KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 24 Jun 2011

Komitmen tinggi julang kejayaan - Kim Swee


PEMAIN-pemain Malaysia memberi penghormatan kepada penonton di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi selepas mengalahkan Lebanon 2-1 pada pertemuan kedua Kelayakan Olimpik 2012. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Jurulatih Skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee semakin yakin memasang cita-cita yang lebih besar dengan melihat anak buahnya mencipta kejutan pula dalam saingan kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 ekoran persembahan cemerlang mengatasi Lebanon 2-1, semalam.

Katanya, ia diperkukuhkan dengan komitmen dan semangat juang tinggi anak buahnya terutama dalam babak kedua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selama 40 minit.

"Jika aksi sebegini dipaparkan lagi pada pusingan seterusnya, saya percaya pasukan kita mampu mencipta kejutan walaupun mungkin diundi sekumpulan dengan lawan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

"Saya juga tidak berfikiran negatif walaupun Lebanon merapatkan jurang gol, malah jika mengikut jangkaan saya, kita sebenarnya mampu beroleh sehingga empat gol.

"Gary Steven Robbat (dibuang padang pada minit ke-51) baru berusia 19 tahun dan dalam perlawanan antarabangsa sebegini, dia memang cenderung untuk melakukan kesilapan.

"Namun, ia satu pengajaran buatnya dan seluruh pasukan di mana anda akan dihukum atas kesilapan sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan yang dimenangi Malaysia dengan agregat 2-1 selepas terikat 0-0, Ahad lalu.

Mengenai percaturan yang meletakkan penyerang, Izzaq Faris Ramlan di bangku simpanan dan Syahrul Azwari Ibrahim, katanya: "Tidak bererti apabila penyerang gagal menjaringkan gol, kita sudah gagal apatah lagi dengan kita beroleh dua gol awal menerusi pemain tengah.

"Kedua-duanya mempunyai ciri dan kualiti yang berbeza. Syahrul lebih pantas dan Izzaq mempunyai ketinggian tetapi yang lebih penting juga ialah barisan pertahanan mampu dibantu semua orang apabila diasak lawan."

Kim Swee turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana membenarkannya berkunjung ke Asia Barat untuk mengintip kekuatan Lebanon pada perlawanan persahabatan menentang Turki menjelang kelayakan.

"Selama dua hingga tiga bulan saya melakukan persediaan bagi kelayakan ini dan ia ternyata berbaloi, malah persahabatan dengan Kemboja dan Qatar apabila kalah, ia masih memberikan petunjuk yang membantu pasukan.

"Saya sudah masak dengan tipu helah pasukan dari Asia Barat yang kadangkala sengaja tidak menunjukkan semangat permainan bersih walaupun ketika pemain kita tercedera. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menang."

Benam Lebanon 2-1


PENYUDAH kemas daripada penyerang skuad negara Wan Jack Haikal ketika menjaringkan gol kedua pada aksi menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


MALAYSIA melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir.

Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.

Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan.

Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Pada aksi malam tadi, Kim Swee melakukan dua perubahan dengan Affize Faisal Mamat menggantikan Mahali Jasuli yang digantung satu perlawanan manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan tempat Izzaq Faris Ramlan.

Jurulatih Lebanon, Samir Saad pula hanya menukar seorang pemain iaitu Jad Noureddine yang diturunkan untuk mengambil alih posisi Hassan Chaito.

Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.

Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol.

Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah.

Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.

Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.

Kim Swee yang tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas perlawanan itu menjelaskan:“Ini membuktikan walaupun kita beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir, pemain telah menunjukkan kesungguhan tinggi. Tapi ini baru permulaan, banyak lagi rintangan perlu diharungi pada peringkat kumpulan nanti,” kata Kim Swee pada sidang media selepas perlawanan.

Samir pula berkata: “Kami cuba cari gol penyamaan tetapi pemain Malaysia beraksi dengan semangat yang cukup tinggi disebabkan mereka mendapat sokongan padu penyokong.”

Khamis, 23 Jun 2011

The Red Warriors Pasti Boleh


Sedih dan pilu dibenak penyokong setia TRW samada di kampung atau dibandar, malahan juga di seluruh dunia semakin hilang dan pasti lenyap terus seandainya kejuaraan Liga Super yang semakin hampir untuk digapai, menjadi kenyataan. Perlawanan yang tampak seakan mudah jika dilihat status terkini skuad TRW.

Cuma, adalah satu bonus, jika perlawanan terakhir Kelantan menentang sabah pada 6 Julai ini menyaksikan kemenangan besar dengan jaringan oleh penyerang ‘sensasi’ Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha seterusnya menyaksikan Status penjaring terbanyak milik beliau dan yang paling penting, akan melenyapkan terus keegoan pesaing terdekat Red Giant dan Skuad ‘Penyu’. Perasaan gembira bakal menenggelamkan kekecewaan yang melanda puluhan ribu penyokong di Bukit Jalil dan keseluruhan rakyat Kelantan!!

Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan sehingga tak terkata, diam seribu bahasa termasuk saya sendiri. Tapi, itu adalah lebih baik dan sopan daripada meluahkan perasaan yang akan memburukkan keadaan. Ayuh Pemain dan penyokong tumpukan perhatian semua!!!

Lebih manis untuk dikongsi jika Mat Yo dapat mengekalkan status pemain paling bernilai sebagaimana yang telah diterima pada musim lepas. Tetapi itu masih jauh. Yang semakin hampir adalah status penjaring terbanyak. Ayuh Mat Yo!! Penyokong setia yakin dengan kebolehan Mat Yo menjaringkan Gol!! Ambiklah masa untuk berehat dan pulih dari kecederaan, muncul nanti di Likas. Ledakkan lah jaringan yang akan menjanjikan dua kemenangan dalam satu perlawanan.

Kejuaraan liga dan penjaring terbanyak. Walaupun itu adalah lebih peribadi, para penyokong akan turut bergembira dan turut pasti meraikannya. Pasti nama Mat Yo akan terpahat dalam sejarah hebat bola sepak Kelantan. Jaringan Mat Yo pasti datang. Masa akan menentukan. Rakan-rakan seperjuangan, lorong dan hantarkan bola kepada beliau. Pastikan kita beroleh dua Kejuaraan serentak!!! Gomo set kito biar menjadi kenyataan!!!TRW Boleh…

Skuad kendalian Dato’ M Karathu mesti merebut peluang yang terhidang ini. Buangkan kekecewaan lalu, kepada skuad yang bakal diturunkan, kerahkanlah sepenuh jiwa dan raga demi pasukan dan penyokong yang begitu sayang akan anda semua. Piala yang terlepas biarlah dahulu, rebutlah yang dihadapan, Kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia. Musim depan kita gandakan usaha untuk merampas piala FA!! Bulatkan tekad!!kita pasti Berjaya!!percubaan kali ketiga di era ini pasti membuahkan hasil!!

Sebenarnya, skuad kendalian Coach yang hampir mencatat sejarah lebih awal pada tahun 1993 sekiranya perlawanan ditempat sendiri dimanfaatkan. Itu sejarah lama, dan tahun ini sekali lagi dicipta dengan lebih gemilang. Kem skuad Kelantan tidak pernah sunyi dari keriuhan. Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir ini, bola sepak Kelantan menjadi begitu ‘tersohor’.kerap kali meniti dibibir peminat setiap nama pemain skuad kelantan. Pelbagai komen dan tidak kurang gosip-gosip yang sedikit sebanyak menampakkan hidupnya suasana bola di bumi serendah sekebun bunga. Tidak kurang juga pandangan serong orang luar yang memberikan komen yang kurang enak didengar.


Itu kita lupakan, yang kita kena ingat, saya ingin kongsikan, rupanya pemain dan pasukan Kelantan ini turut dibualkan oleh orang luar yang begitu teruja dan tertarik dengan gaya penyokong Kelantan. Kredit buat penyokong TRW.katanya, orang Kelantan memang hebat! Begitu semangat! Memang ‘first class’! patutlah orang Kelantan boleh maju. Itu lah kata-kata sekumpulan pak cik yang sedang menjamah roti canai di sebuah kedai di area Gombak. Saya yang berada di meja belakang tiba – tiba berderau bulu roma, tanda gembira dan tak terjangka dengan komen ikhlas itu. Banyak lagi yang mereka puji pasukan kita. Terima kasih pak cik yang amat positif dalam komen yang diberikan. walau itu hanyalah pandangan segelintir yang memihak kepada penyokong Kelantan. Saya begitu puas mendengarnya.

Kembali kita kepada topik, Jika dilihat di awal musim, skuad Kelantan menghadapi saat yang begitu mencemaskan dengan pemergian tiga bintang yang naik namanya kembali dibumi Kelantan. Pasukan Kelantan ketika itu, seolah – olah akan jatuh. Tambahan dengan penggangtungan ketua jurulatih , Abe Ya yang merisaukan peminat setia TRW. Tetapi, lihat hasilnya..kelantan lebih bertenaga dengan jurulatih yang kali kedua mencurahkan bakti kepada skuad TRW. Di tambah pula dengan kesungguhan pemain yang begitu bersemangat untuk membuktikan kebolehan.

Kembali kepada perpindahan pemain tersebut, Entah kenapa, bagi saya yang kurang mengetahui sebab dan musabab perpindahan tersebut, terus terbayang..mesti gaji disana lebih lumayan!!. Bagus juga mencari tempat yang sanggup bayar lebih. Sesiapa pun inginkan yang tertinggi. Itulah hakikatnya!!Perpindahan tersebut seharusnya membuka mata semua, bukan semua yang kita pergi akan menghasilkan kepuasan. Cuba penyokong setia fikirkan, letakkan diri kita sebagai pemain tersohor…dan Tanya kepada diri sendiri.

Adakah aku puas, bermain dengan hanya 2,000 penyokong? yang kadang-kadang tidak mencecah angka tersebut. Adakah aku puas nama yang dulu nya gah disebut samada di blog-blog, selalu menjadi bahan bualan di media, tapi kini hampir tiada? Adakah puas berada ditempat yang kurang menarik dalam carta liga? Adakah aku puas??? Itu semua perlu difikirkan sedalamnya.

Kembali kepada realiti, Lihat saja pemain di Eropah sabagai contoh, pemain ternama yang dibayar gaji mahal tetapi hanya memanaskan bangku simpanan. Tidak akan gembira. Kerana bagi mereka kepuasan bermain adalah mutlak. Begitu juga jika kelab yang dicurahkan kudrat tidak merangkul piala. Kecewalah mereka disitu.

Berdasarkan kepada keadaan sekarang, saya, malahan semua penyokong mentafsirkan skuad Kelantan begitu menarik dengan keseimbangan hampir disetiap posisi. Yang beroleh kemenangan di tempat sendiri ataupun di tempat lawan. Satu fenomena baru telah wujud. Terbukti benar kata orang, tahap sokongan orang Kelantan memang gila-gila. Tahniah buat penyokohn TRW yang mengembalikan kemeriahan bola sepak di Malaysia. Juga kepada pemain, tahniah dan semoga beroleh kemenangan yang diimpikan.

Jadikan sanjungan dan kritikan para penyokong pembakar semangat. Buktikan kita boleh dengan mengerah seluruh tenaga, bermainlah bermatian sehingga ke noktah tiupan wisel yang terakhir. Usah toleh belakang. Langkahlah maju ke hadapan. TRW pasti boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian.


Army bakal dirasmikan oleh PM

2 julai nanti satu lagi peristiwa penting akan berlaku kepada pasukan kesayangan The Red Warriors apabila Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan berkunjung ke Kelantan sempena lawatan kerjanya.


PM dijangka akan merasmikan Akademi Al Hamra Red Warriors(ARMY) pada satu majlis yang akan diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Machang.

Difahamkan juga 1000 tiket perlawanan persahabatan yang menemukan kelab Pelita Jaya dari Indonesia dengan The Red Warriors yang bakal berlangsung pada 9 julai ini di Stadium Sultan Muhammad ke IV.

Penyokong-penyokong The Red Warriors dijemput memeriahkan lagi acara pada hari tersebut.

Pra Olimpik 2012 : Malaysia vs Lubnan(Pusingan kedua)

Venue : Stadium Nasional,Bukit Jalil
Hari : Khamis
Tarikh : 23 Jun 2011
Masa : 8.00 mlm
Live : Astro Arena

Ahad, 19 Jun 2011

Keputusan penuh Perlawanan Persahabatan 2011: Malaysia vs Myanmar

Malaysia 2
(Amirulhadi,Badrol Bakhtiar)
Myanmar 0

Tahniah pemain-pemain kerana berjaya menundukkan Myanmar dalam keadaan padang yang becak dan yang paling membanggakan penyokong-penyokong Malaysia yang sanggup memenuhi stadium walaupun hujan lebat.

Penyokong-penyokong Kelantan memang TERBAIK!!!

Sabtu, 18 Jun 2011

Perlawanan Persahabatan : Malaysia vs Myanmar

Venue : Stadium Sultan Muhammad ke-IV
Hari : Sabtu
Tarikh : 18 Jun 2011
Masa : 8.45 mlm
Tiket :Astaka RM50, RM30(I&H), Terbuka RM15, Kanak-kanak RM5

Live : Astro Arena 801

Luahan penyokong The Red Warriors

Dari baem idham

Kelantan sudah tewas di tangan terengganu semalam..kali kedua naib juara dalam masa 3 tahun.satu pencapaian yang boleh dibanggakan bagi negeri yang baru nak naik mcam kelantan.namun kali ini saya tidak ke stadium nasional seperti biasa..sekadar memerhati di kaca tv di kedai mamak..menyokong dari jauh dan melihat gelagat2 penyokong kelantan di stadium dan di kedai mamak.


bg saya..daudsu tidak bersalah..bola nk geroh ore royak..bg sya..dia still one of the best right back in mlaysia..
Memalukan..perkara pertama terlintas melihat gelagat penyokong membaling mercun sehingga mengakibatkn game tertangguh selama 5 minit..biasa di europe game tertangguh sebab pitch invaders..ni sebab mercun..memalukan..golongan2 yg berada di sekeliling saya menggeleng kepala dan bg yang bukan org kelantan sudah tentulah akan mengutuk dan mengata..sya turut terkena tempias ini..sejak bola sepak kelantan meningkt naik dan begitu juga ragam penyokong yang makin hari makin naik minyak..semakin banyak kami golongan kelantan di perantauan menjadi mangsa kutukan akibat insiden mercun dan bakar ini..bak kata seorang kawan.."bilo kelate kampong mari stadium..gini ah jadi"

untuk Ultras Kelantan.ya ..saya taw anda memang sayang akan bola sepak..tapi tolong la hentikan pembakaran flare..kenapa?kerna itu yang menggalakn pembwa mercun mebawa membakar dan melempar mercun..kamu yang membakar depan mata tidak ditangkap..muka korang semua terpampang di tv...kenapa..flare still a mercun..kemeriahan bola sepak?katanya meniru golongan itali england namun harus diingatkn mentaliti pemikiran masyarakt malaysia terutamanya golongan kelantan tidak sampai ke tahap masyrakt mereka..lihat di englnd.xde flare pom meriah je..

dalam stadium..sama gu pom nak gocoh..sama gu pom nk baling botol..seronok mendengar cerita shabt ke stadium yg beberapa kali kena botal berisi air di atas kepala..kenapa seronok? sebab katanya.."aku menyaksikan kebodohan org yg sama negeri nga aku" score goal pom baling botol...sya seronok melihat Mat Yo menjaringkn gol di terenggnu minggu lepas..first time xde botol melayang..quite impressive tetapi..dtg je semalam..ntah la..klu kitar semula boleh jd billionaire si pengitar semula tuh..

bila dikatakan BODOH..BANGANG dll..berduyun2 marah..siap membuat page di facebook memaki mencela menyuruh memohon ampun dan maaf..nmun ada ke sorg yang terlintas memikirkn apa yg telah dilakukan penyokong2 yang senegeri dengan anda...mungkin email saya ini akan mencetuskan sedikit kebencian penyokong kelantan..nmun sya juga syg akan bola sepak kelantan..

namun sekarang saya sudah tawar hati untuk ke stadium..cukupla sekali adik sya terkena balingan botol air di atas kepala dan mahu balik segera apabila mercun jatuh di depannya..ya..baru kurang 2 penyokong..ada lagi berjuta nak masuk stadium..namun..ingat..lama kelamaan jika insiden ini berulang..xmustahil seorang demi seorang akan melangkah kaki keluar dr stadium..

perbetulkan mentaliti dan sifat serta tindakan anda semua..bukan setakat rasuah yang akan menggadaikan bola sepak malaysia..tindakan anda juga penentunya
p/s:maaf post ini dalam bahasa baku..bukan tidak sygkn bahasa kelate..namun untuk org luar lebih paham akn maksud saya

Rabu, 15 Jun 2011

FAM bakal anjur Kejohanan Bola Sepak Wanita Kebangsaan

Timb Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa,

Oleh:
Amierul Hisham, RedsFC News

KEMERIAHAN sukan bola sepak Malaysia bakal diwarnai dengan satu lagi kejohanan bola sepak yang bakal diperkenalkan di peringkat kebangsaan.

Kejohanan Bola Sepak Wanita Malaysia yang bakal dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bermula 23 Julai nanti membuka peluang penyertaan kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri dan kelab-kelab bola sepak.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Kebangsaan FAM, Tan Sri Annuar Musa, kejohanan berkenaan akan dijadikan asas untuk kewujudan kejohanan di peringkat liga yang akan diperkenalkan mulai 2012.

Menurut beliau, FAM juga akan memantau kebolehan pemain-pemain bola sepak di dalam kejohanan tersebut untuk diserap ke dalam pasukan Kebangsaan, yang dijangka akan turut mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak Wanita Asia di Laos pada bulan Oktober nanti.

Pasukan bola sepak wanita kebangsaan telah dibubarkan selepas daripada persembahan buruk semasa menyertai Kejohanan Sukan SEA baru-baru ini.

Mengulas tetang kewujudan persatuan sedia ada iaitu Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, Tan Sri Annuar menegaskan bahawa peraturan FIFA mensyaratkan semua persatuan hendaklah bernaung di bawah satu badan induk.

Dalam sidang media yang diadakan di The Red Warriors Station, Kota Bharu sebentar tadi, Tan Sri Annuar juga berharap Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia, semasa kongres mereka yang bakal diadakan pada minggu depan, akan membawa resolusi membubarkan persatuan tersebut bagi membolehkan pimpinan sedia ada diserap ke Jawatakuasa Bola Sepak Kebangsaan di bawah FAM.

SUMBER
RedsFC News

Catatan Popular