KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 7 Jun 2011

Tiket habis di Kelantan, laris di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 20,000 daripada 30,000 tiket yang diperuntukkan untuk Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah dijual pada hari pertama jualan tiket perlawanan akhir Piala FA Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Di Kota Bharu pula, 15,000 tiket untuk penyokong Red warriors habis dibeli tidak sampai tiga jam sebaik sahaja kaunter jualan dibuka semalam.

Dilaporkan, Naib Yang Dipertuanya PBSNT, Sheikh Tajudin Sheikh Yusoff berkata, daripada 30,00 tiket itu, 25,000 daripadanya telah ditempah sebelum ini, manakala 5,000 untuk jualan terbuka.

Sementara itu, tinjauan mendapati jualan tiket di pejabat PBSNT di Bangunan Seri Amar sebelah pagi agak perlahan dengan beberapa orang penyokong sahaja yang kelihatan dipercayai bagi mengambil tiket yang ditempah dalam kuantiti yang banyak.

Namun menjelang tengah hari hingga petang tadi bilangan penyokong pasukan hitam putih itu mulai meningkat dan mereka terpaksa beratur panjang sehingga di luar bangunan tersebut untuk menunggu giliran membeli tiket.
Menurut Setiausaha Agung PBSNT, Abdullah Salleh jualan hari pertama tiket semalam agak memberangsangkan walaupun agak perlahan pada sebelah pagi tadi.

"Pihak PBSNT juga sudah menyediakan 20,000 tiket perlawanan dan sebanyak 10,000 lagi sebagai tambahan jika tidak mencukupi," katanya.

Katanya, orang ramai dan penyokong pasukan bola sepak Terengganu boleh mendapatkan tiket-tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir itu dengan harga RM50 untuk tempat berbumbung dan RM30 untuk tempat tidak berbumbung di pejabat PBSNT dari 8 pagi hingga 5 petang bermula hari ini sehingga 8 Jun ini.

Pasukan Terengganu berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan Pahang 3-2 pada perlawanan separuh akhir di Darul Makmur 13 Mei lalu.

Kelantan hampiri gelaran liga

Pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha'ri (kiri) berebut bola dengan pemain Kelantan, Mohd. Shakir Shaari (tengah) dan Mohd. Abd Aziz Ismail pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu semalam. - UTUSAN/Shaifudin Mohd Nor
KUALA TERENGGANU - Kelantan terus mengorak langkah besar untuk memburu kejuaraan Liga Super buat kali pertama selepas mengecewakan Terengganu 3-0 di gelanggang lawan pada ketika saingan hanya berbaki dua perlawanan.

Malah, kemenangan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin semalam memberi kelebihan psikologi buat skuad bimbingan Datuk M. Karathu menjelang perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Bukit Jalil, Sabtu ini.

Namun, Kelantan masih belum boleh menarik nafas lega kerana terus dihambat rapat oleh penyandang juara, Selangor yang membuktikan kesungguhan untuk mengejar pendahulu apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam.

Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong sendiri, anak didik Irfan Bakti tidak mampu membendung asakan hebat pelawat yang diketuai penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha.

Ketiadaan Ashaari Samsudin yang digantung satu perlawanan juga menjejaskan corak permainan tuan rumah sehingga mengakibatkan dua lagi penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat seakan kehilangan punca pada babak pertama.

Pelawat pula sebaliknya bijak mengawal perlawanan dan memanfaatkan peluang terhidang apabila Mohd. Izuan membuka jaringan seawal minit ketujuh setelah berlaku kekalutan di depan gawang tuan rumah yang dikawal Mohd. Sharbinee Allawee.
Bermula separuh masa kedua, tuan rumah mula menampilkan aksi yang lebih kemas, namun masih gagal memecah kebuntuan untuk memperoleh sekurang-kurang gol penyamaan, sebaliknya Norshahrul Idlan bijak menyempurnakan peluang untuk gol kedua pelawat pada minit ke-72.

Norshahrul sekali lagi menjadi duri dalam daging Terengganu apabila menghukum kealpaan tuan rumah dengan gol ketiga pada masa kecederaan, sekali gus menghapuskan sisa perjuangan skuad Penyu.

Sementara itu, Selangor garang mendahului 5-0 pada babak pertama di Shah Alam dengan Mohd. Asrarudin Putra Omar mengetuai amukan skuad Merah Kuning apabila meledakkan empat gol, manakala Rudie Ramli, Fitri Syazwan Raduan dan Mohd. Amirul Hadi Zainal masing-masing menambah satu gol.

Azmizi Azmi tidak mampu melegakan kesengsaraan Perlis biarpun berjaya memperoleh gol saguhati pelawat pada minit ke-75. Selangor kini menghambat Kelantan dengan dua mata di belakang ketika saingan berbaki dua perlawanan. Kelantan mengumpul 50 mata selepas 24 perlawanan, diikuti Selangor 48, manakala Terengganu jatuh ke tangga ketiga dengan 47 mata.

Negeri Sembilan turut mengamuk di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila membelasah T-Team 4-0, bagaimanapun perlawanan semalam dicemari dengan dua layangan kad merah, yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain.

S. Kunalan meletakkan tuan rumah di depan seawal minit pertama permainan, sebelum Firdaus Azizul menambah dua gol pada minit ke-22 dan 42, manakala Hairuddin Omar melengkapkan gol keempat pada minit ke-46.

Dalam satu lagi saingan, Kedah memintas Perak untuk menghuni tangga keempat liga dengan 41 mata selepas menundukkan Felda United 2-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, pada ketika Perak hanya mampu seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang untuk meletakkan pasukan itu di tangga kelima.

Isnin, 6 Jun 2011

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 2011


TERENGGANU FA 0
vs
KELANTAN FA 3
(1)izuan,
(2)norsharul idlan

Penyokong Berteka - Teki.



Penyokong Kelantan mula berteka-teki siapa pemain bakal menyarung jersi The Red Warriors pada musim 2012.

Walaupun masih terlalu awal untuk membuat spekulasi, beberapa pemain utama pasukan Liga Super di Malaysia sudah disebut-sebut bakal menyertai Sang Kijang pada musim hadapan.

Paling mencuri tumpuan ialah nama yang pernah dikaitkan dengan Kelantan pada tahun 2011, Badrol Bakhtiar.

Badrol dikatakan bakal dibawa masuk kedalam skuad Cik Siti Wan Kembang walaupun hasrat tersebut terbantut pada awal musim ini ekoran kekurangan dana selain keinginan pemain ini sendiri untuk kekal bersama Kedah bagi menghormati kontrak sedia ada.

Selain Badrol, pemain berpengalaman dan panas baran dari Selangor, Hardi Jaafar juga dikatakan bakal dibawa masuk untuk memperkuatkan jentera tengah Sang Kijang yang kelihatan longgar.

Melengkapkan khabar angin untuk tahun depan ialah pembelian penyerang dari Harimau Muda A, Izzaq Farris Ramlan dan seorang pemain dari Terengganu yang belum dikenal pasti siapa.

Jika benar berlakunya perpindahan semua pemain ini kedalam skuad Kelantan, barisan 2012 dilihat sangat mantap dengan tambahan beberapa pemain import seterusnya menjadi 'dream team" untuk muncul kuasa baru liga bola sepak negara.

Khamis, 2 Jun 2011

Info Liga Super 2011 : Siaran Langsung Terengganu vs Kelantan

Pihak Astro akan menyiarkan siaran langsung terhebat perlawanan Liga Super diantara Terengganu dan Kelantan pada 6 jun nanti melalui saluran Astro Arena 801

Bagi penyokong-penyokong setia Kelantan yang tidak dapat ke Kuala Terengganu inilah kesempatan terbaik untuk melihat sejauh mana kemampuan TRW ketika menentang Terengganu nanti.

Mampukah TRW menewaskan seteru utama mereka musim ini ataupun akan tumbang digelanggang keramat Sang Penyu..sama-sama kita saksikan.

Hilang 3 tonggak tidak jejas Red Warriors

Pemain-pemain Kelantan gigih menjalani latihan di Kota Bharu, semalam sebagai persiapan bertemu Terengganu

KOTA BHARU - Selepas berehat dua hari, barisan pemain The Red Warriors kembali menjalani latihan sebagai persediaan menentang musuh tradisi Terengganu dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu pada 6 Jun ini.

Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu berkata, ruang rehat yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk merencanakan strategi terbaik sebelum berdepan dengan skuad bimbingan Ifran Bakti.

Menurut Karathu, latihan tersebut bagaimanapun tanpa tiga tonggak utama iaitu pertahanan kental Farisham Ismail serta dua penggempur berbisa S. Chanturu dan Norshahrul Idlan Tahala yang menyertai latihan skuad kebangsaan.

''Meskipun tanpa tiga tonggak ia sedikit pun tidak membantutkan persiapan memperkemaskan jentera pasukan bagi menghadapi perlawanan genting di Kuala Terengganu nanti.

"Tempoh lima hari sebelum bertemu Terengganu akan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada untuk perlawanan getir selepas ini.

"Saya tidak mahu terlalu menekan pemain dan mahu mereka menjalani latihan seperti biasa," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Karathu memberitahu, ruang rehat ini amat penting buat pasukan untuk mendapatkan semula kecergasan selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.

"Bayangkan sepanjang Mei kita mengharungi 10 perlawanan yang ketat termasuk dua aksi bertaraf tinggi dan ia memberikan sedikit kesan buat pasukan, namun itu bukan alasan.

"Untuk itu rehat secukupnya diperlukan oleh pemain dan saya harap mereka akan kembali cergas sebaik mungkin sebelum menentang Terengganu minggu depan," ujarnya.

Rabu, 1 Jun 2011

Hilang 3 tonggak tidak jejas Red Warriors

Pemain-pemain Kelantan gigih menjalani latihan di Kota Bharu, semalam sebagai persiapan bertemu Terengganu

KOTA BHARU - Selepas berehat dua hari, barisan pemain The Red Warriors kembali menjalani latihan sebagai persediaan menentang musuh tradisi Terengganu dalam saingan Liga Super di Kuala Terengganu pada 6 Jun ini.

Ketua jurulatihnya, Datuk M. Karathu berkata, ruang rehat yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk merencanakan strategi terbaik sebelum berdepan dengan skuad bimbingan Ifran Bakti.

Menurut Karathu, latihan tersebut bagaimanapun tanpa tiga tonggak utama iaitu pertahanan kental Farisham Ismail serta dua penggempur berbisa S. Chanturu dan Norshahrul Idlan Tahala yang menyertai latihan skuad kebangsaan.

''Meskipun tanpa tiga tonggak ia sedikit pun tidak membantutkan persiapan memperkemaskan jentera pasukan bagi menghadapi perlawanan genting di Kuala Terengganu nanti.

"Tempoh lima hari sebelum bertemu Terengganu akan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada untuk perlawanan getir selepas ini.

"Saya tidak mahu terlalu menekan pemain dan mahu mereka menjalani latihan seperti biasa," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Karathu memberitahu, ruang rehat ini amat penting buat pasukan untuk mendapatkan semula kecergasan selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.

"Bayangkan sepanjang Mei kita mengharungi 10 perlawanan yang ketat termasuk dua aksi bertaraf tinggi dan ia memberikan sedikit kesan buat pasukan, namun itu bukan alasan.

"Untuk itu rehat secukupnya diperlukan oleh pemain dan saya harap mereka akan kembali cergas sebaik mungkin sebelum menentang Terengganu minggu depan," ujarnya.

Isnin, 30 Mei 2011

K. Soley Bakal Meninggalkan Kelantan Musim Depan?



K.Soley atau nama penuhnya Kanasian Solehin Abdullah kini mula dikaitkan dengan khabar angin yang mengatakan bahawa beliau akan meninggalkan Kelantan musim depan. Jika dilihat pada penampilan K.Solehin dalam saingan Liga Super musim ini, beliau hanya beraksi sebanyak 15 kali yang menyaksikan beliau berada dalam kesebelasan utama sebanyak 11 kali. Selebihnya, K.Solehin hanya turun selaku pemain gantian dan berada di bangku simpanan.

