KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Rabu, 27 Januari 2010

Ini bukan Berita, Jauh Sekali Kritikan:
Kijang Seri Lagi.



Hambar dan mengecewakan. Itulah keluhan penyokong bola sepak Kelantan yang bertandang ke Stadium Ipoh, Perak malam tadi setelah Red Warriors sekali lagi terikat 0-0 di gelanggang lawan dalam saingan TM Liga Super 2010.

Hadir dengan reputasi gah, Sang Wira Merah mampu menggerunkan semua pasukan yang mereka hadapi namun ketumpulan penyudah disamping mudah hilang punca mengakibatkan Kelantan kehilangan tiga mata beharga.

Begitu juga di Ipoh, kehadiran Idlan Talaha dan Hairudin Omar di bahagian serangan kesebelasan utama sepatutnya memberikan sesuatu buat pasukan dari Cik Siti Wan Kembang tetapi mereka tetap menghampakan kerana hanya melakukan dua percubaan pada separuh masa.

Menurut rakan yang bertandang ke Ipoh, pada separuh masa pertama kelihatan Kelantan lesu setelah diserang hebat pasukan Perak malah banyak kali bola yang dipegang dapat dirampas pemain lawan.

Mujurlah ketangkasan Halim Napi di pintu gol serta kekentalan Azizi, Subra, Daudsu dan Farisham Ismail dapat menafikan benteng mereka dari dibolosi lawan yang diketuai Razaly Umar Kandasamy.

Rentak perlawanan pula kelihatan perlahan dengan pengadil lebih banyak meniup wisel dan melayangkan kad kepada pemain.

Rumusan keseluruhan perlawanan ini, pemain Kelantan masih lagi tercari cari rentak untuk membenam pasukan tuan rumah terutamanya posisi tengah yang dilihat hancur serta tidak mampu membantu penyerang mencari sesuatu yang mungkin membolehkan pasukan pulang dengan tiga mata.

Pemain serangan juga tidak boleh diharapkan untuk mengemudi pasukan mencatatkan kemenangan bergaya kerana gagal menghasilkan sebarang gol walau mempunyai peluang berbuat demikian.

Gandingan di kedua-dua posisi ini tidak dapat menggegar pintu gol lawan malah seringkali melakukan tindakan individu menyebabkan bahagian benteng terpaksa bertungkus lumus menahan asakan pemain Perak FA.

Bagi sesetengah penyokong seri sudah memadai dan ada pula segelintir pihak mahukan kemenangan sehinggakan membandingkan prestasi tahun ini dengan musim lalu malah ada pula yang mahu pertukaran jurulatih dalam kem Kelantan.

Sebenarnya matlamat mereka sama, mahukan sesuatu dari pasukan yang boleh menyakinkan mereka yang Red Warriors tidak gah pada nama shaja tetapi hebat pada serba serbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular