.
LESEN
Khamis, 28 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Para penyokong bersabar dahulu.Gambar dibawah ini bukanlah gambar Official jersi Kelantan musim 2013 namun kemungkinan ianya direka send...
-
Syed Adney Wira The Red Warriors Syed Adney dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila beliau berjaya menafikan sepakan penalti pada m...
-
Peluang Kelantan Uji Barisan Utama Harimau Muda A emel Share 5 Rekod perlawanan persahabatan Kelantan bertemu Harimau Muda pada 27/12/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan