KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Sabtu, 24 Julai 2010

PENGUMUMAN PENTING: JOHOR FC VS KELANTAN


Berita Baik kepada semua penyokong The Red Warriors yang telah merancang untuk berkonvoi ke Johor Bahru 31 Julai 2010 (Sabtu) bagi perlawanan Johor FC VS Kelantan, jadual perlawanan yang diubah oleh FAM ke 30 Julai 2010 (Jumaat) telah diubahkan kembali ke jadual asal 31 Julai 2010.

Stadium Kosong dan Syok Sendiri!!


"Angkat Bakul Sendiri" itulah yang dapat digambarkan apabila membaca akhbar-akhbar tempatan. Meneliti isu-isu perebutan jawatan FAM ini tidak peliklah kalau sekiranya ditafsirkan pemimpin yang ada sekarang terdiri daripada kalangan mereka yang syok sendiri. Jikalau pasaraya atau restoren akan risau apabila kurang pengunjungnya tetapi bagi FAM kekurangan pengunjung atau penyokong bukan satu masalah besar baginya yang penting mereka terus berkuasa.

Pemimpin yang dengan riak menyatakan kejayaannya di peringkat negeri atau kelab mungkin tidak sedar pasukannya hanya bermain bertemankan kerusi-kerusi kosong sahaja berbanding pasukan Kelantan yang ditemani segerombolan penyokong yang pantang melihat kerusi kosong. Apa guna mengisytiharkan kejayaan kita sedangkan kita sendiri tidak mampu mengajak penyokong ke stadium? Apakah kejayaan ini hanya boleh dinilai pada sebuah stadium yang cantik, pasukan yang kuat, pengurusan yang mantap tetapi lemah apabila melibatkan penyokong? Tidak pentingkah penyokong pada pemimpin ini? Memang mereka mampu mengurus tanpa bantuan penyokong tetapi apa guna bola sepak sekiranya tanpa penyokong.

Elemen bola sepak sudah sebati dengan elemen sokongan penyokong, sekiranya skuad kebangsaan terus dicemuh malah dipandang rendah oleh masyarakat negaranya sendiri, adakah ini menggambarkan kejayaan sebuah barisan pimpinan FAM? Populariti sesebuah pasukan amat penting bagi meningkatkan moral dan semangat para pemain agar mengetahui setiap kudrat dan tenaga mereka di padang dihargai oleh para penyokong. Melihat situasi perlawanan di Malaysia, pasukan bola sepak yang tidak mempunyai penyokong akan tunduk malu dan lemah apabila melintas masuk ke bilik persalinan manakala pasukan yang ramai penyokong dengan gah bertepuk sama dengan penyokong sambil melangkah masuk ke bilik persalinan. Di kelantan pemain dikeremuni ramai penyokong yang berebut untuk bergambar bersama pemain tetapi ianya tidak berlaku di negeri lain.

Kejayaan tidak lengkap tanpa memasukkan pakej penyokong yang ramai ke stadium. Mungkin ramai bersyukur kekurangan penyokong telah menyelamatkan stadium di sebuah negeri dahulu dari runtuh awal. Populariti pasukan bola sepak Kelantan bukan hanya popular dikalangan masyarakat Kelantan sahaja malah disokong oleh peminat bola sepak negeri lain dan negara lain. Krew kami menerima sebuah klip video yang dihantar oleh seorang penyokong Kelantan untuk dikongsi bersama dengan seluruh peminat Kelantan mengenai kekaguman 2 warga asing daripada USA yang menyaksikan bola sepak di Kuala Lumpur baru-baru ini. Warga asing ini kagum melihat sokongan dan kemeriahan yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan seolah-olah penyokong Kelantan ini berada di negeri sendiri sedangkan ianya pasukan pelawat.

Malahan ada satu pengalaman yang dikongsi wakil kelab penyokong The Red Warriors KLIA iaitu saudara Nazim yang pernah menyapa seorang warga asing yang masuk ke balai berlepas KLIA dengan memakai jersi The Red Warriors, dia sempat bertanya warga asing itu beli dimana dan berapa harga yang dibelinya, dengan nada selamba warga asing itu menjawab dia membelinya di Wakaf Che Yeh Kota Bharu dengan harga RM70. Peristiwa ini membuatkan saudara Nazim tersenyum bangga dengan kejayaan pasukan kesayangannya. Begitu juga dengan stastistik dan email yang direkodkan terdapat pengunjung asing yang berminat menyaksikan perkembangan semasa web dan media rasmi THEREDWARRIORS.COM.

