KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 5 Mac 2012

Dramatik di Kota Bharu.


Gol minit akhir S. Chanturu memberikan Kelantan kemenangan 2-1 keatas Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.


Bermain di gelanggang sendiri, Kelantan tidak menunggu lama untuk didepan setelah Mohd Badri Radzi tenang menyudahkan peluang terhidang untuk jaringan pertama pada minit ke-2.

Kelantan hampir menambah jaringan selepas itu tetapi percubaan deras Indra Putra Mahayudin dari luar kotak penalti pantas dinafikan penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias.

Biarpun tertekan diasak tuan rumah, Sang Rusa turut menerima beberapa peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun Shakir Ali dan Jean Effa Owana gagal menjelmakan jaringan yang dinantikan.

Pada babak kedua, usaha pelawat untuk mencari jaringan akhirnya berhasil pada minit ke-53 selepas hantaran Effa Owana disudahkan dengan tandukan Shakir Ali untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol Kelantan.

Jaringan penyamaan membuatkan pemain Negeri Sembilan semakin ghairah memburu jaringan seterusnya tetapi kekentalan benteng pertahanan Kelantan diketuai Obinna Nwaneri menghalang pelawat menambah gol.

Tertekan menerima asakan Sang Rusa, Kelantan melakukan pertukaran memasukkan Nurul Azwan dan Nwoha untuk menambah sengat.

Sehinggalah minit ke-2 masa tambahan, bermula dari sepakan penjuru Badri Radzi, Obinna melompat tinggi menanduk ke tiang dan percubaan susulan dari Shakir membuka ruang kepada Chanturu menolak masuk ke gawang untuk gol kemenangan Kelantan seterusnya menceriakan hampir 15 000 penyokong setia mereka.

Dengan kemenangan yang diraih, Kelantan kekal di tangga pertama carta Liga Super dengan mengumpul 20 mata, tiga mata mengatasi pencabar terdekat, Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular