KELATEBOLA

LESEN

Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.

Jumaat, 11 Jun 2010

Keputuasan Semasa Bola Sepak:
Rabu, 09 Jun 2010 05:21 | Ditulis oleh Web Master emel

  1. Terengganu 4 - 0 Kelantan

  2. Kelantan 1 - 0 Pulau Pinang
    Ramzul Zahini ( minit 81')

KAFA Tiada Pilihan Lain Kecuali Nekad......!!


Terperanjat dan sedih memikirkan nasib yang bakal menimpa KAFA yang tiada pilihan lain kecuali memilih untuk beraksi di luar negeri Kelantan bagi 3 baki perlawanan daripada baki 6 perlawanan. Pendedahan ini ingin mengajak para pembaca memahami secara rasional keluar dari skop politik dan bukan bertujuan memburukkan mana-mana pihak sekadar meluahkan keputusan yang mungkin akan diambil KAFA, setelah surat rayuan kedua berkenaan caj duti hiburan ditolak kerajaan negeri dan permohonan untuk membina stadium baru masih dalam pertimbangan kerajaan pusat, maka pihak pengurusan terpaksa nekad untuk memilih stadium baru yang sesuai untuk Kelantan beraksi sehingga penghujung TM Liga Super, Piala Malaysia dan musim depan.

Mungkin tanggapan sesetengah masyarakat, KAFA ingin membangkit kembali kisah yang telah selesai seperti pendedahan sebelum ini yang telah diselesaikan. Kami ingin menerangkan secara terperinci berkaitan isu ini, duti hiburan yang dilupuskan kerajaan negeri hanya melibatkan duti hiburan lama dan ianya tidak melibatkan duti hiburan untuk tahun ini atau sebelumnya. Berkenaan duti hiburan ini juga sepatutnya perkara ini boleh diiktiraf dalam "Malaysia Book Of Record" sebagai pasukan bola sepak pertama dikenakan duti hiburan di Malaysia. Selain KAFA terpaksa menanggung Levi stadium yang paling tinggi di Malaysia berbanding stadium Nasional Bukit Jalil dan juga harga tiket di Kelantan adalah yang paling mahal. KAFA amat terharu melihat inisiatif kerajaan Kedah dan Selangor dalam menyokong kemajuan bola sepak di negeri masing-masing. Untuk renungan bersama kita perlu melihat bagaimana kerajaan Selangor boleh tidak mengenakan sebarang bayaran untuk penggunaan stadium Shah Alam kepada pasukan negeri mereka selain memberi tajaan penuh kepada pasukannya melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mungkin ianya berbeza dengan pasukan Kedah yang diuruskan sendiri oleh menteri besarnya.

Inisiatif seperti kerajaan Selangor ini amat diperlukan KAFA bagi terus membangunkan bidang bola sepak Kelantan sebelum ianya menjadi satu industri baru yang dapat menjana pendapatan sendiri. Penstrukturan dan kemajuan yang cuba ditiru oleh KAFA melalui idea bisnes kelab bola sepak eropah masih diperingkat baru dan ianya masih belum menjana keuntungan yang mampu membina sebuah pengurusan yang mantap. Usaha KAFA ibarat usaha seorang kanak-kanak yang baru belajar berjalan dan cuba berjalan tanpa dipimpin oleh kedua ibu bapanya. Adakah kita perlu melihat kanak-kanak ini jatuh atau perlu dibantu? Tepuk dada tanya Iman. Perlu diingatkan luahan ini bukan satu luahan KAFA untuk mengelakkan diri daripada dikenakan cukai tetapi luahan untuk memberitahu kepada seluruh masyarakat Kelantan bahawa KAFA masih diperingkat membina tapak dan tapak yang dibina masih lagi tidak kukuh untuk menampung bebanan berat yang diberikan ini kecuali KAFA tekad dengan keputusan yang dirancang.

Alhamdullilah KAFA amat berterima kasih kepada syarikat yang menaja dan membantu KAFA dalam meningkatkan mutu bola sepak Kelantan seperti AL HAMRA, UMBRO, YUSMIRA, AIR ASIA, SINAR HARIAN dan termasuk pihak yang mengendalikan portal rasmi KAFA Theredwarriors.com, The Red Warriors Station dan The Red Warriors Radio kerana membantu KAFA tanpa melibatkan kos kewangan KAFA. Tajaan kewangan daripada syarikat ini adalah tajaan untuk semusim TM liga Super bukannya tajaan harian mahupun bulanan seperti yang diwar-warkan. Mengenai barangan keluaran KAFA adalah antara usaha KAFA sendiri untuk menjana pendapatan bagi menampung bebanan kewangan, namun ianya sekadar dapat menanggung kos utiliti dan sedikit pengurusan KAFA sahaja. Diharap penjelasan ini dapat membuka mata kepada semua pihak supaya tidak mengganggap KAFA sekarang kaya sakan dengan stadium yang dipenuhi penyokong, jualan produk dan sebagainya. Tidak terdetik dihati pihak pengurusan untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak mengenai isu ini cuma ingin semua penyokong di Kelantan akur dan redha dengan keputusan yang terpaksa diputuskan oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa tanpa prejudis mahupun syakwasangka.

Harapan dan impian presiden KAFA hanya ingin melihat pasukan Kelantan terus maju dan dikagumi dari segala sudut yang dirancang dan telah dibuktikan sebelum ini. Mungkin harapan untuk memiliki stadium sendiri masih ada tetapi daripada terus berharap, adalah baik sekiranya pihak KAFA membuat keputusan yang terbaik walaupun ianya akan mengecewakan peminat di Kelantan. Sejak isu ini dihebohkan oleh pihak media bulan lalu, KAFA banyak menerima panggilan dari pihak pengurusan stadium di luar Kelantan menawarkan kadar sewa yang berpatutan tanpa mengenakan caj levi seperti dikenakan pengurusan stadium Kelantan. Tidak dapat dibayangkan sekiranya ada stadium menawarkan kadar sewanya hanya sekitar RM8000-12000 setiap satu perlawanan dan sekiranya kutipan tiket mencecah 10 000 keping tiket, ianya menyamai atau lebih menguntungkan sekiranya dibandingkan dengan kos yang ditanggung di stadium sendiri. Malah kualiti stadium ini lebih terurus jika hendak dibandingkan dengan stadium sekarang yang mana pihak KAFA banyak menerima aduan seperti tandas rosak, kawalan penjualan tiket yang tidak diuruskan dengan baik sehingga masih wujud ulat-ulat tiket, lampu limpah yang tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya.

Pelik tapi benar apabila tiket yang mahal, kadar levi yang tinggi, duti hiburan dan caj tambahan tidak dapat menjamin mutu kemudahan dan kualiti stadium yang baik dan terurus kepada semua penyokong. Sekiranya pilihan stadium luar diterima sebulat suara, dengan nada berani presiden KAFA sanggup meletakkan harga tiket sekitar RM8-10 sahaja dan membantu pihak media rasmi KAFA untuk berfungsi dengan baik dalam memberikan liputan perlawanan secara langsung kepada penyokong di Kelantan. Mungkin ianya akan menjadi janggal sebuah pasukan negeri beraksi diluar negeri sendiri, namun sekiranya inilah hakikatnya dengan penuh keyakinan dan keikhlasan demi bola sepak Kelantan yang tidak mengenal ideologi politik ini KAFA akan meneruskan kecemerlangannya di negeri lain.

Dengan tulus hati kami menyeru semua pihak akur dan redha dengan keputusan yang terpaksa KAFA akan lakukan demi meneruskan kecemerlangan pasukan kesayangan kita beraksi dengan tenang dan baik tanpa gangguan masalah gaji, KWSP, bonus dan sebagainya. Biarlah episod malang dan tidak diberi pertimbangan ini ditanggung dengan penuh semangat keyakinan kami demi melihat sebuah pasukan juara dan mampu bergantung dengan inisiatif sendiri pada satu masa nanti.

Salam Hormat dan Kasih Sayang;

Yang benar

KAFA


Sokong bia bijok , dipandang bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Info:

***Contoh: Cara mudah memahami kesusahan KAFA ialah sekiranya kutipan tiket RM12 untuk 15 ribu penonton jumlah yang diperolehi RM180 000. Bebanan yang ditanggung ialah

  • 10% cukai FAM
  • 5% duti hiburan Kelantan bagi setiap 1 tiket
  • Levi stadium
  • Lain-lain caj

***baki yang ada digunakan sepenuhnya untuk KAFA menanggung bebanan hutang yang ditinggalkan pengurusan sebelum ini, kos operasi & pengurusan+gaji+KWSP+Bonus+perjalanan+lain-lain untuk pemain dan staf terkini. pembelanjaan pembangunan bola sepak di semua peringkat piala, daerah dan sebagainya.

Kami memohon maaf kerana tidak dapat menjelaskannya secara terperinci kerana melibatkan rahsia organisasi.


TRW FM Radio Sukan Terulung di Malaysia


Sekalung tahniah kepada Persatuan Bolasepak Kelantan kerana telah berjaya menaikkan imej bolasepak Malaysia setelah The Red Warriors Station dan The Red Warriors FM iaitu radio rasmi akan diiktiraf "Malaysia Book of Record" sebagai organisasi sukan yang terulung yang memiliki cafe dan radio di Malaysia. Perkembangan ini meletakkan sukan bolasepak Kelantan berada dalam landasan yang betul untuk terus maju dalam industri sukan sebagai pelopor industri perniagaan baru di Malaysia seterusnya membuka mata semua pihak pengurusan bolasepak di Malaysia. Peristiwa bersejarah bagi pengiktirafan ini akan diadakan di Kota Bharu tidak lama lagi dan akan diumum kelak kepada semua peminat The Red Warriors. Tahniah kepada semua penyokong yang telah banyak berjasa dalam memajukan industri bolasepak Kelantan. Jumlah pengunjung TRW FM kini telah mencecah lebih 1000 orang dalam sesuatu masa dan 3000-4000 orang dalam sehari dari seluruh dunia.

Info Terkini: The Red Warriors




Beberapa Perlawanan persahabatan menentang pasukan dalam negara juga diatur oleh pihak KAFA.

Perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV diperawalkan FAM kepada 6 Julai 2010.

Tindakan FAM mengubah tarikh perlawanan menentang Negeri Sembilan memberi ruang kepada Azizi Mat Rose untuk berada dalam skuad sewaktu berkunjung ke Shah Alam. Azizi menghadapi pengantungan satu perlawanan akibat mengutip tiga kad kuning.

Empat pemain Liga Super Kelantan menganggotai skuad Sukma iaitu Nidzad Ayub (Dilantik ketua pasukan Sukma Kelantan), Ailim Fahmi, Ramzul Zahini dan Zamri Ramli. S. Chanturu dan Khairul Fahmi (bersama skuad Kebangsaan) yang sepatutnya berada dalam skuad Sukma di Melaka tidak disenaraikan.

Kelantan Jadi Tarikan Pemain & Pengurusan Bolasepak Luar Negara



EMAIL 1:

For the attention of the manager, director of football and chairman

Dear Sir/Madame

I am contacting you from 1 on 1 sports management, we are a management company based in the UK. We have a large client list which includes over 90 premiership players we also have players from the championship and a select few from league 1 and 2.

In the past 18 months we have begun to do more and more overseas transactions and now have players placed in leagues such la liga, Danish super liga and the Swiss super league to name just a few. We are currently trying to broaden our capabilities thus allowing us to be able to do transfers globally. This takes time but it is our aim to contact each club individually and hopefully from this, form a relationship where you will feel happy to contact us or visa versa. This will enable us to help find players for required positions or transfer some of whom are available on a free.

If this is of interest or we can be of help to you please feel free to contact us at your convenience.

Regards

Ainsley Blondell

1 on 1 sports management

172 Collier Row

Collier Row

Romford

RM5 2BD


EMAIL 2

To whom it may concern,

My name is Alex Blanckensee and I am eager to attend trials in Malaysia so that I can improve my career in football.

I will turn 18 years of age on the 24 June 2010 and I am 181 centimeters. I am from Brisbane in Australia. I have been playing football since I was 5 years old in Brisbane, Queensland and am currently playing in the Brisbane Premier League Reserves for my club, Pine Rivers SC, in Brisbane, Queensland. I am a very versatile player and can be employed in multiple positions and I am currently being played in a counter attacking forward position. I am able to use both my feet to strike a ball and have been the captain of one of my teams in recent years. My passion my whole life has been football and from the beginning I have wished to be a professional player. I am as determined as they come and will run for the 90 minutes regardless of the score line. I am able to take set pieces with both feet, and have scored from these types of situations many times over and over again the past few seasons.

I was able to experience the feeling of playing in England , and playing against sides such as Sheffield Wednesday academy,sheffeild united academy ,then coming back to Australia I then went to the Manchester united coaches tour of Australia then 1 month later I was selected to represent Australia in the under 19 Australasian futsal championship in china . The trip was quite successful in that I was able to learn the life of a professional footballer and it increased my desire to play professional football.

I believe I am a disciplined footballer and I see your club as a place where I can further my development and also contribute to the possible future successes of your football club. I am a mature lad, an old head on a young set of shoulders as some would say.

I am in the process of setting up an itinerary for a trip to Malaysia to participate in trials, and it would be an honor if I was able to do this at your club.

Alex Blanckensee

181 Centremetres Tall

65.5 kilograms

24/6/92

Striker, Forward, Centre Attacking Mid, Left or Right Mid, Central Defender

Yours sincerely,

Alex Blanckensee

Gomo Bola Sokmo


Inisiatif TRWC untuk terus bersama peminat di musim cuti TM Liga Super 2010 ini,TRWC sedia memaparkan liputan terkini Piala Dunia 2010.Terima Kasih diatas sokongan anda semua dalam terus meningkatkan semangat cinta bolasepak di dalam jiwa masyarakat The Red Warriors.

BOLA MALAYSIA KITO LAYE, BOLA LUAR PUN KITO LAYE.....GOMO TETAP GOMO...

Sabtu, 5 Jun 2010

Media Sukan Hilang Semangat Patriotik

emel

"SAMPAI BILAKAH MASYARAKAT MALAYSIA HANYA PERLU BERBANGGA ZAMAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK ERA MOHKTAR DAHARI, SANTOKH SINGH DAN SOH CHI AUN SAHAJA YANG SUDAH LAMA DISIMPAN DI ARKIB NEGARA?"

Kini semangat patriotik dalam media sukan bolasepak semakin luntur di negara kita . Catatan ini hanya ingin merujuk semangat patriotik dalam sukan bolasepak di Malaysia sahaja. Hal ini berlaku kerana pihak media hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan berlebih-lebihan dalam melaporkan liga bolasepak luar negara berbanding liga tempatan yang laporannya tidak lebih 1-3 kolum sahaja dan 1-3 prebiu tayangan gol keputusan perlawanan pasukan terpilih sahaja. Boleh majukah bolasepak Malaysia kalau setakat ini sahaja yang mampu diberikan oleh media-media utama Malaysia.

Melalui analisis dan fakta yang sahih kebanyakan negara yang berjaya menjejak kaki ke piala dunia, media mereka memiliki semangat patriotik yang tinggi tidak terlalu mengagungkan liga luar negara mereka. Kajian kes mengambil contoh Jepun dan Korea Selatan 2 buah pasukan yang pernah ditewaskan Malaysia pada zaman Mohktar Dahari dulu, kini menjadi antara pasukan utama piala dunia sejak 2 dekad ini dan ianya berbeza dengan Malaysia yang masih terkontang-kanting mengimpikan kelayakan dalam piala Asia. Antara resipi kejayaan Jepun selain kemantapan liga Jepun yang dinaiktaraf pada 1993 yang telah melahirkan ratusan pemain bertaraf dunia ialah liputan media yang sentiasa mengagungkan liga tempatan dan pemain tempatan. Setiap perlawanan bolasepak dalam negara disiarkan secara langsung dan secara percuma, dapat disaksikan oleh seluruh peminat tanpa perlu memikirkan perlawanan pasukan apa yang akan disiarkan dan hari apa perlawanan berlangsung. Tekan sahaja butang tv mesti ada perlawanan bolasepak ditayangkan samada ulangan mahupun secara langsung. Surat khabar dan majalah sudah pasti akan memaparkan sepenuhnya ulasan setiap satu perlawanan termasuk senarai pemain yang diturunkan, jumlah kad dikeluarkan, ulasan pemain dan jurulatih mengenai perlawanan dan paparan gambar aksi perlawanan. Liputan ini telah hilang dalam arus media bolasepak tempatan seperti mana yang berlaku sejak kemunculan piala dunia, ada satu stesen tv swasta hanya memaparkan ulasan piala dunia tanpa ada slot paparan keputusan perlawanan liga tempatan yang berlangsung pada setiap selasa, walaupun slot itu ditaja oleh penaja yang sama TM Adakah liga tempatan terlalu jijik untuk dipaparkan walaupun hanya sekadar keputusan sahaja? Mengapa perkara ini boleh berlaku? Apakah matlamat sebenar stesen tv ini dan TM hanya keuntungan semata-mata tanpa ada matlamat membangunkan dan membangkit semangat cintakan Malaysia?

Isu ini juga dikongsi En Burhan salah seorang peminat Hashim Mustapha di zaman kegemilangan Hashim iaitu era 80 an, pada zaman ini media sukan berfungsi dengan baik dan cemerlang dalam membuat laporan sukan bolasepak Malaysia sehinggakan banyak koleksi aksi dan gambar Hashim Mustapha, Fendi Ahmad dan Radhi Mat Din yang beliau kumpul sebagai koleksi. Pada zaman ini liga bolasepak seolah-olah menjadi satu fenomena yang sukar disekat oleh semua media bolasepak negara, boleh dikatakan mana-mana media yang tidak memaparkan liga Malaysia akan merosot jualan semasa mereka. Semua stadium diseluruh negara dipenuhi ribuan peminat setia bolasepak tanahair. En Burhan juga berasa pelik mengapa perkara ini semakin tenat sedangkan negara jiran kita seperti Singapura, Thailand dan Indonesia masih meriah liga bolasepak dengan kebanjiran penyokong yang ramai dan mendapat liputan media yang meluas. Adakah ketiadaan pemain import? Adakah liga Malaysia ketandusan penaja yang besar seperti penaja iklan rokok semasa zaman era 80 an dulu?

Mengimbas kembali zaman liga Malaysia di bawah tajaan iklan rokok dulu, syarikat rokok terutama DUNHILL memang pandai mengambil peluang yang diberikan dengan setiap saat dan mukasurat media cetak dan media elektronik diiklankan liga Malaysia dengan gambar aksi-aksi lincah pemain yang mana antaranya aksi lipat gunting yang dilakukan Hashim Mustapha sentiasa menjadi keratan dan prebiu dalam setiap promosi mereka. Hairan bin ajaib apabila kini promosi iklan liga Malaysia hanya sekadar melepas batuk ditangga sahaja, malah usaha dilakukan kelab-kelab penyokong liga tempatan juga kurang mendapat sokongan badan-badan kerajaan mahupun swasta.

Memang tidak dapat dinafikan FAM selaku badan yang menguruskan bolasepak negara telah gagal memainkan peranan mereka dalam memastikan liga Malaysia dikagumi oleh semua media dan masyarakat Malaysia. FAM seolah-olah satu badan yang tidak berfungsi dengan baik sehinggakan media FAM sendiri seperti laman web tidak dikemaskini dengan baik dalam membuat laporan perlawanan yang berlangsung. Sekiranya perkara ini terus berlaku tidak hairan sekiranya media-media tempatan sering memandang sinis keikhlasan dan memperlekehkan FAM dalam membangunkan bolasepak Malaysia.

Pembangunan bolasepak tidak sepatutnya hanya menumpukan peningkatan para pemain sahaja, pembangunan bolasepak mesti menyeluruh dari bidang berkaitan sehingga bidang media, pengurusan pasukan dan kelab mengikuti corak pengurusan kelab berjaya didunia dan yang paling penting mencipta satu semangat sayang dan cintakan liga tempatan dikalangan masyarakat Malaysia. Ayuh bangkitlah pengurusan FAM dalam membangkitkan kejayaan liga Malaysia, bangkit dari terus bangga dengan kejayaan skuad bolasepak sukan SEA, itu hanyalah satu kejayaan daripada seribu kegagalan liga bolasepak tempatan dalam menarik minat para penyokong semua negeri.

Dikala pasukan lain masih terkial-kial menarik penyokong ke stadium, pasukan Kelantan pada tahun ini diakui telah berjaya menjadikan pengurusan pasukannya, liputan medianya yang dibantu media rasmi www.theredwarriors.com dan radio TRW FM serta percubaan menyiarkan secara langsung melalui "Live Streaming" antara kejayaan pengurusan pasukan yang terbaik di Malaysia dan mengikut jejak kelab bolasepak luar negara malahan media rasmi diakui antara yang terpantas dalam memberi laporan keputusan yang lengkap manakala radionya beroperasi dengan cemerlang dan mendapat sambutan hangat penyokong bolasepak Kelantan seluruh dunia serta penyokong negeri lain. Jumlah penyokong Kelantan sentiasa ramai dan semakin berdisplin turut diakui oleh pihak media Astro Arena baru-baru ini kerana tiada lagi insiden provokasi, balingan mercun dan keganasan sudah boleh dijadikan bahan sejarah oleh semua media pada tahun ini.

Kejayaan pasukan Kelantan juga turut dibantu kelab-kelab penyokong yang memainkan peranan yang baik dalam menarik kehadiran penyokong ke stadium. Sekalung tahniah kepada semua kelab penyokong Kelantan yang bertungkus lumus merealisasikan pihak pengurusan KAFA dalam menciptakan impian menjadi kenyataan sekarang. Pihak KAFA juga berharap kerjasama yang ditunjukkan berterusan dan kelab-kelab penyokong boleh duduk semeja dalam memikirkan kerjasama bersama diantara kelab-kelab dan ahli-ahli dalam mengwujudkan momentum sokongan yang setanding penyokong negara jiran seperti kelab dari Indonesia dan Thailand.

Bangkitlah wahai Pengurusan FAM dan Syarikat-syarikat media terkemuka negara dalam mencapai satu semangat patriotik yang membuahkan dan menciptakan satu impian Malaysia beraksi dalam Piala Dunia menjadi satu kenyataan. Jangan memandang sinis dan letakkan keyakinan ini dihati semua peminat bolasepak tanahair. SAMPAI BILA MASYARAKAT MALAYSIA HANYA PERLU BERBANGGA ZAMAN KEGEMILANGAN BOLASEPAK ERA MOHKTAR DAHARI, SANTOKH SINGH DAN SOH CHI AUN SAHAJA YANG SUDAH LAMA DISIMPAN DI ARKIB NEGARA?

Sokong bia bijok , dipandang bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo


Khamis, 3 Jun 2010

GALA DINNER
Rabu, 02 Jun 2010 18:09 | Ditulis oleh Web Master emel

Borang pendaftaran klik disini sebarang pertanyaan bolehlah emailkan kepada info@theredwarriors.com Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

'Malang Tak Berbau'

emel

Beliau telah dilaporkan mengalami kecederaan siku, elbow dislocation dan telah menerima rawatan elbow traction di Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu. Berikutan dengan kecederaan itu beliau telah dinasihatkan oleh pakar untuk diletakkan dalam wad buat sementara waktu dan dijangka meninggalkannya pada hari ini (02.06.2010). Kecederaan yang dialami beliau bolehlah diklasifikasikan sebagai tidaklah begitu serius. Pun begitu menurut sumber iaitu En Ahmad Faris Musa, Fisioterapi Red Warriors beliau terpaksa memakai alat ulnar back-slab bagi menyokong dan menstabilkan sendi sikunya. Kesan dari kecederaan ini Che Hishamuddin terpaksa direhatkan dua minggu sebelum kembali menyarung jersi the Red Warriors.

Sama-samalah kita mendoakan agar beliau sembuh dalam tempoh yang dijangkakan dan kembali bersama dalam pasukan bagi memburu kejuaraan liga yang semakin hangat ini.

Catatan Popular