Kejayaan seperti ini yang perlu dicipta bukan berterusan syok sendiri dengan sekelumit kejayaan dan segunung kegagalan. Berapa banyak hasil jualan jersi Harimau Muda untuk dibangga bagi memastikan ianya diminati ramai dan menilai kejayaan? Tidak pelik jika lebih ramai rakyat Malaysia lebih sanggup memakai jersi negara lain seperti Sepanyol, Brazil, Belanda, Nigeria dan sebagainya daripada memakai jersi Harimau Muda. Mereka bukan tidak sayang atau hilang semangat patriotik pada Malaysia tetapi kecewa dan cemuh melihat karenah kepimpinan FAM yang sentiasa berdolak-dalih dalam membina sebuah kejayaan. Malah ada yang berpendapat Wisma FAM sesuai dijadikan Arkib Bola Sepak Negara kerana saban tahun rakyat Malaysia hanya disajikan kejayaan bola sepak zaman lampau berbanding kejayaan zaman sekarang. Malah ada yang sudah muak dengan sikap-sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin FAM dalam mendepani kritikan peminat.

Bola sepak Malaysia sekarang perlu berada ditangan mereka yang boleh meningkatkan kembali imej bola sepak negara di mata rakyatnya sendiri bukan berada ditangan yang hanya mementingkan kelompok pimpinan yang angguk-angguk, geling-geling sahaja. Sekali lagi diingatkan bola sepak Malaysia hak milik seluruh rakyat Malaysia bukan hak milik segelintir pemimpin sahaja. Hanya rombakan drastik dan dipimpin oleh barisan yang ikhlas serta cintakan bola sepak sahaja yang mampu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.

YA ALLAH KEMBALIKANLAH KEGEMILANGAN DAN KECERIAAN BOLA SEPAK NEGARA KAMI.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Khamis, 22 Julai 2010

mat salleh minat kelantan

Perlawanan Persahabatan Sempena Karnival

emel

Pemain dan pegawai Prachinburi Fc saat
menjulang Kejuaraan Liga Divisen Dua Thailand 2008.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Prachinburi Fc merupakan sebuah kelab semi profesional yang bermain dalam Liga Divisen Satu Thailand. Kelab ini pengerusikan oleh Boonkuar Parkpeansil dari 2005 sehingga kini.

Prachinburi Fc ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2005. Berpengkalan di Prachinburi, Thailand, mereka menggunakan central Sport Stadium sebagai gelanggang tuan rumah.

Tahun 2007, Prachinburi Fc menyertai saingan divisen dua Liga Thailand dan berhasil menduduki tempat ketiga selepas mengharungi 22 perlawanan.

Setahun kemudian, anak didik Praparn Narkphong memulakan saingan liga dengan cemerlang seterusnya menjuarai saingan divisen sebelum dinaikkan pangkat ke bahagian satu, liga kejohanan kedua terbesar Thailand.

Era 2009, Prachinburi Fc yang baru kali pertama menyertai liga bahagian satu menampilkan aksi memberangsangkan seterusnya mencatatkan kedudukan kelima dari enam belas pasukan yang bertanding.

Kesebelasan Utama Prachinburi Fc

Pada tahun 2010, pencapaian mereka sedikit merosot apabila berada di kedudukan kesebelas setelah hanya mampu mencatatkan lima kemenangan, lapan kekalahan dan tiga seri.

Walaupun begitu, keupayaan Prachinburi Fc tidak boleh dipertikaikan kerana mereka berupaya mengancam mana-mana pasukan yang memandang rendah pasukan ini.

Skuad bergelar The Hornbills diperkuatkan dengan tiga pemain import serta seorang pemain yang pernah beraksi bersama skuad Kebangsaan Thailand. Tiga pemain import yang memperkuatkan Prahinburi Fc ialah Han Seok-Hoon berasal dari Korea Selatan, Eric Koukem dari Cameroon dan Patrick N'Gbocho dari Ivory Coast.

Han Seok Hoon dan Erick Koukem bermain di bahagian tengah ditugaskan untuk mengatur gerakan kepada penyerang tempatan mengempur kubu pasukan lawan dalam saingan liga. Satu percaturan yang disifatkan untuk membantu anak kelahiran kawasan mereka lebih tajam didepan pintu gol oleh peminat dalam laman forum Prachinburi.

Rujukan:
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Tarikan Aktiviti Sepanjang 5 Hari Karnival


Antara Aktiviti yang disediakan kepada pengunjung:

  1. Peraduan Mewarna TRW
  2. Pertandingan Gambar seiras ibu dan anak
  3. Pertandingan gubahan TRW
  4. Pencarian "Badang TRW"
  5. Malam puisi pejuang (Warriors)
  6. Pertandingan masakan resipi Kelantan
  7. Pertunjukan bakat kanak-kanak TRW
  8. Pertandingan dikir barat TRW antara sekolah
  9. Persembahan hiburan keluarga oleh artis jemputan
  10. Perlancaran produk-produk baru jenama Warriors
  11. Jualan hebat akhir karnival/pra ramadhan
  12. kemunculan mascot TRW, A&W dan badut karnival
  13. Promosi mari makan buah-buahan bersama FAMA - "Bayar RM 1 Gomogi sampai jelira"
  14. Lelongan bola dan baju bertandatangan pemain TRW
  15. Mesra bersama pemain TRW @ gerai KAFA/gerai foto
  16. Cabutan pengunjung bertuah TRW anjuran Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih
  17. Pelbagai permainan berasaskan bola
  18. Persembahan dikir barat TRW bersama Pendikir Ternama Kelantan
  19. Pencarian Red Warrior dan Red Princess - Orang merah Karnival
  20. Menonton pemain-pemain TRW berlatih@ stadium
  21. Perlawanan bola sepak lagenda Kelantan vs lagenda Selangor
  22. Mesra bersama artis jemputan
  23. Surau @ karnival disediakan - azan mengingatkan waktu solat sepanjang karnival berlangsung
  24. promosi/"product sampling" dari syarikat ternama

KARNIVAL THE RED WARRIORS 2010

CADANGAN ATURCARA PROGRAM *

TARIKH / MASA

PENGISIAN AKTIVITI

CATATAN

Khamis (22 Julai 2010)
Tengahari
  • Punggahan masuk barang ke booth masing-masing

Jumaat (23 Julai 2010)
8.30 – 12.00 pagi
  • Peraduan Mewarna dengan tajaan Mc Donalds, Syarikat Muda Osman dan Blackmoores
  • Pertandingan Gambar Seiras Ibu dan Anak dengan tajaan RHB Bank, Nestle & Sha’s House Beauty
  • Promosi Mari Makan Buah @ Karnival anjuran FAMA – ’Bayar RM1 Gomogi Sampai Jelira’

12.30 – 2.30
  • Sembahyang Jumaat

5.00 – 7.00 petang
  • Perasmian Karnival The Red Warriors 2010 oleh YB Exco Modal Insan, Belia Sukan dan NGO Kerajaan Negeri Kelantan
  • Pencarian “Badang” Kelantan bersama Sinar Harian dan Era Bayam Kota Sdn Bhd & Power Root Marketing

9.00 – 12.00 malam
  • Malam Puisi Pejuang (Warrior) @ Karnival dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka, Permata Hijrah Sdn Bhd, Yayasan Harmoni dan TRW Station @ KTC
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

Sabtu (24 Julai 2010)
8.30 pagi – 2.00 petang
  • Pertandingan Masakan Resipi Kelantan @ Karnival anjuran Vantage Kota Bharu dengan kerjasama Majalah RASA dan Jabatan Kemajuan Masyarakat
  • Pertandingan Gubahan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia, Syarikat Giffarine dan Suthart Enterprise
  • Pertunjukan Bakat Kanak-Kanak dengan tajaan Syarikat Nordin Batik dan Marrybrown
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

2.30 – 6.30 petang
  • Pertandingan Dikir Barat antara sekolah anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dengan kerjasama Sinar Harian dan Syarikat Mamee-Double Decker (M) Bhd

- (Tema : The Red Warriors)

  • Lelongan Bola, Baju bertandatangan Pemain TRW

8.30 – 11.00 malam
  • Perlawanan Bolasepak Liga Super Pasukan Kelantan lwn KL Plus di dalam Stadium Sultan Mohammad ke IV

Ahad (25 Julai 2010)
10.30 pagi – 1.30 tgh.
  • Mesra Bersama Pemain Pasukan TRW @ Booth KAFA / Photo Booth

1.00– 2.00 petang
  • Cabutan Bertuah bersama Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih

3.00 – 7.00 petang
  • Permainan Berasaskan Bola dengan diuruskan oleh Kelab Penyokong TRW, kelate.net, JBS & MSN
  • Jualan Barangan Perlu dengan kerjasama PPDNKK Bersempena Sambutan Ramadhan (Jualan gula, tepong gandum, minyak masak)

4.30 – 7.00 petang
  • Pemain Pasukan TRW berlatih di dalam Stadium dan kemudian berada di Booth KAFA / Photo Booth

9.00 – 12.00 malam
  • Persembahan Dikit Barat bersama Pendikir-pendikir ternama di Kelantan
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

Isnin (26 Julai 2010)
8.30 – 10.30 pagi
  • Pemain berlatih di dalam Stadium Sultan Mohammad ke IV

1.00– 2.00 petang
  • Cabutan Bertuah bersama Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih

1.30 petang
  • Majlis melepaskan pemain-pemain TRW yang akan menentang pasukan Kuala Lumpur

3.00 – 7.00 petang
  • Permainan Berasaskan Bola dengan diuruskan oleh Kelab Penyokong TRW, Kelantan.net, JBS & MSN
  • Jualan Barangan Perlu dengan kerjasama PPDNKK Bersempena Sambutan Ramadhan (Jualan gula, tepong gandum, minyak masak)
  • Mesra bersama Pemain Lagenda Kelantan dan Selangor
  • Promosi Produk Keluaran “Nestle” & Power Root

9.00 – 11.00 malam
  • Perlawanan Bolasepak Lagenda Kelantan vs Lagenda Selangor dengan kerjasama Sinar Harian, Kelab Penyokong TRW, Sani United, KTC dan Warriors (KAFA Official Merchandise) di Stadium Sultan Mohammad ke IV
  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

Selasa (27 Julai 2010)
8.30 – 12.00 tengahari
  • Permainan Berasaskan Bola dengan kerjasama Kelab Penyokong TRW, kelate.net, JBS & MSN

12 .00– 2.00 petang
  • Cabutan Bertuah bersama Sinar Harian dan penaja-penaja terpilih

4.00 – 6.00

Petang

  • Sound Check
  • Mesra Bersama Artis Jemputan

  • Promosi Produk Keluaran “Nestle” dan Power Root

9.00 – 12.00 malam
  • Persembahan Keluarga oleh artis jemputan di Tapak Karnival

  • Pencarian Red Warrior dan Red Princess – “Orang Merah Karnival”

  • Jualan Hebat Akhir Karnival


* Tertakluk kepada pindaan berdasarkan kesesuaian masa dan perbincangan lanjut dengan penganjur dan penaja.

Daya Penarik Lain

  • Kemunculan Mascot TRW, A&W, Mc Donalds dan Badut Karnival di tapak Karnival.
  • Aktiviti Menunggang Kuda untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Pencarian ’Red Warrior’ dan ’Red princess’ – orang merah sepanjang Karnival yang akan diberi hadiah misteri
  • Gerai-gerai kecil seperti penjual belon, penjual ais krim, penjual kacang, penjual gula-gula akan diperbanyakkan.
  • Promosi Mari Makan Buah-Buahan anjuran FAMA – ”Bayar RM 1 – Gomogi Sampai Jelira”
  • Wakil ’Malaysia Book of Records’ akan dijemput – Persatuan BolaSepak Pertama menganjurkan Karnival / Merchandise Barangan.
  • YB Menteri Belia dan Sukan dijemput untuk Majlis Khas.
  • Pelancaran produk-produk baru TRW : Air, kerepek dan sebagainya.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Rabu, 21 Julai 2010

Annuar garis tiga agenda



Presiden KAFA minta FAM bangkit cari sumber baiki diri


TAN Sri Annuar Musa - salah seorang calon merebut jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), menggariskan tiga agenda utama andai beliau terpilih pada kongres ke-47 pada 31 Julai ini.
Beliau yang juga presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata tiga agenda utama yang perlu diperkemaskan FAM ialah menyusun semula program pembangunan skuad kebangsaan, penelitian terhadap penganjuran bola sepak tempatan dan paling penting membina keyakinan di kalangan penaja untuk terbabit dalam Liga Malaysia.
Click Here
“Terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diperbaiki secepat mungkin dalam FAM, terutama perkara membabitkan tiga agenda tersebut,” katanya, semalam.

Annuar berkata sebenarnya bukan menjadi hasrat utama beliau bersaing atau mencabar mana-mana calon dengan mengutarakan idea tersebut sebaliknya percaya setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri yang mampu disumbangkan kepada FAM.

“Kalau FAM lemah kita juga akan turut terjejas secara langsung... kalau FAM tidak punyai hubungan baik dengan badan gabungan, tiada perancangan baik, tiada dana dan sebagainya ia akan memberi kesan negatif kepada kita juga akhirnya.

“Kita tidak boleh hanya duduk sahaja sebaliknya perlu bersedia tawarkan diri bagi membantu FAM,” katanya.
Annuar adalah salah seorang daripada enam calon tersenarai bertanding merebut jawatan timbalan presiden bagi penggal 2010-2015.

Lima calon lain adalah Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Seri Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Datuk Che Mat Jusoh, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad. - Bernama

Annuar Musa Sah Bertanding


Annuar Musa (kanan) menyampaikan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM sewaktu sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Buku 'The Red Warriors Menuju Puncak' sambil diperhatikan oleh Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail.

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa semalam secara rasmi mengesahkan akan bertanding dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sempena Kongres FAM yang akan berlangsung pada 31 Julai ini.

Beliau berkata demikian didalam sidang akhbar sejurus majlis pelancaran “Majalah The Red Warriors Menuju Puncak” dilakukan disalah sebuah hotel di ibu negara semalam.

Annuar berkata, keputusan itu dibuat setelah salah seorang Timbalan Presiden FAM sekarang. Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak akan mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan pucuk tertinggi akan datang.

“Sebelum bertanding, saya terlebih dahulu bertanya kepada Khairy Jamaluddin (Abu Bakar), adakah beliau masih lagi akan mempertahankan jawatan tersebut atau tidak. Sekiranya beliau bertanding, maka saya tidak akan bertanding jawatan tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar petang semalam.

“Jadi saya hanya menawarkan diri untuk bertanding memandangkan terdapat kekosongan jawatan tersebut. Tidak lebih daripada itu.

Ditanya mengenai sumbangannya sekiranya beliau terpilih dalam jawatan tersebut, Annuar berkata, perkara itu terlalu awal untuk dibincangkan.

“Saya cuma mahu membantu Tuanku Presiden FAM, bersesuaian dengan jawatan tersebut. Mungkin sedikit sebanyak pengalaman yang ada pada saya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan suatu ketika dahulu, dan juga sebagai presiden persatuan bola sepak negeri boleh membantu membangunkan FAM.

“Saya melihat calon-calon lain yang bertanding juga mempunyai sumbangan dan pengalaman yang banyak , jadi biarlah adalah pilihan yang banyak (pada pemilihan kali ini).

“Pemilihan dibuat dalam semangat kekeluargaan didalam FAM dan saya cuba hendak membantu FAM, menyambung apa dilakukan sebelum ini, dan saya hendak mencuba,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, semalam turut mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangkannya sejak tiga tahun lalu atas faktor memberi tumpuan penuh kepada bidang politik.

“Saya buat keputusan untuk tidak dicalonkan jawatan Timbalan Presiden dan sekaligus tidak tidak mempertahankan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja politik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.

“Waktu dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM dahulu, saya tidak memegang sebarang jawatan politik, jadi saya mempunyai masa (tumpuan kepada bola sepak), tapi memandangkan kerja politik hari ini agak berat, saya melihat tugasan membantu Tuan Presiden FAM memerlukan kepada kepimpinan yang boleh meluangkan lebih banyak masa.

“Saya melihat daya kepimpinan Tan Sri Annuar Musa menerajui Kafa dengan berjaya dalam tempoh 24 bulan, dan saya melihat beliau seorang calon yang boleh memimpin FAM amnya dan bola sepak Malaysia keseluruhannya ke tahap lebih baik,” katanya.

Dalam sidang akhbar itu juga, Khairy Jamaluddin turut menyatakan sokongan terbukanya terhadap pencalonan Tan Sri Annuar Musa bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden FAM bagi penggal 2010/2014 nanti.

-Sinar Harian-



Info Terbaru:

- Karnival -

Kelantan akan mengadakan satu perlawanan persahabatan sempena Karnival The Red Warriors - Dijangka 24 Julai 2010.
  • Kelab Thailand (Bukan juara namun mantappppp)
  • Dibarisi empat pemain import termasuk Korea & Ghana
TheRedWarriors.Com dan TheRedsFM mendapat Booth di Khemah utama Karnival. Jangan lupa mengunjungi meja kami untuk sesi Pendaftaran keahlian dan mendapatkan barangan ekslusif TRWC, TRW FM dan TRW TV.

- Liga Super -

Perlawanan Liga Super Kelantan menentang Johor Fc akan diadakan secara langsung di Televisyen
  • Kemungkinan Astro
Majlis The Red Warriors Di Ibu Kota Meriah.

emel

Majlis yang serba ringkas ini dilihat gemilang dengan kehadiran ramai tetamu jemputan dan pemain The Red Warriors yang dihidangkan pelbagai menu hidangan ala bufet. Ketika memulakan bicara majlis, Presiden KAFA meluahkan rasa bangganya dapat menjadikan Kelantan sebagai satu fenomena di Malaysia, sewaktu negeri lain masih terkial-kial mencari formula menarik penonton ke stadium. Iltizam beliau sekiranya terpilih menduduki kerusi no. 2 FAM, beliau yakin akan mencipta sejarah baru bolA sepak Malaysia seperti mana yang dihasilkannya di Kelantan. Beliau percaya hanya semangat dari hati yang ikhlas ingin melihat sebuah kejayaan bolasepak Malaysia yang mampu merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia menjadi kenyataan. Kelesuan bolasepak negara ibarat barah yang mula merebak ke seluruh pelusuk tanahair sehinggakan banyak kelab-kelab bola sepak terpaksa mengambil jalan pintas dengan menarik balik penyertaan kelab mereka. Beliau berharap pemilihan kerusi no 2 FAM berjalan lancar dan seluruh pewakilan melakukan satu tindakan yang bijak tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dengan memilih demi peminat bola sepak tanahair, cukuplah bagi beliau penyokong bola sepak Malaysia diberikan angan-angan kosong.

Semasa ucapan perasmian majlis YB Khairy Jamaludin turut yakin dengan kemampuan Tan Sri Annuar memimpin bolasepak Malaysia malah turut kagum dengan perancangan yang baik KAFA dalam menjadikan bola sepak sebagai satu industri. Beliau akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden FAM dengan rela hati dan sempat berkongsi pengalaman pahit manis beliau bersama FAM. Beliau kagum dengan semangat fanatik dan setia penyokong Kelantan, pencapaian penyokong dan pasukan Kelantan sudah setanding kelab-kelab bolasepak termaju di asia dan dunia."Bola sepak Malaysia masih ada harapan, cuma perlukan pembangunan dari seluruh pelusuk negara di peringkat awal lagi. Mengapa program realiti MY TEAM boleh lakukan dan berhasil mencipta sebuah pasukan mantap, FAM masih lagi dengan isu-isu lapuk yang sering didedahkan media? " antara petikan ucapan beliau yang dirasakan menimbulkan seribu pertanyaan pada seluruh peminat bola sepak tanahair.

TRWC selaku media rasmi yang membuat liputan penuh majlis ini bersyukur ke hadrat Illahi kerana majlis ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Bersama kita mendoakan kejayaan skuad The Red Warriors dan Tan Sri Annuar Musa dalam menjejakkan kaki ke puncak.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Catatan Popular