KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Isnin, 30 Mei 2011

Kelantan ‘hutang budi’ Kedah

Red Warriors hanya menang tipis 1-0 tewaskan Pahang di Kota Bharu

KELANTAN berterima kasih kepada Kedah yang menundukkan Terengganu (1-0), sekali gus membawa The Red Warriors kembali ke persada Liga Super selepas turut menang tipis ke atas Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, kelmarin.

Ketua Jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu berkata, biarpun kemenangan memihak Kelantan, beliau masih belum berpuas hati kerana prestasi permainan yang ditunjukkan anak buahnya tidak mencapai tahap diingininya.

Sekalipun mencipta banyak peluang jaringan, kelemahan pada jentera serangan nyata memberikan kesan hinggakan sukar memecah benteng pelawat yang dibimbing Dollah Salleh.
“Pemain gagal mempamerkan aksi yang saya mahukan dan saya yakin jika rentak sebenar ditunjukkan, kami mampu menjaringkan lebih daripada satu gol,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV itu.

Kelantan memperoleh gol tunggal menerusi kapten, Mohd Badri Radzi pada minit kelapan tetapi jaringan awal itu gagal menyuntik semangat rakan sepasukan untuk menambah jaringan termasuk sepakan penalti Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-24 yang ditepis penjaga gol Pahang, Mohd Rosfaizol.

Karathu berkata, dia sekadar lega sebaik permainan berakhir dan akur masih wujud kelemahan dalam pasukan itu yang harus diperbaiki segera untuk mengutip mata maksimum pada baki tiga perlawanan liga.

“Kami bernasib baik kerana mendapat gol pada awal permainan dan saya lega lawan gagal mencari gol penyamaan tetapi jika tidak memperbaiki kelemahan yang masih ada, Kelantan mungkin kehilangan mata selepas ini.”

Ahad, 29 Mei 2011

Baki Saingan Liga Super 2011(Kelantan)




LIGA SUPER 2011
===========
Pusingan Kedua 08:45 Harimau Muda A-2: 2- Kelantan
Pusingan Kedua 08:45 Kelantan -1 : 2- T.Team
Pusingan Kedua 08:45 Felda United 1- : 3- Kelantan
Pusingan Kedua 08:45 Kelantan - 1: 0- Pahang
Pusingan Kedua 08:45 Terengganu - : - Kelantan
Pusingan Kedua 08:45 Sabah - : - Kelantan
Pusingan Kedua 08:45 Kelantan - : - Perak
PIALA FA
MALAYSIA 2011

Final Piala FA 2011


KELANTAN vs TERENGGANU
Pada 11 Jun 2011
di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Pakat penuhkan stadium deh....biar merah memenuhi kapasiti stadium Nasional....Ingat, kita anok kelate mesti boleh!! Gomo kelate gomo!!

6 Jun : Penentu Kelantan Atau Terengganu Sebagai Juara LSM 2011

PERSAINGAN TIGA PENJURU SEMAKIN RANCAK
TERENGGANU-KELANTAN-SELANGOR

Saingan tiga penjuru dalam kancah Liga Super musim 2011 kembali sengit apabila Kelantan dan Selangor berjaya mengumpul tiga mata di halaman sendiri pada aksi semalam untuk memberi cabaran kepada Terengganu.

Terengganu dilihat antara pasukan pilihan menjuarai
Liga Super musim ini selain Kelantan dan Selangor.

Terengganu yang sebelum ini gah dengan kemenangan 5-0 keatas Pahang terpaksa menelan kepahitan apabila mereka dikejutkan oleh Kedah dengan kekalahan 0-1 hasil jaringan pemain pelawat, Baddrol Bakhtiar pada minit ke42 perlawanan. Lebih malang lagi, Terengganu dipaksa turun ke tangga kedua Liga Super setelah Kelantan kembali mencatatkan kemenangan pada perlawanan mereka di Kota Bharu. Ternyata kemenangan 1-0 sudah memadai buat anak didik Datuk M.Karathu untuk terus memimpin Liga Super.

Ini sekaligus menyaksikan pertabalan Juara Liga Super 2011 masih terbuka dan pastinya tanggal 6 Jun bakal menjadi penentu selaku Juara Liga 'bayangan' buat Terengganu dan Kelantan yang masih berbaki 2 perlawanan selepas itu. Namun begitu, kelebihan dilihat milik Terengganu memandangkan mereka bakal menemui T-Team pada perlawanan selepas itu. Sebagai pasukan abang, Terengganu pastinya bakal diberi jalan mudah oleh T-Team untuk mengumpul tiga mata berharga sekaligus mencerahkan peluang pasukan itu menjulang kejuaraan Liga Super 2011.

Kelantan perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada
jika The Red Warriors ingin berhajat untuk menjulang Piala Liga Super
musim ini ke Kota Bharu.

Bagi Kelantan, ranjau yang berliku bakal dihadapi memandangkan mereka bakal berdepan Perak(di Kota Bharu) dan Sabah(di Likas) pada perlawanan terakhir mereka. Kelantan mengakui bahawa mereka perlu menang dalam aksi 6 Jun ini seterusnya memberikan sedikit gimik untuk pentas Final Piala FA pada 11 Jun nanti. Walau bagaimanapun, dengan tertewasnya Terengganu di tangan Kedah sebenarnya memberi dorongan kepada Kelantan untuk mencontohi tahap disiplin pemain Kedah sewaktu berdepan dengan Sang Penyu di Kuala Terengganu nanti.

Jika Kelantan dan Terengganu tersilap langkah,
Selangor pasti akan merampas status Juara Liga
musim ini.

Selain Terengganu dan Kelantan yang dilihat ghairah berebut-rebut kedudukan selaku pendahulu Liga Super, Juara bertahan, Selangor juga kini semakin menghambat kedudukan dua gergasi pantai timur itu. Kemenangan 2-0 keatas Negeri Sembilan malam tadi menyaksikan anak didik K.Devan masih mempunyai harapan cerah untuk mencabar kejuaraan musim ini dengan mereka hanya dibezakan dua mata dengan Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, jika Kelantan dan Terengganu leka dalam perlawanan terakhir mereka, tidak mustahil Selangor akan menjadi 'duri dalam daging' dan sekaligus memutih matakan dua pasukan gergasi pantai timur itu. Ini kerana Selangor hanya bakal berdepan dengan lawan mudah pada aksi terakhir mereka iaitu Felda United, Perlis dan Perak.

SEMOGA KELANTAN MENJADI JUARA LIGA SUPER MUSIM INI...WE'RE RED...WE'RE WARRIORS!

Liga Super makin hangat

Aksi Liga Super 2011 semakin hangat apabila tiga pasukan iaitu Kelantan,Terrengganu dan Selangor bersaing rapat untuk merebut kejuaraan.

Kelantan yang baru merampas takhta liga dari Terengganu ekoran kemenangan tipis 1-0 keatas Pahang semalam menghadapi tugas getir apabila dijadualkan bertemu Terengganu.Pertembungan ini boleh diibaratkan pertembungan paling menarik kerana pemenang bakal menjuarai Liga.

Selangor juga masih berpeluang untuk mempertahankan kejuaraan yang mereka menangi tahun lepas andai keputusan Kelantan dan Terengganu berkesudahan dengan seri.

Menariknya ketiga-tiga pasukan akan berkongsi mata tetapi dipisahkan oleh jumlah jaringan.Tidak mustahil jika kejuaraan liga super nanti bakal ditentukan oleh perbezaan jumlah jaringan.

Jika Kelantan berhasrat untuk menjuarai Liga Super,baki tiga perlawanan lagi perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pemain-pemain.Perlawanan dengan Terengganu dilihat paling sukar bagi kelantan kerana rekod perlawanan Kelantan di Kuala Terengganu tidak memihak Kelantan.

Pemain-pemain telah berjaya 'melunaskan' dendam ekoran kekalahan kepada pasukan Pahang dalam pusingan pertama liga super lalu.Kini tinggal tiga lagi pasukan yang belum pernah Kelantan kalahkan dalam saingan liga super musim ini iaitu Terengganu,Perak dan Sabah.

Persembahan pemain-pemain dilihat sudah menunjukkan peningkatan semalam walaupun NorShahrul gagal menjaringkan gol untuk Kelantan.NorShahrul dilihat sudah 'hilang taringnya' tetapi harus diingat kehadiran beliau senang sentiasa mengucar-kacirkan pertahanan lawan.

Paling menarik,K.Soley sudah 'hampir' menemui semula sentuhan berbisa beliau kerana kelemahan ketara Kelantan ialah dibahagian sayap kanan yang sebelum ini milik NorFarhan yang meninggalkan Kelantan untuk mewakili T.Team.

Kekuatan Kelantan dilihat akan seimbang kerana dibahagian kiri Kelantan sudah ada penyerang licik iaitu Nurul Azwan Roya.Jika kedua-dua bahagian tersebut boleh berfungsi dengan baik sudah pasti peluang penyerang-penyerang untuk menjaringkan gol adalah lebih mudah.

Paling penting adalah strategi dari jurulatih,semangat berpasukan serta komitmen penuh dari pemain-pemain.Tanpa ini semua,impian untuk bergelar juara tidak akan tercapai.

Terkini Liga Super 2011 : Kelantan vs Pahang

Yahooooo...Teganu Kaloh 1-0 kepada Kedah...

Full Time :


Kelantan 1 - 0 Pahang

Kelantan sedang mendahului Pahang hasil jaringan Badri Radzi.NorSahrul pula gagal menyempurnakan sepakan penalti apabila mudah diselamatkan oleh penjaga gol Pahang.Di Kuala Terengganu,Kedah sedang mendahului Terengganu 1-0 hasil jaringan Baddrol Bakhtiar.

Kemenangan Kelantan malam ini membolehkan Kelantan menerajui Takhta liga yang dirampas Terengganu sebelum ini.Apa yang menariknya 'penentuan' peneraju liga untuk perlawanan ke-24 adalah diantara Kelantan dan Terengganu pada 6 jun ini iaitu pada hari isnin.Kelantan akan berkunjung ke Kuala Terengganu bagi memastikan siapa jaguh Pantai Timur yang paling hebat musim ini.Sama-sama kita doakan kejayaan Kelantan nanti.

Keputusan-keputusan lain:-


Perak 2 -0 T.Team
Terengganu 0 - 1 Kedah
H.Muda A 2 - 0 Sabah
K.L 1 - 2 Johor FC
Perlis 0 - 1 Felda Utd
Selangor 2 -0 N.Sembilan

Sabtu, 28 Mei 2011


The Red Warriors Tetap Hormat Penampilan Pahang


KELANTAN yang akan melayan kunjungan Pahang, malam ini tetap menghormati lawan walaupun pasukan bawah bimbingan Dollah Salleh itu dibelasah Terengganu, 5-0, pada perlawanan Rabu lalu.

Barisan The Red Warriors itu perlu menang di stadium keramatnya, Sultan Muhammad Ke-IV bagi memulihkan kembali maruah tercalar di hadapan penonton sendiri selepas diaibkan T-Team, yang menang tipis, 2-1.

Rekod menunjukkan Kelantan tewas 0-2 kepada Pahang pada pusingan pertama Liga Super di gelanggang lawan dan malam ini tiada lagi istilah kalah dalam kamus Kelantan bagi memastikan tidak terus tergelincir sekali gus meranapkan harapan menguasai takhta liga.

Pemain muda Kelantan, Izuan Salahuddin, yang kini sudah mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Datuk M Karathu, yakin Kelantan mampu mencipta kemenangan selepas mendapat suntikan baru akibat tewas, Rabu lalu.

“Saya akui masih lagi baru dalam pasukan Kelantan, namun tuah tidak akan datang bergolek begitu saja dan akan terus berusaha membaiki kelemahan diri dengan memberi kemenangan kepada Kelantan, esok (malam ini).

“Misi malam ini sudah tentu mengutip tiga mata untuk terus berada dalam kelompok teratas dan saya akan buktikan Kelantan tetap pasukan harus disegani,” kata pemain skuad Piala Presiden Kelantan itu.

Dia turut mengharapkan rakan sepasukan lebih berpengalaman seperti Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mampu memberi semangat kepada pemain lain dengan menjaringkan gol pertama Kelantan.


Jumaat, 27 Mei 2011

The Red Warriors Akan Menyerap Pemain Bintang Musim 2012


Mouhamadou Moustapha merupakan antara pemain import
yang banyak memberi impak pada pasukan Kelantan
pada saingan Liga Premier musim 2008.

Setelah mengharungi hampir separuh saingan Liga Malaysia musim ini dengan tanpa kelibat pemain bintang, Kelantan tidak keberatan untuk menyerapkan beberapa muka baru pada musim 2012 dengan pemain-pemain bertaraf bintang. Yang pasti, pemain bintang tersebut bukanlah pemain yang pernah mewakili Kelantan dan tidak mustahil jika KAFA membuat keputusan untuk mengambil khidmat pemain import dari negara Sepanyol dan Argentina.

Ini berikutan terdapat pemain kelahiran Sepanyol yang bercita-cita untuk beraksi bersama Kelantan FA dan individu tersebut telah menghantar luahannya itu kepada Kelantan FA. Kini pihak pengurusan KAFA hanya perlu mempertimbangkan agar pemain import yang bakal menyarung jersi keramat kijang emas itu adalah pemain yang benar-benar berkualiti dan profesional.

Tonggak musim ini kini sedang dalam proses menyambung kontrak dengan Kelantan dan pastinya akan mengekalkan beberapa pemain musim ini untuk mengharungi saingan Liga Malaysia 2012 nanti.

Mohd Safiq Rahim juga turut dikhabarkan bakal
menyarung jersi Kelantan musim depan.

Sebelum ini, Kelantan pernah membawa masuk tiga pemain bintang ke Kelantan iaitu Akmal Rizal, Hairuddin Omar dan Indra Putra Mahyuddin. Namun begitu, impak mereka kepada pasukan Kelantan tidak kekal lama apabila masing-masing membuat keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain atas sebab tertentu.
Indra Putra antara pemain bintang yang pernah
membantu Kelantan musim 2009-2010.

Penulis sempat mendapat kepastian tentang masa depan pasukan Kelantan melalui Facebook Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa sendiri.

Berikut adalah pernyataan beliau :

"Doakan The Red Warriors makin tahun makin mantap..Kita perkasakan pasukan kita dengan cara kita Dan sesuai dengan keterbatasan KAFA.. KITA BOLEH.. Syukur semua pemain utama kita sudah menyambung kontrak hingga musim depan..Kita punya asas yang kukuh untuk musim 2012 yang hebat..InsyaAllah kita akan mendapatkan khidmat 5 atau 6 pemain bintang yang akan menjadikan The Red Warriors SECOND TO NONE!! Now we have no stars but we have warriors.. Next year, we will have STAR WARRIORS."

Diharap pemain yang sedia ada yang pemain yang akan diserapkan bersama Kelantan akan terus memperkasakan bolasepak di Kelantan tanpa terlibat dengan sebarang gejala negatif seperti Rasuah dan pengambilan bahan terlarang.

Sekilas Dari THEREDWARRIORS.COM

KELANTAN JUARA BERGANDA ?
Impian Kelantan dinobatkan juara berganda masih lagi cerah dan berpijak pada bumi b_250_200_16777215_0_http___a5.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_217758_1808428063414_1621347098_1733563_6616942_n.jpgyang nyata sekiranya semua pendokong dan penyokong The Red Warriors kembali perkukuhkan semangat dan tekad mereka melihat sebuah pasukan kembali gah beraksi. Kekalahan keempat Kelantan tidak akan melunturkan semangat pemain The Red Warriors untuk menampilkan aksi yang lebih bertenaga dalam empat baki perlawanan yang masih ada.
Peminat The Red Warriors harus bersatu menepis segala hujahan dan kritikan yang boleh melemahkan moral para pemain seperti mengaitkan pemain dengan rasuah, kejuaraan sedang diatur dan sebagainya. Kembalikan semangat sang juara dalam jiwa nurani semua peminat The Red Warriors , pantang The Red Warriors mengaku kalah sebelum tiupan wisel terakhir perlawanan ke 26 mahupun final Piala FA. Kekalahan memang perit untuk diterima tetapi ianya umpama penawar sebelum segala penyakit merebak.
b_250_200_16777215_0_http___sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc4_hs1357.snc4_162910_1676142156349_1621347098_1522031_1787384_n.jpgYakinlah Kelantan akan kembali mencipta kejutan. Dengan keyakinan dan doa semua peminat The Red Warriors tidak mustahil sejarah baru akan tercipta lagi dalam sejarah bolasepak Kelantan. Jika pada awal musim lalu fokus utama Tan Sri Annuar Musa meletakkan pasukan dalam kelompok empat pasukan teratas liga dan layak ke separuh akhir Piala FA di terima dengan tenang oleh seluruh penyokong memandangkan persiapan Kelantan terganggu kerana perpindahan mengejut pemain tetapi kini semua impian dan harapan sudah melepasi jangkaan awal.
Kini Kelantan sedang merebut dua kejuaraan serentak pada bulan jun ini, peluang masih terbuka dan tidak perlu ada yang sinis dengan keupayaan pemain Kelantan kerana kekalahan rabu lalu. Penyokong Kelantan harus berbangga bolasepak Malaysia masih bernafas kencang kerana adanya penyokong dan pemain hebat seperti Kelantan tanpa Kelantan malapnya bolasepak Malaysia.

Tidak dapat di gambarkan sebuah pasukan juara seperti Selangor yang kini masih lagi menghuni tangga ketiga liga dan masih ada harapan merebutb_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_225815_226653880682697_100000142617610_1098954_3008370_n.jpg kejuaraan sudah di pandang sepi penyokong pasukan sendiri dengan kehadiran tidak mencecah 300 orang pada perlawanan menentang Harimau Muda A rabu lalu. Adakah ini yang perlu dijadikan contoh kepada seluruh penyokong The Red Warriors? sokong ketika menang atau ketika perlawanan besar sahaja atau melibatkan Kelantan sahaja.
Sokongan yang utuh dan kesetiaan semua penyokong Kelantan ketika menang, seri mahupun kalah amat dihargai serta sangat diperlukan. Ayuh bangkitlah skuad The Red Warriors dari kekecewaan, lupakan kekalahan tekadkan kembali kemenangan untuk perlawanan akan datang. Gelora banjir baju merah kini sudah bermula, ayuh kita gegarkan stadium kita, stadium Likas Sabah dan stadium Bukit Jalil dengan deruan suara GOMO KELATE GOMO.........AYUH SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS BANGKIT....... PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM BERTEMPUR.........DOA DAN SOLAT YANG MERUPAKAN SENJATA UTAMA KITA JANGAN DILUPA.......

Catatan Popular