The Red Warriors Pasti Boleh
Sedih dan pilu dibenak penyokong setia TRW samada di kampung atau dibandar, malahan juga di seluruh dunia semakin hilang dan pasti lenyap terus seandainya kejuaraan Liga Super yang semakin hampir untuk digapai, menjadi kenyataan. Perlawanan yang tampak seakan mudah jika dilihat status terkini skuad TRW.
Cuma, adalah satu bonus, jika perlawanan terakhir Kelantan menentang sabah pada 6 Julai ini menyaksikan kemenangan besar dengan jaringan oleh penyerang ‘sensasi’ Kelantan, Nor Shahrul Idlan Talaha seterusnya menyaksikan Status penjaring terbanyak milik beliau dan yang paling penting, akan melenyapkan terus keegoan pesaing terdekat Red Giant dan Skuad ‘Penyu’. Perasaan gembira bakal menenggelamkan kekecewaan yang melanda puluhan ribu penyokong di Bukit Jalil dan keseluruhan rakyat Kelantan!!
Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan sehingga tak terkata, diam seribu bahasa termasuk saya sendiri. Tapi, itu adalah lebih baik dan sopan daripada meluahkan perasaan yang akan memburukkan keadaan. Ayuh Pemain dan penyokong tumpukan perhatian semua!!!
Lebih manis untuk dikongsi jika Mat Yo dapat mengekalkan status pemain paling bernilai sebagaimana yang telah diterima pada musim lepas. Tetapi itu masih jauh. Yang semakin hampir adalah status penjaring terbanyak. Ayuh Mat Yo!! Penyokong setia yakin dengan kebolehan Mat Yo menjaringkan Gol!! Ambiklah masa untuk berehat dan pulih dari kecederaan, muncul nanti di Likas. Ledakkan lah jaringan yang akan menjanjikan dua kemenangan dalam satu perlawanan.
Kejuaraan liga dan penjaring terbanyak. Walaupun itu adalah lebih peribadi, para penyokong akan turut bergembira dan turut pasti meraikannya. Pasti nama Mat Yo akan terpahat dalam sejarah hebat bola sepak Kelantan. Jaringan Mat Yo pasti datang. Masa akan menentukan. Rakan-rakan seperjuangan, lorong dan hantarkan bola kepada beliau. Pastikan kita beroleh dua Kejuaraan serentak!!! Gomo set kito biar menjadi kenyataan!!!TRW Boleh…
Skuad kendalian Dato’ M Karathu mesti merebut peluang yang terhidang ini. Buangkan kekecewaan lalu, kepada skuad yang bakal diturunkan, kerahkanlah sepenuh jiwa dan raga demi pasukan dan penyokong yang begitu sayang akan anda semua. Piala yang terlepas biarlah dahulu, rebutlah yang dihadapan, Kejuaraan Liga Super dan Piala Malaysia. Musim depan kita gandakan usaha untuk merampas piala FA!! Bulatkan tekad!!kita pasti Berjaya!!percubaan kali ketiga di era ini pasti membuahkan hasil!!
Sebenarnya, skuad kendalian Coach yang hampir mencatat sejarah lebih awal pada tahun 1993 sekiranya perlawanan ditempat sendiri dimanfaatkan. Itu sejarah lama, dan tahun ini sekali lagi dicipta dengan lebih gemilang. Kem skuad Kelantan tidak pernah sunyi dari keriuhan. Sudah menjadi kebiasaan sejak akhir ini, bola sepak Kelantan menjadi begitu ‘tersohor’.kerap kali meniti dibibir peminat setiap nama pemain skuad kelantan. Pelbagai komen dan tidak kurang gosip-gosip yang sedikit sebanyak menampakkan hidupnya suasana bola di bumi serendah sekebun bunga. Tidak kurang juga pandangan serong orang luar yang memberikan komen yang kurang enak didengar.
Itu kita lupakan, yang kita kena ingat, saya ingin kongsikan, rupanya pemain dan pasukan Kelantan ini turut dibualkan oleh orang luar yang begitu teruja dan tertarik dengan gaya penyokong Kelantan. Kredit buat penyokong TRW.katanya, orang Kelantan memang hebat! Begitu semangat! Memang ‘first class’! patutlah orang Kelantan boleh maju. Itu lah kata-kata sekumpulan pak cik yang sedang menjamah roti canai di sebuah kedai di area Gombak. Saya yang berada di meja belakang tiba – tiba berderau bulu roma, tanda gembira dan tak terjangka dengan komen ikhlas itu. Banyak lagi yang mereka puji pasukan kita. Terima kasih pak cik yang amat positif dalam komen yang diberikan. walau itu hanyalah pandangan segelintir yang memihak kepada penyokong Kelantan. Saya begitu puas mendengarnya.
Kembali kita kepada topik, Jika dilihat di awal musim, skuad Kelantan menghadapi saat yang begitu mencemaskan dengan pemergian tiga bintang yang naik namanya kembali dibumi Kelantan. Pasukan Kelantan ketika itu, seolah – olah akan jatuh. Tambahan dengan penggangtungan ketua jurulatih , Abe Ya yang merisaukan peminat setia TRW. Tetapi, lihat hasilnya..kelantan lebih bertenaga dengan jurulatih yang kali kedua mencurahkan bakti kepada skuad TRW. Di tambah pula dengan kesungguhan pemain yang begitu bersemangat untuk membuktikan kebolehan.
Kembali kepada perpindahan pemain tersebut, Entah kenapa, bagi saya yang kurang mengetahui sebab dan musabab perpindahan tersebut, terus terbayang..mesti gaji disana lebih lumayan!!. Bagus juga mencari tempat yang sanggup bayar lebih. Sesiapa pun inginkan yang tertinggi. Itulah hakikatnya!!Perpindahan tersebut seharusnya membuka mata semua, bukan semua yang kita pergi akan menghasilkan kepuasan. Cuba penyokong setia fikirkan, letakkan diri kita sebagai pemain tersohor…dan Tanya kepada diri sendiri.
Adakah aku puas, bermain dengan hanya 2,000 penyokong? yang kadang-kadang tidak mencecah angka tersebut. Adakah aku puas nama yang dulu nya gah disebut samada di blog-blog, selalu menjadi bahan bualan di media, tapi kini hampir tiada? Adakah puas berada ditempat yang kurang menarik dalam carta liga? Adakah aku puas??? Itu semua perlu difikirkan sedalamnya.
Kembali kepada realiti, Lihat saja pemain di Eropah sabagai contoh, pemain ternama yang dibayar gaji mahal tetapi hanya memanaskan bangku simpanan. Tidak akan gembira. Kerana bagi mereka kepuasan bermain adalah mutlak. Begitu juga jika kelab yang dicurahkan kudrat tidak merangkul piala. Kecewalah mereka disitu.
Berdasarkan kepada keadaan sekarang, saya, malahan semua penyokong mentafsirkan skuad Kelantan begitu menarik dengan keseimbangan hampir disetiap posisi. Yang beroleh kemenangan di tempat sendiri ataupun di tempat lawan. Satu fenomena baru telah wujud. Terbukti benar kata orang, tahap sokongan orang Kelantan memang gila-gila. Tahniah buat penyokohn TRW yang mengembalikan kemeriahan bola sepak di Malaysia. Juga kepada pemain, tahniah dan semoga beroleh kemenangan yang diimpikan.
Jadikan sanjungan dan kritikan para penyokong pembakar semangat. Buktikan kita boleh dengan mengerah seluruh tenaga, bermainlah bermatian sehingga ke noktah tiupan wisel yang terakhir. Usah toleh belakang. Langkahlah maju ke hadapan. TRW pasti boleh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan