Janji Habuan RM500,000 |
BAGI tujuan merangsang semangat juang pasukan negeri, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memperkenalkan skim bonus keseluruhan sebanyak RM500,000 sepanjang musim ini sekiranya berjaya menjuarai Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia serta bonus kemenangan dalam setiap perlawanan dicapai Kelantan. “Saya sediakan pelbagai peluang dan insentif bagi menggalakkan semangat dan persembahan terbaik pasukan Kelantan dalam Liga Malaysia musim 2010,” katanya. Sementara itu, dia berkata masih terlalu awal untuk menghukum jurulatih dan barisan pemain Kelantan berikutan prestasi kurang menyengat skuad The Red Warriors itu dalam kancah Liga Super, terutama selepas tewas kepada Kedah 1-0 di laman sendiri, kelmarin. Apapun, dia berkata Sathia tidak terlepas daripada penilaian oleh pengurusan Kafa apabila ditetapkan dengan sasaran memenangi satu daripada tiga piala dipertandingkan musim ini sebagai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) bagi jurulatih Kelantan itu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan