KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Selasa, 6 Julai 2010

Mampukah Kelantan Meratah Rusa Lagi?

emel

Menjelang pertemuan esok, menggamit kembali peristiwa hitam yang mungkin cuba dilupakan pencinta sejati bolasepak Kelantan dan mungkin masih menjadi dendam bagi mereka suka mencetus provokasi apabila Kelantan dirundum malang bertimpa pada tahun lepas setelah berlaku huru-hara diluar stadium dan digantung beberapa perlawanan daripada bermain di negeri sendiri.

Peristiwa ini bukan sahaja mencacatkan sejarah kegemilangan bolasepak di zaman Tan Sri Annuar Musa malah turut merosakkan kenderaan pacuan 4 roda milik presiden dan timbalan presiden KAFA sendiri. Peristiwa hitam pada 8 April 2009 ini juga menimpa Muhammad Huzaifah Mohd Noor, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat, seorang pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV dan yang menyedihkan matanya gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian, peristiwa ini perlu dijadikan iktibar selamanya bagi setiap pendukung dan pencinta bolasepak Kelantan. Tidak dapat bayangkan kesedihan Muhammad Huzaifah dan keluarganya sekiranya masih ada hati busuk dikalangan penyokong untuk mencetus huru-hara lagi, cukuplah sekadar apa yang berlaku pada dirinya. Apakah ada yang gembira dengan apa yang berlaku ini? tepuk dada tanya diri perlukah perkara seperti terjadi lagi.

Namun jika diperhatikan setelah 20 perlawanan berlalu pada tahun ini, penyokong dan pemain Kelantan berada di situasi emosi dan prestasi yang amat baik. Tiada lagi berlaku provokasi, bunyi mercun dan pergaduhan di dalam dan luar stadium, prestasi sokongan peminat berada di kemuncak sokongan profesional. Perkara ini diakui sendiri oleh media massa dan penyokong bola sepak negeri lain yang jelas menyatakan kekaguman mereka tentang perubahan sikap penyokong Kelantan pada tahun ini malah mereka turut berkongsi kekaguman mereka tentang kepantasan laman web rasmi KAFA ini dalam memaparkan keputusan dan carta liga perlawanan seluruh negeri pada malam perlawanan, malah ada yang turut berterima kasih kerana sekarang mereka dapat mendengar ulasan perlawanan pasukan negeri masing-masing apabila bertemu Kelantan melalui TRW Radio.

Perkembangan KAFA, penyokong dan saluran media rasmi KAFA sememangnya menjadi perhatian pasukan negeri lain dikala suasana suram bola sepak di negeri lain, di Kelantan KAFA berjaya mencipta pelbagai sejarah tersendiri untuk kemeriahan bola sepak Malaysia.

Sekiranya diteliti perlawanan Negeri Sembilan menentang Kelantan di Stadium Paroi pada musim pertama Liga Super 2010, Kelantan berjaya menundukkan Negeri Sembilan 3-1, perlawanan yang dianggap genting bertukar mudah apabila skuad Rusa berjaya dijinakkan Sang Kijang dengan senang. Namun rehat yang panjang mungkin akan memberi kelebihan kepada Negeri Sembilan ketika bertandang ke Kota Bharu esok. Mungkin teknik dan skil daripada kehebatan pasukan piala dunia akan digunakan oleh kedua-dua pasukan. Oleh itu, Kelantan perlu memandang berat tugasan pada malam esok. Pemain Kelantan Ramzul Zahini ketika ditemuramah baru-baru ini menyatakan ramai dikalangan pemain kecewa dengan perubahan jadual perlawanan yang sepatutnya pemain perlu memfokuskan kepada perlawanan Selangor 100% kini terpaksa akur dan bersedia menggalas tugas menentang Negeri Sembilan.

Ketua Jurulatih B. Sathinathan dengan tenang mengatakan semua pemainnya telah bersedia menghadapi mana-mana perlawanan dan tugasan ini juga dianggap berat. Oleh itu beliau menyeru semua pemain jangan ambil mudah baki-baki perlawanan yang ada, hilangkan dulu sementara fokus fikiran pada Selangor dan berikan tumpuan perlawanan malam esok. Ketika ditanya tentang kecederaan, beliau menjelaskan semua pemainnya berada dalam situasi kesihatan yang baik dan tiada yang serius kecuali Che Hishamuddin yang masih direhatkan akibat kecederaan lepas.

Dengan ini Kami menyeru semua peminat dan penyokong Kelantan untuk turun beramai-ramai ke stadium pada malam esok bagi memastikan sokongan padu kita dapat memberi semangat kepada pemain untuk terus mengutip mata kemenangan pada malam esok. Kami juga turut menasihati semua penyokong mengelakkan diri mencetus sebarang provokasi.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Isnin, 5 Julai 2010

KAFA Tidak Terlibat!


Isu yang berkaitan ketidakpuasan peminat dengan program yang dianjurkan hendaklah terus berhubung dengan penganjur program terbabit. Pihak KAFA hanya boleh menegur penganjur terbabit supaya lebih peka tentang program yang mereka akan anjurkan di masa hadapan agar tidak menjejaskan imej pihak KAFA yang sekadar memenuhi jemputan sahaja.

Disini kAFA selaku badan bolasepak utama Kelantan menyeru semua penyokong Kelantan kembali bersatu dengan matlamat yang satu iaitu ingin melihat kejayaan bola sepak Kelantan. Tidak menjadi kesalahan Kelantan dikenali terlalu banyak kelab penyokong tetapi biarlah boleh bergerak dan berkerjasama diantara satu sama lain. Sikap yang hanya mementingkan kelab sehingga tidak dapat menerima kehadiran kelab-kelab lain akan meluaskan jurang di kalangan penyokong Kelantan dan sukar untuk mendapatkan sokongan ramai dalam menganjurkan sesuatu program.

Kami juga turut menasihati pihak THEREDWARRIORS.COM selaku penganjur makan malam 10/7/2010 Sabtu nanti, meneliti setiap kelemahan yang mungkin akan ada pada majlis itu nanti. Majlis ini adalah majlis makan malam yang terakhir pada bulan ini sebelum program terbesar Karnival The Red Warriors 23-27 Julai nanti. Oleh itu dinasihatkan barisan penganjur bersiap sedia dengan program ini. Anggaplah segala komen dan luahan peminat untuk program sebelum ini sebagai pengajaran, bukan membalas balik teguran dengan nada-nada yang enak tidak didengari berpeganglah pada prinsip pelanggan sekiranya ingin menjadi sebuah organisasi berjaya iaitu "Customer Always Right".

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Sabtu, 3 Julai 2010

Kelab The Red Warriors KLIA Cipta Sejarah Penubuhan


Kelab The Red Warriors KLIA merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan oleh komuniti peminat The Red Warriors sekitar Sepang, Nilai dan KLIA. Kelab ini diterajui oleh Saudara Abd Aziz atau lebih dikenali Pak Chu Aziz dikalangan penduduk, ianya mula ditubuhkan pada bulan Febuari 2010 dan kini telah mencapai lebih 200 ahli yang berdaftar. Barisan pengurusan kelab ini diterajui dari kalangan berlainan latar belakang perkerjaan dan pendidikan.

Malam 2 Julai 2010 menjadi titik permulaan yang baik kepada kelab ini dalam siri jelajah pengambilan ahli baru di kawasan sekitar Nilai apabila berjaya mengumpul 2000 orang menghadiri majlis yang julung kali diadakan. Pada majlis ini pihak Kelab yang masih belum ada sebarang dana tajaan berjaya mengumpul duit sumbangan barisan pentadbiran untuk menaja makanan, minuman dan kumpulan dikir barat dengan jayanya. Pengunjung dihidangkan hidangan sate, bihun dan air secara percuma selain dihiburkan dengan kumpulan dikir barat.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran 2 Duta THEREDWARRIORS.COM saudara Danny Xfactor dan Pekin Ibrahim serta majlis bertambah meriah dengan kehadiran YB Dato' Husam Musa yang sempat bersama selama 20minit sebelum berangkat ke luar negara. Kehadiran kombinasi artis dan ahli politik ini telah menyebabkan dewan ini penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin melihat dari jarak dekat dan mengambil gambar. Ketika memberi ucapan sepatah dua kata, YB Dato' Husam terkejut dengan sambutan diluar dugaannya yang menjangkakan apabila berkaitan bolasepak kurang mendapat sambutan dan beliau juga mengalu-alukan keberanian anak-anak Kelantan dalam memimpin apa-apa kelab atau pertubuhan.

Saudara Noor Erma Faiz Izuan yang mewakili Tan Sri Annuar Musa dan selaku Penolong Pengarah Urusan dan Pengurus Korporat TRWC yang teruja dengan sambutan ini berjanji akan membawa pemain-pemain Kelantan untuk program kelab dan komuniti pada masa yang akan datang. Beliau juga mengalu-alukan penubuhan kelab The Red Warriors di daerah dan negeri lain. Turut hadir mewakili TRWC saudara Lihasrizad (Pengarah Urusan) dan saudara Mohd Ribhan (Pengurus Penghubungan Komuniti).

Untuk pengetahuan semua, sekiranya sesiapa yang berminat untuk menubuhkan kelab The Red Warriors di kawasan masing-masing amat dialu-alukan dan boleh merujuk kelab TRW KLIA sebagai panduan. Pihak The Red Warriors Malaysia dan THEREDWARRIORS.COM tidak akan terlibat dengan sebarang hal ehwal pengurusan, cuma akan terlibat dengan program, promosi, pengiklanan dan sokongan kepada kelab bagi memastikan The Red Warriors Malaysia sebagai akses utama untuk menyatukan semua komuniti.

Sekalung Tahniah kepada The Red Warriors KLIA.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Ulasan Perlawanan Daripada Ketua dan Penolong Jurulatih

emel

Sambutan lebih 100 pendengar pada khamis lalu memberi keyakinan kepada pengurusan TRW Radio untuk berkeudara bersama jurulatih pada setiap perlawanan. Ulasan kecemerlangan dan kelemahan perlawanan adalah perkara yang ditunggu-tunggu pendengar TRW Radio, namun ada yang mengganggap apabila ulasan yang mereka dengar datang dari mulut ketua dan penolong jurulatih sesuatu yang memeranjatkan dan mengembirakan mereka.

Ramai yang menghubungi konti dan email memberi ucapan terima kasih dan penghargaan dengan kejutan yang dilakukan oleh TRW Radio ini. Pihak radio amat menghargai sambutan semua dan berharap peminat semua mengajak lebih ramai kawan-kawan untuk mendengar stesen radio rasmi KAFA ini seterusnya memberi semangat kepada kesemua kru yang bertugas untuk meningkatkan prestasi mereka dengan idea-idea yang baru.

Hashim Mustapha memberi ulasan secara langsung

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Khamis, 1 Julai 2010

Siaran Langsung Radio Dari Stadium Selayang Malam ini


Sempena perlawanan persahabatan Kelantan menentang Harimau Muda B pada malam ini, TRW FM akan menyiarkan liputan secara langsung dari stadium Selayang. Kepada peminat The Red Warriors yang tidak berkesempatan menyaksikan perlawanan bolehlah mendengar liputan dan laporan dengan melayari laman web theredwarriors.com dan http://trwarriorsfm.ning.com/ atau masukkan ini http://thered.mine.nu:8099/listen.pls ke dalam pemain lagu seperti WINAMP/Window Media PLAYER/ITUNES. Terima kasih diatas sokongan semua.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Hashim Mustapha Bakal Menjadi Ketua Jurulatih Kelantan

emel

Hashim Mustapha boleh dinobatkan lagenda bolasepak Kelantan zaman berzaman dan pernah menjadi idola semua peminat bolasepak tanahair dek kerana kelincahan dan kehebatan dalam memanfaatkan peluang gol. Zaman kegemilangan beliau di Kelantan tidak sehebat namanya kerana Kelantan gagal mencapai sebarang kejayaan membanggakan kecuali hanya layak ke separuh akhir pada zamannya.

Namun beliau kekal antara pemain paling kerap merangkul status Kasut Emas selaku penjaring terbanyak untuk beberapa musim. Ketika di temuramah TRW Radio oleh DJ Big E, beliau sempat berkongsi saat kemanisannya bersama Kedah merangkul Piala dan diraikan oleh ribuan rakyat Kedah yang menyambut kepulangan pemain-pemain kesayangan mereka, seperti kata beliau tidak dapat bayangkan pada waktu itu, rakyat Kedah memenuhi dari Lapangan Terbang hingga ke jalan-jalan utama seluruh Alor Star dan daerah di Kedah. Keseronokan ini tidak dapat dikecapi oleh beliau sewaktu menyarung jersi di Kelantan.

Dengan tekad dan semangat tanpa segan Hashim berjanji akan membawa kemeriahan ini untuk bumi Kelantan tercinta walaupun kini beliau hanya mampu memerhati ditepi padang sahaja. Namun selagi diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar Musa dan KAFA, beliau akan berusaha merealisasikan impiannya dan seluruh rakyat Kelantan untuk memiliki mana-mana piala pada tahun ini atau pada masa depan. Cita-cita ini wujud sejak mula beliau mengenali bolasepak dengan sepakan pertama sewaktu kecil lagi. Beliau juga turut yakin dan bersedia sekiranya diberi peluang untuk mendapat Sijil Kejurulatihan Kelas A yang melayakkannya memegang status Ketua Jurulatih Kelantan pada satu masa nanti, beliau yakin perebutan piala bukan lagi dikalangan pasukan Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis lagi tapi sebaliknya Kelantan bakal menjadi gergasi utama yang sentiasa merangkul piala.

Beliau juga menasihati para peminat Kelantan untuk meletak keyakinan penuh kepada barisan muda pilihan ketua jurulatih B Sathinathan kerana barisan pilihan inilah yang bakal menjulang kejayaan bolasepak Kelantan di masa hadapan nanti. Kikis sifat cepat meletakkan kesalahan dan memandang remeh kepada barisan muda dengan gelaran dan sorakan yang menyakitkan hati pemain dan pengurusan pemain. Beliau amat bersyukur kerana prestasi Kelantan sekarang berada dalam keadaan baik dan yakin Kelantan akan memberi tentangan sengit hingga ke peluh terakhir untuk baki perlawanan yang ada dan perlawanan penting menentang Selangor. Kemampuan Kelantan dilihatnya bakal membantut kemaraan Selangor dalam menambah mata.

Beliau juga sempat berkongsi tips kehebatan dan ketepatan sasaran golnya dengan menceritakan bagaimana bajunya digantung didepan gol dan beliau akan cuba menyepak bola dari pelbagai sudut sehingga mengena bajunya sebagai sasaran. Latihan tubi yang konsisten perlu kerap dilakukan bagi sesiapa yang mengimpikan menjadi pemain yang hebat seperti yang dikecapinya sebelum ini. Sikap menerima kritikan dan komen daripada kawan sepasukan dan jurulatih perlu ada dikalangan pemain yang ingin berjaya kerana skil tidak bermakna sekiranya kita tidak dapat bermain sebagai satu pasukan.

Pemain yang meminati pasukan Brazil sejak berzaman lagi juga turut yakin pasukan kesayangannya Brazil dapat meneruskan rentak sebagai juara Piala Dunia 2010. Ketika ditanya berkenaan pemain yang diminatinya pada ketika ini, beliau dengan selamba menyatakan pasukan piala dunia sekarang kurang menonjolkan kualiti seorang pemain kerana masing-masing lebih menonjol sebagai satu pasukan yang mantap.

Pesanan beliau kepada seluruh penyokong Kelantan untuk terus berdiri teguh sebagai pemain ke 12 dan setia dalam memberi sokongan serta semangat kepada pasukan bagi merangkul sisa-sisa kejuaraan yang masih ada. Beliau amat teruja dengan sambutan penyokong Kelantan yang jauh berbeza dengan penyokong negeri lain dalam memenuhi stadium dan memberikan sokongan. Beliau pasti semangat ini akan terus berkekalan sehingga Kelantan dinobatkan antara pasukan juara di Malaysia.

Tahniah semua diatas kejayaan Kelantan ini.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

THEREDWARRIORS.COM akan berkerjasama dengan Pengendali Video Dari Denmark

emel

THEREDWARRIORS.COM akan berkerjasama dengan syarikat dari Denmark melalui cawangan teknologi di Malaysia yang diuruskan oleh CGYNET Sdn Bhd dalam menyiarkan siaran secara langsung melalui web. Ini merupakan siri percubaan pertama syarikat berkenaan dalam industri bolasepak di Malaysia, sekiranya percubaan ini berjaya, CGYNet akan meneruskan kerjasama jangka panjang bersama THEREDWARRIORS.COM.

Melalui pengalaman yang digunakan untuk siaran secara langsung menerusi web "Live Streaming" bagi beberapa syarikat terkemuka di Malaysia, teknologi ini terbukti amat memuaskan kerana sistem yang digunakan dapat mengawal capaian muat turun (Download) dan muat naik (upload) mengikut kelajuan internet di Malaysia.

Perubahan Jadual Perlawanan dan "Gala Dinner" daripada 13 Julai 2010 (Selasa) kepada 10 Julai 2010 (Sabtu)

Borang pendaftaran klik disini sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

Terima kasih kepada 70 orang yang telah mendaftar untuk Majlis GALA DINNER MATCH OF YEAR. Kami hanya memerlukan 10 orang sahaja lagi untuk memastikan 1 meja 1 pemain menjadi kenyataan 10/7 nanti. Sila daftar dan segera membuat pembayaran bg memastikan tempahan anda selamat ke akaun MAYBANK 153010252288 Mohd Afendy Abd Latif segera dan sms pengesahan bayaran anda pada 0169614295 Afendy. Terima kasih sokongan anda. Jangan lepaskan Peluang untuk berada disamping semua VVIP termasuk Presiden, barisan pengurusan KAFA dan Pemain Utama serta Simpanan ini. Bangat lahhhh....

Rabu, 30 Jun 2010

Perlawanan Persahabatan ATM 0 - 3 Kelantan


Perlawanan Persahabatan ATM VS Kelantan yang diadakan pada malam tadi berkesudahan ATM 0 - 3 Kelantan. Jaringan gol Kelantan dihasilkan oleh 2 gol jaringan Indra Putra dan 1 gol jaringan Akmal. Kehadiran penyokong Kelantan lebih 200 orang.

Catatan Popular