Kelincahan K.Solehin sudah mula
dipertikaikan oleh banyak pihak.

Dengan hanya meledakkan satu gol dalam saingan Liga Super setakat ini, jelas sekali menampakkan kebuntuan K.Solehin mencipta jaringan untuk Kelantan selain beberapa aksi yang kurang memberangsangkan yang ditunjukkan oleh beliau.

Penyokong setia The Red Warriors masih mengingati kekalahan Kelantan kepada T-Team di Kota Bharu yang menyaksikan rekod tanpa kalah di Kota Bharu akhirnya lebur dengan kekalahan 2-1 di tangan T-Team.
K.Solehin yang diberi kepercayaan untuk merencana serangan bersama kapten, Badri Radzi masih gagal menggugat kekebalan gawang gol pasukan T-Team. Gerakan dan hantaran K.Solehin juga kadang-kala cukup mengecewakan kira-kira 20,000 penyokong setia Kelantan yang memenuhi stadium.

Prestasi K.Soley masih belum menyakinkan jurulatih
untuk diberi kepercayaan dalam perlawanan penting.


Solehin yang sedang bergelut dengan prestasi kini mula dikaitkan dengan pasukan lamanya, Kedah dan Perlis yang kini amat memerlukan pemain midfield yang berpengalaman dan berkaliber. Namun begitu, ternyata Solehin tidak mampu mempamerkan aksi sebenar beliau sepanjang bersama Kelantan memandangkan beliau sering dibayangi oleh rakan-rakan yang juga merupakan pemain midfield yang berbakat.

K.Solehin antara tonggak yang menjulang
Piala Sumbangsih 2011 ke Kota Bharu.

Jika pengurusan Kelantan benar-benar membawa muka-muka baru musim depan, pemain seperti K.Solehin pasti antara calon yang bakal meninggalkan The Red Warriors setelah menyertainya pada akhir musim 2010.
Rasuah Bola Sepak
Pihak Berkuasa Harus Ambil Tindakan Segera.



Liga Malaysia gempar dengan berita kembalinya isu rasuah dan gejala ini nyata mengejutkan ramai pihak di sebalik kehangatan bola sepak Kebangsaan yang mula mendapat perhatian dari dalam dan luar negara.

Belum reda dengan kehadiran pegawai FIFA dan Polis Antarabangsa berkenaan isu rasuah perlawanan peringkat antarabangsa Malaysia dan Zimbabwe, arena kita terus digegarkan dengan laporan polis Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan keatas kelakuan pemain dan pihak pengurusan skuad Simpanan Hobin Jang Hobin.

Laporan tersebut nyata membuka kembali mata bahawa Bola Sepak Negara masih belum bebas sepenuhnya dengan gejala mengatur perlawanan.

Walaupun hanya skuad Piala Presiden Negeri Sembilan, ia tidak bermakna skuad senior mereka dan semua pasukan yang bermain dalam kejohanan utama anjuran FAM bebas dari masalah menerima wang untuk menjual perlawanan.

Ditekankan disini, satu badan bebas dari pihak Persatuan Bola Sepak Kebangsaan (FAM) dan pihak berkuasa harus ditubuhkan dengan segera untuk mencari dalang kepada berlakunya gejala yang pernah menjatuhkan mutu bola sepak ke tahap paling bawah.

Sudah banyak dilaporkan dan desas desus dari pihak di luar sana terdapatnya pemain dan pegawai menerima suapan untuk mengubah keputusan perlawanan.

Kita tidak mahu kebangkitan bola sepak di Malaysia hanya bersifat sementara kerana sikap tamak dan mementingkan wang segelintir pihak.

Pengarang yakin, suatu hari nanti andai tidak ada tindakan serius dari semua pihak untuk menangani gejala ini, sukan bola sepak kita bakal kembali seperti zaman kejatuhan seperti dahulu.

Merudum jatuh dan mengambil masa lama untuk kembali naik keatas.

Tepuk dada tanya hati.

Catatan Popular