KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 6 Mac 2012

Krisis Kecederaan TRW.


Kelantan bakal kehilangan beberapa pemain utama dalam perlawanan pertama Piala AFC menentang Navibank Saigon di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.


Menurut sumber Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA), pemain seperti S. Subramaniam serta Indra Putra Mahayuddin bakal menyertai senarai kecederaan selepas pertemuan dengan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super.

Sebelum ini, Norshahrul Idlan Talaha dan Aziz Ismail turut tidak dapat diturunkan kerana kecederaan yang dialami sewaktu mencatatkan kemenangan dalam aksi Piala FA pusingan pertama.

Daudsu Jamaludin juga mungkin terpaksa diberi rehat setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya, semalam.

Dengan kecederaan yang dialami, mereka turut menyertai Azizi Mat Rose dan Azlan Ismail yang tidak dapat digunakan khidmat mereka sejak awal saingan tempoh hari.

Dengan ketiadaan mereka, Sang Kijang tiada pilihan lain selain menyenaraikan pemain simpanan untuk mengekang Navibank Saigon seterusnya memungut tiga mata pertama di gelanggang sendiri.

President Warriors, Kedah Sama Kuat.


Skuad President Warriors gagal mengambil kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Kedah dalam saingan Liga Presiden Malaysia 2012.


Bermain tanpa penyerang utama, Mohd Aris Zaidi, Kelantan tidak menghadapi banyak masalah untuk mengatur serangan namun beberapa peluang terhidang semuanya gagal disempurnakan ke dalam jaring.

Begitu juga dengan pasukan pelawat, biarpun tertekan menerima asakan bertali arus dari tuan rumah, mereka kental bertahan dan sekali sekala berjaya juga melancarkan serangan balas ke arah kubu Sang Kijang.

Tamat perlawanan, Kelantan dan Kedah terpaksa akur dengan satu mata.

Selepas ini, President Warriors akan bertemu Sime Darby di Stadium Mini Multimedia Universiti, Cyberjaya pada 8 Mac.

Isnin, 5 Mac 2012

Dramatik di Kota Bharu.


Gol minit akhir S. Chanturu memberikan Kelantan kemenangan 2-1 keatas Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Bermain di gelanggang sendiri, Kelantan tidak menunggu lama untuk didepan setelah Mohd Badri Radzi tenang menyudahkan peluang terhidang untuk jaringan pertama pada minit ke-2.

Kelantan hampir menambah jaringan selepas itu tetapi percubaan deras Indra Putra Mahayudin dari luar kotak penalti pantas dinafikan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias.

Biarpun tertekan diasak tuan rumah, Sang Rusa turut menerima beberapa peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun Shakir Ali dan Jean Effa Owana gagal menjelmakan jaringan yang dinantikan.

Pada babak kedua, usaha pelawat untuk mencari jaringan akhirnya berhasil pada minit ke-53 selepas hantaran Effa Owana disudahkan dengan tandukan Shakir Ali untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol Kelantan.

Jaringan penyamaan membuatkan pemain Negeri Sembilan semakin ghairah memburu jaringan seterusnya tetapi kekentalan benteng pertahanan Kelantan diketuai Obinna Nwaneri menghalang pelawat menambah gol.

Tertekan menerima asakan Sang Rusa, Kelantan melakukan pertukaran memasukkan Nurul Azwan dan Nwoha untuk menambah sengat.

Sehinggalah minit ke-2 masa tambahan, bermula dari sepakan penjuru Badri Radzi, Obinna melompat tinggi menanduk ke tiang dan percubaan susulan dari Shakir membuka ruang kepada Chanturu menolak masuk ke gawang untuk gol kemenangan Kelantan seterusnya menceriakan hampir 15 000 penyokong setia mereka.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan kekal di tangga pertama carta Liga Super dengan mengumpul 20 mata, tiga mata mengatasi pencabar terdekat, Terengganu.

Jumaat, 2 Mac 2012

President Warriors Bangkit Dari Kekalahan.


Kelantan bangkit dari kekalahan perlawanan sebelum ini dengan membenam cabaran Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 2-1 di Padang D, MSN, Bukit Jalil, petang semalam.


Dua jaringan sumbangan Shahiran Mohd Zain dan Faizol Nazlin Sayuti memberikan tiga mata berharga kepada President Warriors selepas ditimpa kekalahan memalukan kepada Sabah di gelanggang sendiri, beberapa hari lalu.

Dengan kemenangan yang diraih, skuad muda Kelantan kekal di kedudukan keempat carta Liga Presiden Malaysia Kumpulan A dengan mengumpul 15 mata hasil lima kemenangan dari 7 perlawanan.

Lain-lain keputusan perlawanan peringkat kumpulan, Sabah kekal selaku pendahulu selepas menewaskan MBJB 2-0 di Likas manakala SSTMI mendaki kedudukan kedua carta selepas membelasah PDRM 5-2.

Sime Darby turut mencatatkan kemenangan besar hasil kemenangan 5-0 keatas Melaka manakala Kedah mengekori rapat di kedudukan lima terbaik dengan kemenangan 4-0 keatas Melodi Jaya.

T-Team naik satu anak tangga ke tempat ke-enam selepas menundukkan SDM Kepala Batas 5-0 di Gong Badak.

Khamis, 1 Mac 2012

Peter Butler Rasmi ke Persiba

Peter Butler menghilangkan diri dengan mencari majikan baru...kemah demo Butler!!!

BALIKPAPAN- Kepastian siapa pengganti Haryadi sebagai pelatih kepala tim Persiba Balikpapan terjawab sudah. Nama Peter James Butler yang kembali mencuat di beberapa pemberitaan Balikpapan Pos seiring berhembus kabar lengsernya Haryadi beberapa waktu lalu menjadi kenyataan.

Sekretaris Umum Persiba Irfan Taufiq kemarin menegaskan, Peter Butler sudah pasti bergabung kembali dengan skuad Beruang Madu Persiba. "Peter Butler sudah pasti ke Persiba. Dia (Butler) sudah resmi keluar dari Kelantan FA, karena surat keluarnya sudah diterima pada hari ini (kemarin.Red)," kata Irfan Taufiq satu jam setelah menerima kabar dari pelatih asal Inggris tersebut.

"Karena sudah tak ada masalah dengan klub sebelumnya. Butler dijadwalkan tiba pada 3 Maret nanti. Tapi dia tidak akan langsung ke Balikpapan melainkan ke Jakarta lebih dulu,"terangnya.

Menurut Irfan, Butler akan memperkenalkan diri kepada seluruh pemain Persiba, Sabtu (3/3) nanti, bersamaan ketika Aldo Barreto dan kawan-kawan melakukan uji coba lapangan di Stadion Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) Senayan, Jakarta. "Selain memantau langsung persiapan Persiba jelang laga melawan Persija, Butler akan ikut menyaksikan Persiba menghadapi tuan rumah Persija Jakarta. Laga tersebut akan menjadi acuannya untuk membenahi tim di laga berikutnya," lanjut Irfan.

Peter Butler sudah tidak asing lagi bagi Persibamania, karena Butler pernah melatih Persiba di musim 2006-2008. Selain sukses membawa Persiba lolos ke kasta tertinggi sepak bola tanah air Indonesia Super League (ISL) edisi pertama 2008-2009. Sebagai pelatih bertipikal sepakbola modern, Butler juga cukup brilian hingga mampu mengorbitkan pemain-pemain besar dari Persiba seperti TA Musafri, Sultan Samma, Robbie Gaspar, Adrian Trinidad dan bahkan penjaga gawang I Made Wirawan yang merasakan pertama kali sentuhan sang allenatore kelahiran 27 Agustus 1966 di Halifax, Inggris tersebut.

Dengan bergabungnya kembali Peter Butler ke Persiba, otomatis kehadirannya bakal langsung menggeser posisi Haryadi sebagai pelatih kepala. Menurut Irfan, posisi Haryadi akan tetap bersama Persiba meski tak lagi sebagai pelatih kepala. Pengurus Persiba segera merapatkan hal tersebut. “Haryadi tetap di Persiba mendampingi Butler , mungkin sebagai asisten atau penasehat teknik," tutup Irfan.

Terpisah Ketua Umum Persiba, Syahril HM Taher sebelumnya memang sempat menegaskan bahwa Butler bakal kembali bergabung. Apalagi kenyataannya beberapa waktu lalu, Butler juga sudah deal dalam pertemuan rahasia di Jakarta. Pada pertemuan Syahril yang saat itu didampingi Aspek Legal Persiba M Muhdar dengan Butler pada Senin (20/2) malam bertempat di Hotel Sultan Jakarta tersebut, Butler telah menandatangani kontrak yang kabarnya berdurasi selama 1,5 musim ke depan.

“Yang jelas sudah ada kesepakatan. Dan dia (Butler) siap menangani Persiba,” singkat Syahril yang enggan menyebut nilai kontrak Butler bersama Persiba tersebut.

Meski Butler belum akan menangani langsung tim Persiba saat menghadapi Persija (4/3) nanti, namun hampir dapat dipastikan ketika menghadapi PSPS Pekan Baru (10/3) di Kuantan Singingi Riau, pelatih yang pernah bermain bersama West Ham United dan West Bromwich Albion tersebut akan turun langsung menangani I Made Wirawan dan kawan-kawan. (san)

Rabu, 29 Februari 2012

Ghaddar Kembali.


Penyerang Import asal Lebanon, Mohamad Ghaddar kembali menyertai sesi latihan The Red Warriors, petang kelmarin.


Menurut sumber yang berada di padang latihan, Ghaddar turun sesi latihan pertama bersama pasukan selepas lebih dua minggu bercuti di negara asalnya.

Dia bagaimanapun kelihatan masih dalam kepenatan selepas terpaksa melalui perjalanan selama 12 jam dari Beirut ke Kota Bharu.

Namun begitu, pemain ini kelihatan ceria ketika turun dalam aksi latihan bersama jurulatih sementara, Bojan Hodak.

Ghaddar dijangka akan menyertai pasukan dalam kempen Piala AFC yang akan bermula pada 7 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selasa, 28 Februari 2012

Ambil Perhatian Penyokong Kelantan


AFC MELETAKKAN DENDA PALING BERAT BAGI MERCUN DAN BALINGAN OBJEK KE DLM PADANG SEWAKTU PERLAWANAN AFC CUP..SETIAP BALINGAN MEMBAWA DENDA PD PASUKAN TUAN RUMAH SEBANYAK USD5000(RM16,000).PERLAWANAN AFC DISIAR KE BANYAK NEGARA LUAR..SAYA POHON PARA PENONTON DAPAT BEKERJASAMA MENJAGA NAMA BAIK KELANTAN DAN HINDARI DENDA YG BERAT INI.....t kaseh

KAFA Tamat Kontrak Butler.


Selepas melalui beberapa hari penuh kontroversi, Peter James Butler akhirnya ditamatkan kontrak serta merta selaku ketua jurulatih The Red Warriors oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), tengahari tadi.


Dalam satu mesyuarat khas yang diadakan di Kota Bharu, KAFA terpaksa mengambil tindakan tegas selepas Butler dikhabarkan terus berkeras untuk tidak tunduk pada desakan pihak Persatuan.

Tindakan bekas ketua jurulatih tersebut menyebabkan KAFA tiada pilihan lain selain menamatkan kontrak Butler dengan serta merta.

Biarpun ditamatkan kontrak, Butler akan menerima pampasan seperti yang termaktub dalam kontrak yang telah dipersetujui bersama dengan KAFA pada awal kehadiran beliau, beberapa bulan lepas.

Dengan penyelesaian seperti yang telah berlaku, kerusi panas ketua jurulatih Kelantan kini kosong dan spekulasi dari kem The Red Warriors mengatakan Bojan Hodak mungkin akan mengambil tugas alih melatih pasukan selepas ini.

Sabah Benam Ego President Warriors.


Rekod bersih President Warriors di gelanggang sendiri lebur selepas tumpas 1-2 kepada Sabah di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, petang semalam.


Permulaan garang anak didik Hashim Mustapha tersekat dengan kehandalan Sabah menyerap segala tekanan sebelum menggunakan kelebihan seorang pemain untuk mengejutkan tuan rumah dihadapan hampir 500 penyokong setia yang bertandang.

Aksi babak pertama penuh debaran dan Kelantan terlebih dahulu mendahului pada minit ke-16 selepas Shahiran Mohd Zain menggunakan ruang terbuka didepan gawang untuk merembat masuk selepas percubaan awal Mohamad Qayyum diselamatkan penjaga gol Sabah.

Selepas jaringan tersebut, kedua-dua pasukan masing-masing mendapat beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun peluang yang terhidang gagal disempurnakan kedalam jaring.

Pada minit ke-40, President Warriors terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas tindakan kurang bijak Aris Zaidi menumbuk pertahanan Sabah didalam kotak penalti pantas dikesan pengadil untuk layangan kad merah terus.

Sabah menggunakan kelebihan tersebut untuk melakukan jaringan melalui sentuhan Rozaimi Abdul Rahman selepas sungkitan menarik dari kawasan tengah membuka ruang kepada pemain ini melakukan larian deras seterusnya merembat masuk menewaskan Syazwan Yusoff pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua, Sabah dan Kelantan saling mengatur gerakan untuk menambah jaringan tetapi ketumpulan penyudah menjadi penghalang.

Beberapa peluang yang terhidang melalui pemain penyerang turut gagal memberikan jaringan tambahan kepada kedua-dua pasukan.

Sehinggalah seminit sebelum tamat, Rozaimi yang menerima hantaran dari sebelah kiri melepasi kawalan dua pemain pertahanan Kelantan sebelum melencongkan bola untuk menewaskan Syazwan Yusoff buat kali kedua.

Pada masa tambahan, Kelantan berpeluang menyamakan kedudukan namun hantaran menarik Muhamad Eskandar ke dalam kotak penalti gagal ditampan masuk Akid Ramli biarpun penjaga gol Sabah sudah tertewas.

Tamat perlawanan, Kelantan kecundang kali kedua dalam saingan Piala Presiden 2012 peringkat kumpulan A

Catatan Popular